Anda di halaman 1dari 5

PENGAKAP KLM 30 AMBLAN JANUAR 2010

LAPORAN PROGRAM PENGEMBARAAN


TAMAN NEGARA KUALA KOH
GUA MUSANG, KELANTAN.

Seramai 45 orang pengakap telah berjaya melalui pengalaman
berkhemah di Taman Negara Kelantan. Kuala Koh pada 6 Oktober 2011,
Khamis sehingga 8 Oktober 2011, Sabtu. Aktiviti perkhemahan ini merupakan
salah satu aktiviti yang terdapat di dalam proforma pengakap. Perkhemahan
ini juga telah diiringi oleh 5 orang pengiring iaitu En Hamdan, En Safri, En
Muttalib, En Rosli dan juga En Zakaria.
Kami bertolak pada pukul 12.30 tengah hari selepas memasukkan
kesemua barang keperluan dan peribadi ke dalam bas. Sebanyak 2 buah van
dan sebuah bas memuatkan 45 orang pengakap dan 5 orang pengiring.
Alhamdulillah, pada pukul 4.30 petang kami sampai di tapak perkhemahan,
tetapi pengakap yang menaiki van sampai lebih awal iaitu pada pukul 3.00
petang.
Sedikit taklimat ringkas yang telah diberikan oleh En Firdaus Bin
smail, Penolong Penguatkuasa Perhilitan Taman Negara tentang selok belok
tapak perkhemahan, beberapa peringatan dan juga amaran. Pada pukul 5.30
petang semua sekawan mula memasak selepas mendirikan khemah.
Selepas habis aktiviti kendiri, tepat pada pukul 8.30 malam,
peperiksaan dimulakan. Sebenarnya kami mempunyai ujian akhir kursus
pada hari Khamis pada pukul 2.30 petang. Tetapi memandangkan pada
waktu itu kami berada di dalam bas, jadi ujian kami telah ditangguhkan. Kami
tidak dapat menangguhkan perjalanan kami ke Kuala Koh kerana jika kami
tangguhkan juga, besar kemungkinan kami sampai ke destinasi pada waktu
malam. Tambahan lagi pada waktu itu merupakan musim hujan. Untuk
mengelakkan sebarang masalah lain berlaku, kami teruskan perjalanan kami
dan membuat keputusan untuk membuat ujian tersebut pada waktu malam.
PENGAKAP KLM 30 AMBLAN JANUAR 2010

Alhamdulillah kami selamat menduduki ujian walaupun berada di
dalam hutan. ni merupakan pengalaman pertama bagi kami semua membuat
peperiksaan di dalam hutan. Selepas selesai ujian tersebut, kami berkumpul
bagi mendengar taklimat secara formal oleh En Firdaus. Taklimat tersebut
diadakan di dalam Dewan Utama. Taklimat tersebut berkisar mengenai
sejarah Kuala Koh dan kawasan-kawasan aktiviti sekitar Taman Negara.
Kami sekali lagi diberi peringatan tentang larangan-larangan di dalam hutan.
Selepas itu kami dibawa melawat ke Interpretive Room. Sayangnya aktiviti
Night Walk kami tidak dapat dijalankan seperti dirancangkan kerana cuaca
yang tidak mengizinkan.
Keesokan harinya kurang lebih pukul 9.30 pagi aktiviti Jungle Tracking
bermula. Sebelum memulakan aktiviti, sedikit senaman ringan dilakukan
diketuai oleh Asnawi Othman. Aktiviti dimulakan dengan melalui jambatan
gantung, iaitu satu-satunya perhubungan yang menghubungkan antara hutan
dengan tapak perkhemahan. Selepas itu kami melalui titian kanopi. Jambatan
yang terpendek dan terpanjang ialah dari 16 meter hingga 66.3 meter.
Manakala ketinggian jambatan dari 11.4 meter sehingga 25.7 meter. Antara
pokok yang digunakan untuk menghubungkan kesemua jambatan ialah
Pokok Kempas, Pokok Meranti, Pokok Tualan gdan juga Pokok Pelong.
Selesai aktiviti titian kanopi, kami berkumpul sekali lagi. Kami
membahagikan kumpulan kami kepada 4 kumpulan. 2 kumpulan lelaki dan
juga 2 kumpulan perempuan. Setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang
daripada pihak perhilitan. Kami memulakan ekpidisi merentasi Jeram Sinar.
Walaupun perjalanan agak jauh, banyak pengalaman yang kami dapat.
Antara haiwan yang kami temui sepanjang perjalanan ialah lintah dan pacat.
Selain daripada itu kami juga menemui najis gajah, menurut juru pandu kami,
En Mat, dia mengatakan najis itu berusia 2 minggu. Dia juga menerangkan
beberapa jenis pokok yang menghasilkan air yang boleh diminum. Kami
mengakhiri Jungle Tracking kami dengan aktiviti menaiki bot. Bot itu hanya
boleh dinaiki seramai 5 orang pada satu-satu masa.
2 jam selepas Jungle Tracking, kami habiskan dengan aktiviti sendiri.
Semua sekawan mula memasak untuk makan tengahari. Menu yang
PENGAKAP KLM 30 AMBLAN JANUAR 2010

dicadangkan adalah bergantung kepada lebihan bahan masakan. Satu nilai
yang sangat diperlukan untuk menjayakan sesi memasak ialah kerjasama.
Tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua ahli dalam sekawan masing-
masing, proses untuk memasak menjadi lebih lama dari yang sepatutnya.
Kurang lebih dalam jam 4.30 petang, satu taklimat ringkas
berkenanaan aktiviti seterusnya disampaikan oleh Tuan Haji Hamdan. Aktiviti
Masakan Rimba menuntut kami untuk menyelesaikan 3 misi khas iaitu
memasak roti lilit, telur dalam bawang dan telur dalam kentang. Masa yang
diberi sekitar 1 stengah jam. Semua sekawan mempersembahkan hasil
masakan sendiri dengan menggunakan krativiti masing-masing, dua daripada
ahli pengakap iaitu Shamin Ghazali dan Syazwani Mahizair
dipertanggungjawabkan untuk mengadili masakan yang lain. Tiga daripada 5
kumpulan telah diisyitiharkan sebagai pemenang. Tempat pertama jatuh
kepada pasukan Kuning, kedua Hijau dan ketiga sekawan Biru.
Selepas itu, satu kejutan yang diberikan dari pihak perhilitan, mereka
telah memberi peluang kepada beberapa ahli pengakap yang tarikh lahirnya
jatuh pada bulan Oktober untuk melepaskan beberapa ekor binatang ke
dalam hutan. Antara binatang tersebut ialah kucing batu, musang dan juga
kura-kura. Ahli pengakap yang bertuah ialah zzat Fakhruddin, Amirul Amzar,
Addina, Akmawani, Nuha dan juga Fatin. Saat-saat indah itu telah dirakam
didalam memori.
Pada malam kedua, kami telah membuat aktiviti Night Walk. Pada
malam sebelumnya kami tidak dapat membuat aktiviti ini memandangkan
keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Tetapi Alhamdulillah kami dapat
membuat aktiviti ini juga walaupun hujan turun pada waktu maghrib. Kami
dapat melihat dan mendengar bunyi keindahan hutan pada waktu malam.
Bagi sesiapa yang menghayati saat-saat berada di dalam hutan, pasti dia
tidak akan melupakan saat-saat ini kerana ia sangat istimewa. Kami dapat
melihat kulat yang bercahaya dan juga mengenali kawasan laluan gajah.
Kami juga diterangkan serba sedikit mengenai gajah-gajah yang terdapat
disitu.
PENGAKAP KLM 30 AMBLAN JANUAR 2010

Selepas itu kami meneruskan dengan aktiviti sendiri. Terdapat
pembahagian kumpulan untuk aktiviti sentri. Ketiga-tiga sekawan bergilir-gilir
setiap 2 jam untuk menjaga keselamatan setiap ahli pengakap. Sekawan
pengakap perempuan menjaga sentri di bahagian perempuan, manakala
sekawan lelaki menjaga sentri lelaki.
Pagi sabtu, kami teruskan aktiviti lain yang sangat menarik iaitu ird
Watching. Seperti biasa kami membahagikan kumpulan kami kepada 4
kumpulan. Kami juga dibekalkan dengan binocular besar dan juga kecil.
Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 binocular besar. Disebabkan seorang
pengiring daripada jabatan perhilatan mempunyai masalah, kumpulan lelaki
dikehndaki untuk bergabung. Kami memulakan ekspidisi kami di tengah
padang memandangkan di situ juga terdapat banyak burung yang
bertebangan. Kami dimaklumkan burung-burung aktif pada waktu redup.
Contohnya pada waktu pagi dan juga pada waktu senja. Pada waktu pagi
burung-burung tersebut keluar untuk mencari makanan, manakala pada
waktu petang burung pulang ke sarang masing-masing. Aktiviti ini
memerlukan masa yang panjang dan juga minat yang mendalam. Malangnya
dari apa yang dilihat minat pengakap untuk menjejak burung adalah kurang.
ni terjadi mungkin kerana kurangnya minat dan aktiviti ini seperti membuang
masa. Tambahan lagi binocular yang diberi sedikit tidak menncukupi bilangan
peserta. Aktiviti ini sebenarnya pertama kali diperkenalkan, kami adalah
tetamu yang pertama menjalankan aktiviti ini di Taman Negara. Amat dikesali
kerana kumpulan lelaki tidak dapat menjalankan aktiviti ini kerana pengiring
daripada pihak perhilitan tidak menghadirkan diri. Walaubagaimanapun jua,
mereka masih tetap dapat melihat burung-burung tersebut walaupun hanya di
padang.
Kami mula mengemaskan barana-barang peribadi dan juga barang
umum pada pukul 10.30 pagi. Bas dijangka akan sampai pada pukul 11 pagi.
Alhamdulillah, selepas penerimaan sijil daripada pihak perhilitan dan juga
pemberian hadiah cenderahati kepada pihak perhilitan, kami bertolak pulang
ke PG KDR. Seperti yang telah dirancang, kami berhenti di tengah
persinggahan. Kami berhenti di tempat penjinakkan gajah. Di situ kami dapat
melihat 2 ekor gajah yang diberi nama Sinar dan juga Suria. Amat bertuah
PENGAKAP KLM 30 AMBLAN JANUAR 2010

bagi ahli pengakap yang cuba bermesra dengan gajah-gajah tersebut. Ada
beberapa ahli pengakap berpeluang untuk menunggang gajah walaupun
pada waktu itu bukan masanya untuk menunggang gajah. Malangnya kami
tidak dapat meluangkan masa kami lebih lama di situ memandangkan hujan
mula turun. Walau apapun yang berlaku kenangan menunggang gajah pasti
tidak dapat dilupakan. Kami tidak mungkin dapat merasai pengalaman ini.
Tambahan lagi tiada bayaran yang dikenakan. Pekerja disana cukup
berdidikasi dalam menjalankan tugasnya.
Tepat pada pukul 3.40 petang, bas yang membawa ahli pengakap
selamat sampai di perkarangan PG KDR. 2 buah van sampai lebih lambat
sedikit iaitu pada pukul 4. Kami dimaklumkan bahawa mereka berhenti
menunaikan solat Zohor terlebih dahulu di masjid berdekatan dengan Batu
Enam. Semua peralatan selamat disimpan di dalam stor pengakap. Semua
ahli pengakap bersurai meneruskan aktiviti biasa masing-masing.

Disediakan oleh

..............................................
(SYAZWAN BNT MAHZAR)
Setiausa Perkhemahan Kuala Koh

Anda mungkin juga menyukai