Anda di halaman 1dari 1

Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah

mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara.


Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan 3 guru pengiring.
Saya turut menyertai lawatan ini.
Kami berkumpul di depan dewan pada pukul 7.00 pagi.
Setelah guru mengambil kedatangan ,kami bertolak pada pukul
7.30 pagi. Kami menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami
tiba di Zoo Negara pada pukul 9.00 pagi. Kemudian guru kami
beratur untuk membeli tiket. Setelah itu, kami masuk ke dalam
Zoo
Negara.
Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti
singa , gajah, zirafah , monyet , buaya , burung dan sebagainya.
Binatang yang liar dan ganas dikurung di dalam sangkar .Selain
itu, binatang yang jinak seperti arnab dibiarkan bebas. Suasana
di dalam zoo riuh-rendah dengan bunyi binatang dan kicauan
burung.
Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular
di Zoo Negara. Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah
sahaja. Saya gembira melihat gajah bermain bola dan ular
menari mengikut bunyi serunai. Saya mengambil gambar
sebagai
kenangan.
Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan
saya berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan khas
kepada pelawat. Kami makan sambil memerhatikan gelagat
unggas.
Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun
penat, lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan
kami.

Anda mungkin juga menyukai