Anda di halaman 1dari 145

Autobiografi: Aku Sehelai Baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku
dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang
terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda.
Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat
diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku
berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga
terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan
keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lamakelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun
sudah terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya
menjadi penghuni setia almari usang.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara
maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.
Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain
ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku
berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan
untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati
kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku
dengar ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah
dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun
kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat.
Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami
dihantar ke kilang kitar semula.
Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum
sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting
kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang


PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih
sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011.
Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin
Yaacob.
Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan,
Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd
Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh,
2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan
seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pelbagai bidang yang diceburinya.
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam
bidang sukan. Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah
Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat
tinggi di peringkat negeri Pahang.
Di sekolah, Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua
Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan
di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan
Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan Metametik.
Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau
menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan
penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih
kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas dorongan dan semangat yang
diberikan.

Berita: Tokoh Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh 2011


TEMERLOH, 25 OKTOBER 2011-Nor Fatini binti Adam iaitu murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang tahun 2011 telah terpilih sebagai Tokoh Murid
Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temerloh pada tahun 2011. Beliau terpilih kerana
kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Nor Fatini binti Adam ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2011. Sebelum itu, beliau
telah mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan kelas sejak beliau belajar di
Tahun Satu lagi. Keupayaannya mengekalkan kecemerlangan dalam akademik hingga
ke Tahun 6 membuktikan beliau seorang pelajar yang berkebolehan tinggi.
Nor Fatini binti Adam juga sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau dipilih
menjadi Ketua Pandu Puteri dan Setiausaha Pesatuan Matematik di sekolah beliau pada
tahun 2011. Menurut rakan-rakan, beliau seorang yang mempunyai kesungguhan dan
kewibawaan dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh kelab. Kejayaan
terbesar Persatuan Pandu Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Tualang adalah apabila
terpilih sebagai wakil negeri ke Jambori Pandu Puteri Kebangsaan.
Nor Fatini binti Adam juga telah mewakili sekolah dalam kegiatan sukan dan
olahraga. Beliau merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola baling, bola jaring dan
hoki perempuan. Oleh sebab itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukanpasukan tersebut. Pasukan yang beliau ketuai telah menempa banyak kejayaan seperti
johan bola baling peringkat Daerah Temerloh, naib johan bola jaring peringkat Daerah
Temerloh dan tempat ke-3 bagi kejohanan hoki peringkat negeri Pahang.
Selain itu Nor Fatini binti Adam telah memasuki pertandingan bercerita dalam
Bahasa Inggeris dan pertandingan syarahan dalam Bahasa Melayu. Beliau bejaya
menjadi johan peringkat daerah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Oleh itu,
memang tidak boleh dinafikan lagi ketokohan beliau dalam pelbagai bidang yang
diceburi hingga mengangkat beliau sebagai Tokoh Murid Daerah Temerloh bagi tahun
2011. Menurut Nor Fatini kejayaan yang diperolehnya adalah hasil dorongan dan

bimbingan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Beliau mengucapkan berbanyak terima
kasih atas sokongan dan bimbingan mereka selama ini.

Berita: Banjir
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga
hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah
Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda
banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak
bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk
kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke
tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir
mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa
tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan
penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun
sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman
dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana
setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan
negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban
penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan
supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah


Sekolah kamu telah menganjurkan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah.
Tuliskan berita tentang kempen tersebut.

TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen


Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk
memastikan kawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu
Encik Awang Satip bin Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti
tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan semua warga dan masyarakat setempat.
Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong
membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotongroyong ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan
longkang-longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa
sendiri peralatan yang bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti
tersebut.
Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap
seorang untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka
membaja dan menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.
Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain
ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya
juga dibuat sebuah kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kurakura.
Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir,
satu jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa
bangga atas kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga
sekolah. Mereka mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih,
cantik, dan ceria.

Biografi: Kehidupan Seorang Nelayan Kecil-kecilan


Pak cik Karim seorang nelayan kecil-kecilan. Dia menjadi nelayan semenjak berumur 13
tahun lagi. Kebiasaannya, Pak cik Karim akan turun ke laut kira-kira pukul 12.00 malam
dengan menaiki sebuah bot gentian kaca yang berenjin. Dia memandu botnya dengan
berhati-hati menuju ke tempat bubunya dipasang.
Setibanya di tempat tersebut, Pak cik Karim segera menarik tali-tali yang mengikat bubububunya dengan sepenuh tenaga. Bubu-bubunya itu sangat berat, apatah lagi jika penuh
berisi setelah sehari dibiarkan terendam di dalam laut. Semasa itu juga, matanya
sentiasa memerhati kandungan bubunya kerana bimbang jika terdapat ular atau haiwan
yang berbisa di dalamnya.
Setelah bubu berjaya dinaikkan, Pak cik Karim akan membuka pintu kecil di bubu itu
untuk melepaskan semua hasil tangkapannya di perut bot sebelum bubu tu di campak
semula ke dalam laut.
Selepas itu, proses memilih hasil tangkapan pula dimulakan. Dia melakukannya dengan
berhati-hati untuk mengelakkan terkena sengatan ikan sembilang dan sebagainya. Ini
pernah dialaminya dahulu menyebabkan hampir seminggu dia tidak dapat turun ke laut .
Selepas semuanya selesai, pak cik Karim melabuhkan pula pukat yang panjangnya
dalam 200 meter. Kemudian, dia mengikat botnya pada kayu pancang pukat untuk
berehat sambil menjamah bekalan atau tidur sehinggalah sampai masa pukatnya ditarik
semula.
Kira-kira pukul 5.00 pagi, Pak cik Karim bangun untuk menarik pukat dan memungut
ikan-ikan yang terjerat di pukatnya . Hampir setengah jam kemudian, kerja-kerja
memungut itu pun selesai. Pak cik Karim segera pulang ke jeti untuk sembahyang Subuh
dan menjual hasil tangkapannya kepada peraih.

Begitulah kehidupan Pak cik Karim seharian sebagai seorang nelayan kecil-kecilan.
Kerjanya ini sangat mulia kerana telah menyumbangkan hasil laut kepada kita semua.
Tidak semua orang mampu melakukan kerja seperti ini. Oleh itu, hargailah serta
bersyukurlah dengan hasil laut yang kita nikmati.

Biografi: Penoreh Getah

Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik
anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk
karangan.
Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa jauh dari
rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan
segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal.
Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu suluh kerana
keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa
diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar lancar serta lebih banyak susu
getah dapat dihasilkan.
Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke rumah,
pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika perlu, dia akan menebas
dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah.
Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya. Dia akan
membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang berlonggok di pangkal
pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu lori
pembeli getah tiba.
Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaan
keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan

menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya sungguh bangga melihat


kerajinan pakcik saya mencari nafkahnya seisi keluarga.

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan tentang
sambutan Hari Guru tersebut.

RABU, 16 MEI 2012


7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan
Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan
sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas.
Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.
7.40 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru
Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya
membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat,
sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan
beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan
mengambil bahagian.
10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis
kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.

10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru
mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan
mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan
bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,
Encik Abu Kasim bin Kamat.
12.40 tengah hari
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guruguru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru
secara bergilir-gilir.
01.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan
tengah hari sempena Hari Guru.

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda


dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh
persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri


Tualang

Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang dibentuk pada tahun
1999. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 56 orang. Mereka terdiri daripada
pelajar Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta
memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran ini.
Sepanjang tahun 2011, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada
berbentuk akademik mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan
ialah "Peraduan Menulis Cerpen Fiksyen Sains". Sambutan yang diberikan terhadap
peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Hasif Zakwan
bin Mohd Hamidi, pelajar Tahun Enam Amanah.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah ini
disampaikan oleh salah seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Temerloh iaitu
Cikgu Azhar Muhammad dari SK Penderas. Selain itu, kami turut mengadakan gotongroyong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan Taman Sains
SKST dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut
mengikut istilah sains.
Pada 25 September 2011, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat
Sains Negara, Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih dari 90 spesis tumbuhan herba
yang ada antaranya amat sukar ditemui. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak
memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang
perubatan.
Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan.
Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Mohd Hamidi yang banyak
memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh,

25 Oktober

2011
Hasif___
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh,
Pahang.

Laporan: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47

Laporan: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47

Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi
mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada
tahun ini iaitu tahun 2004, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Kuantan,
Pahang. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 31 Ogos, bersempena hari
kemerdekaan negera. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama
untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat
Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang
mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan
negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu
sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.
Pada tahun ini saya amat gembira kerana pertama kali berpeluang menyaksikan
sendiri sambutan itu di Kuantan. Sambutan itu bermula tepat pada pukul 8.00 pagi

dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara


tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh
bersemangat. Apatah lagi apabila nyanyian keramat itu disemarakkan dengan alunan
muzik yang dimainkan oleh sebuah pasukan pancaragam. Kemudian, hadirin
menyanyikan beberapa lagu patriotik antaranya ialah lagu 'Malaysia Jaya', 'Malaysia
Maju', dan 'Keranamu Malaysia'. Menarik sekali melihat mereka menyanyikan lagu-lagu
tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 9.00 pagi oleh muridmurid sekolah, kaki tangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara perbarisan
ini bertambah menarik dengan munculnya kenderaan-kenseraan pasukan keselamatan
negara kita seperti bomba, polis dan tentera serta pelbagai kenderaan yang dihias cantik
dengan Bendera Jalur Gemilang dan sebagainya. Semua peserta perbarisan
mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi
apabila serentak dengan upacara tersebut, penerbangan lintas hormat oleh beberapa
buah helikopter dan jet pejuang negara kita turut diadakan.

Pada pukul 11.00 pagi, upacara penutup telah diadakan. Saya berasa amat bertuah
kerana pada tahun ini saya berpeluang menghadiri Sambutan hari Kemerdekaan yang
sungguh meriah. Saya berharap agar sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan
dengan lebih meriah lagi pada tahun hadapan. "Saya berasa bangga menjadi Warga
Negara Malaysia".

Laporan desediakan oleh,


2004

..................................
(NUR SYHIRAH BINTI ABU BAKAR)

6 September

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda


dikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan


Merapoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala
Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan
tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses
membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk
semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan
menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi.
Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu
taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang
tersebut.
Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun.
Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi
tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau
dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan
menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan
dengan mesra.
Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun.

Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus
dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta
diberi sedikit jamuan ringan di kantin kilang tersebut.
Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku
sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu
Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda
penghargaan. Para peserta dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana
mendapat banyak pengetahuan serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.
Laporan disediakan oleh,

25 Januari

2010

..................................................
(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)
Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri


Tualang
Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang
dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang


Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya
sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul
8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah
dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang
pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan
mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala,
bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di
bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi,
semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan
di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul
8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh
serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta
yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan
seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara
yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul
10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter
menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara
tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan.
Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan
Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah
Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum
bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,

16

Mac 2010

..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010

Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun
2008. Sehingga hari ini seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada
murid-murid Tahap Dua. Sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini
telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan
kawasan sekolah. Kawasan yang terlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah.
Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen
ini bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin barang-barang terpakai seperti botolbotol kaca, barang-barang plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula. Selain
dapat memelihara alam sekitar, aktiviti ini juga telah menambahkan tabungan kelab hasil
jualan barang-barang terpakai tersebut kepada kedai kitar semula. Kempen ini telah
mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan
Seri Tualang.
Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar
semula di Shah Alam. tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang
bagaimana menguruskan barang terpakai untuk dikitar semula.

Manakala pada 18 Ogos 2010, kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta
dengan mengunakan bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk
mencungkil bakat kreativiti murid-murid dalam menghasilkan sesuatu ciptaan daripada
barang-barang tersebut. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada
ahli-ahli kelab serta para pelajar.
Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya
ahli-ahli kelab menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan
masalah itu untuk dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat
dan ahli jawatan kuasa Kelab Alam Sekitar.

Laporan disediakan oleh,

15 Disember

2010

.................................................
(Ahmad Naim Safwan bin Sufian)
Setiasaha,
Kelab Alam Sekitar.
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Laporan: Laporan Bulan Merdeka 2010

Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 1 hingga 30 Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah


mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa
kecintaan murid-murid kepada negara.
Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan
aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua
telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di
beberapa tempat seperti di pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan
lebih ceria dengan dihiasi bendera-bendera Jalur Gemilang ini.
Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk
Warga Merdeka. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini
telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara.
Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di
perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku
Abdul Rahman, Dato Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi.
Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3
kilometer. Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan
kalimat keramat 'Merdeka!'.
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira kerana
dapat menjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang diadakan telah
dapat melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid kepada negara.
Laporan disediakan oleh,
September 2010
.....................................
(NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI)

Laporan: Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri


Tualang.
Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
Pada 25 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan
"Kempen Bulan Membaca" peringkat sekolah. Pelancaran ini telah diadakan di dewan
sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di
kalangan murid-murid.
Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan
perhimpunan dan ucapan perasmian daripada guru besar sekolah kami iaitu Encik
Awang Satip b. Mat Salleh.
Pada pukul 8.45 pagi, pertandingan bercerita oleh murid-murid tahap 1 telah
diadakan. Pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nurul Wahida. Selepas itu,
pertandingan berpidato telah diadakan yang disertai oleh murid-murid tahap 2.
Pertandingan ini telah dimenangi oleh Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi.
Kemudian, acara melepaskan belon yang tertulis "Mari Membaca" diadakan
pada pukul 10.00 pagi sebagai tanda pelancaran kempen tersebut. Selepas itu, diikuti
pula dengan pertandingan kuiz yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Bagi
pelajar Tahap 1, pertandingan itu dimenangi oleh Siti Hajar, manakala pelajar Tahap 2
pula ia dimenangi oleh Husain.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Hadiahhadiah telah disampaikan oleh guru besar sekolah kami kepada para pemenang.
Selepas itu, murid-murid dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.
Laporan disediakan oleh,
27 Julai 2009

..........................................
(Shamsul b. Kamal)

Laporan: Laporan Lawatan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang ke Melaka

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tuliskan satu laporan
tentang lawatan tersebut.

Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke
Melaka, Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami terdiri daripada 40 orang murid
dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman muridmurid berkaitan tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri Melaka. Kami diminta
berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 6.45 pagi untuk mendengar taklimat ringkas
yang di sampaikan oleh Cikgu Manap. Selepas itu, kami bertolak ke sana pada pukul
7.00 pagi dan kira-kira tiga jam kemudian, kami berhenti sebentar di Pekan Bahau untuk
bersarapan.
Kami tiba di Zoo Melaka pada pukul 12.00 tengah hari. Kami dapat melihat pelbagai jenis
hidupan liar di situ seperti harimau, gajah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira
kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar yang sukar ditemui itu.
Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini
seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 1.30
petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari.
Pada pukul 2.00 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan sejarah

di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai
cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk
membeli cenderamata-cenderamata di situ sebagai tanda kenangan.
Pada pukul 4.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri Model
Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka dahulu. Selain itu juga, kami
dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya
Melaka. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas,
gembira, kagum dan sebagainya.
Pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di
bandaraya ini. Di pasar raya ini, terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan tertentu
seperti pakaian, alat-alat elektronik, dan sebagainya.
Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Negeri Melaka
untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 12.00
malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik
semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan
lagi.
Laporan disediakan oleh.
Ogos 2009

.........................................
(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

Laporan: Lawatan Ke Kilang Minuman

30

Lawatan Ke Kilang Minuman

Pada 16 November 2009, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Petaling Jaya, Selangor.
Rombongan ini disertai oleh 30 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu dan 4 orang guru
pengiring.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang proses membuat air
minuman berkarbonat. Di samping itu, lawatan ini juga untuk menambahkan ilmu
pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan murid-murid.
Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas yang
disewa khas. Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada pukul 10.30 pagi dengan
disambut oleh beberapa orang pegawai kilang tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat
ringkas tentang kilang tersebut oleh salah seorang daripada mereka.
Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kami
dapati sebahagian besar kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin
berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang
berwarna biru serta sarung tangan ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang
untuk mengemukan soalan tentang proses membuat minuman berkarbonat. Ramai
peserta yang mengemukan soalan untuk mengetahui maklumat tentang memproses
minuman itu.
Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di kantin kilang itu.
Kami juga diberi setin minuman setiap seorang sebagai cenderahati. Sebelum bertolak
balik, ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain telah memberi cenderamata kepada
pengurus kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami
melawat kilang itu. Kira-kira pukul 2.00 petang, kami bertolak ke sekolah semula dan
sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang itu
tetapi kami gembira kerana banyak pengetahuan baru diperoleh.

Laporan disediakan oleh:

19 November

2009

-----------------------------(Nik Syukri b. Nik Sabri)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Laporan: Laporan Aktiviti Menceritakan dan Mengindahkan Kawasan


Sekolah Kebangsaan
Seri Tualang

Sekolah kamu baru sahaja mengadakan aktiviti menceriakan dan mengindahkan


sekolah. Tulis laporan tentang aktiviti tersebut.
Pada 18 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti
menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid
Tahun 4, 5, 6 dan guru-guru sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, guru ko-korikulum kami iaitu Cikgu Razak telah memberi
taklimat kepada semua guru dan murid tentang aktiviti yang akan dijalankan. Muridmurid telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh dua
orang guru. Kumpulan pertama dan kedua ditugaskan untuk menanam pokok bunga
yang pelbagai jenis di sekitar kawasan sekolah. Antara pokok bunga yang ditanam ialah
pokok bunga kertas, orkid, bunga matahari dan lain-lain lagi. Pasu-pasu bunga juga
telah dicatkan dengan warna-warna yang menarik.

Kumpulan ketiga dan keempat pula membuat Taman Sains dan Hidroponik. Pelbagai
jenis tanaman herba dan sayur-sayuran ditanam di taman ini seperti sireh, sawi, kacang
botol dan lain-lain lagi. Manakala, kumpulan kelima dan keenam pula perlu menyediakan
pelbagai papan tanda khas. Antara papan tanda yang disediakan ialah melabel nama
pokok, nama bangunan dan nama taman.

Pada pukul 10.00 pagi, kami berehat dan menikmati minuman dan juadah kuih-muih
di kantin sekolah yang disedia oleh pihak sekolah. Setengah jam kemudian, iaitu pada
pukul 11.00 pagi, kami menyambung gotong-royong kembali.

Aktiviti menceria dan menghias kawasan sekolah tamat pada pikul 12.00 tengah
hari. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru menikmati makan tengah hari di kantin
sekolah. Kami sungguh gembira kerana dapat menyertai aktiviti ini. Kami berharap
sekolah kami akan sentiasa bersih dan ceria.

Laporan disediakan oleh,


OGOS 2009

......................................
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

21

Perbincangan: Kerajinan

Tulis sebuah karangan yang membincangkan tentang Kerajinan.


Tulislah karangan tersebut kira-kira 120 patah perkataan.
Sememangnya sudah menjadi lumrah kehidupan, orang yang rajin berusaha akan lebih
berjaya manakala yang malas atau berat tulang pula akan ketinggalan. Sehubungan
dengan hal ini, kita mestilah rajin menimba ilmu pengetahuan kerana orang tua-tua
pernah berkata bahawa orang yang tidak berilmu ialah orang yang tidak berjaya.
Sebenarnya, setiap kejayaan yang kita kecapi bertitik tolak daripada daya usaha dan
kerajinan. Oleh sebab itu, jangan biarkan kemalasan menjadi penghalang kepada
kemajuan dan kesejahteraan hidup kita.
Bakat semula jadi dan ilmu yang ditimba perlulah digilap dan diasah dengan
kesungguhan, kecekalan dan kerajinan agar kejayaan dan kecemerlangan dapat kita
kecapi. Bak kata peribahasa belakang parang, kalau diasah lagikan tajam. Oleh itu, kita
haruslah senantiasa bersikap rajin untuk mengejar cita-cita atau impian kita.
Jika kita suka membaca serta menjadikannya budaya hidup, sudah tentu ini akan
mematangkan fikiran kita. Akhirnya, kematangan itu dapat kita gunakan dalam

menempuh gelombang kehidupan yang mencabar demi memperoleh kejayaan hidup.


Sikap rajin juga akan mendorong kita agar senantiasa berusaha dan tidak mudah
berputus asa dalam mengejar cita-cita. Kegagalan pula bukanlah bermaksud kita akan
terus gagal dalam kehidupan kita. Soalnya, kita hendaklah terus mencuba dan mencuba
lagi walaupun laluan yang kita lalui itu sukar dan mencabar.
Sesungguhnya, tidak ada apa-apa yang mustahil di dunia ini dan kerajinanlah
penawarnya yang paling mujarab bagi kegagalan seseorang. Ingatlah, Rajin berusaha
tangga kejayaan.
Perbincangan: Kebaikan dan keburukan menonton televisyen

Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan sains dan
teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan
pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat mengetahui cara
dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang disiarkan
misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah daripada siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa jika
kita menonton tanpa kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu merugikan kita dalam
pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batasbatasnya kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

Perbincangan: Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar

Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak


keaslian dan
kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar.
Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok-pokok yang menghijau,
burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan
damai. Udaranya bersih dan nyaman, jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu ti nggal
di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.
Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak
berbayar seperti air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi.
Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.
Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong, bergotong-royong dan bertegur-sapa
di antara
satu sama lain. Dengan ini, hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri
daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.
Suasana yang tenteram dan damai, udara yang segar dan penduduknya yang berbudi
bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar

Rencana: Banjir

Tulis sebuah karangan tentang Banjir. Panjang jawapan kamu tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya di negeri
-negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negeri-negeri ini akan
mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku
pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan tersebut.
Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan berhampiran
sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang ternakan dan tanaman mati.
Mereka yang terlibat seperti para petani akan mengalami kerugian besar.
Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain dengan air
banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka tidak tahu berenang.
Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya seperti kayu
tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar atau terperangkap dengan
benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air banjir juga tercemar dengan pelbagai
kotoran daripada air kumbahan, bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh
menyebarkan penyakit. Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah
lagi jika tidak dimasak.
Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik jika
kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan. Ramai orang


mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca bahan-bahan bacaan
seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi secara percuma. Oleh itu,
sudah tentulah perpustakaan memberi banyak kebaikannya kepada kita semua.
Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui pembacaan di

situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti mengetahui peristiwa
semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah
dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada membuang masa
secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang
tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di
perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap, memulangkan buku
dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Peraturan ini akan
mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita akan didenda.
Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan dapat
menambah pembedaharaan kata kita. Ini ini pasti akan membantu kita bertutur dan
menulis karangan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan
sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya itu dapat kita
perolehi.

Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid


Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan
sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti
dipatuhi ialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.
Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Muridmurid ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di
dalam kelas, bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini
dapat mengelakkan mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu
pelajaran mereka seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam
pelajaran dan sebagainya.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam
pelajaran. Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid
akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan
mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan
yang cemerlang. Justeru, ini akan mencerahkan masa depan mereka.
Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guruguru serta rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti
pengawas, ketua darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna
kepada mereka sebagai pemimpin di masa hadapan.
Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Murid
yang berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan
diri sendiri. Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik
sekolah .

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.


Amar : Assalamualaikum!
Aini

: Waalaikummussalam! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah

Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu


Aini : Saya baca buku agama bertajuk Bukti-bukti Kebesaran Allah. Banyak
kebaikannya
membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai keimanan saya semakin
meningkat.
Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab

itulah
kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi
mereka.
Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar?
Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual
sahaja
sebagai mengisi masa lapang saya sekarang
Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan membaca
buku-buku.
Dapatlah masa lapang itu diisi dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.
Amar : Betul Aini. Tapi saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang
berfaedah juga.
Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya.
Aini : Eem betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita membaca
buku.
Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan semakin bertambah.Maaf,
boleh
saya bertanya, markah kertas ujian karangan kamu baru-baru ini berapa?
Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya rasa
susahlah nak
buat karangan tu. Awak pula bagaimana?
Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu
membaca, saya
berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan. Awak selalulah
membaca,
mungkin awak akan mendapat markah yang lebih tinggi nanti.

Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang saya
dengan
membaca buku.
Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca juga
dapat
menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh menghiburkan kita di
pasaran
sekarang seperti majalah Kuntum dan sebagainya.
Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka depannya
dijual
di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk membelinya.
Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah
majalah yang
baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya majalah yang
menyebabkan
kita berbuat dosa.
Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari pun sudah
semakin
senja.
Aini : Baiklah.

Temu Ramah/Dailog: Tolong beritahu Kerja Rumah Yang Perlu Saya


Buat

Tolong Beritahu Kerja Rumah Yang Perlu Saya Buat

Aqilah : Hello, boleh saya bercakap dengan Farhan?


Farhan : Ini Farhan bercakap. Siapa disana?
Aqilah : Saya Aqilah. Assalamualaikum Farhan!
Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas
tambahan
semalam?
Aqilah : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi,
saya tidak
dapat menghadiri kelas tambahan semalam.
Farhan : Oh, begitu rupanya!
Aqilah : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam?
Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan
semalam.
Aqilah : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul?
Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan
yang bertajuk
"Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar
membuat latihan
dalam buku kerja di halaman 52 .
Aqilah : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah yang perlu
dilakukan.

Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke rumah
awak untuk membuat ulangkaji
pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu hadapan.
Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00
petang nanti.
** ** ** ** **

Terima kasih.

Temu Ramah/Dailog: Kejohanan Silat Olahraga Peringkat Negeri Pahang

Wartawan: Assalamualaikum, Cik Nurul.


Nurul

: Waalaikumussalam.

Wartawan: Tahniah saya ucapkan atas kejayaan Cik Nurul dalam Kejohanan Silat
Olahraga
Peringkat Negeri Pahang ini.

Azura

: Terima kasih. Sebenarnya kejayaan ini menjadi milik pesilat-pesilat yang lain

dan
jurulatih saya juga. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memberikan
dorongan dan
semangat kepada saya dari masa ke masa bagi meningkatkan prestasi.
Wartawan: Bagaimanakah perasaan Cik Nurul apabila berjaya dalam perlawanan akhir
itu?
Nurul

: Saya seolah-olah tidak percaya apabila diumumkan sebagai pemenang. Saya

berasa
sangat gembira setelah berjaya dalam perlawanan akhir tersebut. Saya
memang sentiasa
berwaspada dalam perlawanan itu kerana saya tahu, bukan mudah
mengalahkannya.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga mengalahkannya.
Wartawan: Mengapakah Cik Nurul merasakan pesilat itu tidak mudah untuk dikalahkan?
Nurul

: Saya berasa demikian kerana pesilat itu adalah juara dalam pertandingan ini

pada tahun
lepas.
Wartawan: Saya difahamkan bahawa Cik Nurul lebih suka berlatih dengan pesilat lelaki.
Mengapakah demikian halnya?
Nurul

: Saya menginginkan kelainan dalam latihan. Saya percaya bahawa cara itu

akan
menjadikan diri saya lebih yakin apabila berhadapan dengan lawan yang lebih
besar
tubuhnya.
Wartawan: Akhir sekali, apakah harapan Cik Nurul pada masa depan?

Nurul

: Saya berharap agar kejayaan saya ini akan menjadi titik tolak bagi saya dan

rakan-rakan
pesilat yang lain untuk terus berjaya dalam mana-mana kejohanan yang lebih
besar.
Wartawan: Baiklah CiK Nurul. Terima kasih kerana sudi untuk ditemu ramah.
Nurul

: Sama-sama.

Temu Ramah/Dailog: Anak berjaya

Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar


yang telah berjaya menjadi doktor perubatan, semasa majlis penyampaian ijazah di
Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang
berkaitan.
(Setelah memperkenalkan diri kamu , maka kamu mengemukan soalan -soalan kepada
Encik Karim)
Murid

: Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua-dua anak kembar

encik Faizul dan


Faizal hingga berjaya menjadi doktor ?
En. Karim : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya saya
kira Tuhan
merestui kami sekeluarga.
Murid

: Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Karim : Mmmmmmm, kalau fasal belajar , mereka memang sungguh berusaha.
Hampir sepanjang
waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau menonton televisyen itu
jarang sekali.
Kerap kali kalau menonton pun, mereka menonton siaran berita sahaja.
Murid

: Di mana mereka bersekolah ?

En. Karim : Kesemuanya bersekolah di Sekoleh Kebangsaan Seri Tualang. Kemudian,


bersekolah
menengah di Sek. Men. Seri Tualang, Temerloh. Semuanya mendapat
pangkat satu di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran
belajar di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nah! Sekarang mereka sudah lulus dan
menjadi
doktor.
Murid

: Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Karim : Sudah tentu gembira sekali. Kami sekeluarga bersyukur di atas kejayaan
gemilang itu.
Murid

: Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk

ditemubual.
En. Karim : Terima kasih kembali. ( Berjabat tangan dengan murid )

Temu Ramah/Dailog: Jangan menuduh tanpa usul periksa


Kawan kamu telah kehilangan duit. Dia suka menuduh orang lain tanpa usul periksa.
Bagaimanakah cara kamu menasihatinya ? Tuliskan perbualan di antara kamu
berdua. ( Kamu dan Azmi berada di sudut kantin sekolah )
Malim : Mengapa kamu bermuram saja, Azmi ? Apakah kamu ada masalah?
Azma : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Malim.
Malim : Macam mana boleh hilang?
Azma : Saya letakkan dalam beg. Balik dari rehat sahaja, duit dah tak ada. Saya syak
Tahir yang
curi,sebab waktu rehat dia tak keluar.
Malim : Bukankah cikgu selalu menasihati agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.
Sekarang sudah
hilang, mengapa pula menuduh tanpa usul periksa?
Azma : Jika bukan Tahir, siapa lagi ? Saya pasti memang Tahir ! Dia dengkikan saya!
Malim : Jangan sesekali serkap jarang. Jika bukan dia, bagaimana kita malu nanti? Baik
kita jumpa
Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.

Azma : Betul juga kata kamu, Malim. Saya berasa bangga mendapat kawan macam
kamu.

Temu Ramah/Dailog: Sahabat Baik Saya


Andaikan bahawa anda menyertai pertandingan syarahan. Dalam pertandingan itu
anda telah mendapat tempat kedua. Anda telah dikalahkan oleh peserta bukan melayu.
Anda ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan kagum anda akan
kebolehannya. Tulislah dialog anda selengkapnya.
(Siva sedang asyik membaca sebuah buku cerita di perpustakaan sekolah)
Azman : Tahniah! Siva, kerana kamu berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
Siva

: Terima kasih. Saya berharap supaya kejayaan ini akan menaikkan semangat

pelajar-pelajar
bukan Melayu yang lain untuk mempelajari Bahasa Melayu.
Azman : Saya kagum melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang awak
ucapkan jelas
dan lancar. Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?
Siva

: Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku bahasa melayu yang

bermutu. Di
samping itu, saya selalu mempelajari tatabahasa. Saya selalu membuka kamus
untuk
mempelajari ejaan dan makna kata-kata yang saya baca. Saya melatih diri
menggunakan
bahasa baku apabila membaca atau bercakap.
Azman : Kalau begitu, tidak hairanlah apabila kamu berjaya mengalahkan saya dan
beberapa pelajar
Melayu yang lain dalam pertandingan itu. Saya malu, Siva!

Siva

: Mengapa ?

Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang mudah
kerana itu adalah
bahasa ibunda saya. Rupa-rupanya saya silap.
Siva

: Baguslah, Azman, kalau kamu sudah sedar. Sama-samalah kita belajar

menguasai Bahasa
Kebangsaan Negara kita.
Azman : Ya, baiklah, Siva...

Temu Ramah/Dailog: Kejayaan Amira


Amira : Selamat pagi, Ainnur. Silakan duduk.
Ainnur : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari
kerana telah
terpilih sebagai murid cemerlang.
Amira : Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan
awak datang ke
sini?
Ainnur : Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari.
Amira : Boleh, apa salahnya.
Ainnur : Siapakah yang banyak mendorong saudari untuk mencapai kejayaan dalam
bidang akademik?
Amira : Guru-guru dan ibu bapa yang banyak mendorong saya mencapai kejayaan ini.

Ainnur : Bagaimanakah saudari boleh terpilih sebagai murid cemerlang?


Amira : Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana saya selalu mendapat keputusan yang
baik dalam
ujian dan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR. Selain itu saya banyak
mewakili sekolah
dalam beberapa pertandingan. Di samping itu juga, saya tidak pernah
terlibat dengan masalah
disiplin di sekolah.
Ainnur : Apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam
pelajaran?
Amira : Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa
serta
menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Ainnur : Terima kasih atas kesudian saudari untuk ditemu ramah.
Amira : Terima kasih.

Ucapan: Majlis Perpisahan Tahun Enam.

Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuk
murid-murid Tahun Enam.
______________________________________________________________________
______
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta
rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi
peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.

Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan,
bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun
kami masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.
Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan
penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah
kami telah tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati
pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna
kepada masyarakat dan negara.
Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk
kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guruguru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga
mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti.
Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan
kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru
curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah
ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.
Sekian, terima kasih.

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri


Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai
ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti
memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai
penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan
daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat
dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat
penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih
berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran.
Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh
tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena
penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk
membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu

dan penyakit kulit kepala.


Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita
mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan
hidup kita.
Sekian, terima kasih.

Ucapan: Tanggungjawab Anak-anak Terhadap Ibu Bapa

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,
serta rakan-rakan sekalian. Tajuk Ucapan saya pada pagi ini ialah "Tanggungjawab
anak-anak terhadap ibu bapa".

Hadiran sekalian,
Anak-anak mestilah bertanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah
membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Antara tanggungjawab tersebut
ialah menghormati ibu bapa dengan sepenuh hati.
Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman
dengan mencium tangan apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka.
Bertuturlah dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati
mereka.
Sebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku
atau moral. Elakkan daripada memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin sekolah

dan sebagainya.
Rakan-rakan sekalian,
Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh itu, kita mesti
membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas rumah, dan sebagainya
lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh mereka akan menjadi lebih ringan, di
samping dapat menambahkan kasih sayang antara setiap ahli keluarga.
Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati ibu bapa. Antara caranya ialah
dengan belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anakanak mereka berjaya dalam pelajaran. Janganlah mengecewakan harapan mereka
dengan bermain-main semasa belajar dan sebagainya.
Di samping itu, anak-anak mestilah senantiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.
Sesungguhnya jasa mereka tidak akan terbalas dengan apa cara sekalipun. Oleh hal
yang demikian, amat wajarlah kita mendoakan kesejahteraan mereka terutamanya
setiap kali selepas sembahyang.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru rakan-rakan agar hormatilah dan
sayangilah ibu bapa kita. Janganlah kita lupa akan jasa mereka apabila besar atau
berjaya dalam kehidupan nanti. Ingatlah, pemergian ibu bapa kita tidak akan ada
gantinya.
Sekian, terima kasih.

KEGUNAAN POKOK KELAPA

Pokok kelapa merupakan pokok seribu guna.Kita dapat nira daripada mayangnya.Air
buah kelapa muda sedap diminum,manakala isinya pula lembut sedap diratah. Isi kelapa
tua pula boleh diparut untuk dijadikan santan.Santan digunakan untuk membuat kuih
atau memasak.Kelapa yang dikering boleh dibuat minyak masak. Daun pelepahnya
boleh

dibuat

pembungkus

ketupat.Sabut

kelapa

boleh

dibuat

tali,manakala

tempurungnya boleh dibuat tabung dan barang hiasan.Lidinya boleh dibuat penyapu.
Batangnya pula boleh dijadikan jabatan atau sebagai bahan api.

BERKELAH DI TEPI PANTAI


Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah di tepi
Pantai Sri Tujoh.Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.
Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah.Masing masing
membawa makanan ,minuman,tikar dan ada juga yang membawa pelampung. Setelah
tikar dibentang ,ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.Saya
dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah menemani
saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi kecil.Setelah puas bermain
di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama dengan ayah dan ibu.
Sejam kemudian ,perut kami berasa lapar.Kami makan makanan yang disediakan oleh
ibu.Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Kami
memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan
sebelum pulang.Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di
situ.Saya akan datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan.

CITA-CITA SAYA
Apabila sudah dewasa, saya bercita-cita menjadi seorang doktor gigi. Saya perlu
belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita tersebut.Tugas sebagai
seorang doktor gigi bukanlah semudah seperti yang disangka oleh ramai orang. Saya
perlu merawat pesakit dan memastikan mereka sembuh dengan sempurna.

Saya ingin menjadi doktor yang baik.Saya akan melayan dan merawat pesakit
dengan sebaik mungkin.
Ibu bapa serta rakan-rakan banyak memberi galakan serta dorongan kepada saya.
Selain itu,guru juga banyak membantu serta memberi semangat kepada saya agar
belajar bersungguh sungguh .Saya berasa sungguh gembira jika saya dapat mencapai
cita cita saya itu.Saya akan memberi penghargaan yang sewajar kepada ibu bapa, guruguru serta rakan-rakan yang telah banyak membantu.

Desa Harmoni,
Jalan Semangat,
43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tuan,

Aduan Pembalakan Haram


Dengan hormatnya perkara diatas saya rujuk.
Untuk pengatahuan tuan, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan
aktiviti pembalakan haram di kawasan hutan simpan berhampiran dengan kampung
kami.Perbuatan ini telah dikesan oleh penduduk kampung.
Aktiviti tersebut telah menyebabkan hakisan tanah.Akibatnya kampung kami
terdedah kepada banjir kilat.Aktiviti pembalakan ini juga menyebabkan tiada lagi
kawasan tadahan hujan di kampung kami.
Selain itu,jalan raya di kampungkami telah rosak kerana sering dilalui lori
mengangkut balak. keadaan ini juga membahayakan penduduk kampung yang
memgunakan jalan tersebut.
Bersama-sama ini saya sertakan berapa keping gambar atau foto untuk
membuktikan aduan kami.
Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi
kesejahteraan hidup kami.Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian,terima kasih.
'Rakyat Sihat Negara Maju'
Saya yang menjalankan tugas.
(Muhammad Rusyaidi)
Setiausaha,
Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung,
Desa Harmoni.

Surat Tahniah Untuk Sahabat


Menemui sahabatku Izuan yang berada di Alor Setar;semoga sihat sejahtera selalu.
Saudara,
Saya sekarang berada dalam keaadaan sihat sahaja. Tahun ini saya berada dalam
Darjah 4 Genius di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam.
Saya terjumpa makcik Minah ibu saudara kamu semasa membeli belah di CMart
Changloon dua hari lepas. Dia memberitahu kepada saya yang kamu telah berjaya
mendapat Johan dalam pertandingan bercerita untuk sekolah sekolah di Alor Setar pada
akhir tahun lepas.Saya sungguh merasa bangga dan ingin mengucapkan tahniah diatas
kejayaan kamu. Semoga kamu juga mendapat kejayaan dalam pepriksaan kamu.
Sekian sahaja surat saya pada kali ini. Saya berharap saudara selalu berjaya . Saya
juga berharap dapat berjumpa kamu suatu hari nanti .

Saya yang benar,


Farid Iskandar Najidi

persiapan menghadapi peperiksaan


No.8,Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.
5 APRIL
2012
Menemui sahabatku yang diingati selalu,Dania Adriana yang kini berada di Kota
Bharu,semoga sihat sejahtera.
Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima.Terima kasih saya ucapkan kerana
saudara masih mengingati saya.

Dalam surat saudara yang lepas,saudara bertanyakan persediaan saya untuk


menghadapi peperiksaan UPSR.Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih
awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari.Kata orang tua-tua,sediakan payung
sebelum hujan.
Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di
rumah.Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk
mengulang kaji setiap mata pelajaran.Dengan cara ini,saya dapat belajar dengan lebih
teratur dan sistematik.
Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada
waktu petang dan pada setiap hujung minggu.Saya kerap juga bertukar-tukar nota dan
soalan peperiksaan dengan sepupu saya yang bersekolah di Kuala Lumpur.
Baru-baru ini,Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar
dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR.Kami banyak mendapat pendedahan tentang
cara-cara belajar dengan betul.
Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan UPSR nanti.Akhir kata,sambutlah salam daripada saya untuk saudara
sekeluarga.
Sahabatmu,
Qistina

No.10,Lorong Semilang 23,


Seberang Jaya,
13700 Perai Pulau Pinang.
10 Januari 2013
Menemui saudara Ridwan yang berada di Sungai Petani Kedah dengan selamat.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin megucapkan tahniah di atas kejayaan saudari dalam
peperiksaan UPSR pada tahun lepas.Saudari telah berjaya dengan cermelang sekali
sebagai pelajar tebaik di Sungai Petani Kedah.
Satu perkara yang lebih mengkagumkan ialah saudari muncul sebagai pelajar yang
terbaik dalam kertas Bahasa Inggris.kejayaan saudari telah mendorong saya untuk
belajar lebih tekun lagi.

Sekian dahulu ,semoga saudari berjaya dalam megejar cita-cita saudari.Terima


kasih.
Sahabatmu
Amirul Husni

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat


membaca dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini
bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah
kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita
akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang
ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita
kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata.
Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih
garamtis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran

dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan
mereka dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana
banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen
dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan
berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama
kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat
mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita
haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan
menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan.


Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah
kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat.
Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah
membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa
dapat disimpan ke dalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini
boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran
ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang
keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang
pandai berjimat cermat dan berdikari itu.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita
sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini
juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita
tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan
wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank.
Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita
dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.
Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata
pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah
menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Aku Sepasang Baju Kurung


Aku ialah sepasang . baju kurung . Badanku bewarna biru berbunga putih amat
menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam , Selangor .
Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuala
Lumpur . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh
orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .
Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang
dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga di badan kami . Aku terpesona
memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99
. Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang
cantik .
Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan
baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa
dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh
bangga dengan kecantikan diriku itu .

Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya .
Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku
itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain
yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam
almari .
Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke
dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi , Johor .
Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya
olehnya walaupun warnaku sudah pudar .

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan


bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih
akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara
akan dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan
tempat tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak

tercemar akan dapat menarik

kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam


keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini
diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang


menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian
perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu
dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang
luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara
sungai dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam


sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang
terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan
Hari ini sekali lagi aku berdiri di hadapnn kelas . Aku masih lagi gagal
menghafal sifir tujuh dan sifir lapan sepertimana rakan-rakanku yang lain. Cikgu Rahman
memandangku dengan dengan muka yang merah padam tanda marah.
Tiba-tiba Cikgu Rahman menyuruh aku menadah tangan. Cikgu Rahman merotan

tapak tanganku sebanyak dua kali. Merah mukaku menahan kesakitan. Bertambah sedih
hatiku apabila ada beberapa orang rakan kelasku bertepuk tangan. Mereka mengejek
aku.
Sebelum aku pulang ke tempat dudukku, sekali lagi aku diingatkan supaya
menghafal kedua-dua sifir tersebut. Jika aku masih gagal menghafalnya, aku akan
dirotan lagi. Pada hari itu, sebaik sahaja pulang dari dari sekolan aku terus masuk ke
bilikku sambil menangis. Ibu yang melihat aku menangis terus mendekati dan bertanya
mengapa aku menangis.
Aku menceritakan kepada ibu tentang peristiwa yang berlaku di sekolah tadi. Aku
menunjukkan kesan tapak tanganku yang masih berbekas merah akibat dirotan. Ibu
tidak menyalahkan Cikgu Rahman sebaliknya menyuruh aku mengubah sikapku dan
berusaha menghafal sifir tersebut. Pada petang itu, ibu membantu aku menghafal keduadua sifir tersebut.
Aku menghafal dengan bersungguh sungguh. Akhirnya aku berjaya. Dua hari
kemudian, sekali lagi aku dipanggil oleh Cikgu Rahman ke hadapan kelas untuk
menghafal sifir tujuh dan lapan. Aku telah berjaya menghafal dengan lancar. Cikgu
Rahman memuji dan menghadiahkan aku RM5.00.
Hari itu adalah yang paling menggembirakan aku. Walaupun peristiwa itu telah
lama berlaku, namun masih segar dalam ingatanku sehingga ke hari ini. Dengan
menghafal sifir tersebut, pencapain aku dalam mata pelajaran Matematik semakin baik
dan sentiasa dipuji oleh Cikgu Rahman.

Terpisah dari keluarga

Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang
ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik melihat pelbagai pameran sehingga
aku terpisah daripada keluargaku

Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba


menenangkan perasaanku sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang
yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi dari sebuah
gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa.
Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku
menceritakan keadaan diriku kepada pengawai yang
bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam
aku menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli keluargaku yang datang
menjemputku.
Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula
nombornya.Aku berasa sangat sedih dan tidak dapat menahan
perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang akan diriku .Aku berfikir-fikir
untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di sana,tetapi
takut.
Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di
kaunter pertanyaan itu.Tiba-tiba aku tepandang kelibat seseorang yang aku
kenali.Aku menjerit kegembiraan apabila melihat ibuku.Aku terus
memeluknya sambil menangis teresak-esak
Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi
nasihat mereka.Aku berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula
dengan keluargaku

Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya

Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah
saya iaitu,Puan Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam
memajukan sekolah.Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai
Pelajaran Daerah juga turut meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang
berada di perkarangan sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa
PIBG,dan ibu bapa murid.
Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru
mengiringi beliau ke dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang
terdiri daripada Murid Tahap Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform.
Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang
disediakan.Sambil menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan muridmurid sekolah yang berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak
merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin
sekolah.
Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah.
Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap
buat kali terakhir.Pengawai Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada
Guru Besar.Guru Besar turut menerima cenderahati daripada pihak sekolah.
Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar
bersalam dengan semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru

Besar masuk ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum


meninggalkan kawasan sekolah.

KEBURUKAN MAKANAN RINGAN KEPADA KANAK-KANAK


Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan
seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanakkanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.

Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak mengandungi
bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak mempunyai zat
untuk membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak mengetahuinya kerana
tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut.

Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna


makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam

makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi
masalah ini kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit yang
dihadapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit darah tinggi dan
kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan. Hal ini
kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa mengira masa dan tempat.

Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat kanak-kanak. Meraka


sering menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan. Hal ini kerana, mereka
terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen. Baki duit saku sekolah yang
sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli makanan ringan.

Sesungguhnya, makanan ringan ringan banyak keburukannya. Ibu bapa perlu


memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan ringan.
Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan ringan.

CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN

Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam akdemik
akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara
untuk berjaya dalam pelajaran.
Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri
sepenuh tumpuan kepadada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga
penting dalam proses pembelajaran.
Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu
bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dirumah. Bantulah anak-

anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu
ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap
pencapaian anak-anak dalam pelajaran.
Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh
rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan
kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan keseronokan.
Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita
yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka
akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita tersebut. Selain itu, murid juga
boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola mereka.
Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun
begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan
mudah putus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha dengan gigih.

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar.


Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan
menunggang basikal. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan
UPSR yang akan diumumkan pada hari tersebut.
Sebaik sahaja sampai di sekolah, kami terus meletakkan basikal di tempat letak basikal.
Kami berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR lalu terus masuk ke
dalam dewan sekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama
kemudian, Guru Besar sekolah kami mengumumkan keputusan UPSR.
Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka
kawan-kawanku apabila keputusan UPSR mereka diumumkan seperti gembira, sedih,
cemas dan lain-lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira
kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A.
Guru besar dan guru-guru lain mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakan-

rakanku juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal
erti penat dan putus asa. Aku berjanji, jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga ke
akhir hayatku.
Kemudian, aku dan rakan-rakanku pulang ke rumah masing-masing. Sebaik sahaja
sampai di rumah, aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusan peperiksaan UPSR
yang aku peroleh. Ibu bapaku kelihatan amat gembira dengan keputusan itu dan
mengucapkan tahniah kepadaku. Aku juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku
atas dorongan yang mereka berikan selama ini. Itulah kenangan manis yang tidak dapat
aku lupakan dalam hidupku

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Sambutan Hari Keluarga


No. 07,
Kampung Sungai
Siput,
55000 Lubuk China,
Alor Gajah, Melaka.
27 Ogos 2012
Assalamualaikum, menemui sahabatku Farhan yang diingati selalu. Semoga saudara
sihat seisi keluarga. Apa khabar saudara? Di kesempatan ini ingin saya ceritakan sedikit
pengalaman saya semasa menyertai sambutan Hari Keluarga anjuran tempat ibu saya

bekerja.
Sambutan itu diadakan di pantai peranginan Pengkalan Balak pada 12 Ogos yang lalu.
Antara tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan sepejabat ibu saya.
Semua peserta diminta berkumpul di pantai tersebut sebelum pukul 7.30 pagi untuk
pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah.
Selepas itu, kami dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh serta kuihmuih sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara tersebut ialah
pertandingan tarik tali, pertandingan bola baling dan pertandingan mencari harta karun.
Saya sungguh gembira kerana turut menyertai dalam setiap aktiviti yang diadakan.
Apatah lagi apabila keluarga kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan
mencari harta karun.
Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, kami berehat selama setengah jam
sambil menikmati minuman dan kuih-muih. Pada masa itu, saya berpeluang bergambar
bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di pantai
tersebut.
Kemudian, kami berpeluang bermandi-manda di pantai yang bersih itu. Ramai peserta
yang menyewa kayak dan jet ski untuk merasai pengalaman baharu. Saya sungguh
seronok kerana ayah telah menyewa sebuah perahu untuk kami bersiar-siar di sekitar
pantai.
Kira-kira pukul 11.40 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu
acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah. Saya sungguh gembira kerana
keluarga kami juga bernasib baik dalam cabutan nombor bertuah tersebut, di samping
menerima beberapa lagi hadiah lain.
Sebelum pulang , kami dijemput makan tengah hari dengan pelbagai masakan laut yang
sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng.
Sesungguhnya pengalaman ini amat menyeronokkan dan saya berharap akan

berpeluang menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang.
Akhir sekali, jika saudara ada pengalaman yang menarik, sudilah dikongsi bersama saya
kerana saya sentiasa menunggu khabar daripada saudara. Diharap saudara sudi
membalas surat saya ini.
Sahabatmu,

Amiruddin

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Lawatan ke Melaka


Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat kepada kawan
kamu dan ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan tersebut.

No. 07, TJ
1/8,
Taman Temerloh
Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang.
27 Jun 2012
Assalamualaikum, menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu. Diharapkan
saudari sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar
dan menceritakan pengalaman saya semasa lawatan ke Melaka.
Pada 20 Jun 2012, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Rombongan itu disertai
oleh 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi ke sana dengan menaiki
sebuah bas yang disewa khas.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid melihat sendiri kesankesan sejarah negeri Melaka di samping melawat beberapa tempat menarik di negeri
tersebut.
Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 7.30
pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana kira-kira pukul 8.00 pagi
dan tiba di Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah hari.
Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya sungguh
gembira melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan tersebut. Tempat
pertama yang kami singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo Melaka. Di situ kami dapat
melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan
lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar
itu.
Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran dengan zoo
tersebut. Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan
lain-lain lagi. Saya berasa sungguh ngeri apabila melihat seekor buaya tembaga
menyambar bangkai ayam yang dicampakkan oleh seorang pengawal kolam buaya di
situ.
Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk
makan tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di situ, kami melihat
kesan-kesan tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka. Ramai murid
dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai
yang banyak terdapat di situ.
Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang
Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu. Selain itu, saya juga
dapat menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa takut tetapi saya gembira kerana

dapat melihat hampir seluruh Bandaraya Melaka dari menara tersebut.


Sebelum bertolak balik, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini.
Kemudian, kira-kira pada pukul 6.00 petang, kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk
sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah semula kira-kira pukul 12.00
tengah malam. Saya amat gembira kerana turut meyertai lawatan tersebut.
Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan kepada saya
di sini kerana saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada saudari. Sekian sahaja
untuk kali ini. Di harap saudari sudi membalas surat saya.
Sahabatmu
Amirull

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru

Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat
kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana.

No. 13,
Kampung Nelayan,
Kuantan, Pahang.

30 April 2012

Assalamualaikum,

Menemui sahabatku Talib yang ku rindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga.
Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman
baru saya.
Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di
sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah
di sini berhampiran dengan pantai.
Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok
kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah
untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya
menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar.
Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya
mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya
untuk memahami loghat Pahang.

Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah


saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering
membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu
memberi nasihat dan peransang kepada saya.

Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti
kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas
surat saya dan bercuti di sini.

Sahabatmu
Amirull

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR


Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang
persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

No. 74, Taman Seri


Merapoh,
27210 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang. Darul
Makmur.
26 Januari 2011
Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang,
semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini
sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk
menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti?
Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi
menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang
kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya
akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.
Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan
sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya
amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguhsungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan
Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan
pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan

masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang
agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya
berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti.
Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah
menengah yang terpilih.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir
sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.
Sahabatmu,

.............................
(Khairi bin Zaideen )
Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang
Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Abang anda yang belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya
perkara yang anda sedang lakukan kini. Balas surat abang anda.

*** *** *** *** ***

No. 74, RPS


Merapoh,
28000 Merapoh,
Pahang. Darul
Makmur.
6 Februari 2011

Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar


semoga dalam keadaan sihat sejahtera.
Kakanda yang dikasihi,
Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat
hendaknya. Adinda serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda
bersyukur kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang
dikemukan dapat adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti
keputusannya dengan penuh debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat
keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu
mendoakan adinda agar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.
Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa
dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan
sekolah atau daripada rakan-rakan yang ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin
menggunakan masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.
Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda
akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan
melawat ke tempat-tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman
yang berguna, di samping menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan
tersebut.
Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan
kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.
Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah
salam sayang daripada adinda dan keluarga.
Adindamu,

HasifZakwan
Melengkapkan Cerita: Alia
Aku dan rakan-rakan menyertai lathan sukan di sekolah. Semasa latihan tersebut
berlangsung aku terdengar jeritan. Aku pun
Mulakan cerita dengan:
Aku pun
Aku pun segera berlari ke belakang astaka kerana jeritan tersebut datangnya dari situ.
Setibanya di belakang astaka, aku terkejut benar apabila mendapati Alia meraung
kesakitan sambil memegang kakinya. Wajahnya pula berpeluh dan pucat.
Aku segera menghampirinya dan bertanya untuk mengetahui puncanya. Dia segera
menunjukkan kakinya yang kelihatan bengkak dan lebam. Kaki ku terperosok ke dalam
lubang ini semasa aku berlari di sini tadi, rintihnya sambil menunjukkan sebuah lubang
kecil di situ.
Aku memintanya bertenang sementara aku pergi meminta bantuan. Kemudian aku terus
berlari meminta pertolongan daripada Cikgu Hamidi yang kebetulan sedang berjalan
menuju ke astaka tersebut.
Dengan segera, Cikgu Hamidi mendapatkan Alia untuk memberikan pertolongan. Kaki
Alia cuma terseliuh sahaja, kata cikgu Hamidi setelah memeriksa kaki Alia. Aku
bersyukur kerana kecederaan Alia tidaklah begitu teruk.
Kemudian, Cikgu Hamidi meminta aku memanggil beberapa orang pelajar lain untuk
mengangkat Alia ke kantin sekolah sementara beliau ke bilik guru untuk mengambil
minyak urut.
Di kantin, aku menggosok kaki Alia yang cedera dengan minyak gamat yang diberi oleh
Cikgu Hamidi. Sambil tersenyum, Alia segera mengucapkan terima kasih kepada kami
sejurus aku selesai menyapukan minyak urut di kakinya.

Sebelum bersurai daripada latihan sukan petang itu, Cikgu Hamidi mengingatkan para
pelajar supaya tidak bermain di belakang astaka kerana permukaan tanah di situ masih
belum diratakan kerana kerja-kerja pengubahsuaian astaka masih dalam pembinaan .

Menyambung Cerita: Anita Terkena Jerat

Keseronokan meneroka Hutan Simpan itu menyebabkan kami lupa akan kepenatan
yang kami alami. Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit
Mulakan cerita kamu dengan, Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit
Tiba-tiba, Anita yang berjalan di belakang menjerit meminta tolong. Kami semua amat
terkejut lantas menoleh ke arahnya. Alangkah terkejutnya apabila terlihat Anita terbuaibuai pada seutas tali yang tergantung pada sebatang dahan pokok. Tanpa berlengah,
kami terus berlari menghampirinya. Rupa-rupanya kaki kanan Anita telah terkena jerat
yang mungkin dipasang oleh pemburu.
Anita menangis dan meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada lilitan jerat tersebut.
Cikgu Ali segera mententeramkan Anita kerana bimbang kaki Anita akan tercedera teruk.
Kemudian, Cikgu Ali melihat jerat itu dengan teliti untuk mencari jalan melepaskan Anita.
Akhirnya, kami menemui punca ikatan jerat itu yang diikat pada pangkal pokok tersebut.
Anita boleh diturunkan dengan melepaskan ikatan itu nanti.

Cikgu Ali menyuruh kami bersedia di bawah tempat Anita tergantung untuk
menyambutnya. Manakala beberapa orang murid lagi diminta untuk memegang tali yang
akan dihuraikan oleh Cikgu Ali supaya Anita dapat diturunkan dengan perlahan-lahan.
Setelah kami semua bersedia, Cikgu Ali pun membuka ikatan jerat itu dengan berhatihati. Kemudian, Anita diturunkan dengan perlahan-lahan. Akhirnya, Anita berjaya
diturunkan dengan selamat.
Kami semua berasa amat bersyukur atas kejayaan itu. Kemudian, Cikgu Ali meminta
kami berwaspada kerana di dalam hutan begini, banyak perkara yang tidak diduga boleh
berlaku.

Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas


Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku ....
*** *** *** *** ***
Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap
tersebut.
Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa
anaknya diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.
Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik
Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk
menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa
ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku
patuh nasihat ibuku.
Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu
berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.
Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu.
Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.
Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur
kerana Serina kini

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang


Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di
tempat letak basikal. Tiba-tiba .....

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di
tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh
bimbang.
Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada.
Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.
Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang
syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku.
Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.
Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu
memasukkan ke dalam kereta.
Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk
basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh
gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.
Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal
ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana
tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia


Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku
terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....
*** *** *** *** ***
Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus
menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku
terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua
orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut
tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak
mengalami kecederaan yang teruk.
Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama
kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke
balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis
motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan
Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.
Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak
polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut
sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada
ibu bapaku apa yang terjadi.

Melengkapkan cerita: Menolong Nurul


Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang
menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....
*** *** *** *** ***
Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis
di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.
Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak
itu ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku
menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan
bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan membawanya pulang.
Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan gembira
dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di bawah terik cahaya
matahari menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun
memenatkan kerana terpaksa mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa
tetapi aku gembira kerana dapat menolongnya.
Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku memberhentikan
basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu
mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke rumahnya. Selepas itu, aku
terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas
aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan gembira akan sikapku itu. Kata
ayahku. "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah
jiran atau saudara mara sendiri".

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia

Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat Amalan Mulia


Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa
pembaziran.
Banyak faedah daripada amalan berjimat-cermat antaranya ialah membolehkan kita
menabung. Oleh itu, kita mestilah berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian, ketika
menggunakan kemudahan seperti air, elektrik, dan telefon dan sebagainya. Dengan cara
ini, wang itu boleh kita simpan bagi tujuan yang lebih berfaedah pada masa hadapan.
Selain itu, orang yang berjimat-cermat tidak akan membeli sesuatu tanpa perancangan
teliti. Mereka menyelidiki dahulu sebelum membeli sesuatu barang supaya pembelian
mereka itu berbaloi dengan wang yang telah mereka keluarkan. Pembelian yang tidak
cermat boleh menyebabkan kita terbeli sesuatu yang membawa kerugian dan
penyesalan.
Berjimat-cermat juga menggelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermaksud kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin.
Elakkan daripada menangguh-nangguh sesuatu tugas dan sebagai pelajar, buatlah
jadual harian agar kita dapat mengisi masa dengan sebaik-baiknya seperti mengulang
kaji pelajaran dan sebagainya.
Di samping itu amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi.
Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan seperti sentiasa
menutup kembali kipas selepas digunakan.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan amalan berjimat-cermat


sebagai budaya kita. Oleh itu, yakinlah bahawa amalan ini pasti akan membawa
kebaikan kepada diri sendiri.

Fakta: Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar


Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar

Kepupusan spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah
dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang.
Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau
menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada
dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan .
Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum
sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa
kebenaran pihak kerajaan.
Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja. Penguatkuasaan ini

dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.


Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang
berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke
semasa.
Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan
maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang. Ini
akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan.
Akhir sekali, hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya perlulah
dipindahkan segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila keadaan ini terjadi,
haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh.
Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi
memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak
ternilai ini.

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa


Ibu bapa merupakan orang yang banyak berjasa kepada kita. Tulis karangan caracara kamu menggembirakan ibu bapa.
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati

hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu,
wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia. Akhlak mulia akan
menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain,
bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya. Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan
sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu
akan menggembirakan hati ibu bapa.
Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguhsungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita
gembira serta memperoleh masa depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka
dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan
sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu
menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap
dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat,
mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh
kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira
bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita
sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan
hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 2)


Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang seperti memancing,
mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Hobi saya pula bermain bola
sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap petang.
Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya antaranya ialah mengisi masa lapang,
menyihatkan badan, cergas serta cerdas dan menambah kenalan. Saya dapat mengisi
masa lapang dengan bermain bola sepak. Aktiviti ini mengelakkan saya daripada
melepak dan sebagainya.
Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh. Oleh sebab itulah saya jarang terkena
penyakit seperti demam dan sebagainya. Badan saya juga menjadi cantik dan langsing.
Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas.
Saya sentiasa cergas semasa belajar dan mudah memahami sesuatu pelajaran.
Permainan bola sepak memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang
menambah kenalan terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola
sepak dari luar.
Kesimpulannya setiap orang bebas memilih hobi yang digemari. Namun, sesuatu hobi
yang baik sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)


Setiap orang mempunyai hobi. Tulis kebaikan hobi yang kamu gemari.
Hobi ialah sesuatu yang gemar dilakukan pada masa lapang. Antara contoh-contoh
hobi ialah memancing, mengumpul setem, membaca, melukis dan bersukan. Saya juga
mempunyai hobi iaitu bermain bola sepak. Saya melakukan aktiviti ini pada setiap
petang kecuali jika ada urusan lain yang lebih penting.

Saya memilih bermain bola sepak sebagai hobi kerana minat saya yang mendalam
terhadap permainan ini. Oleh sebab itulah saya selalu menyaksikan perlawanan bola
sepak secara langsung di kaca televisyen. Selain itu, saya juga pernah pergi ke
studium Bukit Jalil dengan keluarga saya untuk menonton suatu perlawanan akhir bola
sepak .

Hobi ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Antara kebaikan tersebut ialah
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyihatkan badan, menjadikan
saya cergas serta cerdas dan menambahkan kenalan. Pada waktu lapang seperti pada

waktu petang, saya dapat mengisi masa lapang ini dengan bermain bola sepak. Aktiviti
ini mengelakkan saya daripada terjebak dalam kegiatan yang merugikan seperti melepak
dan sebagainya.

Selain itu, hobi ini juga dapat menyihatkan tubuh saya kerana permainan ini
menyebabkan badan saya berpeluh, jantung saya berfungsi dengan baik dan
melangsingkan badan saya. Oleh sebab itulah saya jarang terkena penyakit seperti
demam dan sebagainya. Saya juga tidak risau tentang masalah kegemukan yang boleh
mendatangkan penyakit yang merbahaya seperti darah tinggi, kecing manis dan lain-lain
lagi.

Permainan bola sepak juga menyebabkan badan saya cergas dan otak saya cerdas.
Saya perlu melakukan tindakan-tindakan yang tangkas serta lasak dalam permainan ini.
Hasilnya otot-otot badan saya menjadi kuat dan pergerakan saya lebih pantas. Selain itu,
saya juga tidak mudah berasa lesu atau penat. Ini membantu saya sentiasa cergas
semasa belajar di sekolah atau semasa mengulang kaji pelajaran di rumah. Badan saya
yang sihat dan bertenaga juga membolehkan saya mudah memahami sesuatu pelajaran.
Oleh sebab itu, saya sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, saya memperoleh ramai kenalan melalui hobi ini. Permainan bola sepak
memerlukan pemain yang ramai. Oleh itu, saya berpeluang menambahkan kenalan
terutama apabila melibatkan pertandingan dengan pasukan bola sepak dari luar.

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Kita bebas memilih hobi
yang kita gemari, bak kata pepatah "Tepuk dada, tanya selera". Namun, perlu kita ingat
hobi tersebut tidak seharusnya merugikan kita. Sesuatu hobi yang baik dan sesuai
sepatutnya akan mendatangkan kebaikan kepada kita.

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum


Tulis faedah menyertai aktiviti kokurikulum.
___________________________________________________________________
__________

Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut termasuklah
aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua
pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai
banyak faedahnya.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat memenuhkan masa lapang. Pelajar
yang aktif dalam kegiatan ini akan terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial kerana
banyak masa mereka digunakan untuk aktiviti kokulrikulum di sekolah seperti sukan dan
sebagainya. Oleh itu, masa lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
berbagai-bagai jawatan dalam persatuan seperti jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Sebagai contoh, apabila pelajar memegang
jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar
menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Sebagai contoh, kegiatan-kegiatan ini dijalankan mengikut peraturan dan
jadual yang telah ditetapkan. Kita perlu mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya
segala aktiviti yang direncana dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, kita akan
menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
Tambahan pula, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab tentunya disertai oleh ramai ahli serta terdiri daripada pelbagai

kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli
akan berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan
sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Akhir sekali, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum
seperti menyertai pertandingan bola sepak dan sebagainya. Untuk menang dalam
pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu, badan kita
akan mengeluarkan peluh. Ini tentu akan menjadikan kita cergas, sihat, kuat dan tidak
akan mudah dijangkiti penyakit.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah
hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya.
Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam kegiatan ini
demi kebaikan anak-anak mereka.

___________________________________________________________________
________

Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan

Fakta: Faedah-faedah Mempelajari Komputer.

Fakta: Banjir

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.

Laporan :Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri


Tualang
LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para
Pelajar

Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan minat


membaca di kalangan para pelajar. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
Rangka Karangan :
Pendahuluan
-membaca banyak kebaikannya
-mesti dipupuk sejak kecil
Perenggan ke-2
-pihak sekolah memainkan peranan
-mengadakan kempen membaca
-perpustakaan yang lengkap dan menarik
Perenggan ke-3
-ibu bapa memupuk minat membaca anak-anak
-peruntukkan wang untuk buku anak-anak

Perenggan ke-4
-harga buku berpatutan
-semua golongan mampu membeli buku

Penutup
-membaca penting
-mesti dipupuk sejak di bangku sekolah

***********************************

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para
pelajar mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.
Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar
adalah dengan mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi.
Pihak sekolah boleh menjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai
pertandingan seperti pertandingan mengarang dan sebagainya.
Selain itu, perpustakaan sekolah perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan
dan kemudahan yang mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi
perpustakaan.
Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di
kalangan anak-anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku
yang bersesuaian untuk bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti
harian keluarga dan wujudkan perpustakaan mini di rumah.
Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga
yang berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang
mereka perlukan.
Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca
perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Syarahan: Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar.

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank
Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang karangan
kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
*****
Rangka Karangan :
Pendahuluan
-digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya
-buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang
-banyak pilihan bank
Perenggan ke-2
-simpanan dijamin selamat
-kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank
-bencana alam, tangungjawab bank
Perenggan ke-3
-menjamin masa hadapan
-contoh; membiayai pengajian
-perlu menyimpan secara tetap
Perenggan ke-4
-cermat berbelanja
-pandai menguruskan wang sendiri
-lepas daripada masalah kewangan
Penutup

-amalan menyimpan wang perlu diamalkan


-kehidupan akan lebih terjamin

** ** ** ** **
Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank
Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak kebaikannya.
Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di
mana-mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji dan lain-lain
bagi.
Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita
tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan
kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika
sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang kita dijamin selamat di
bawah tanggungjawab pihak bank.
Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, kita boleh
membiayai perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang
simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya boleh
digunakan pada masa yang memerlukan.
Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita tidak akan
boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih kita
menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan. Amalan perbelanjaan
yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang dan
sebagainya.
Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini
amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank
demi kehidupan yang lebih terjamin.

Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 2)

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Masa Itu Ibarat Emas
Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaikbaiknya dengan tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa
lapang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan
pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh
membantu mereka dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menolong ibu
memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa dan dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji
pelajaran. Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu
mata pelajaran. Kita juga akan dapat membaiki kelemahan dalam pelajaran. Ini akan
membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan
berkelah, kita dapat merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar.
Apatah lagi berkelah juga dapat mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat
melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain, makan dan
sebagainya bersama keluarga

Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk
berkunjung ke rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara
saudara mara, di samping dapat melancong dan menikmati keindahan alam.

Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang
lebih sempurna. Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang
tidak sia-sia apabila kita menghargai masa.
Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Fakta: Senaman Asas Kesihatan

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan
Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang
faedah-faedah yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.
** ** ** ** **
Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak bukubuku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan
lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini
tentu membantu murid-murid dalam pelajaran.
Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka
yang selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti
melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam

pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat
akan mengelapkan masa depan mereka.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan
mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising,
memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan
seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak
perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini
tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah
perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan
pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan
membaca buku-buku tertentu di perpustakaan.

Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Fakta: Faedah-faedah Mempelajari Komputer.

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para Pelajar


LinkWithin
2 ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Kebaikan Buah-buahan Tempatan
Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan
tentang kebaikan buah-buahan tempatan.
** * *** *** *** ***

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara
contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.
Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan
tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat
kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini
tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok
buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah,
apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan
buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila
kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan
petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak
langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan
meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak
kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada
buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini
tanpa mengira kaya atau miskin.

Anda mungkin juga meminati:

Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Fakta: Masa Itu Ibarat Emas

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Fakta: Senaman Asas Kesihatan

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa


LinkWithin
2 ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran

Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkahlangkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran.
*** *** *** *** ***
Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Pelajaran dapat menjamin masa depan
pelajar dalam apa juga bidang yang mereka minati. Oleh itu, pelajar haruslah belajar
bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka berjaya pada masa hadapan.
Antara langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran ialah berniat atau
berazam memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Keazaman yang tinggi akan
mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan.
Seterusnya pelajar hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar bagi
memastikan mereka faham akan apa yang dipelajari di kelas. Mereka juga mestilah
segera bertanya guru jika tidak faham akan sesuatu topik pelajaran supaya mereka tidak
terus ketinggalan dalam pelajaran.
Selain itu, pelajar haruslah membuat jadual waktu di rumah bagi memastikan mereka
dapat menggunakan masa seperti yang dirancang. Apabila pelajar pandai
membahagikan masa, ini akan membantu mereka berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, jagalah kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan
berkhasiat supaya pelajar sentiasa berkeadaan cergas dan cerdas. Kesihatan yang baik
akan memudahkan pelajar memahami apa yang dipelajari.
Dalam pada itu, disiplin diri juga menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar dalam

pelajaran. Pelajar yang berdisiplin akan membolehkan mereka berjaya dalam pelajaran
kerana mereka tidak terjerat dengan pelbagai masalah disiplin yang boleh menggangu
mereka dalam pelajaran.
Kesimpulannya pelajaran amat penting kepada para pelajar. Orang yang berilmu sudah
tentu akan dipandang mulia. Oleh itu, kita mestilah mengikut langkah-langkah yang betul
untuk berjaya dalam pelajaran.
Anda mungkin juga meminati:

Temu Ramah/Dailog: Kejohanan Silat Olahraga Peringkat ...

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Laporan: Laporan Bulan Merdeka 2010

LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Faedah-faedah Mempelajari Komputer.
Komputer amat penting pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan
dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha
menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka dalam
pembelajaran.

Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita memperoleh pelbagai


maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat melalui komputer
dengan melayari internet.
Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian
tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan
menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran.
Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila dilaksanakan oleh
seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan komputer sebarang kesilapan
semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih mudah dan pantas.
Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat membantu seseorang menguruskan
fail atau data-data penting dengan lebih mudah dan selamat. Ini penting untuk
menghindari kita daripada masalah dan kerugian akibat kehilangan data-data atau failfail tersebut.

Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang
menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer. Ini boleh
merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan secara berlebihlebihan hingga mengabaikan pelajaran.
Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula,
pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan menggunakan komputer.Oleh itu,
tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus
permodenan.
Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia

Fakta: Masa Itu Ibarat Emas


LinkWithin
1 ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Senaman Asas Kesihatan
Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan
memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara
seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan
berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini
menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam,
batuk, selsema dan lain-lain lagi.
Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau
kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan
memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila
berhadapan dengan masyarakat.
Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti
melepak, merokok dan sebagainya.
Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat
menjamin kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat
mencerdaskan pemikiran. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita
seharian.

Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Faedah-faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Fakta: Masa Itu Ibarat Emas

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran


LinkWithin
1 ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat
membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan
bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita
dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.
Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita
akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang
ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita
kerana banyak fakta yang kita ketahui.
Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang
yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih garamtis
kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.
Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan
pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka
dalam kehidupan sehari-harian.
Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak
bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lainlain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur
hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.
Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para
pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan
mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan

sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan
guru-guru dan ibu bapa.
Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 2)

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para Pelajar


LinkWithin
11 ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.
Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi
kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan
mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara
seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk
semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan
kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran
sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan
kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui
aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru,
kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila
jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah
bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah
sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh
kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama
jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga
sentiasa aman dan harmoni.
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun,
ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat
tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual
aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan
membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka
terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga
harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan
pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang
diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya.
Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam
pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di
kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu
topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat
diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh
itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun
dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Cerita: Langgar lari


Pada suatu petang, aku dan dan jiranku Amin bermain layang-layang di tengah
padang di hadapan rumahku. Aku ingin mencuba layang-layang yang baru dibeli oleh
ayah semalam. Kebetulan pula masa itu cuaca cerah dengan angin bertiup kencang
tentu amat sesuai untuk bermain layang-layang.
Sedang kami leka berusaha menaikkan layang-layang tersebut, tiba-tiba kedengaran
satu jeritan di jalan raya. Aku menoleh dan mendapati seorang nenek jatuh terjelepok di
tepi jalan. Manakala, sebuah motosikal pula memecut laju meninggalkannya.
Tanpa berlengah, aku berlari mendapatkan nenek tersebut. Setibanya di situ, kami
segera membantunya bangun tetapi dihalang olehnya. Beberapa tompok darah kelihatan
di atas jalan raya. Kasihan sungguh melihatnya, apatah lagi apabila medengar dia
mengerang kesakitan.
Aku meminta Amin mengutip barang-barang nenek yang bertaburan sementara aku
pulang ke rumah untuk memberitahu keluargaku tentang kejadian tersebut. Setelah
melihat keadaan nenek itu, ayahku segera menelefon ambulan bagi membawanya ke
hospital.
Kira-kira 20 minit selepas itu, ambulan pun tiba. Sebelum bertolak ke hospital, nenek itu
sempat mengucapkan terima kasih kepada kami semua.
Selepas itu, aku bermain layang-layang semula dengan perasaan bangga kerana dapat
menolong nenek itu. Walau bagaimanapun, terdetik juga kesedihan di hatiku daripada
peristiwa ini. Janganlah bertindak zalim serta bertanggungjawablah atas kesalahan yang
kita lakukan.
Anda mungkin juga meminati:

Cerita: Perjalananku

Cerita: Insaf

Melengkapkan Cerita: Alia

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar.

Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Cerita: Kampungku dilanda banjir
Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian
kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.
___________________________________________________________________
____

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung
Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhentihenti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu. keluarga saya
mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga sebagai persediaan jika
terpaksa berpindah.
Akhirnya, kami dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan
dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke
pusat pemindahan dengan selamat walaupun berasa agak sedih melihat seluruh
kampung kami telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah
akan surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang
keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum
wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa
dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air
dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa orang kawan sebaya.
Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung,

kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan
sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanamtanaman yang musnah.
Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung.
Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.
Anda mungkin juga meminati:

Berita: Banjir

Cerita: Perlawanan Bola Sepak

Cerita: Insaf

Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar.


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Cerita: Berani

Kami ingin menjadi insan yang berakhlak mulia.

Tulis karangan yang bertajuk 'Berani'. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan
-tiba-tiba perut sakit pada waktu rehat
-segera ke tandas
-terlihat sekumpulan pelajar menconteng dinding sekolah

Perenggan ke-2
-menghampiri kumpulan pelajar tersebut
-rupa-rupanya rakan sekelas
-menegur mereka tetapi dimarahi
-diberi amaran supaya tidak memberitahu guru

Perenggan ke-3
-beredar
-memberitahu guru disiplin
-tidak mahu perkara itu terus berlaku
-mereka dipanggil ke pejabat

Perenggan ke-4

-mereka ditegur dan diberi nasihat


-mereka perlu memadam semula contengan
-mereka insaf

Penutup
-mereka datang meminta maaf kepadaku
-mereka menjadi kawan baikku

*****
Berani

Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke
tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang
menconteng dinding sekolah.
Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan
perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan.
Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan
tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku.
Mujurlah aku sempat mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak
mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.
Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera
mencari guru disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana
aku tidak mahu kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah
memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.
Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat

itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki
memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah
menyebabkan mereka insaf.
Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku.
Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.
Anda mungkin juga meminati:

Fakta: Banjir

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan


Rujukan

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Menceritakan pengalaman di tempat baru


LinkWithin
3 ulasan: Pautan pada catatan ini
Cerita: Kehilangan Ibu Bapa
Tulis karangan yang bertajuk "Ibu bapuku Hilang". Panjang karangan kamu mestilah
tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka Karangan :
Pendahuluan
-meneyertai Kempen Mengibar Jalur Gemilang bersama keluarga
-keadaan sangat sesak
-ibu bapa hilang, takut
Perenggan ke-2
-mencari ibu bapa tetapi gagal
-cuba menelefon tetapi telefon di pondok telefon rosak

Perenggan ke-3
-semakin cemas
-disapa oleh seorang makcik
-menceritakan peristiwa yang terjadi
-makcik itu membantu menunjukkan sebuah pondok pengawal keselamatan
Perenggan ke-4
-mengadu hal kepada pengawal keselamatan
-pengawal keselamatan membuat pengumuman
-gembira melihat ibu bapa datang
-berpelukan dengan ibu bapa
Penutup
-mengucapakan terima kasih kepada makcik dan pengawal keselamatan
-pengawal keselamatan menasihatkan ibu bapaku saya supaya lebih berhati-hati
*****
Ibu bapaku Hilang
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke bandar Temerloh untuk
menyertai Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang. Keadaan di situ sangat sesak dengan
orang ramai. Ketika saya sedang asyik memerhati keadaan sekililing, tiba-tiba saya
dapati ibu bapa saya sudah tiada di sisi saya. Saya berasa amat bimbang dan takut.
Saya berusaha untuk mencari mereka tetapi masih gagal ditemui. Kemudian saya
mencari pondok telefon untuk menghubungi ayah saya. Saya terlihat sebuah pondok
telefon lalu terus berjalan ke situ. Malang sekali, apabila saya dapati telefon di situ telah
rosak.
Saya berasa semakin bimbang dan hampir menangis. Tiba-tiba saya disapa oleh
seseorang. Apabila saya menoleh ke arah suara itu, saya lihat seorang makcik sedang
tersenyum. Katanya dia sudah lama memerhatikan saya yang tampak gelisah seperti

mempunyai masalah besar. Saya terus menceritakan keadaan yang menimpa diri
saya. Selepas itu, dia membawa saya ke sebuah pondok pengawal keselamatan yang
tidak jauh dari situ.
Setibanya kami di situ, saya terus menemui seorang pengawal keselamatan untuk
mengadu akan masalah saya. Kemudian, pengawal keselamatan itupun membuat
pengumuman menggunakan alat pembesar suara di pondok keselamatan itu. Tidak lama
kemudian, ibu bapa saya kelihatan berlari anak ke arah kami. Saya berasa sungguh lega
dan gembira. Sebaik sahaja bertemu, ibu terus memeluk dan mencium saya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mak cik dan pegawai keselamatan yang telah
menolong saya. Pegawai keselamatan itu pula menasihatkan ibu bapa saya supaya
lebih berhati-hati apabila membawa anak-anak ke tempat yang sesak seperti ini.
Anda mungkin juga meminati:

Cerita: Kampungku dilanda banjir

Fakta: Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia

Cerita: Perlawanan Bola Sepak

Melengkapkan Cerita: Alia


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Cerita: Perlawanan Bola Sepak
Gambarkan keadaan di padang sekolah kamu apabila diadakan sesuatu
perlawanan. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
** ** ** ** ** **
Rangka Karangan :

Pendahuluan

-padang yang luas di sekolah saya


-setiap hari digunakan dengan pelbagai aktiviti
-pada suatu hari, suasananya berubah kerana suatu pertandingan

Perenggan ke-2
-para penonton berkumpul ditepi padang
-mereka kelihatan amat teruja/berminat
-ada yang makan ais krim di tepi padang

Perenggan ke-3
-orang ramai bertepuk tangan sebaik pasukan yang bertanding masuk ke padang
-setiap pasukan dilihat sungguh bersemangat
-berharap pasukan sekolah saya menang

Perenggan ke-4
-perlawanan yang hebat
-setiap pasukan bermain bersungguh-sungguh
-riuh dengan tepukan penonton di sekeliling padang
-antara pasukan yang hebat pada tahun sebelumnya

Penutup
-permainan tamat
-bersalaman antara pasukan

-bersyukur kerana pasukannya menang


-berazam untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pada tahun hadapan

** ** ** ** ** **

Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang ini digunakan
untuk aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau kegiatan ko-kurikulum
pada waktu petang. Suasana padang itu berubah apabila sekolah saya mengadakan
perlawanan bola sepak persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia pada
petang 14 Julai 2009 yang lalu.
Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada penduduk
kampung mula berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka masing-masing
kelihatan amat teruja untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Ada juga
murid-murid dan beberapa orang penduduk kampung yang mengunyah makanan dan
menikmati aiskrim sementara menunggu pasukan bola sepak masuk ke padang. Di
penjuru padang kelihatan seorang penjual aiskrim bermotosikal sedang sibuk melayan
kanak-kanak yang ingin membeli aiskrimnya.
Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat kedua-dua
pasukan bola sepak masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan sungguh bersemangat
untuk memenangi perlawanan itu. Saya juga berasa amat gementar dan berharap
pasukan bola sepak sekolah saya akan memenangi perlawanan tersebut.
Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh. Tepukan dan
sorakan kedengaran di sekeliling padang. Para pemain menunjukkan aksi yang sungguh
hebat kerana kedua-dua pasukan bola sepak ini adalah juara dan naik juara bagi
pertandingan bola sepak sekolah rendah daerah Temerloh pada tahun lepas.
Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya bersyukur
kerana perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah saya. Para
pemain bersalam-salaman dengan pasukan lawan dan para pengadil sebelum keluar

padang. Saya berharap pada tahun hadapan, saya pula akan mewakili sekolah dalam
pertandingan seperti ini.
Anda mungkin juga meminati:

Cerita: Kampungku dilanda banjir

Fakta: Kebaikan Hobi Saya. (Versi 1)

Cerita: Kehilangan Ibu Bapa

Melengkapkan Cerita: Alia

Cerita: Langgar lari


LinkWithin
Tiada ulasan: Pautan pada catatan ini
Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar
Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk
melihat apa yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah
Pak Abu. Rupa-rupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran.
Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk
meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang
datang dan mereka bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu
semakin marak. Sementara itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit
kemudian, bomba pun sampai ke tempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang
marak itu berjaya dipadamkan tetapi malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama
sekali.
Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada
kebocoran paip dapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur
rumah dan tong gas di situ pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan
jiwa berlaku. Namun, kerugian dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan
keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menolong
memadamkan kebakaran rumah mereka.
Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga

menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu
selalu kelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda
keluarganya.
Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa
amat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak
membantu mereka. Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku
sebagai keluarga angkat mereka.
Anda mungkin juga meminati:

Cerita: Kampungku dilanda banjir

Cerita: Langgar lari

Melengkapkan Cerita: Alia

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar.

Cerita: Perjalananku
LinkWithin
2 ulasan: Pautan pada catatan ini
Cerita: Alies Pengsan
Pada suatu pagi, semasa aku pulang ke kelas selepas waktu Pendidikan Jasmani,
aku ternampak seorang murid terbaring di tengah padang sekolah. Aku pun pergi ke
arah murid tersebut. Rupa-rupanya murid itu ialah rakan sekelasku iaitu Alies. Aku
berasa cemas lalu terus memanggil rakan-rakanku yang masih berada berhampiran
padang sekolah.
Aku berasa bimbang melihat keadaan Alies yang pucat. Tiba-tiba aku terlihat Cikgu
Zakini di hujung padang. Tanpa berlengah aku segara memanggilnya dengan cemas.
Kemudian, Cikgu Zakini bergegas menuju ke arah kami untuk mengetahui apa yang
berlaku.
Cikgu Zakini terus meminta kami membawa Alies ke kantin. Setelah berbincang dengan
cikgu-cikgu lain, akhirnya mereka bersetuju supaya Alies dibawa ke klinik dengan
segera. Cikgu Zakini meminta aku menemaninya untuk menghantar Alise ke klinik.

Sesampainya di klinik, aku membantu Cikgu Zakini memapah Alies masuk ke bilik
doktor. Kemudian, aku diminta oleh doktor supaya menunggu di luar bilik sahaja. Aku
gelisah kerana berasa amat bimbang akan keadaan Alies semasa menunggu di situ.
Tidak lama kemudian, Cikgu Zakini keluar sambil memapah Alies. Aku berasa sungguh
gembira apabila melihat Alies telah pun sedar. Cikgu Zakini memberitahu aku bahawa
Alies pengsan akibat pening kepala dan demam. Sebaik sahaja Cikgu Zakini selesai
mengambil ubat, aku membantu Cikgu Zakini memapah Alies masuk ke dalam kereta.
Kemudian, kami menghantar Alies ke rumahnya. Ibu bapanya mengucapkan terima
kasih kepada kami atas bantuan itu.
Keesokan harinya, aku mengajak beberapa orang rakanku melawat Alies. Kami
membawa sedikit buah tangan untuk Alies. Aku dan rakan-rakanku gembira apabila
melihat keadaan Alies yang sudah semakin sembuh.
Cerita: Lembaga itu, Hantu?
Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku. Tiba-tiba, aku
ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya
untuk pulang ke rumah.
Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu
berjalan kaki. Aku berjalan seorang diri dalam hujan renyai-renyai yang mulai turun.
Hatiku ingin mengikut jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa
takut. Bagaimanapun aku terus memberanikan diri melalui jalan pintas itu walaupun aku
tahu laluan itu amat sunyi dan gelap. Di kiri dan kanan jalan pintas itu terdapat pokokpokok getah. Di situ juga kedengaran pelbagai bunyi seranggan dan suara burung hantu
yang menakutkan aku.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu
adalah khayalan sahaja. Aku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila
terlihat satu lembaga melambai-lambai ke arahku. Aku membuka langkah seribu. Aku
berlari dengan sekuat-kuat hatiku. Setelah berasa selamat, aku bersandar pada
sebatang pokok dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat
terkejut lantas berlari untuk meyelamatkan diri. Malang sekali apabila lelaki itu sempat
memelukku dengan kuat hingga aku tidak berdaya melepaskan diri. Lelaki itu menyuruh
aku bertenang dan dalam cahaya samar, aku memberanikan diri, melihat wajah lelaki itu.
Alangkah terkejutnya aku kerana rupa-rupanya lelaki itu ialah abangku sendiri.
Kemudian, dia memberitahuku bahawa dia mencari aku setelah aku terlalu lewat pulang
ke rumah. Aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu. Setelah
tamat kelas tambahan, aku mendapati basikalku hilang. Oleh sebab itulah aku terpaksa
pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Setibanya di halaman rumah, aku segera
memberitahu ayahku tentang peristiwa yang menimpa diriku. Ayah menasihatiku supaya
jangan terlalu percaya kepada hantu hingga menjadi terlalu takut seperti itu lagi.

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar.


Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan
menunggang basikal. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan
UPSR yang akan diumumkan pada hari tersebut.
Sebaik sahaja sampai di sekolah, kami terus meletakkan basikal di tempat letak basikal.
Kami berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR lalu terus masuk ke
dalam dewan sekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama
kemudian, Guru Besar sekolah kami mengumumkan keputusan UPSR.
Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka
kawan-kawanku apabila keputusan UPSR mereka diumumkan seperti gembira, sedih,
cemas dan lain-lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira
kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A.
Guru besar dan guru-guru lain mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakanrakanku juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada
guru-guru yang telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal
erti penat dan putus asa. Aku berjanji, jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga ke
akhir hayatku.

Kemudian, aku dan rakan-rakanku pulang ke rumah masing-masing. Sebaik sahaja


sampai di rumah, aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusan peperiksaan UPSR
yang aku peroleh. Ibu bapaku kelihatan amat gembira dengan keputusan itu dan
mengucapkan tahniah kepadaku. Aku juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku
atas dorongan yang mereka berikan selama ini. Itulah kenangan manis yang tidak dapat
aku lupakan dalam hidupku.

Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing


Bagai Aur Dengan Tebing

Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama
lain. Seumpama serumpun aur di tebing. Aur menumpang pada tebing untuk
mendapatkan air, manakala tebing pula memerlukan aur supaya tebing tidak mudah
terhakis.
Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya. Oleh itu, manusia harus hidup
bekerjasama dan saling bantu-membantu seperti aur dengan tebing. Hidup begini
dikatakan sepakat dan menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan.
Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar
bandar dalam segala lapangan kehidupan. Sebagai contoh, mereka bercucuk tanam dan
menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong. Begitu juga jika ada majlis
perkahwinan, lazimnya orang kampung akan bergotong-royong untuk menjayakan majlis
tersebut. Bahkan sesetengah tempat, orang kampung membina masjid secara
bergotong-royong.
Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama digigit.
Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh

masyarakat di bandar serta generasi muda kerana semangat bekerjasama ini semakin
kurang diamalkan oleh mereka.

Peribahasa: Biar Lambat Asal Selamat


Biar Lambat Asal Selamat

Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu pekerjaan yang
hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu
berhasil dengan baik.

Ada sesetengah orang kurang sabar dalam melakukan sesuatu kerana pelbagai
sebab sehingga mereka mengabaikan akibatnya.

Sebagai contoh, seorang pemandu yang memandu kenderaannya dengan laju


kerana ingin segera sampai ke destinasi, akhir mengalami kemalangan di jalan raya.

Setelah terjadi kemalangan, pemandu itu tentu menyelasal kerana memandu dengan
laju. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat
ketika memandu.
Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian.
Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini tidak mudah ditimpa bencana dalam
setiap tindakan yang dilakukannya, kecualilah jika itu sudah ditakdirkan tuhan.

Peribahasa: Kalau Tak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya

Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan tinggal
bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam tahun lagi.
Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa menjaja kuih
untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi, Amiera mula menolong
ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu
membantu ibunya yang semakin tua untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.
Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat kuih. Dalam masa yang sama
juga, Amiera berusaha mengulang kaji pelajaran. Rakan-rakan Amiera yang mampu
akan pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Amiera hanya belajar di rumah tanpa
bimbingan daripada sesiapa. Dia percaya, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya". Oleh sebab itu, Amiera bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh.
Pada hari Isnin, guru besar memberitahu bahawa peperiksaan SPM akan bermula pada
minggu hadapan. Guru besar berharap agar semua calon SPM di sekolahnya
mengulang kaji pelajaran dengan lebih tekun lagi. Amiera berusaha bersungguhsungguh untuk mengulang kaji pelajaranya. Ibunya pula sentiasa berdoa dan memberi
dorongan kepadanya agar Amiera berjaya mendapat keputusan yang cemerlang nanti.
Berkat doanya dan ibunya serta usaha Amiera yang gigih, dia telah berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya
ke menara gading. Amiera amat bersyukur dan berasa sungguh gembira.
Guru-guru dan rakan-rakannya sangat bangga atas kejayaan Amiera. Apatah lagi ibunya
yang amat mengharapkan kejayaan anaknya itu. Amiera berjanji akan terus berusaha
supaya dapat membantu ibunya kelak. Akhirnya, Amiera telah mendapat segulung ijazah
dan pekerjaan yang terjamin. Kini ibunya hidup lebih senang bersamanya

Surat Kiriman Rasmi: Pencemaran Di Kampung Belengu

Kelab Alam Sekitar,


Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.

Pegawai Daerah,
Kompleks Kerajaan,
28000 Temerloh,
Pahang.

02

Oktober 2012

Tuan,
PERCEMARAN DI KAMPUNG BELENGU
Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Kelab Alam Sekitar Sekolah
Kebangsaan Belengu ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah
pencemaran di Kampung Belengu, Temerloh, Pahang.

2.

Percemaran ini berlaku sebaik sahaja pembukaan operasi kuari di Bukit Ara.

Pembukaan ini telah menyebabkan debu-debu berterbangan dan berlakunya


pencemaran udara. Banyak penduduk menghidapi asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.

3.

Pembukaan kuari ini juga, telah menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Sungai yang dahulunya, merupakan sumber ikan yang banyak kini telah tercemar. Airnya
pula telah menjadi keruh dan berlumpur.

4.

Kerja-kerja pembukaan ini juga telah menyebabkan berlakunya pencemaran

bunyi. Keadaan ini telah menganggu ketenteraman penduduk kampung.

5.

Saya bagi pihak Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Belengu memohon

jasa baik tuan untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak
tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(NUR NADIRAH BT. AHMAD)


Pengerusi
Kelab Persatuan Alam sekitar,
Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Datuk Sakit Tenat

Baru-baru ini kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menziarahi datuk kamu yang
sedang sakit tenat di kampung.
Tulis sepucuk surat kepada guru kamu untuk memaklumkan perkara tersebut.

No 7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,


28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------Puan Zaiton binti Haji Ulis,
Guru Kelas Tahun 4 Amanah,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
28000, Temerloh,
Pahang. Darul Makmur.

Oktober 2012
Puan,
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH
Saya Mohd Hasif Zakwan bin Ahmad, murid Tahun 4 Amanah tidak dapat hadir ke
sekolah pada hari Jumaat, 5 Oktober 2012 hingga kepada tarikh yang tidak dapat
dipastikan lagi.

2.

Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa pulang ke kampung

Merapoh untuk menziarahi datuk saya yang diberitakan sedang sakit tenat pada masa
ini.

3.

Saya mungkin berada di kampung selama beberapa hari dengan mengikut sahaja

keputusan ibu bapa saya selagi mereka berasa perlu untuk berada di sana.
4.

Saya berharap cikgu dapat mendoakan agar kesihatan datuk saya pulih kembali

seperti biasa dan membolehkan saya kembali bersekolah.


5.

Kerjasama serta pertimbangan cikgu amat saya hargai dan didahului dengan

ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Hasifzakwan
(MOHD HASIF BIN AHMAD)

Surat Kriman Rasmi: Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah


Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sebab-sebab yang tertentu. Tulis
sepucuk surat kepada guru kelas anda untuk memberitahu hal tersebut.

Kampung Dada Kering,


Kechau,
27200 Kuala Lipis,
Pahang.
______________________________________________________________________
_____
Encik Daud bin Ngah Derani,

Guru Kelas Tahun 6 Amanah,


Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak,
27200, Kuala Lipis,
Pahang.

14

Mei 2012
Tuan,
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH
Saya Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, murid Tahun Enam Amanah tidak dapat hadir ke
sekolah pada hari Isnin, 15 Mei 2012.
2.

Hal ini demikian kerana saya terpaksa mengikut ibu bapa membawa nenek

saya ke Hospital Besar Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan pada hari tersebut.
3.

Saya dihantar oleh bapa saya untuk ke sekolah. Oleh yang demikian, tiada

sesiapa yang dapat menghantar saya ke sekolah kerana bapa saya akan pergi ke Kuala
Lumpur pada hari tersebut.

4.

Untuk pengetahuan cikgu, saya anak tunggal dalam keluarga

saya. Manakala, ibu bapa saya pula tidak pasti bila mereka akan sampai semula ke
rumah setelah selesai urusan di hospital itu nanti. Saya khuatir kerana tiada sesiapa
yang menemani saya di rumah apabila saya pulang dari sekolah nanti.
5.

Kerjasama serta pertimbangan cikgu atas sebab-sebab yang saya berikan

amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Hasifzakwan
(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

Surat Kiriman Rasmi: Aduan Masalah Kecurian


Baru-baru ini, banyak kes kecurian berlaku di kampung anda. Sebagai setiausaha
persatuan penduduk, anda diminta untuk menulis surat kepada pihak berkuasa
tempatan. Kemukakan cadangan anda bagi menangani masalah tersebut. Tulis surat itu
selengkapnya.
*
Setiausaha,
JKKK Kampung Merapoh,
27210, Kuala Lipis,
Pahang.

___________________________________________________________________
________

Pegawai Daerah,
Kompleks Kerajaan,
27100 Kuala Lipis,
Pahang.
APRIL 2012

Tuan,

24

ADUAN MASALAH KECURIAN

Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk kampung ingin membuat aduan
tentang masalah kecurian yang sering berlaku di kampung kami.

2.

Sejak akhir-akhir ini kecurian sering berlaku di tempat tinggal kami terutama

pada waktu malam. Hal ini menyebabkan penduduk kampung berasa takut dan bimbang.

3.

Pada 20 April 2012 yang lalu, satu lagi kecurian telah berlaku di kampung

kami iaitu di rumah Pak Ali. Banyak barang berharga kepunyaan keluarganya telah
dicuri. Antaranya barang-barang kemas, laptop dan tekefon bimbit. Kejadian ini amat
membimbangkan semua penduduk kampung.
4.

Kecurian ini mungkin dilakukan oleh orang yang berpengalaman dan dilakukan

dengan terancang kerana kebanyakan kecurian itu tidak disedari langsung oleh tuan
rumah sehinggalah mereka bangun tidur pada waktu pagi. Selain itu,
pencuri mungkin menggunakan peralatan yang canggih kerana mereka dapat memasuki
rumah mangsa dengan mudah dan tanpa bunyi bising.

5.

Kami percaya pencuri-pencuri itu terdiri daripada kumpulan yang sama.

Mereka melakukan jenayah dengan memakai topeng. Ini berdasarkan maklumat salah
seorang penduduk yang pernah terlihat kelibat mereka yang melarikan diri selepas
melakukan kegiatan tersebut.
Sehubungan dengan itu, penduduk kampung bertindak dengan menjalankan rodaan
secara bergilir-gilir pada setiap malam. Namun begitu, kami masih mengharapkan
bantuan daripada pihak tuan agar penjenayah tersebut dapat ditangkap, seterusnya
menyelesaikan masalah ini sepenuhnya.

Sekian, Terima kasih.


Yang benar,
(kamarudin)
Setiausaha,
JKKK Kampung Merapoh,
27210, Kuala Lipis,
Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Pencemaran di Kampung Merapoh


Setiausaha,
JKKK Kampung Merapoh,
27210, Kuala Lipis,
Pahang.

___________________________________________________________________
_________
Pegawai Daerah,
Kompleks Kerajaan,
27100 Kuala Lipis,
Pahang.
APRIL 2012

24

Tuan,
Pencemaran di Kampung Merapoh
Saya Wahab bin Ali, Setiausaha JKKK Kampung Merapoh ingin memaklumkan
beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik
sahaja pembukaan sebuah kilang simen di kawasan bekas lombong emas yang
dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.

2.

Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini

mengakibatkan rumah penduduk kampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan


kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asma dan batuk sejak akhirakhir ini.

4.

Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi penduduk

kampung kini telah dicemari dengan bahan-nahan merbahaya meyebabkan ikan-ikan di


sungai itu hampir pupus. Airnya yang jernih kini sudah menjadi keruh kemerah-merahan
dan boleh meyebabkan kegatalan atau penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu
yang menjadi tempat penduduk kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi.

3.

Selain itu, lori-lori yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju

dan membahayakan keselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang
berhampiran dengan Balai Polis Kampung Merapoh itu telah rosak teruk tanpa
dipedulikan sejak 5 bulan lepas. Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanya
laluan ini sahajalah untuk ke kilang simen itu dari jalan besar.

5.

Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin

pihak tuan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah kami ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................
(WAHAB BIN ALI)
Setiausaha,
JKKK Kampung Merapoh,
27210, Kuala Lipis,
Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Memesan Buku Cerita


Suhaimi bin Ramli
No. 7, Jalan TJ 1/8,
Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur
______________________________________________________________________
_______
Pengurus
2012
MYKAMS Enterprise (SA0048635-M)
No. 5, Kedai Setingkat,
Jalan Parit 13 Sungai Panjang,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.

Tarikh: 23 April

Tuan,
MEMESAN BUKU CERITA.
Berhubung perkara di atas, saya Suhaimi bin Ramli ingin memesan beberapa buah
buku cerita yang diterbitkan oleh syarikat tuan seperti yang diiklankan di dalam akhbar
Berita Harian.
2.

Tujuan saya memesan buku-buku tersebut adalah untuk mengisi masa lapang

dan juga untuk kegunaan adik-adk saya. Saya memilih syarikat tuan kerana saya
mendapati buku-buku yang diterbitkan oleh syarikat tuan bermutu tinggi dan harganya
pula berpatutan.
3.

Buku-buku yang ingin saya pesan adalah seperti berikut:

1. Tiga orang Bidadari

: RM 12.30

2. Hadiah untuk Ayah

: RM 12.50

3. Cikgu Amira

: RM 12.20

4. Kembara Seorang Hamba

: RM 18.00

5. Tangisan Berdarah

: RM 15.80

6. Mulanya Di sini

: RM 15.00

Jumlah

4.

= RM 85.80

Bersama-sama ini saya sertakan wang kiriman pos sebanyak RM85.80 bagi

bayaran buku-buku tersebut. Jumlah wang tersebut tidak termasuk perbelanjaan


pengiriman atau penghantaran kerana mengikut iklan yang disiarkan di dada akhbar,
semua kos penghantaran buku ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tuan.

Saya berharap agar syarikat tuan dapat mengirimkan buku-buku tersebut dengan
segera. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.


Yang Benar,

.......................................
(SUHAIMI BIN RAMLI)

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Lawatan Sambil Belajar ke Kilang


Perabot

Persatuan Alam Sekitar


Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
28000 Temerloh,
Pahang.

______________________________________________________________________
__
Tuan Pengurus
Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,
28000 Temerloh,
Pahang..
Tuan,

Tarikh:

15 April 2012

Memohon Lawatan Sambil Belajar


Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam
Sekitar ingin memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.

1.

Tujuan kami mengadakan lawatan sambil belajar ini kerana kami ingin tahu

dengan lebih dekat tentang cara-cara untuk membuat perabot serta jenis-jenis kayu yang
sesuai atau sering digunakan untuk membuat perabot. Lawatan ini diharap akan dapat
menambah ilmu pengetahuan kami tentang pembuatan perabot kayu serta langkahlangkah yang perlu diambil untuk memelihara hutan dan alam sekitar. Ini akan
membantu kami dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

2.

Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana

syarikat tuan amat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu
tinggi, tahan lama dan model yang menarik serta terkini. Selain itu, harganya pula amat
berpatutan dengan kualiti barangan yang dihasilkan.

3.

Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang

terdiri daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru
pengiring. Butir-butir lawatan ini ialah seperti berikut:
Tarikh
Masa

: 19 April 2012
: 9.00 pagi

Kenderaan : Bas

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,
.....................................
(SITI AISHAH BT SAHARI)
Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh, Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Gangguan Bekalan Air


Anda sebagai ketua kampung diminta menulis surat kepada Jabatan Bekalan Air
kerana bekalan air di kampung anda

Ketua Kampung
Kampung Bukit Kelulut,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur
______________________________________________________________________
___
Tuan Pengarah
Jabatan Bekalan Air Temerloh,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur.
2012
Tuan,

20 April

GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP


Berhubung perkara di atas, saya Riduan bin Ramli selaku ketua kampung Kampung
Bukit Kelulut ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air paip yang sering
berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

2.

Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah kepada

penduduk kampung ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air
bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh, memasak dan lain-lain lagi.

3.

Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air

alternatif yang tidak dirawat seperti air sungai, air parit atau air perigi untuk dijadikan air
minuman dan pelbagai kerja yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini
juga tidak terjamin daripada segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang
berhampiran dengan kawasan industri dan bandar boleh menyebabkan pencemaran air
berlaku.

4.

Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana pelbagai

penyakit telah menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah demam, selsema dan
penyakit kulit. Saya bimbang keadaan ini berpunca akibat penggunaan air yang telah
tercemar.

Saya sebagai wakil penduduk kampung berharap pihak tuan mengambil tindakan segera
akan masalah yang dilaporkan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Yang benar,

...................................
(RIDUAN BIN RAMLI)
Ketua Kampung Bukit Kelulut,
28000 Temerloh,
Pahang. Darul Makmur

Surat Kiriman Rasmi: Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Merapoh,


28000 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang.
______________________________________________________________________
______
Ibu bapa dan Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Merapoh,
28000 Merapoh,
Kuala Lipis,
Pahang.
OKTOBER 2010

Tuan,

Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Merujuki perkara di atas, pihak sekolah ini akan menganjurkan Kempen kebersihan dan
Keceriaan Sekolah sepanjang bulan ini.
2.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan

murid tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, pihak sekolah
berharap agar kempen ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah
dengan pihak ibu bapa atau penjaga melalui pelbagai kegiatan sepanjang kempen ini
dijalankan.
3.

Antara kegiatan yang akan dijalankan bersempena dengan kempen ini termasuklah

aktiviti gotong-royong, pertandingan mewarna, pertandingan kelas terbersih, ceramah


kesihatan, pertandingan mengarang dan program kitar semula.
4.

Kegiatan gotong-royong dan kitar semula akan turut disertai oleh Pegawai Pelajaran

Daerah. Kegiatan ini diharapkan dapat memastikan kawasan sekolah tidak dicemari oleh
sampah dan kawasan pembiakan nyamukdapat dihapuskan.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
............................................
(ABDUL MALEK BIN IBRAHIM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Merapoh,

27210 Merapoh,
Kuala Lipis, Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Penghargaan dan Pesanan Buku

Mohd Tarmizi bin Wahid


No. 74, Kampung Merapoh,
28000 Kuala Lipis,
Pahang.
______________________________________________________________________
______
Pengurus Penerbitan,
Pustaka Mayaraya,
45, Jalan Petaling 5,
47500 Petaling Jaya.

12 DISEMBER

2011
Tuan,
Penghargaan dan Pesanan Buku
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat tuan kerana begitu
aktif menerbitkan buku-buku akademik yang bermutu. Banyak murid termasuk saya yang
memperoleh manfaat daripada penerbitan ini kerana pencapaian saya semakin
memberangsangkan.
2.

Untuk maklumat tuan, saya telah mendapat 5A dalam UPSR tahun yang lalu.

Kejayaan ini saya peroleh hasil daripada bimbingan guru yang berdedikasi,
perbincangan dengan rakan, dan latihan serta ulang kaji yang berterusan. Semasa saya
mengulang kaji pelajaran, buku-buku terbitan syarikat tuan menjadi pilihan. Tampaknya

pilihan saya ini tepat. Hal ini demikian kerana keputusan peperiksaan saya yang kurang
memuaskan sebelum ini telah dapat diperbaiki.
3.

Tahun hadapan saya akan belajar di sekolah menengah pula. Saya berhasrat untuk

terus menggunakan buku-buku terbitan syarikat tuan. Jika tidak berhalangan, sudilah
kiranya pihak tuan mengirimi saya senarai buku PMR terbitan syarikat tuan berserta
borang pesanannya.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan Tahniah kepada tuan dan kakitangan syarikat tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
............................
(MOHD TARMIZI BIN WAHID)
Surat Kiriman Rasmi: Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan
dan Rujukan

Tulis sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk memohon peminjaman buku latihan dan
rujukan. Berikan alasan-alasan kamu memohon pinjaman tersebut.

HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI


No.7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
PAHANG. DARUL MAKMUR
______________________________________________________________________
______

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,
Temerloh,
PAHANG.

28 FEBRUARI 2010

Tuan,
Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan
Berhubung perkara di atas, saya Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi, murid Tahun 5 Amanah,
ingin memohon agar diberikan kemudahan peminjaman buku latihan dan rujukan yang
saya dapati banyak terdapat di bilik-bilik panitia mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan
Seri Tualang.
2.

Ini kerana hampir 2 bulan lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Saya berharap dengan peminjaman buku-buku itu nanti akan dapat membantu saya
semasa mengulangkan kaji pelajaran.
3.

5.

Bersama-sama ini saya senaraikan buku-buku latihan dan rujukan yang diperlukan:

I.

Buku latihan dan rujukan Bahasa Melayu Tahun 5.

II.

Buku latihan dan rujukan Bahasa Inggeris Tahun 5.

III.

Buku latihan dan rujukan Matematik Tahun 5.

IV.

Buku latihan dan rujukan Sains Tahun 5.

V.

Buku latihan dan rujukan Pendidikan Agama Islam Tahun 5.

Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan pemohonan saya ini. Kerjasama

dan keperihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.
Yang benar,

................................................
(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

Anda mungkin juga menyukai