Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN M/S


1. Penghargaan
2. Pengenalan
3. Pendahuluan
4. Tema:ALAM SEKITAR
5. Bahan 1-petikan rencana
6. Bahan 2-petikan rencana
7. Bahan 3-petikan rencana
8. Bahan 4-pantun
9. Bahan 5-cerpen
10. Bahan 6-lirik lagu
11. Rasional
12. Adaptasi sajak dan ulasan sajak
13. Penutup

1
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada tuhan kerana dengan limpah
dan kurnianya,kami dapat menyiapkan folio Bahasa melayu yang ini dengan sempurna
dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Pn Hayati Binti Sanusi selaku pensyarah Bahasa melayu yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami
menyiapkan folio ini.

Selain itu,kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan
yang terdiri daripada Allina Natasya,Nur Amira dan Nur Fatin Najwa kerana atas Kerjasama
dan komitmen yang telah diberikan serta sepanjang kami menyiapkan folio ini.

Akhir sekali,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak kedekut
dalam menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang kami menyiapkan folio.

2
Pengenalan umum

Adaptasi dapat diberi banyak tafsiran mengikut kajian sastera. Pada tafsiran paling umum,
adaptasi didefinisikan sebagai ‘penyesuaian dengan keadaan yang baru atau berbeza' atau
proses menulis semula sesuatu karya kepada karya yang lain.Untuk tugasan ini, adaptasi
dibuat berdasarkan tajuk yang diberi oleh pensyarah yang bertajuk Alam sekitar.Tajuk ini
sangat sesuai dengan persekitaran yang sedang membangun Adaptasi ini dibuat dengan
cara mengubah,menyesuaikan, dan menukarkan serta menyelaraskan pelbagai bahan
kepada bahan lain iaitu sajak

Pendahuluan topik

Topik yang dipilih ialah Alam sekitar.Alam sekitar sangat berkaitan dengan kehidupan
seharian.Contohnya kitar semula dan pokok-pokok yang berada si sekeliling kita perlu
diambil tahu.Oleh itu kita perlu menyemai semangat dalam diri setiap orang dalam
melindungi alam sekitar yang semakin terancam.

Tugasan

Pengkaryaan adaptasi – menghasilkan sajak berdasarkan tema yang terdapat dalam bahan
yang dipilih,iaitu alam sekitar hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi.

Tema bahan

Alam Sekitar

3
Bahan 1 : Rencana Sebar Mesej Jaga Alam Sekitar

4
Bahan 2 : Rencana Pelihara Bumi, Alam Sekitar
Oleh : Norliah Md.Zain

5
Bahan 3 : Rencana Pengurus Alam Sekitar meniti Perubahan
Oleh : Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan
Dengan Kerjasama Meja Kandungan Khas, Pelita Brunei.

6
Bahan 4:Pantun

Pergi ke kedai membeli bunga,


Bunga di beli cantik sekali,
Alam sekitar perlu di jaga,
Agar hidup sentiasa harmoni..

Berjalan-jalan di tepi tasik,


Bila berjalan perlu berhati,
Alam di jaga kan cantik,
Agar dilihat semua generasi.

Pergi ke kota bersama teman,


Kota Melaka tempat pilihan,
Menjaga sungai jadi amalan,
Agar tidak berlaku pencemaran.

Pergi menyelam di dalam laut,


Pergi menyelam di laut China,
Kita perlu menjaga laut,
Agar khazanahnya terpelihara.

Dua tiga kucing berlari,


Mana nak sama si kucing belang,
Jika tidak menjaga bumi,
Nanti dating bencana alam.

7
Bahan 5:Cerpen

Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos,
sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip
mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah
menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta
iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata
jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba.
Sesal Pak Tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih Kembali ingatannya sewaktu 30
tahun yang lalu. Jemari tangannya berketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang
menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya.
“Aku ingin Kawasan hutan ini kembali rimbun,” kata Pak Tua sendirian sambal
memejamkan mata.
Dalam layer gelap yang Nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambal
mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa.
Timbunan batang-batang kayu itu terlihat kemas di atas tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-
lori balak itu terhenjut-henjut Ketika lapan biji rodanya melalui jalan tanah merah yang
berdebu dan tidak rata. Musim hujan antara bulan Oktober dan Disember sering membina
lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu.

(Dipetik daripada Cerpen


‘Hutan Rimba’
Oleh Sasjira
Dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa Dan Pustaka)

8
Bahan 6 : Lirik Lagu ‘ Rakan Alam Sekitar ‘

Keceriaan alam sekitar, Masanya sudah tiba,


Marilah kita semua, Mainkan peranan anda,
Menjaga alam ini, Bertindaklah oh sekarang,
Alam sekitar lestari, Tanggungjawab , bersama
Ooh.. Ooh..
Hilangkan pencemaran
Guna semula buangan, Ekosistem terjaga,
Hiasan pohon disekitar, Kesihatan terbela,
Suasana nyaman dan segar, Oh indahnya Malaysia,
Kehijauan sentiasa.
R.A
R.A.S R.A
Rakan Alam Sekitar R.A.S
Rakan Alam Sekitar.

9
RASIONAL
Bahan yang dipilih adalah alam sekitar.Alam sekitar terhadap manusia,habitat,flora dan
fauna adalah penting kerana memberi kesedaran kepada masyarakat.Seterusnya,tahap
kesedaran masyarakat mengenai menjaga alam sekitar adalah sikap tamak yang dilakukan
melalui penebangan hutan secara tidak terkawal terutama di Kawasan pergunungan dan
Kawasan tadahan air.Selain itu,topik ini juga menerangkan tentang amalan kitar semula
yang diterapkan dari kanak-kanak seperti membuat kempen selamatkan bumi kita,motivasi
dan selebihnya.Akhir sekali,faedah menjaga alam sekitar adalah ekosistem menjadi
stabil,menjamin bekalan sumber alam, dan kesihatan manusia terjamin.

10
ADAPTASI SAJAK
TEMA:ALAM SEKITAR
Alam,
Keindahan mu memukau ramai orang,
Keindahan mu tidak terlawan.

Alam,
Keindahan mu bagaikan syurga,
Air laut yang berombak-ombak
Burung-burung berkicau merdu,
Tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

Alam,
Keindahan mu semakin hilang,
Ini adalah perbuatan manusia yang tamak,
Tumbuh-tumbuhan semakin layu,
Bintang semakin pupus.

Marilah kita semua,


Menjaga alam ini,
Kerana alam ini tidak ternilai.

11
ULASAN SAJAK
1. TEMA:
Alam Sekitar
2. MAKSUD:

R1:Menceritakan kisah alam sekitar yang memukau pandangan mata.Menghayati

alam keindahan sang pencipta.

R2:Tumbuhan yang hidup subur mewarnai di muka bumi.Kehidupan yang

Menandakan suasana kegembiraan mejadi keceriaan.

R3:Keindahan alam sekitar menyebabkan perbuatan manusia menjadi


tamak,tumbuh-tumbuhan menjadi layu dan haiwan semakin pupus.

R4:Penyajak mengajak kita semua menjaga alam sekitar ini kerana alam ini sangat

Bernilai.

3. PERSOALAN:
i.Persoalan seorang manusia yang menghargai keindahan alam

ii.Persoalan alam sekitar memberi kesedaran kepada masyarakat

iii.Persoalan Keindahan alam sekitar semakin hilang

4. BENTUK : Bebas
5. NILAI
i.Nilai keharmonian
ii.Nilai tanggungjawab
iii.Nilai bekerjasama
6. PENGAJARAN
i.Kita mestilah bertanggungjawab atas pencemaran dan degradasi alam sekitar
yang diakibatkan olehnya.
ii.Kita haruslah menghormati alam atau bumi bagi semua spesis yang mempunyai
hak
untuk hidup dan sekurang-kurangnya berjuang kerana ia juga mahkluk yang
dijadikan tuhan.
iii.Kita perlulah mementingkan kemampuan ekosistem kerana dapat mengekalkan
keutuhan ekologi,keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara
kehidupan di bumi untuk kita dan hidupan-hidupan lain.

12
iv.Kita hendaklah peka dan prihatin dengan keadaan alam sekeliling dan berusaha
untuk menyelesaikannya termasuklah isu pencemaran alam dan penebangan
hutan.
PENUTUP
Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera sangat
penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana
aktiviri ini dapat meningkatkan kemahiran dalam membaca,menganalisis maklumat
serta meneroka pelbagai karya. Selain itu, aktiviti juga mampu mengembangkan
bakat yang dimiliki oleh setiap pelajar dalam meneruskan legasi karyawan
terdahulu.. Oleh itu, pelajar akan lebih menyayangi pelbagai karya yang dibuat oleh
karyawan terdahulu disamping mencipta idea baru yang lebih hebat dan terkini.

13

Anda mungkin juga menyukai