Anda di halaman 1dari 1

NASKHAH CALON

1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)

BAHAGIAN A : INDIVIDU

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

PELANCONGAN

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang dan


mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta menaikkan nama Malaysia
di mata dunia. Sektor pelancongan dapat memberi impak besar dalam meningkatkan ekonomi
negara, membuka peluang pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat
setempat. Terdapat beberapa jenis pelancongan yang menarik minat pelancong asing dan
tempatan seperti ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan,
pelancongan sukan dan pelancongan agro. Sebagai contoh, pelancongan berasaskan pertanian
memberi pengalaman kepada pengunjung merasai hidup di kampung dan merasai nikmat
alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, taman bunga-bungaan,
taman seranggan, ternakan ikan dan taman pemeliharaan binatang liar. Hal ini menyebabkan
jumlah pelancong yang direkodkan di Malaysia semakin bertambah bukan sahaja pelancong
dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan
pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat.

Anda mungkin juga menyukai