Anda di halaman 1dari 3

HUTAN RIMBA

GURU PENASIHAT : CHARLES NG

4. Usaha-usaha untuk melestarikan alam semula jadi. 5. Kesepakatan ahli keluarga untuk mengurus perniagaan yang berasaskan industri pelancongan. WATAK DAN PERWATAKAN Pak Tua 1. Suami kepada Mak Tua 2. Mempunyai empat orang anak, iaitu Ajam, baker, Budi, dan Melati. 3. Mengutamakan pendidikan anakanak. 4. Pernah bekerja sebagai pemandu traktor sehingga merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh sumber pendapatan. 5. Menyesali perbuatannya selama ini yang telah merosakkan alam semula jadi. 6. Menanam semula pokok-pokok hutan di kawasan lapang untuk dijadikan hutan simpan. 7. Datuk yang penyayang terhadap cucucucunya. 8. Taat pada perintah agama. Mak Tua 1. Berketurunan sungai. 2. Isteri kepada Pak Tua. 3. Pandai memujuk dan mententeramkan perasaan Pak Tua yang dihantui oleh

AHLI KUMPULAN : QUEK JING LING SOONG JING SHYUAN LOH FUI TENG CHAN JIA SUEN

kekesalan sebagai akibat perbuatannya merosakkan alam sekitar. 4. Mahir memasak lauk kampung. 5. Rajin merambat ikan di sepanjang anak-anak sungai. 6. Menyokong usaha suaminya untuk memulihara hutan. LATAR Latar Tempat 1. Di hutan rimba. Contohnya, Pak Tua bekerja menolak balak dengan jentolak. 2. Di dusun buah-buahan. Contohnya, Pak Tua diulit igauan kesilapan masa lalu. 3. Di Sungai Kinabatangan, Sabah. Contohnya, ketika Pak Tua menaiki kapal yang menyusuri sungai itu menuju ke hulu, dia terpandang akan Mak Tua yang sedang mandi-mandi sambil membasuh pakaian. Latar Masa 1. Masa lalu. Contohnya, 30 tahun yang lalu, Pak Tua bekerja sebagai pemandu jentolak. 2. Masa kini. Contohnya, Pak Tua tidak lagi bekerja dan anak-anaknya telah dewasa dan mempunyai cucu. 3. Waktu malam. Contohnya, Pak Tua menceritakan kehidupan hutan rimba

TEMA Penyesalan seorang lelaki tua atas perbuatannya yang lalu, iaitu banyak merosakkan alam sekitar dan usahanya untuk memulihara hutan rimba yang tercemar. PERSOALAN 1. Kerakusan manusia merosakkan alam semula jadi untuk memperoleh kekayaan. 2. Sikap ketua keluarga yang mementingkan pendidikan anak-anak. 3. Kegiatan merosakkan alam semula jadi membawa musibah kepada kehidupan manusia sejagat.

sambil membelai manja cucu lelakinya yang paling kecil. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, anak-anak Pak Tua berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik. 2. Masyarakat yang tiada kesedaran untuk menjaga kelangsungan alam sekitar. Contohnya, Pak Tua terlibat dalam pemusnahan kehidupan laut di kampungnya untuk mendapatkan ikan yang banyak. 3. Masyarakat yang bijak. Contohnya, anak-anak Pak Tua mahu mengeksploitasi kekayaan sumber alam tanpa mengorbankan keindahan hutan rimba bapa mereka untuk dijadikan kawasan pelancongan. 4. Masyarakat sungai yang pandai merambat ikan dan memasak. Contohnya, Mak Tua pandai merambat ikan dan memasak lauk kampung. NILAI 1. Nilai keinsafan. Contohnya, Pak Tua insaf atas kesalahannya yang telah banyak merosakkan alam semula jadi. 2. Nilai bijak. Contohnya, anak-anak Pak Tua bijak mengusahakan projek

ekonomi dengan menggunakan keindahan alam semula jadi. 3. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Pak Tua seorang bapa yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan yang baik kepada anakanaknya. 4. Nilai kerajinan. Contohnya, Mak Tua rajin merambat ikan di sepanjang anakanak sungai dalam hutan di kem-kem balak. 5. Nilai bersepakatan. Contohnya, anakanak Pak Tua berbincang dan bermuafakat untuk mengendalikan perniagaan keluarga yang berasaskan sktor pelancongan. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan. Contohnya, Pak Tua yang sebelum ini bekerja sebagai pembalak telah sedar akan kesilapannya yang telah banyak merosakkan hutan simpan negara. 2. Isteri hendaklah rajin dan pandai memasak bagi menjamin kebahagiaan keluarga. Contohnya, Mak Tua rajin memasak untuk suami dan anakanaknya. 3. Setiap bapa mesti bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak untuk

memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran. Contohnya, Pak Tua memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya sehingga mereka bergelar pensyarah, guru, pengurus ladang, dan ahli perniagaan yang berjaya. 4. Alam semula jadi harus dipulihara untuk memastikan keharmonian hidup tidak terancam. Contohnya, Pak Tua berusaha untuk melestarikan harta warisan alam dengan menanam semula pokok hutan dan pokok buah-buahan di tanah lapang. 5. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu rancangan untuk menjamin kejayaan. Contohnya, anakanak Pak Tua mahu bersama-sama mengusahakan sektor pelancongan di kawasan hutan yang dimajukan oleh Pak Tua. 6. Janganlah kita memusnahkan hidupan laut. Contohnya, Pak Tua dan rakanrakan melayannya menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak.

Anda mungkin juga menyukai