Anda di halaman 1dari 1

Karangan Fakta- Faedah Membaca

Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat


membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat
pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar,
majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini
boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.

       Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita.


Antaranya membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan
membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang
sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita
pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak
langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang
dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru.

        Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu


semasa. Apabila kita membaca surat khabar, kita akan tahu berita
semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang
gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di Johor dan
sebagainya.

        Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita.


Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh
membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik,
majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan
rasa penat.

        Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita


dapat mengelakkan diri kita daripada bergaul dengan kacang
hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan
terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh,
vandalisme dan lain-lain lagi.

        Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar.


Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap
masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

Anda mungkin juga menyukai