Anda di halaman 1dari 2

Karya CIRI-CIRI

Drama 1. Ada dialog. Ciri utama drama ialah mesti ada dialog antara watak.
2. Drama mesti ada pelaku atau pelakon. Ada watak baik (protagonis), dan watak jahat (antagonis).
Anda masih ingat apa konflik Zaki dengan Anna?

3. Drama mesti ada aksi. Dalam teks drama, aksi watak dicatatkan sebagai panduan/arahan Pengarah.
4. Kisah atau cerita drama itu dipentaskan. Ceritanya dilakonkan di atas pentas.
5. Ada babak. Ceritanya disampaikan mengikut babak atau bahagian-bahagian tertentu.
Gurinda 1. Gurindam mempunyai dua baris dalam tiap-tiap rangkap. 2. Rima akhirnya ialah a a.
3. Baris pertama menjadi syarat atau sebab, manakala baris keduanya adalah akibat atau jawapan
m 4. Isi gurindam biasanya berunsur nasihat, falsafah hidup atau kata-kata mutiara.
Pantun 1. Pantun ada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud.
2. Biasanya, pembayang adalah gambaran alam, bahagian maksud pula adalah gambaran sikap manusia.
3. Setiap baris terdiri daripada 4 hingga 5 perkataan. 4. Jumlah suku kata setiap baris 8 -- 12.
5. Rima akhir pantun adalah bersilang. Misalnya pantun empat kerat, rima akhirnya a b a b.
Sastera a. Wiranya adalah tokoh yg agung dalam sesuatu bangsa dan dianggap sebagai lambang keagungan. (tokoh
itu disanjung oleh bangsanya; contohnya Hang Tuah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu)
Epik b. Latar tempat sastera Epik sangat luas merangkumi beberapa negeri/benua, dan melibatkan latar masa yg
panjang. Masa yang panjang penting untuk menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya.
c. Sastera Epik menonjolkan sifat kepahlawanan dan kepintaran/kebijaksanaan wiranya.
d. Ada unsur ghaib (kesaktian); yang melibatkan campur tangan makhluk halus/ghaib).
e. Ada unsur sejarah. Biasanya tokoh, kisah, dan latar tempat memang wujud seperti dalam sejarah.
Sastera 1. Ceritanya bersifat sentrik, iaitu ceritanya berpusat dalam kehidupan di istana.
2. Wataknya meliputi manusia biasa, raja-raja, dewa-dewi, jin, hantu syaitan dan binatang.
Hikayat 3. Isi cerita biasanya melibatkan unsur percintaan, pengembaraan dan juga peperangan.
4. Jalan ceritanya bersifat kronologi iaitu mengikut urutan masa dari awal sampai akhir cerita.
Pengajaran ada berapa unsur? Mesti berlatih jawab persoalan

5. Terdapat unsur luar biasa atau unsur sakti (kesaktian) dalam cerita.
Sastera 1. Ceritanya berlaku di negeri Jawa. Wataknya ialah putera-puteri raja istana di Jawa.
2. Watak menggunakan gelaran Raden atau juga Panji.
Panji
3. Wira mempunyai pembantu khas. Watak pembantu sentiasa bersama-sama watak wira itu.
4. Ada unsur peperangan melawan musuh untuk mencapai sesuatu.
5. Ada unsur pengembaraan/merantau/perjalanan yang jauh utk mendapatkan sesuatu.
6. Ada unsur penyamaran/penjelmaan untuk mengelirukan musuh. (mengelak dikenali)
7. Ada unsur pembukaan negeri/wilayah baru/membuka negeri atau kerajaan baru.
8. Ada unsur sakti/luar biasa. Watak utama ada kuasa luar biasa ketika menghadapi musuh.
Seloka 1. Isi kandungan seloka berunsur nasihat/pengajaran, tapi disampaikan secara mengejek,
menyindir/bergurau.*(jika ada unsur bergurau, mengejek /menyindir; maka puisi itu adalah seloka)
2. Seloka berbentuk bebas, iaitu mempunyai rangkap dan kadang-kadang juga tiada rangkap.
3. Jumlah baris tidak tetap. Rima akhir seloka juga bebas, kadang-kadang sama spt syair @ pantun.
4. Setiap baris mempunyai maksud.
Syair 1. Tiap-tiap rangkap syair ada empat baris. Tiap-tiap baris syair mempunyai maksud atau isi.
2. Ada hubung kait maksud antara satu baris dengan baris lain. Jadi, syair perlukan banyak rangkap untuk
menyempurnakan ceritanya; ini bererti syair merupakan sebuah cerita panjang.
3. Tiap-tiap baris syair terdiri daripada 4 hingga 5 perkataan (sama seperti pantun).
4. Jumlah suku kata setiap baris; 8 hingga 12 suku kata. 5. Rima akhir setiap rangkap = a a a a.
NADA SAJAK --- Nada ertinya bunyi tinggi atau rendahnya suara ketika membaca atau menghasilkan sajak.
i. Nada melankolik – gambaran perasaan seperti murung, sedih dan sayu
ii. Nada romantik – perasaan tenang dan menyenangkan, perasaan sayang, rindu atau gembira
iii. Nada patriotik – penuh bersemangat khususnya sajak yg bertemakan perjuangan untuk tanah air
iv. Nada sinis – perasaan yang kurang senang dan penuh dengan sindiran halus dan tajam terhadap sesuatu.
v. Nada protes – perasaan yang penuh penentangan atau ada unsur memberontak dalam jiwa penyajak.
PERASAAN PENYAJAK -- perasaan penyajak sperti kecewa/simpati/geram/gembira/menyesal/bangga/sedih/rindu, dlm sajak.
SIKAP PENYAJAK -- pendirian penyajak dalam karyanya seperti keyakinan, kesedaran, harapan, berani, menyindir, menyeru.
*DRAMA “Anna” -- Pemikiran atau tema drama ini ialah pergolakan dalam rumah tangga akibat budaya, bangsa dan latar hidup
yg berbeza. Buktinya……
Pelajar perlu tahu: 4 persoalan/4 pengajaran/4 perwatakan Anna/4 nilai/4 latar tempat & peristiwa/4 latar masyarakat.  
Pelajar juga perlu tahu konflik antara Anna dengan Zaki.
*DRAMA “Mat Piah & Balckway – Pemikiran atau tema drama ini = tipu muslihat yg dilakukan penjajah terhadap
pemerintah dan rakyat. Buktinya..…
        Pelajar perlu tahu: 4 unsur sejarah/4 perwatakan Mat Piah/4 latar tempat & peristiwa/4 latar masyarakat/4 pengajaran.
DRAMA ALIRAN REALISME ertinya kisah yg dilakonkan adalah peristiwa yang benar-benar berlaku.
Ciri-ciri drama aliran realisme (unsur realisme):
1. Ceritanya adalah peristiwa yg benar-benar berlaku. 2. Bahasa yg digunakan adalah bahasa sehari-hari.
3. Latar tempat sesuatu peristiwa itu berlaku di alam nyata. 4. Latar masa pula adalah pada masa sekarang.
TEKNIK PLOT/TEKNIK PENCERITAAN ertinya cara pengarang mengembangkan cerita agar lebih
menarik.
(a) Pemerian (deskriptif) – Penceritaan secara langsung oleh pengarang tentang sesuatu kejadian atau peristiwa.
(b) Dialog – Perbualan dua watak atau lebih. Dalam teks, dialog menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata (“ .... “).
(c) Monolog – pengucapan atau pertuturan watak secara bersendirian. Pernyataan perasaan itu mungkin dalam bentuk doa,
ratapan, keluhan atau rayuan dsb. Contoh, “ nampaknya hari tak hujan,” Ali berkata perlahan .
(d) Monolog dalaman – Pengucapan dalam hati oleh watak. Hanya diketahui oleh watak itu sendiri. Kata-kata itu tidak dilafazkan.
Contoh; Di mana aku tidur malam ini? Mengapakah ibu sanggup berbuat begini?, bisik hatinya.
(e) Imbas kembali – Ingatan atau penceritaan semula terhadap peristiwa yang telah berlaku. Peristiwa itu boleh diimbas kembali
melalui teknik pemerian, khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman watak-watak.
(f) Imbas muka – Bayangan/khayalan/gambaran peristiwa atau sesuatu yang akan berlaku pada masa depan.
(g) Suspens – Unsur ketegangan yang menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca terhadap sesuatu peristiwa.
(h) Kejutan – Sesuatu yang berlaku di luar jangkaan pembaca, sama ada kejadian atau perubahan kelakuan watak.

Unsur Gaya Bahasa (Keindahan Bahasa) (gaya bahasa ini ada dalam semua jenis
karya) 1.. Gaya Simile = perbandingan satu benda dengan yg lain menggunakan kata bak, macam, bagai, seperti, ibarat,
laksana, umpama.
2. Gaya bahasa personifikasi (memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda) cth, daun kelapa melambai.
perbandingan
Gaya bahasa

3. Gaya bahasa metafora (perbandingan secara terus) – ia terdiri daripada dua perkataan yang bersifat konkrit (boleh
dilihat/disentuh) dan abstrak (tidak dapat dilihat/disentuh). Contohnya lautan rezeki
5. Gaya bahasa hiperbola (pernyataan melampau-lampau) cth, ...dalam mendidih darahku..
6. Gaya bahasa repitasi (pengulangan) cth, Tinggallah tanah kelahiran. Tinggallah segala kenangan.
7. Gaya bahasa inversi (pembalikan kata/ayat songsang) contoh, ...hendak dikerjakan sukar amat.
8. Gaya bahasa sinkop (singkatan kata) - – cth, tak, nak, saja, -ku, -mu, kau- mak.
9. Gaya bahasa peribahasa/simpulan bahasa – cth, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang.
10. Gaya bahasa asing (penggunaan bahasa selain daripada bahasa yang digunakan dalam karya itu). Cth; Bahasa Inggeris.

UNSUR BUNYI (dalam puisi)


1. Asonansi maksudnya pengulangan bunyi vokal a,e,i,o,u yang berulang sekurang-kurangnya 3 kali dalam satu baris.
Unsur Bunyi

Contoh: Aku anak Malaysia (6 kali huruf a berulang)


2. Aliterasi adalah pengulangan bunyi konsonan (selain huruf vokal) yg berulang sekurang-kurangnya 3 kali dalam baris puisi
(AsAR)

Contoh: Setiap saat bersama selamanya (4 kali huruf s berulang)

GAYA BAHASA KHAS UNTUK PUISI SAHAJA (tiada dalam karya yang lain )
i). Asonansi ertinya pengulangan huruf vokal dalam sebaris puisi; a, e, i, o, u. (huruf itu diulang melebihi 3 kali)
ii). Aliterasi ertinya pengulangan huruf konsonan dalam sebaris puisi, (huruf itu diulang lebih 3 kali).
iii). Anafora - Anafora merupakan pengulangan kata di bahagian awal dua atau lebih baris puisi.
     Jika hendak mengenal orang berbangsa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
iv). Responsie - Responsie merupakan pengulangan kata di tengah dua atau lebih baris puisi.
Ada ternakan tidak dibela dijaga
Ada kebun tidak ditanam diusaha
v). Epifora - Epifora merupakan pengulangan kata di hujung dua atau lebih baris puisi.
Susah buatan sendiri,
Akhirnya menyesal diri sendiri.
# Latar masyarakat (gambaran/citra masyarakat) ertinya keadaan kehidupan sesebuah masyarakat seperti yg
terdapat dalam perwatakan watak-watak sesebuah karya. (ini bererti watak itu mewakili masyarakatnya).
LATAR TEMPAT – ertinya tempat atau lokasi di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
LATAR MASA -- menunjukkan masa berlakunya suatu peristiwa seperti waktu pagi, zaman moden, dsb.
SUDUT PANDANGAN Sudut pandangan ertinya kedudukan pengarang dalam menyampaikan ceritanya.
 Sudut pandangan orang pertama – pengarang bercerita tentang dirinya sebagai watak utama atau sampingan , dia
terlibat secara aktif dalam cerita. Biasanya menggunakan ganti nama “aku”.
 Sudut pandangan orang ketiga serba tahu – pengarang menyampaikan ceritanya melalui watak lain dengan
menggunakan ganti nama diri ketiga, iaitu “dia”, “mereka” atau pengarang beri nama watak.
SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA SUDUT PANDANGAN ORANG PERTAMA
P Cerita   Cerita
P
Pengarang tidak terlibat dlm cerita Cerita Cerita Pengarang terlibat dlm cerita

Anda mungkin juga menyukai