Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi
di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita
satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam
sekitar di

negara kita tidak


semua agama. dijaga dengan
Persekitaran baik. Amalan
yang bersih menjaga
penting untuk kebersihankehidupan
mewujudkan merupakan tuntutan
yang sihat
dan sejahtera.

Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih
membolehkan kita menyedut udara yang segar. dara yang bersih dan segar sememangnya
amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan
tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara
dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar
yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. $uaca panas dan kering yang
disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan
kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan
terjamin.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. &kosistem yang terpelihara daripada kerakusan
manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat
berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan
akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap
dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik
ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai
untuk meneruskan peredaran air. (ni dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi
kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk
penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan
ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat
mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan
arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah
tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan
flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara
satu sama lain, )lora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. )lora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam
semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi
panas dan kering. (ni akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan
terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan..

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh *abatan
Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di
atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama
karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan
yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok
hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar
yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang
kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia.
Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain
itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. +alat yang membawa kuman
akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas
seperti cirit-birit dan muntah. leh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar
adalah penting.

Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara

kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara
atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita
dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka
panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang
perkerjaan
 juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar
pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf
hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih
ada pada hari ini. saha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam
sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen
kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media
dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan
pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.
Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta
supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan
datang.
Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah
telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. umi yang luas dijadikan
tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai
sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis
haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga
sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. dara yang
bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang
segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya.

dara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. $uaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan
dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang
sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui
penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat
menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti
pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal
hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu
membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan
tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman
denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh
vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat
dielakkan.

angguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam
keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti
nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita
dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang
bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan

manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh
hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi
lebih kurang /01 air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan
tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan
penjana

kepada kehidupan di muka bumi. leh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan
manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan
air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan
adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar
yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan
sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang,
ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang
dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran
laut
seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk
pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air
terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara.
Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik
perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan
meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor
perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada
masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, (a turut berperanan sebagai
sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. *usteru, semua
lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam
sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai