Anda di halaman 1dari 15

Melawat Ladang Ternakan Lembu Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang

ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak luas. Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di padang yang luas. Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya. Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira kerana telah mendapat sebuah pengalaman baharu.

Soalan:

1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din? 2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din? 3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?

Rumah Baharu Sofia Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000. Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar. Halaman rumahnya juga luas. Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali. Di luar rumah, ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang, rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik.

Soalan:

1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia? 2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia? 3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu Sofia?

Hari Pertama ke Sekolah Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke sekolah. Rani memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya menghantar Rani ke sekolah dengan menaiki kereta. Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai. Rani dengan ditemani oleh ayahnya terus masuk ke dewan untuk mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari. Guru kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah. Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan peramah. Perasaan gementar Rani hilang sedikit demi sedikit. Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari pertamanya ke sekolah kepada ayah dan ibunya.

Soalan:

1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah? 2. Apakah nama sekolah Rani? 3. Siapakah nama guru kelas Rani?

Gotong-royong Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotongroyong untuk membersihkan kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti pongkes, baldi, parang, kain buruk, dan sebagainya. Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di tapak perhimpunan. Penolong Kanan telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering, membakar sampahsarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka mengemas bilik darjah pula. Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar berasa gembira kerana kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.

Soalan:

1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful? 2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan? 3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?

Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua. Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring. Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa orang murid turut menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian. Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur. Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghunipenghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak pengalaman manis dalam hati setiap murid serta guru.

Soalan: 1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan itu? 2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang Tua Sri Indah? 3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu Azizah?

Melawat Rakan di Hospital Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersama rakan-rakannya telah pergi ke Hospital Besar Selayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziq yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari yang lepas. Aznil ketua kelas Tiga Marikh telah memberi buah tangan kepada ayah Haziq. Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pada hari kejadian itu, Haziq dalam perjalanan pulang dari sekolah. Sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar Haziq. Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu pula terus lari tanpa memberikan pertolongan. Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq. Haziq mendapat kecederaan teruk di kepala dan kakinya pula terpaksa disimen kerana patah. Aznil dan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat sembuh dan kembali semula ke sekolah.

Soalan:

1. Di hospital manakah Haziq dirawat? 2. Siapakah Ketua Kelas Haziq? 3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?

Menolong Jiran Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepi tingkap biliknya. Tibatiba, dia ternampak seorang pencuri sedang cuba memasuki rumah jirannya. Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannya pulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafiz terus menelefon polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba di tempat kejadian. Mereka telah mengepung rumah itu. Polis telah berjaya memberkas pencuri yang cuba menceroboh masuk ke rumah Encik Kuljit. Pencuri itu telah digari dan dibawa ke balai polis. Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali ke rumahnya setelah dimaklumkan oleh pihak polis tentang kejadian itu. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas pertolongan dan tindakan pantasnya.

Soalan:

1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz? 2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz? 3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih kepada Hafiz?

Kebersihan Tempat Tinggal Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal berjiran. Mereka tinggal di Kampung Sungai Rokam. Pada suatu malam, Encik Sunil dan keluargannya tidak dapat tidur lena kerana banyak nyamuk dan terhidu bau longkang yang sangat busuk. Pada keesokkan harinya, Encik Sunil berbincang dengan Encik Nordin dan Encik Leong. Mereka telah sepakat untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus menjalankan tugas masing-masing. Encik Leong membersihkan longkang. Encik Sunil sedang sibuk memotong rumput di tepi pagar manakala Encik Nordin pula mengumpul sampah-sarap untuk dibakar. Mereka berasa gembira kerana kawasan tempat tinggal mereka kini sudah bersih dan selesa.

Soalan:

1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal? 2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganya tidak dapat tidur lena? 3. Mengapakah mereka merasa gembira?

Keracunan Makanan Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari sekolahnya. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia ternampak sebuah gerai di tepi jalan. Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap. Dia makan dengan cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai yang sangat kotor. Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di atas kuih-muih yang dijual itu. Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulasmulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil. Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor memberi ubat kepada Syamil. Dia juga menasihati Syamil supaya berhatihati ketika membeli makanan atau minuman yang dijual di tepi jalan.

Soalan: 1. Apakah yang dimakan oleh Syamil? 2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai? 3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor kepada Syamil?

Hari Ibu Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telah menyambut Hari Ibu. Hari Ibu disambut untuk menunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu. Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebiji kek coklat untuk ibunya manakala Selvi dan kakak membeli hadiah istimewa untuk ibu mereka. Apabila hadiah itu dibuka, ibu Selvi berasa terkejut melihat sebuah beg tangan berjenama Bonia. Ibunya berasa sungguh gembira. Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua anaknya. Selvi dan kakaknya berjanji akan mendengar kata dan nasihat daripada ibu mereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.

Soalan: 1. Bilakah Hari Ibu disambut? 2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu? 3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan kakaknya kepada ibunya?

Hari Guru Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Guru. Sambutan Hari Guru bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik dan membimbing murid-murid menjadi manusia yang berguna. Sekolah saya juga tidak ketinggalan menyambut Hari Guru. Pada hari itu, semua murid berkumpul di dewan bersama dengan guru-guru. Selepas lagu Negaraku dan lagu sekolah dinyanyikan, guru besar telah membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Selepas itu, guru-guru menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas oleh murid-murid seperti nyanyian, tarian, lakonan, dan mendeklamasikan sajak. Para guru dam murid terhibur dengan persembahan persembahan tersebut.

Soalan:

1. Bilakah Hari Guru disambut? 2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru? 3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua guru?

Majlis Hari Jadi Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan. Ibunya telah mengadakan satu majlis untuk meraikan hari jadinya. Ibu Rafiqah bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah. Ramai kawannya

dijemput ke majlis itu. Pada petang itu, Rafiqah memakai baju kurung yang berwarna biru. Rafiqah kelihatan cantik sekali. Di atas meja pula tersedia makanan yang lazat-lazat seperti kek, mi goreng, rendang ayam, biskut, dan gula-gula. Semua kawan Rafiqah datang dengan membawa hadiah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi oleh kawan-kawannya. Mereka bertepuk tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup sembilan batang lilin di atas kek itu. Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamu selera. Rafiqah sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah daripada keluarga dan kawankawannya.

Soalan: 1. Berapakah umur Rafiqah? 2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada petang itu? 3. Apakah makanan yang disediakan dalam majlis hari jadi Rafiqah?

Hari Kebangsaan Hari ini saya bangun awal pagi. Bapa membawa saya ke Dataran Merdeka untuk melihat sambutan Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita menyambut Hari Kebangsaan. Pada hari tersebut juga, semua rumah dan bangunan akan memasang bendera. Pelbagai acara menarik diadakan sempena Hari Kebangsaan seperti pertunjukan konsert, pancaragam, tarian, dan pertunjukan bunga api. Selain acara kebudayaan, perarakan perbarisan juga turut diadakan. Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

Soalan:

1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut? 2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari Kebangsaan? 3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?

Pengalaman di Pasar Malam. Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknya pergi ke pasar malam. Pasar malam itu terletak berdekatan dengan rumah Rafi. Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramai orang sibuk membeli barang. Keadaan di pasar malam itu sungguh sesak dan riuh-rendah. Terdapat banyak barang yang dijual di sana, antaranya ialah sayursayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak lagi. Menjelang malam, makin ramai orang yang datang. Para peniaga sibuk melayan para pelanggan yang datang ke gerai mereka. Ibu Rafi membeli banyak barang keperluan dapur seperti cili, bawang, dan rempah. Rafi juga membeli air soya kegemarannya. Selepas membeli barangbarang mereka pun pulang.

Soalan:

1. Di manakah terletaknya pasar malam? 2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar malam itu? 3. Apakah yang dibeli oleh Rafi?

Berkelah di Teluk Batik. Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dan keluarganya telah pergi berkelah. Mereka berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka menaiki kereta ke sana. Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilah dapati ramai orang yang sedang mandi-manda di laut. Shamilah menurunkan barang-barang dan membentang tikar. Adiknya pula mengangkat bekalan nasi dan kuih-muih yang dimasak oleh ibunya. Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang di laut. Shamilah mengajak ayahnya ke laut untuk mandi. Adiknya pula leka membina istana pasir. Setelah penat, mereka berehat dan makan nasi serta kuih yang dibawa dari rumah. Selepas makan, Shamilah mengajak adiknya mandi ke laut. Ibu Shamilah menasihati mereka supaya tidak mandi di tempat yang dalam. Setelah puas mandi, mereka pun pulang dengan hati yang gembira.

Soalan: 1. Di manakah Shamilah dan keluarganya berkelah? 2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaik sahaja sampai di pantai? 3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?

Anda mungkin juga menyukai