Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan memelihara alam sekitar

Alam sekitar ialah alam di sekeliling kita seperti sungai, hutan dan juga tumbuh-
tumbuhan. Kita harus memelihara alam sekitar kerana alam sekitar yang bersih menjadikan
kehidupan kita lebih baik dan sihat.
Alam sekitar ialah anugerah tuhan kepada kita. Segala alam sekitar yang semula jadi
merupakan kepunyaan tuhan. Alam sekitar yang terpelihara akan mendamaikan jiwa. Selain
itu, alam sekitar yang bersih sesuai untuk dibuat sebagai tempat tinggal dan menjadikan
orang-orang yang bersih sesuai untuk dibuat sebagai tempat tinggal dan menjadikan orang-
orang yang meninggal di tempat itu merasa suasana yang memberi keselesaan.
Untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan segar udara, kita tidak boleh
ketinggalan tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan oksigen yang amat penting untuk setiap
organisma di dunia ini. Pada tahun-tahun yang lalu, dunia kita semakin maju, ini
menyebabkan jumlah carbon diosida dan toksik yang dikeluarkan oleh pelbagai industri dan
manusia telah melebihi jangkaan kita. Semakin banyak udara yang toksik, kesihatan
manusia dan binatang yang menjadi teruk, banyak penyakit akan merebak. Organisma di
seluruh dunia ini memerlukan satu sama lain. Contohnya, manusia memerlukan oksigen
yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan carbon diosida
yang dikeluarkan oleh manusia dan binatang.
Di samping itu, kita harus memelihara alam sekitar supaya spesis jarang ditemui yang
meninggal di hutan tidak pupus atas bumi kita. Semakin banyak binatang mati kerana
kelaparan atau ditangkap oleh manusia apabila dunia kita maju. Oleh itu, aktiviti-aktiviti
pembalakan perlu dikawalkan supaya binatang yang tinggal di hutan tidak kehilangan
habitat mereka.
Selain daripada itu, sungai dan lautan juga merupakan alam sekitar yang sangat
penting dalam kehidupan kita. Kebanyakkan hasil minuman kita datang daripada sungai-
sungai, air sungai ditapis oleh oleh mesin-mesin untuk selamat dan sihat diminum. Sungai
dan laut juga mempunyai habitat pelbagai ikan. Jika tidak cepat memperhentikan perubahan
iklim dan hal pencemaran sunagi dan laut, generasi-generasi selepas kita mungkin tidak
dapat memakan ikan. Oleh itu, kita perlu memastikan lautan dan sungai tidak tercemar.
Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripdada pencemaran. Alam
sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik dan selesa. Alam sekitar
yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai