Anda di halaman 1dari 2

Sajak : Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)

Maksud

Rangkap 1
Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan sawah padi
dilanda resah kerana pemodenan kian rancak.

Rangkap 2
Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan sawah
sedaya upaya.

Rangkap 3
Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi yang
sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.

Rangkap 4
Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu, walaupun
sukar.

Rangkap 5 Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika
azan dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya.

Rangkap 6 Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh
golongan yang tidak bertanggungjawab.

Rangkap 7 Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah
dibangunkan dengan perubahan pemodenan.
 

Tema
Tema sajak ini ialah pembangunan yang dijalankan telah melenyapkan warisan tradisi nenek
moyang.  Penulis telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab hingga sawah
padinya gagal dipertahankan kerana tanah tersebut telah dibangunkan dengan perubahan
pemodenan.

Persoalan  
1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas dan
menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan sawahnya.
2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya sawah petani
tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk pembangunan.
3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa menunaikan
suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.
 

Gaya Bahasa
1.Sinkope iaitu singkatan perkataan.contoh tak
2.Metafora.Contoh selut sejarah,langit peradaban,tikus oportunis.
3.Hiperbola.Contoh cita-cita tinggal cuma sepadang lalang.
4.Kata ganda.Contoh, berkali-kali,cita-cita
5.Repitisi kata.Contohnya, berkali-kali
 

Ciri bentuk puisi


1. Sajak ini mempunyai rangkap iaitu 6 rangkap.
2. Sajak tersebut juga mempunyai baris yang tidak sama setiap rangkap.Contohnya,  3 hingga
7  baris.
3. Sajak ini mempunyai bilangan perkataan.Contohnya 2 hingga 6 patah perkataan dalam
sebaris.
4. Sajak ini mempunyai suku kata.Contohnya 5 hingga 13 suku kata. 
5. Sajak ini mempunyai rima akhir tidak sama atau berbentuk bebas. Contohnya ;
    rangkap 1 : abb, rangkap 2:abcdc

Nada
Melankolik

Anda mungkin juga menyukai