Anda di halaman 1dari 3

Masak Nasi Dalam Buluh

Ramuan : seruas buluh beras air daun pisang Langkah-langkah : 1. Sediakan seruas buluh dan sedikit beras 2. Cucikan buluh dan daun pisang yang disediakan dengan bersih 3. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh 4. Cucikan beras yang disediakan 5. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam buluh dan jangan terlalu penuh 6. Masukkan air yang cukup ke dalam buluh yang berisi beras 7. Bina satu alat penyokong dengan ranting kayu 8. Letakkan buluh tersebut pada alat penyokong itu untuk dibakar 9. Bakar dengan api yang sederhana besar dan dibalik-balikkan agar masaknya sama rata 10. Bakarkan buluh itu sehingga nasi dalam buluh itu masak Roti Lilit

Ramuan:

tepung gandum air gula buluh yang dibelah Langkah-langkah : 1. Campurkan sedikit air dan gula ke dalam tepung 2. Ulikan tepung sehingga sebati 3. Tepung dibiarkan kering 4. Lilitkan tepung pada buluh yang telah 5. Pastikan tepung tersebut lilit dengan kemas 6. Panggangkan tepung yang siap dililit dengan bahang dan haba supaya roti tidak hangusBakarkan roti lilit itu sehingga berwarna sedikit coklat

Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi. Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.

Anda mungkin juga menyukai