Anda di halaman 1dari 10

30.

Masakan Rimba

BAVITHRAA A/P RAVINTHIRAN


KLM 21
Masakan rimba adalah makanan yang dimasak oleh pengakap
semasa dalam hutan.
Oleh sebab itu, bahan-bahan dan peralatan yang digunakan adalah
terhad, maka perlulah pengakap belajari tentang cara-cara memasak
masakan rimba supaya tidak akan berlaku masalah kelaparan
semasa kempen di hutan atau sesak di hutan semasa aktiviti
pengakap dijalankan.
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi
seorang ahli pengakap.
Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan
ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup
kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan
beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala
jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan
menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan)
yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan
situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau
kemalangan ringan.
ROTI LILIT

http://drkhairuddin.blogspot.my/2009/12/masakan-
hutan.html
Bahan
Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu
atau belahan buluh yang telah dibersihkan.

Cara Membuat
Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga
sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk
selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang
belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal
kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas
doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil
dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan
sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun
pisang.
Kebaikkan Menggunakan Lubang Api

1. melindungi tiupan angin


2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh

Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta

1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal


2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap
Masak nasi dalam buluh

http://drkhairuddin.blogspot.my/2009/12/masakan-
hutan.html
Bahan
Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun
pisang muda.

Cara Membuat
Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga
bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya
(seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh.
Ukuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan
air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang
telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke
dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi
ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah
masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak
dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.
Telur bersalut tanah liat

http://drkhairuddin.blogspot.my/2009/12/masakan-
hutan.html
Bahan
Telur secukupnya dan tanah liat sungai.

Cara Membuat
Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan
tanah liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi
dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. Tujuan
utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya
telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika
selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu
sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian
tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

Anda mungkin juga menyukai