Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Lestari Khazanah Alam

Sejambak kasih sekalung budi, buat pengerusi majlis, barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana , warga pendidik dan seterusnya hadirin budiman sekalian.
Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Tajuk syarahan saya berbunyi “Lestari
Khazanah Alam “
Warga dewan yang dimuliakan, sebagai adat pembuka bicara, izinkan saya
untuk mendefinisikan tajuk bicara saya pada hari ini . Menurut Kamus Dewan,
Perkataan Lestari membawa maksud tidak berubah,tetap atau kekal.Khazanah
ditakrifkan sebagai barang kepunyaan , harta benda dan . Dalam konteks ini, alam
mendukung erti dunia atau bumi .
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan
kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan
fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan
setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna
merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Hari Alam Sekitar disambut pada
tanggal 5 Jun yang lalu. Setiap tahun pada tarikh tersebut, seluruh dunia meraikan Hari Alam

Sekitar bermatlamat untuk mempertingkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu
alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan mereka terhadap sebarang

perubahan yang berlaku kepada alam sekitar. Walaupun disambut dengan tema yang berbeza
setiap tahun, namun tujuannya hanyalah untuk melestarikan alam sekitar daripada terjejas atau

musnah akibat perlakuan manusia yang tidak berharmoni dalam tindak-tanduk seharian
mereka.
Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara
manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan
menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan
menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan
flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar
adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan
air terpelihara.

Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar


manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Pencemaran air
seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan
memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor
dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang
menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat
kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan
hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula
jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan
yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan
peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang
kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup
dalam air yang tercemar.

Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan


buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal,
jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin
panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi
meningkat dan menyebabkan pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan
yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang
dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini,
kesihatan manusia akan terjamin.

Cukup dan memadaikah segala polisi dan perundangan berkaitan dalam melindungi

alam sekitar secara berterusan? Di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 jumlah
denda maksimum hanyalah RM500,000 dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun boleh

dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan pencemaran. Mampukah


perundangan ini mengekang penjejasan alam sekitar yang semakin berleluasa?
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula
jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap
kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti
kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel,
pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi
meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara
alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama  setiap
generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam
dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.

Tuan-tuan dan puan-puan, sebelum tabir syarahan saya labuhkan, sekali lagi saya
tegaskan bahawa alam adalah tanggungjawab kita bersama. Marilah kita hayatilah
peribahasa, “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Alam
yang bersih dan cantik memberikekehidupan yang bahagia Tuan-tuan dan puan-
puan, sebelum tabir syarahan saya labuhkan, sekali lagi saya tegaskan bahawa
Muhibbah dan perpaduan adalah tanggungjawab kita bersama. Marilah kita
hayatilah peribahasa, “ Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat. . Utuh negara kerana rakyat, utuh bangsa kerana perpaduan.

Sekian, terima kasih.


.

Anda mungkin juga menyukai