Anda di halaman 1dari 4

RASIONAL

Bahan yang dipilih adalah alam sekitar.Alam sekitar terhadap manusia,habitat,flora dan
fauna adalah penting kerana memberi kesedaran kepada masyarakat.Seterusnya,tahap
kesedaran masyarakat mengenai menjaga alam sekitar adalah sikap tamak yang dilakukan
melalui penebangan hutan secara tidak terkawal terutama di Kawasan pergunungan dan
Kawasan tadahan air.Selain itu,topik ini juga menerangkan tentang amalan kitar semula
yang diterapkan dari kanak-kanak seperti membuat kempen selamatkan bumi kita,motivasi
dan selebihnya.Akhir sekali,faedah menjaga alam sekitar adalah ekosistem menjadi
stabil,menjamin bekalan sumber alam, dan kesihatan manusia terjamin.
Adaptasi sajak (ALAM SEKITAR)

Alam,
Keindahan mu memukau ramai orang,
Keindahan mu tidak terlawan.

Alam,
Keindahan mu bagaikan syurga,
Air laut yang berombak-ombak
Burung-burung berkicau merdu,
Tumbuh-tumbuhan yang menghijau.

Alam,
Keindahan mu semakin hilang,
Ini adalah perbuatan manusia yang tamak,
Tumbuh-tumbuhan semakin layu,
Bintang semakin pupus.

Marilah kita semua,


Menjaga alam ini,
Kerana alam ini tidak ternilai.
Ulasan sajak

1. TEMA:
Alam Sekitar
2. MAKSUD:

R1:Menceritakan kisah alam sekitar yang memukau pandangan mata.Menghayati

alam keindahan sang pencipta.

R2:Tumbuhan yang hidup subur mewarnai di muka bumi.Kehidupan yang

Menandakan suasana kegembiraan mejadi keceriaan.

R3:Keindahan alam sekitar menyebabkan perbuatan manusia menjadi


tamak,tumbuh-tumbuhan menjadi layu dan haiwan semakin pupus.

R4:Penyajak mengajak kita semua menjaga alam sekitar ini kerana alam ini sangat

Bernilai.

3. PERSOALAN:
i.Persoalan seorang manusia yang menghargai keindahan alam

ii.Persoalan alam sekitar memberi kesedaran kepada masyarakat

iii.Persoalan Keindahan alam sekitar semakin hilang

4. BENTUK : Bebas
5. NILAI
i.Nilai keharmonian
ii.Nilai tanggungjawab
iii.Nilai bekerjasama
6. PENGAJARAN
i.Kita mestilah bertanggungjawab atas pencemaran dan degradasi alam sekitar
yang diakibatkan olehnya.
ii.Kita haruslah menghormati alam atau bumi bagi semua spesis yang mempunyai
hak
untuk hidup dan sekurang-kurangnya berjuang kerana ia juga mahkluk yang
dijadikan tuhan.
iii.Kita perlulah mementingkan kemampuan ekosistem kerana dapat mengekalkan
keutuhan ekologi,keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara
kehidupan di bumi untuk kita dan hidupan-hidupan lain.
iv.Kita hendaklah peka dan prihatin dengan keadaan alam sekeliling dan berusaha
untuk menyelesaikannya termasuklah isu pencemaran alam dan penebangan
hutan.
PENUTUP
Mengadaptasi pelbagai bahan bacaan kepada pelbagai bentuk karya sastera sangat
penting kepada seseorang, khususnya pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana
aktiviri ini dapat meningkatkan kemahiran dalam membaca,menganalisis maklumat
serta meneroka pelbagai karya. Selain itu, aktiviti juga mampu mengembangkan
bakat yang dimiliki oleh setiap pelajar dalam meneruskan legasi karyawan
terdahulu.. Oleh itu, pelajar akan lebih menyayangi pelbagai karya yang dibuat oleh
karyawan terdahulu disamping mencipta idea baru yang lebih hebat dan terkini.

Anda mungkin juga menyukai