Anda di halaman 1dari 31

SAJAK

Pertemuan di Hyde Park


Oleh ;
Adi Badiozaman Tuah
PERUNTUKAN MASA :
2 WAKTU
(80 MINIT)
OBJEKTIF PENGAJARAN

Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :


1. Mengenalpasti tema dan persoalan
yang terdapat dalam sajak
2. Memahami unsur gaya bahasa
yang terdapat dalam sajak
3. Menghuraikan mesej dan pengajaran
yang terdapat dalam sajak
PANORAMA INDAH
DI HYDE PARK, LONDON
PANORAMA DI HYDE PARK, LONDON
MAKSUD SAJAK
MENGIKUT RANGKAP
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Apabila penyajak berada di Hyde Park, beliau
teringat sebidang tanah yang agak luas pemberian
ayahnya di kampung. Asalnya tanah tersebut hutan
dara tetapi telah diterokai oleh ayahnya. Tanah itu
kemudiannya ditanam dengan padi huma setiap
tahun dan merupakan milik keluarga.
Atas munggu itulah aku selalu berdiri
bersama ayah
sama ada ketika padi membesar
atau semasa menghalau burung pipit
atau membaiki langkau dan tempat jemuran padi
atau saja-saja santai antara panggilan emak
bila memerlukan air kopi
atau bila kemudiannya menemani ayah
menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.

Penyajak sering berdiri di atas busut bersama ayah


ketika melihat padi yang sedang membesar, ketika
menghalau burung, membaiki tempat jemuran padi
atau saja-saja berehat sementara menunggu
panggilan emak yang memerlukan air, menemani
ayah menanam getah atau menanam lada.
Bagaikan membahas isu utama dunia di
Sudut Pidato
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
Penyajak berasa berada di sudut pidato di Hyde Park
berbicang tentang isu-isu penting ketika mendengar
ayahnya bercerita tentang tanah iaitu tanggungjawab
menjaga dan memelihara tanah. Penggunaan nya
sentiasa berubah mengikut peredaran dan
keperluan semasa yang ditentukan oleh pemiliknya.
Di situlah ayah sering mengingatkan
erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
Penyajak diingatkan oleh ayahnya tentang amanah
memelihara tanah di mana kitalah
bertanggungjawab mencorakkan tanah tersebut
mengikut kesesuaian dan sekiranya kita lupa akan
amanah tersebut tanah tersebut akan kembali
kepada asalnya.
TEMA SAJAK
Pertemuan di Hyde Park
TEMA
Bertemakan kasih sayang
Penyajak menjelaskan perasaan kasih sayang ayahnya kepada
keluarga terutama kepada penyajak. Sebagai tanda sayangnya,
ayah memberikan sebidang tanah luas di kampung yang telah
banyak memberi jasa sebagai sumber rezeki kepada keluarga.
Contohnya :

Bila berdiri di antara pepohon rimbun


di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
PERSOALAN
SAJAK
PERSOALAN
Persoalan tentang kasih sayang
Penyajak menggambarkan betapa rapatnya hubungan
beliau dengan ayahnya yang sering bercerita tentang
sesuatu peristiwa
Contohnya :
di situlah ayah akan bercerita tentang erti
sebuah tanah
tentang tanggungjawab penjagaan dan
pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
Persoalan gigih berusaha.
Penyajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu
penyajak berusaha meneroka tanah hutan dara di
mana tanah itu telah dibersihkan untuk ditanam padi
huma.
Contohnya :
betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
Persoalan kerajinan.
Penjajak menjelaskan betapa kuat ayah dan ibu
penyajak berusaha meneroka tanah bertujuan untuk
bercucuk tanam padi huma, getah dan lada.
Contohnya :

atau bila kemudiannya menemani ayah


menanam anak getah
atau membetulkan barisan ladanya.
Persoalan amanah.
Ayah penyajak seringkali mengingatkan diri penyajak
agar sentiasa amanah dalam menjaga tanah yang
diberikan .
Contohnya :

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian
dan sekiranya alpa, tanah ini akan kembali
semula menjadi milik alam semesta.
Persoalan tanggungjawab.
Ayah penyajak seringkali menasihati diri penyajak agar sentiasa
bertanggungjawab dalam menjaga tanah yang diberikan .
Contohnya :

tentang tanggungjawab penjagaan dan


pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
GAYA BAHASA
DALAM SAJAK
GAYA BAHASA
Asonansi
Perulangan bunyi vokal dalam baris yang sama
bila berdiri di antara pepohon rimbun ( perulangan
bunyi vokal i)

Aliterasi
Perulangan bunyi konsonan dalam baris yang sama
menanam anak getah ( perulangan bunyi konsoanan n)
GAYA BAHASA
Metafora
Membandingan sesuatu yang bersifat konkrit dengan sesuatu
yang bersifat abstrak yang membawa diluar kelaziman.

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara


 
Anafora
Perulangan perkataan di awal baris dan sepatutnya
berturutan
atau semasa menghalau burung pipit
atau saja-saja santai antara panggilan emak
GAYA BAHASA
Imej alam
Satu gambaran mengenai sesuatu kehidupan ia lebih terdiri
daripada sekumpulan kata yang menggambarkan objek,
kisah, fikiran, falsafah.
pepohon/burung pipit/,padi/getah
 
Inversi
Pembalikan rangkaikata
setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak

sepatutnya setelah pokok di tebang dan semak dibersihkan


 
MESEJ DALAM SAJAK
MESEJ
1. Sebagai bapa, kita hendaklah sentiasa
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
agar mereka sering mengingati kita.

2. Kita hendaklah sentiasa menunaikan amanah


yang telah dipertanggungjawabkan ke atas kita

3. Perlunya semangat kegigihan dalam melakukan


sesuatu pekerjaan

4. Perlunya kita menghargai pemberian seseorang


NILAI DALAM SAJAK
NILAI
Keprihatinan
Nilai prihatin terhadap masa depan anak-anaknya dengan memberi sebidang
tanah

aku teringat sebidang tanah luas pemberian


ayah di kampung (R1B3&B4)
 
 
Kegigihan
Nilai kegigihan dalam meneroka , menebang dan membakar tanah hutan
sehingga boleh ditanam padi huma

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara


setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
NILAI
Kerajinan
Nilai kerajinan dalam mengusahakan pelbagai jenis tanaman di
tanah warisan keluarga
 
menanam anak getah
atau membetulkan barisan tanaman ladanya.
 

Kasih sayang
Nilai kasih sayang seorang ayah amat menyayangi penyajak,
buktinya ayah telah memberi sebidang tanah luas di kampung
kepada penyajak.
 
Bila berdiri di antara pepohon rimbun
di Hyde Park
aku teringat sebidang tanah luas pemberian
ayah di kampung
NILAI
Keprihatinan
Nilai prihatin terhadap masa depan anak-anaknya dengan memberi sebidang
tanah

aku teringat sebidang tanah luas pemberian


ayah di kampung (R1B3&B4)
 
 
Kegigihan
Nilai kegigihan dalam meneroka , menebang dan membakar tanah hutan
sehingga boleh ditanam padi huma

betapa sebelumnya ia adalah tanah hutan dara


setelah ditebang pokok dan dibersihkan semak
kemudian dibiarkan kering dan dibakar
dan setelah berkali-kali ditanam padi
menjadi huma bukit milik keluarga.
NILAI
Amanah
Nilai amanah terhadap penjagaan tanah warisan

Di situlah ayah sering mengingatkan


erti sebuah amanah
kitalah mencorakkan dan membentuk
tanah ini mengikut kesesuaian

Tanggungjawab
Nilai kegigihan dalam meneroka , menebang dan membakar tanah hutan
sehingga boleh ditanam padi huma

tentang tanggungjawab penjagaan dan


pemeliharaannya
betapa kegunaannya bisa berubah mengikut
ketentuan dan keperluan masa
segalanya kitalah yang menentukan dan tanah
sedia menerima tanpa bicara.
NADA
Romantis
SEKIAN, TRIMA KASIH
DARIPADA
CIKGU SUHAIMI BIN MOHAMED
SMK KUBANG KERIAN 2

Anda mungkin juga menyukai