Anda di halaman 1dari 4

SK PUTRA UTAMA, JALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA, 81000 KULAI, JOHOR

TEL: 07-5989105

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor.


Tarikh Hari Tempat Masa : 10 November 2011 : Khamis : Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor. : 7.30 pagi 1.20 tengahari. 2. Cik Zalina bt Abdul Manap 3. Puan Ida Shaharina bt Yusof 4. Puan Norazlina bt Mohamed 5. Encik Shamim Ahmad bin Shamsuddin 6. Encik Mohd Fadzli bin Johani

Guru yang terlibat : 1. Ketua rombongan : Puan Aidayu bt Misrun

Perjalanan Aktiviti : .Rombongan terdiri daripada murid SK Putra Utama iaitu seramai 71 orang murid dan 6 orang guru pengiring.Lawatan ini dianjurkan oleh guru-guru Tahun 5 iaitu merupakan salah satu program selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Objektif lawatan ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan sedia ada murid murid yang tidak pernah tentang keluar kehidupan haiwan (Sains) yang dari tempat lahir mereka serta dipelajari secara teori di dalam kelas disamping memberi peluang kepada muridmenambahkan ilmu pengetahuan tentang dunia luar untuk persediaan minda

mereka. Setiap peserta yang menyertai lawatan ini dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 seorang yang meliputi bayaran pengangkutan dan makanan murid. Peserta rombongan bertolak dengan menaiki 2 buah bas pada 10 November 2011 ( Khamis) pada jam 7.30 pagi dan sampai di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor pada jam 9.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Penolong Pegawai yang bertugas, Encik Zain bin Eusof. Beliau membawa kami ke Ladang Ternakan Lembu sebagai destinasi pertama. Kira-kira terdapat 200 ratus ekor lembu di situ. Murid-murid dapat maklumat dan didedahkan dengan haiwan ternakan ini. Mereka mendekatkan diri dengan lembu tersebut dengan mengambil gambar sambil memberi makan Malaysian Hay kepada lembu tersebut. Murid-murid juga dapat melihat bagaimana makanan haiwan tersebut diproses. Di kenali sebagai Malaysian Hay merupakan kombinasi jerami padi dan bahan-bahan rangsangan agar lembu ini dapat mengeluarkan susu yang banyak. Haiwan ini dimport dari India kerana baka yang baik dan dapat mengeluarkan susu dalam kandungan yang banyak. Kami juga dibawa ke tempat pemprosesan susu tetapi tiada lembu pada ketika itu. Encik Zain hanya memberi maklumat di situ. Kemudian kami dibawa ke Ladang Ternakan Kambing dan Bebiri. Haiwan ini yang diimport dari Belanda dan Brazil sejak tahun 80 an lagi. Kira-kira terdapat 5 tempat pembiakan haiwan tersebut.Sekali lagi murid-murid begitu teruja kerana dapat berjumpa haiwan tersebut secara langsung. Mereka mengambil gambar sambil memberi makanan kepada haiwan tersebut. Di situ juga terdapat 2 ekor kambing kembar yang sangat jinak, dimana ia dibiarkan bebas dari kandang. Seterusnya Encik Zain membawa kami ke Ladang Rusa. Haiwan ini dipagarkan kerana merupakan sejenis haiwan yang liar. Rusa-rusa ini adalah dari negara kita. Murid-murid begitu teruja kerana dapat berjumpa dengan rusa

tersebut secara langsung. Mereka mengambil peluang untuk bergambar sambil memberi makanan kepada haiwan tersebut. Kemudian kami dibawa ke Koperasi Ladang untuk membeli hasil tenusu. Murid-murid mengambil peluang untuk membeli susu lembu, kambing dan dadih untuk di bawa pulang. Sebagai tanda penghargaan kami juga memberi sedikit cenderahati kepada Encik Zain bin Eusof. Pada jam 12 tengahari, peserta rombongan bertolak pulang ke SK Putra Utama. Peserta berhenti makan tengahari di RNR Yong Peng selamat tiba di SK Putra Utama pada jam 1.45 tengahari.

Laporan disediakan oleh, (En. Mohd Fadzli bin Johani) Setiausaha Lawatan SK Putra Utama.

20 November 2011

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai