Anda di halaman 1dari 1

Pada cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan

suatu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai


oleh beberapa orang murid dan guru. Saya turut menyertai
lawatan tersebut.

Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah


bas yang disewa khas. Kami tiba di Zoo Negara pada pukul
10.00 pagi. Kemudian guru kami beratur untuk membeli tiket.
Setelah itu, kami masuk ke dalam Zoo Negara.

terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa, gajah,


zirafah , monyet , buaya dan burung di zoo. Binatang yang liar
dikurung di dalam sangkar sementara binatang yang jinak seperti
arnab dibiarkan bebas. Suasana di dalam zoo riuh-rendah dengan
bunyi binatang dan kicauan burung.

Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular


di Zoo Negara. Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah .
Saya gembira melihat gajah bermain bola dan ular menari
mengikut bunyi serunai. Saya mengambil beberapa keping gambar
sebagai kenang-kenangan.

Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan


saya berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan khas
kepada pelawat. Kami makan sambil memerhatikan gelagat
unggas.

Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun


berasa penat, kami berasa gembira kerana dapat menambahkan
ilmu pengetahuan kami.

Anda mungkin juga menyukai