Anda di halaman 1dari 21

KARANGAN JENIS CERITA

1. Melawat Ladang Ternakan Lembu


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang ternakan lembu
milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas.
Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas
meragut rumput di padang yang luas.
Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk
belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang
pembantunya. Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira kerana telah mendapat
sebuah pengalaman baharu.

Soalan:
1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din?
2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?
3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?

2.Rumah Baharu Sofia
Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman
Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.
Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu
besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang
besar. Halaman rumahnya juga luas.
Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah
menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya.
Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik.

Soalan:
1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?
2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?
3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu Sofia?

3.Hari Pertama ke Sekolah
Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakai
pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar Rani ke sekolah dengan menaiki
kereta.
Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai. Rani dengan ditemani oleh
ayahnya terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari.
Guru kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah.
Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan peramah. Perasaan gementar
Rani hilang sedikit demi sedikit. Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari
pertamanya ke sekolah kepada ayah dan ibunya.
Soalan:
1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?
2. Apakah nama sekolah Rani?
3. Siapakah nama guru kelas Rani?


4.Gotong-royong

Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti
pongkes, baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya.
Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Penolong
Kanan telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai
oleh tiga orang guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering, membakar sampah-
sarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah pula.
Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira kerana
kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.

Soalan:
1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful?
2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan?
3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?

5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua.
Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke
Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru
pengiring.
Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102
orang. Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan
tarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.
Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghuni-penghuni rumah orang tua itu.
Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai
beberapa minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman
manis dalam hati setiap murid serta guru.

Soalan:
1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan itu?
2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang Tua Sri Indah?
3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu Azizah?











6.Melawat Rakan di Hospital
Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersama rakan-rakannya telah pergi ke Hospital Besar
Selayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziq yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari
yang lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telah memberi buah tangan kepada ayah Haziq.
Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziq
dalam perjalanan pulang dari sekolah. Sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan
melanggar Haziq. Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu pula terus lari tanpa
memberikan pertolongan.
Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq. Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dan
kakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznil dan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat
sembuh dan kembali semula ke sekolah.

Soalan:
1. Di hospital manakah Haziq dirawat?
2. Siapakah Ketua Kelas Haziq?
3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?

7.Menolong Jiran

Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepi tingkap biliknya. Tiba-tiba, dia ternampak seorang
pencuri sedang cuba memasuki rumah jirannya. Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannya
pulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafiz terus menelefon polis untuk melaporkan kejadian
tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba di tempat kejadian. Mereka
telah mengepung rumah itu. Polis telah berjaya memberkas pencuri yang cuba menceroboh masuk
ke rumah Encik Kuljit. Pencuri itu telah digari dan dibawa ke balai polis.
Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali ke rumahnya setelah dimaklumkan oleh pihak polis
tentang kejadian itu. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas pertolongan dan
tindakan pantasnya.

Soalan:
1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz?
2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz?
3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih kepada Hafiz?










8.Kebersihan Tempat Tinggal

Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal berjiran. Mereka tinggal di Kampung
Sungai Rokam. Pada suatu malam, Encik Sunil dan keluargannya tidak dapat tidur lena kerana
banyak nyamuk dan terhidu bau longkang yang sangat busuk.
Pada keesokkan harinya, Encik Sunil berbincang dengan Encik Nordin dan Encik Leong.
Mereka telah sepakat untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Tanpa membuang
masa, mereka terus menjalankan tugas masing-masing. Encik Leong membersihkan longkang. Encik
Sunil sedang sibuk memotong rumput di tepi pagar manakala Encik Nordin pula mengumpul
sampah-sarap untuk dibakar.
Mereka berasa gembira kerana kawasan tempat tinggal mereka kini sudah bersih dan selesa.

Soalan:
1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal?
2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganya tidak dapat tidur lena?
3. Mengapakah mereka merasa gembira?

9.Keracunan Makanan

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari sekolahnya. Dia berasa sangat
lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi jalan.
Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap. Dia makan dengan cepat. Dia tidak
mempedulikan keadaan gerai yang sangat kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak
lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijual itu.
Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulas-mulas. Dia memberitahu
ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.
Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor memberi ubat kepada
Syamil. Dia juga menasihati Syamil supaya berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman yang
dijual di tepi jalan.

Soalan:
1. Apakah yang dimakan oleh Syamil?
2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai?
3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor kepada Syamil?














10.Hari Ibu
Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telah menyambut Hari Ibu. Hari Ibu disambut untuk
menunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu.
Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebiji kek coklat untuk ibunya manakala Selvi dan
kakak membeli hadiah istimewa untuk ibu mereka. Apabila hadiah itu dibuka, ibu Selvi berasa
terkejut melihat sebuah beg tangan berjenama Bonia. Ibunya berasa sungguh gembira.
Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua anaknya. Selvi dan kakaknya berjanji
akan mendengar kata dan nasihat daripada ibu mereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh
untuk membalas jasa ibu.

Soalan:
1. Bilakah Hari Ibu disambut?
2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu?
3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan kakaknya kepada ibunya?

11.Hari Guru
Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Guru. Sambutan Hari Guru
bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik dan membimbing
murid-murid menjadi manusia yang berguna.
Sekolah saya juga tidak ketinggalan menyambut Hari Guru. Pada hari itu, semua murid
berkumpul di dewan bersama dengan guru-guru. Selepas lagu Negaraku dan lagu sekolah
dinyanyikan, guru besar telah membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Selepas
itu, guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.
Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas oleh murid-murid seperti nyanyian, tarian,
lakonan, dan mendeklamasikan sajak. Para guru dam murid terhibur dengan persembahan
persembahan tersebut.

Soalan:
1. Bilakah Hari Guru disambut?
2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru?
3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua guru?











12.Majlis Hari Jadi
Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan. Ibunya telah mengadakan satu majlis untuk
meraikan hari jadinya. Ibu Rafiqah bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah. Ramai
kawannya dijemput ke majlis itu.
Pada petang itu, Rafiqah memakai baju kurung yang berwarna biru. Rafiqah kelihatan cantik
sekali. Di atas meja pula tersedia makanan yang lazat-lazat seperti kek, mi goreng, rendang ayam,
biskut, dan gula-gula. Semua kawan Rafiqah datang dengan membawa hadiah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi oleh kawan-kawannya. Mereka
bertepuk tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup sembilan batang lilin di atas kek itu.
Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamu selera. Rafiqah sangat gembira kerana
mendapat banyak hadiah daripada keluarga dan kawan-kawannya.

Soalan:
1. Berapakah umur Rafiqah?
2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada petang itu?
3. Apakah makanan yang disediakan dalam majlis hari jadi Rafiqah?

13.Hari Kebangsaan

Hari ini saya bangun awal pagi. Bapa membawa saya ke Dataran Merdeka untuk melihat
sambutan Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita menyambut Hari Kebangsaan.
Pada hari tersebut juga, semua rumah dan bangunan akan memasang bendera.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena Hari Kebangsaan seperti pertunjukan konsert,
pancaragam, tarian, dan pertunjukan bunga api. Selain acara kebudayaan, perarakan perbarisan juga
turut diadakan.
Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat
menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

Soalan:
1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut?
2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari Kebangsaan?
3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?
















14.Pengalaman di Pasar Malam.

Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknya pergi ke pasar malam. Pasar malam itu terletak
berdekatan dengan rumah Rafi.
Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramai orang sibuk membeli barang. Keadaan di pasar
malam itu sungguh sesak dan riuh-rendah. Terdapat banyak barang yang dijual di sana, antaranya
ialah sayur-sayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak lagi.
Menjelang malam, makin ramai orang yang datang. Para peniaga sibuk melayan para
pelanggan yang datang ke gerai mereka. Ibu Rafi membeli banyak barang keperluan dapur seperti
cili, bawang, dan rempah. Rafi juga membeli air soya kegemarannya. Selepas membeli barang-
barang mereka pun pulang.

Soalan:
1. Di manakah terletaknya pasar malam?
2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar malam itu?
3. Apakah yang dibeli oleh Rafi?

15.Berkelah di Teluk Batik.

Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dan keluarganya telah pergi berkelah. Mereka
berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka menaiki kereta ke sana.
Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilah dapati ramai orang yang sedang mandi-manda di
laut. Shamilah menurunkan barang-barang dan membentang tikar. Adiknya pula mengangkat
bekalan nasi dan kuih-muih yang dimasak oleh ibunya.
Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang di laut. Shamilah mengajak ayahnya ke laut
untuk mandi. Adiknya pula leka membina istana pasir. Setelah penat, mereka berehat dan makan
nasi serta kuih yang dibawa dari rumah.
Selepas makan, Shamilah mengajak adiknya mandi ke laut. Ibu Shamilah menasihati mereka
supaya tidak mandi di tempat yang dalam. Setelah puas mandi, mereka pun pulang dengan hati yang
gembira.

Soalan:
1. Di manakah Shamilah dan keluarganya berkelah?
2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaik sahaja sampai di pantai?
3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?







Cerita Moral

1. ANJING DENGAN BANGAU
Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada
suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi
anjing tidak dapat makan.
Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu.
Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang
dengan perut lapar.
Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing
menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.
Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan
sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNI
Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat
baik.

2. SANG BANGAU MENIPU IKAN.
Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah
hati.Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.
"Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.Semua ikan
bersetuju. Mereka sangat gembira.
Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi.
Tetapi semua ikan itu dimakannya.
Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.
Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.
Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah
bangau itu.

NILAI MURNI
Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada
Tuhan.

3. ARNAB DAN KAMBING
Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni. Di dalam karung itu terdapat sayur-
sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu. Kemudian datang kambing. Kambing juga mahu
makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing. Arnab mendapat
suatu akal.
Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah menumbangkan tiang pagar.
Kambing bersetuju. Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu.
Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan.
Tibalah pula giliran arnab.
Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab.
Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan.
Arnab berasa menyesal kerana enggan berkongsi makanan dengan kambing. Kedua menyesal dan
saling memohon maaf. Selepas itu, Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula.
Tetapi karung guni itu sudah tiada kerana diambil oleh tuannya.

NILAI MURNI :
Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat.

4.Sang Merak dengan Sang Arnab
Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan
cantik.Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia
memuji kecantikan ekor merak.
Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak
berasa bangga kerana dapat pujian.Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab
terus memuji kecantikan merak.
Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak.
Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.
Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor
arnab.
Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke
mari. Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah
terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.
Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam
hutan. Arnab pergi berjumpa merak
Arnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena
peluru pemburu.
Arnab minta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing.Arnab tidak mahu
memakai ekor merak lagi.
"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI :
Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan
pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

5 KISAH JARI
Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah tangan Ali boleh bercakap.
Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah yang paling hebat kerana orang
lain akan gembira bila saya berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji.
Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat kerana apabila saya berdiri,
semua orang akan patuh. Mudahnya memberi arahan jika saya berdiri.
Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling hebat sebab saya paling tinggi
antara kita semua.
Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah. Saya yang paling hebat dan
terkenal, sebab cincin yang mahal selalu disarungkan pada saya.
Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu melihat jari kelingking dan
menunggu apakah yang akan diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan berkata: Antara
kita semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah rendah, tiada apa-apa kepentingan lagi. Jari-
jari yang lain ketawa.
Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa bermain bolasepak. Akibatnya, Ali
menjadi susah untuk memegang pensil, makan, dan melakukan kerja yang menggunakan tangan.
Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar, bahawa mereka semua tidaklah sehebat mana jika tidak
bersatu.

NILAI MURNI :
1. Jangan menghina orang lain.
2. Dalam sesebuah kelas, tidak ada istilah pelajar yang lembap dan tidak mampu belajar.
3. Bersatu membawa berkat dan kekuatan.
4. Semua murid adalah sama penting dalam sesebuah kelas.



6. PAKU DI BATANG KAYU

Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang lelaki yang sangat cepat dan selalu marah.
Kadang-kadang marah hanya sebab masalah kecil, tapi beliau selalu tidak dapat menahan
kemarahan beliau. Kalau dia tersepak batu pun, habislah batu tersebut disumpah seranahnya.
Si bapa lelaki ini telah dapat memikirkan cara untuk anaknya mengurangkan sifat marah. Si
bapa telah memberikan anaknya yang pemarah itu sekotak paku, tukul dan batang kayu. Kata
bapanya,"Anakku, setiap kali kau marah, benamkanlah sebatang paku ke dalam batang kayu ini." Si
anak patuh dengan arahan bapanya dan dia membenamkan sebatang paku setiap kali beliau marah.
Untuk hari pertama sahaja, beliau telah membenamkan hampir 30 batang paku. Pada hari kedua, si
anak telah mengurangkan marahnya di mana bilang paku yang telah dibenamkan berkurang kepada
27 batang, dan terus berkurang pada hari-hari seterusnya sehingga tiada lagi paku yang dibenamkan
pada beberapa minggu kemudiannya. Si anak kini telah berubah, beliau tidak lagi cepat marah.
Melihat perubahan anaknya, si bapa pun berkata kepada anaknya, "Syukurlah, kau bukan
lagi pemarah seperti dahulu. Sekarang, setiap kali kau menahan perasaan marah, cabutlah sebatang
paku daripada batang kayu tersebut." Maka si anak mencabut setiap paku yang ada setiap kali beliau
menahan marah sehingga tiada lagi paku yang ada di batang kayu tersebut.
Si anak yang gembira pun menunjukkan batang kayu yang telah bersih daripada paku
tersebut dengan ayahnya. Seraya ayahnya pun berkata,"Kau telah melakukannya dengan baik,
anakku. Namun, cuba kau lihat kesan paku pada kayu tersebut. Walaupun tiada lagi paku di situ,
namun kesannya masih jelas kelihatan di batang kayu tersebut. Apabila kau berkata sesuatu dengan
perasaan marah, ia akan meninggalkan kesan sama seperti di kayu ini. Kau boleh menikam sebatang
pisau pada badan seorang lelaki dan mencabutnya. Namun, tidak kira berapa banyak kau meminta
maaf, luka yang tidak dapat dilihat itu akan terus ada. Memarahi seseorang secara verbal tetap sama
dengan menyerang secara fizikal, malah ada ketikanya ia meninggalkan kesan yang lebih
mendalam."

NILAI MURNI :
1. Jangan cepat marah.
2. Jaga percakapan kita. kadangkala kita tak menyangka apa yang kita cakap boleh mengguris
perasaan orang lain. Sebab itulah kita dianjurkan supaya berdiam diri seandainya tiada perkara
penting yang ingin dicakapkan.
3. Sayangilah dan hargailah rakan anda.
4. Jagalah perasaan orang lain seandainya kita mahukan orang lain menjaga perasaan kita














7. AYAH,ANAK DAN SEEKOR UNTA
Kisah ini terjadi diperkampungan orang Badwi di padang pasir, di sebuah negeri Arab.
Dikatakan dua beranak ini, ayah dan anaknya, ingin pergi ke pekan untuk menjual unta. Maka
berjalanlah mereka berdua melalui sebuah kampung.
Selepas melintasi sekumpulan orang kampung, terdengar seorang berkata, "Eh, tengok
kedua-dua orang itu! Betapa bodohnya mereka, ada unta tetapi kedua-duanya berjalan."
Mereka terfikir benar juga kata orang itu. Lalu ayahnya berkata, "Hai anakku, kautunggangi
unta ini sambil menuju ke pasar!" Lalu anaknya mengikut perintah.
Beberapa ketika, sampailah mereka di sebuah kampung. Terdengar oleh mereka suatu
percakapan, "Tengok di sana itu. Zalim sungguh anak itu, membiarkan bapanya berjalan, sedangkan
dia sedap-sedap sahaja menunggang unta."
Mendengar kata-kata itu, maka anaknya pun memberitahu, "Hai ayahku, naiklah ke
belakang unta! Biar anakanda yang berjalan pula."
Ketika melintasi suatu tempat, mereka mendengar ada orang berkata, "Alangkah zalimnya
orang tua itu! Dia menunggang unta, sedangkan anaknya pula dibiarkannya berjalan kaki."
Lalu mereka berdua pun berjalan kaki.
Mereka sampai pula di sebuah kampung, melintasi kawasan orang ramai. Lalu, terdengar
suara, "Alangkah bodohnya orang itu! Ada unta berjalan kaki pula, sedangkan unta untuk
ditunggangi."
Mendengar kata-kata itu, kedua-dua mereka berfikir, memang ada betulnya.
Maka berkata ayah kepada anaknya, "Silalah naik ke belakang unta! Mudah-mudahan kita
berdua tidak dikatakan bodoh oleh orang-orang yang melihat."
Mereka sedar, semua yang mereka lakukan hari itu hanyalah kerana ingin memuaskan kata-
kata orang. Apa sahaja yang mereka lakukan, semuanya tidak kena mengikut pandangan orang.
Berkatalah si ayah itu kepada anaknya, "Mulai saat ini, kita jangan mendengar kata-kata
orang. Lakukan sesuatu yang kita fikir benar dan berbuatlah sesuatu mengikut apa yang kita fikirkan
benar."

NILAI MURNI
Sememangnya begitulah yang sepatutnya kita bertindak. Kita tidak perlu berbuat sesuatu
kerana hanya ingin memuaskan kehendak orang lain. Kita hanya perlu mendengar nasihat orang
yang tahu masalah kita. Jangan sesekali bertindak kerana ingin memuaskan hati orang lain.
Oleh itu, berhati-hatilah mendengar kata-kata orang. Tidak semuanya benar dan baik untuk
kita.


















8. KATAK PURU DAN LEMBU

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.
Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak
berasa sangat takut.
"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya.
Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.
Anak katak puru memberitahu ibunya, "Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"
Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang
paling besar.""Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu.
Ibunya segera menggembungkan badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya.
"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru.
Ibunya mengembungkan lagi badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.
"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru.Ibunya terus menggembungkan
lagi badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. Anak katak puru menjawab,
"Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."
"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.
Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi.
Pop!Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.Ibu katak puru itu mati kerana
cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah.
Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI :
Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini
merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

9. Pokok Kelapa dan Rumput
Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu sangat tinggi. Pokok kelapa
itu selalu mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau sangat pendek! Aku adalah pokok yang
tinggi dan kuat." Setiap hari, rumput selalu diejek oleh pokok kelapa. Namun, rumput berdiam diri
sahaja.
Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!" terdengar suara pokok kelapa
menjerit minta tolong. Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat. Pokok kelapa itu tumbang.
Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat
menumbangkan diriku!"
Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana pernah mengejek rumput.
Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

NILAI MURNI :
Kita tidak boleh memandang hina pada orang miskin dan lemah. Setiap orang mempunyai kelebihan
dan keistimewaan masing-masing.










Koleksi Cerita Teladan

Angsa yang pintar
Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar.Setiap hari, angsa-angsa ini
akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan bermain.
Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu kerana perlu
pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting.
Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor serigala. Serigala itu
berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak angsa. Serigala itu mendekati sungai itu
sambil berfikir : aku boleh makan sepuas-puasnya hari ini.
"Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita itu dengan
segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.
Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata, "Encik
serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki suara yang sangat merdu.
Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar nyanyian kamu?".
Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu berkata, "Tentulah
boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa yang mendengar jeritan serigala itu,
bergegas lari ke sungai itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu segera memberhentikan
nyanyiannya lalu melarikan diri dari situ.

Pengajaran:
1. Kita perlulah berhati-hati apabila tiada orang yang menjaga keselamatan kita.
2. Sikap bantu-membantu perlulah diamalkan agar hidup kita sejahtera.
3. Jangan meninggalkan harta kita merata-rata tanpa pengawasan

Sang Kambing Yang Bijak
Baca cerita di bawah. Kemudian, jelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks.

Seekor serigala yang kelaparan sedang mencari makanan di sebidang padang yang luas.
Tiba-tiba,Sang Serigala ternampak sekawan kambing sedang meragut rumput di tepi padang. Sang
Serigala segera menerkam kawanan kambing tanpa ragu-ragu kerana terlalu lapar.
Anjing ternakan menyedari kawanan kambing diserang oleh Sang Serigala dan
mempertahankan keselamatan kambing-kambing tersebut. Sang Serigala terpaksa melarikan diri
demi keselamatannya.Dia meninggalkan tempat itu dengan kecewa. Sang Serigala terlantar di tepi
sungai kerana mengalami cedera parah. Ia berasa dahaga dan teringin sekali minum air. Tetapi Sang
Serigala tidak bermaya bangun untuk mendapatkan air. Pada ketika itu,seekor kambing
mendekati Sang Serigala yang sedang nyawa-nyawa ikan. Sang Serigala yang licik segera mendapat
akal.
Sang Serigala menunjukkan wajah hiba-hiba untuk mendapatkan bantuan kambing itu.
Hai,Sang Kambing yang dihormati,tolong dapatkan air untuk saya,saya amat dahaga.Dengan
bantuan kamu,barulah saya bermaya untuk mencari makanan dan tidak mati kebuluran di sini,Sang
Serigala meminta bantuan daripada Sang Kambing. Sang Kambing meninjau Sang Serigala dari jauh.
Sang Kambing menyedari Sang Serigala itu mengancam nyawa mereka selama ini. Kebanyakan ahli
keluarganya terkorban dimakannya. Kalau saya membantu kamu,maka saya akan jadi buruan kamu
nanti.ujar Sang Kambing kepada Sang Serigala lalu meninggalkan tempat itu.

Pengajaran yang terdapat dalam teks.
1. Kalau kita selalu tamak, kita akan mendapat kerugian.
2. Janganlah kita sesekali bersimpati terhadap musuh kita.Kita harus sentiasa berwaspada untuk
mempertahankan keselamatan diri sendiri.




Anai-anai dengan Gergasi

Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh Raja Anai-anai. Raja
Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.
Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih. Beberapa ekor anai-
anai berusaha menyelamatkan raja mereka.
" Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana. Istana itu mesti
disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.
Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut kepada Ratu Anai-anai.
"Sanggupkah kalian membina istana itu?" tanya Ratu Anai-anai.
"Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai.
Sejak hari itu, anai-anai mula bekerja. Mereka memeras keringat siang dan malam.
Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah terhadap mereka.
"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan istana itu dalam masa
sepuluh hari," katanya sambil ketawa.
Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.
Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai. Alangkah terkejutnya gergasi apabila
melihat sebuah istana tersergam indah. Gergasi pun membebaskan Raja Anai-anai seperti yang
dijanjikan. Semua anai-anai berbesar hati. Berkat kerajinan, mereka dapat menyelamatkan Raja
Anai-anai.

Pengajaran:
1. Jangan memandang rendah akan kelemahan yang dimiliki oleh orang lain.
2. Kita haruslah berpegang pada janji. Jika kita berjanji kita harus tepati.
3. Rajin dan usaha akan membuahkan hasil.
4. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.






















Latihan 1

Simpulan Bahasa

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

baik sangka anak angkat angkat kaki alas perut
bahasa dalam bekas tangan cabut nyawa
durian runtuh mencari jalan beri muka


1. Pagi tadi Meng Seng ....................sebelum pergi Kuala Lumpur.

2. ....................Pak Cik Ismail menjadi doktor gigi.

3. Apabila pegawai penguatkuasa datang ke tempat itu, semua penjaja yang tidak tidak berlesen
...................

4. Perkataan santap, gering dan beradu merupakan ........................

5. Orang tua selalu ..........................dengan semua orang.

6. Inilah manuskrip ..........................pengarang yang terkenal itu.

7. Ayahnya terlalu ...........................kepada anak lelakinya, akhirnya dia menjadi budak yang nakal.

8. Perompak itu hendak .......................mangsanya, tetapi hasratnya tidak berjaya bila polis sempat
menembaknya.

9. Apabila dia disuruh membuat kerja yang berat, dia selalu ......................

10. Pada hujung tahun semua kaki tangan kerajaan mendapat .....................



















Latihan 2

Kata Adjektif dan Kata Adverba

1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti
benda,orang,tempat,keadaan dan sebagainya.

2. Kata Adjekfitif juga dikenali sebagai Kata Sifat.

Contoh Kata Adjektif Contah Ayat
nakal Chee Keong seorang budak yang nakal.
garang Lembu janntan itu sangat garang.
besar Rumah besar itu sangat cantik.
tebal Buku itu tebal.
Lurus Pembaris ini lurus.

3. Kata Adverba ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kata kerja.

Contoh Kata Adverba Contoh Ayat
Tinggi Burung itu terbang tinggi.
kencang Angin bertiup dengan kencang.
Perlahan Pak Ali berjalan dengan perlahan.
Gelojoh Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh.
Lebat Pokok mangga itu berbuah dengan lebat.

LATIHAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh itu sangat____________ .
A.lazat B.merdu
C.gembira D.mewah

2. Rumah Jie Ying terletak____________ dari sini .
A.jauh B.panjang
C.lama D.jarang

3.Murid yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh B.malas
C.pandai D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat B.selalu
C.malas D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat B.ringan
C.kecil D.lembut



6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis B.masam
C.pahit D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju B.deras
C.cepat D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat B.fasih
C.cergas D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju B.kuat
C.kencang D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap B.merdu
C.nyenyak D.seronok
































Latihan 3

Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang berikut.

nipis nyaris lembik lenguh lambat lembap
lazat kelabu condong jauh panjang

1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu ________ .

2. Tiang itu ________ kerana dilanggar lori .

3. Kakinya terasa __________ kerana terlalu _______ berjalan .

4.Kami memerlukan galah yang lebih _______untuk mengait buah rambutan itu.

5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang _________ untuk keluarganya.

6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu _______menemui maut.

7.Jam tangan Ramu _________ sepuluh minit.

8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain _______.

9.Ayah memakai baju Melayu berwarna _______ ke masjid.

10.Pakaian yang tersidai itu masih ________.























Latihan 3

Nilai Murni

Pilih nilai murni yang sesuai.

1. Kita perlu ______ dalam menguruskan wang seperti menyimpannya wang di bank.

A. berjimat cermat B. berhati-hati C. bersopan santun

2. Kita perlu _________ alam sekitar seperti membuang sampah ke dalam tong sampah.

A. menjaga kebersihan B. keberanian C. berdikari

2. Kita perlu mematuhi ______ seperti makan di kantin sekolah pada waktu rehat.

A. tertib dan beradab B. peraturan sekolah C. bijak memilih makanan

3. Kita perlu ______ yang berkhasiat untuk kesihatan.

A. tertib dan beradab B. peraturan sekolah C. bijak memilih makanan

5. Kita perlu makan dengan ______.

A. tertib dan beradab B. peraturan sekolah C. bijak memilih makanan

6. Kita perlu ______ dengan bersungguh-sungguh demi mencapai impian.

A. berusaha B. sukan menabung C. berdikari

7. Kita perlu ______ dan tidak menyusahkan kedua-dua ibu bapa dalam mengejar impian kita.

A. berusaha B. sukan menabung C. berdikari

8. Sikap ______ juga perlu ada pada setiap orang untuk menjamin masa depan kita

A. berusaha B. sukan menabung C. berdikari













*JAWAPAN* simpulan bahasa

1. alas perut

2. Anak angkat.

3. angkat kaki.

4. bahasa dalam.

5. beri muka.

6.bekas tangan.

7. baik sangka

8. cabut nyawa

9. mencari jalan.

10. durian runtuh

*JAWAPAN* latihan2

1.A

2.A

3.C

4.B

5.A

6.D

7.B

8.D

9.C

10.C

*JAWAPAN* latihan3

1. lembik
2. condong

3. lenguh jauh
4. panjang
5. lazat

6. nyaris

7. lambat

8. nipis.
9. kelabu
10. lembap.
*JAWAPAN* latihan3

1. A
2. A
3. B
4. C
5. A
6. A
7. C
8 .B

Anda mungkin juga menyukai