Anda di halaman 1dari 1

Alam sekitar merupakan anugerah tuhan yang paling

berharga. Pelbagai sumber alam sekitar yang penting


dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat masa kini
tidak sedar bahawa bumi yang kita diami sekarang ini
telah banyak mengalami kemusnahan. Ini susulan
daripada beberapa kes pencemaran yang berlaku seperti
masalah jerebu, pencemaran air dan sebagainya. Oleh
itu, kita perlu sedar betapa pentingnya menjaga alam
sekitar.
Antara kepentingan yang paling utama dalam
menjaga alam sekitar ialah ia akan dapat menjaga
kesihatan kita. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam memastikan kesihatan kita terjaga. Suatu
kehidupan akan memerlukan persekitaran yang bersih
untuk meneruskan kelangsungan dalam kehidupan.
Terutamanya udara yang bersih akan dapat memastikan
tubuh badan kita sentiasa bersih.
Selain itu, penjagaan alam sekitar jufa akan dapat
memastikan suatu kehidupan dapat meneruskan
kehidupan. Hidupan air seperti ikan, tumbuhan laut dan
sebagainya memerlukan habitat air yang bersih. Jika air
telah tercemar, system habitat mereka akan terganggu.
Oleh sebab itu, hidun tersebut tidak dapat meneruskan
kelangsungan hidup.

Anda mungkin juga menyukai