Anda di halaman 1dari 21

KARANGAN JENIS CERITA

1. Melawat Ladang Ternakan Lembu


Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melawat ke ladang
ternakan lembu milik Pak Din. Ladang ternakan lembu tersebut agak
luas.
Selain membela lembu, Pak Din juga membela kambing. Haiwan
ternakan itu dibiarkan bebas meragut rumput di padang yang luas.
Semasa berada di ladang ternakan itu, kami melihat lembu dan
kambing Pak Din gemuk-gemuk belaka. Ladang ternakan Pak Din begitu
bersih kerana dijaga dengan rapi oleh dua orang pembantunya.
Walaupun berasa sunnguh penat, kami berasa amat gembira
kerana telah mendapat sebuah pengalaman baharu.

Soalan:

1. Selain lembu,apakah binatang lain yang dibela oleh Pak Din?


__________________________________________________

2. Bagaimanakah keadaan ladang ternakan Pak Din?

3. Pak Din mempunyai berapa orang pembantu?


__________________________________________________
2.Rumah Baharu Sofia

Ayah Sofia telah membeli sebuah rumah banglo baru. Rumah baru Sofia
terletak di Taman Pokok Sena. Rumah itu ialah rumah banglo dua
tingkat. Rumah itu berharga RM 430 000.
Pada hari Sabtu yang lalu, Sofia sekeluarga telah berpindah ke
rumah banglo itu. Rumah itu besar dan cantik. Rumah itu mempunyai
empat buah bilik tidur, sebuah dapur, dan ruang tamu yang besar.
Halaman rumahnya juga luas.
Ibu Sofia telah menghias rumah baharu itu dengan kemas sekali.
Di luar rumah, ibunya telah menanam bermacam-macam jenis pokok
bunga seperti Bunga Orkid, Bunga Kertas, dan Bunga Raya. Sekarang,
rumah baharu Sofia kelihatan sungguh cantik.

Soalan:

1. Apakah jenis rumah yang dibeli oleh ayah Sofia?


________________________________________________________________________________

2. Di manakah terletaknya rumah baru Sofia?


________________________________________________

3. Apakah jenis pokok bunga yang ditanam oleh ibu Sofia?


__________________________________________________________________________________
3.Hari Pertama ke Sekolah

Rani berasa gementar pada hari ini. Hari ini ialah hari pertama Rani ke
sekolah. Rani memakai pakaian seragam sekolah dengan kemas. Ayahnya
menghantar Rani ke sekolah dengan menaiki kereta.
Apabila tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, orang telah ramai.
Rani dengan ditemani oleh ayahnya terus masuk ke dewan untuk
mendaftar. Kemudiannya, Rani dibawa ke Tahun Satu Bestari. Guru
kelas Rani bernama Cikgu Zuraidah.
Rani mendapat ramai kawan. Rakan sekelas Rani sangat baik dan
peramah. Perasaan gementar Rani hilang sedikit demi sedikit.
Setelah pulang ke rumah, Rani menceritakan pengalaman hari
pertamanya ke sekolah kepada ayah dan ibunya.

Soalan:

1. Siapa yang menghantar Rani ke sekolah?


2. Apakah nama sekolah Rani?
3. Siapakah nama guru kelas Rani?
4.Gotong-royong

Pada hari Sabtu lepas, sekolah Saiful telah mengadakan gotong-royong


untuk membersihkan kawasan sekolah. Guru Besar menyuruh semua
murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti pongkes, baldi,
parang, kain buruk, dan sebagainya.
Tepat jam 8.00 pagi,semua guru dan murid sudah berkumpul di
tapak perhimpunan. Penolong Kanan telah membahagikan murid-murid
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh tiga orang
guru. Ada yang mencuci longkang, memungut daun-daun kering,
membakar sampah-sarap, dan menebas rumput. Selepas itu, mereka
mengemas bilik darjah pula.
Aktiviti gotong-royong itu tamat pada jam 11.00 pagi. Guru Besar
berasa gembira kerana kawasan sekolah kelihatan bersih dan indah.

Soalan:

1. Bilakah gotong-royong diadakan di sekolah Saiful?


2. Pukul berapakah semua guru dan murid berkumpul di tapak
perhimpunan?
3. Apakah kerja yang dilakukan oleh murid-murid?
5.Lawatan ke Rumah Orang-orang Tua.

Sempena Hari Warga Tua, Sekolah Kebangsaan Sungai Rapat telah


mengadakan lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Sri Indah. Lawatan
disertai oleh 35 orang murid beserta tiga orang guru pengiring.
Mereka berpeluang untuk bermesra dengan penghuni rumah
tersebut yang berjumlah 102 orang. Beberapa orang murid turut
menghiburkan mereka dengan persembahan nyanyian dan tarian.
Penghuni-penghuni di situ kelihatan terhibur.
Cikgu Azizah telah menyampaikan sumbangan kepada penghuni-
penghuni rumah orang tua itu. Sumbangan berupa wang dan pakaian itu
didermakan oleh ibu bapa, guru-guru, dan orang ramai beberapa minggu
sebelum lawatan diadakan. Lawatan itu telah meninggalkan banyak
pengalaman manis dalam hati setiap murid serta guru.

Soalan:
1. Berapakah orang murid yang menyertai lawatan itu?
2. Berapakah penghuni yang tinggal di Rumah Orang Tua Sri Indah?
3. Apakah jenis sumbangan yang diberi oleh Cikgu Azizah?
6.Melawat Rakan di Hospital

Pada petang Khamis yang lalu, Aznil bersama rakan-rakannya telah


pergi ke Hospital Besar Selayang. Mereka ke sana untuk melawat Haziq
yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari yang lepas. Aznil
ketua kelas Tiga Marikh telah memberi buah tangan kepada ayah Haziq.
Menurut ayah Haziq, Haziq telah dilanggar oleh sebuah kereta.
Pada hari kejadian itu, Haziq dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Sebuah kereta yang dipandu laju telah terbabas dan melanggar Haziq.
Haziq telah terbaling di atas jalan raya. Pemandu itu pula terus lari
tanpa memberikan pertolongan.
Mereka berasa simpati dengan nasib Haziq. Haziq mendapat
kecederaan teruk di kepala dan kakinya pula terpaksa disimen kerana
patah. Aznil dan rakan-rakannya berharap Haziq akan cepat sembuh dan
kembali semula ke sekolah.

Soalan:

1. Di hospital manakah Haziq dirawat?


2. Siapakah Ketua Kelas Haziq?
3. Bagaimanakah kemalangan tersebut berlaku?
7.Menolong Jiran

Pada suatu hari, Hafiz sedang berehat di tepi tingkap biliknya. Tiba-
tiba, dia ternampak seorang pencuri sedang cuba memasuki rumah
jirannya. Kebetulan jirannya, Encik Kuljit dan keluargannya pulang ke
kampung. Tanpa berlengah lagi, Hafiz terus menelefon polis untuk
melaporkan kejadian tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, beberapa orang anggota polis tiba di
tempat kejadian. Mereka telah mengepung rumah itu. Polis telah
berjaya memberkas pencuri yang cuba menceroboh masuk ke rumah
Encik Kuljit. Pencuri itu telah digari dan dibawa ke balai polis.
Keesokkan harinya, Encik Kuljit kembali ke rumahnya setelah
dimaklumkan oleh pihak polis tentang kejadian itu. Beliau telah
mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas pertolongan dan tindakan
pantasnya.

Soalan:

1. Apakah yang ternampak oleh Hafiz?


2. Apakah yang dilakukan oleh Hafiz?
3. Siapakah yang mengucapkan terima kasih kepada Hafiz?
8.Kebersihan Tempat Tinggal

Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal berjiran. Mereka
tinggal di Kampung Sungai Rokam. Pada suatu malam, Encik Sunil dan
keluargannya tidak dapat tidur lena kerana banyak nyamuk dan terhidu
bau longkang yang sangat busuk.
Pada keesokkan harinya, Encik Sunil berbincang dengan Encik
Nordin dan Encik Leong. Mereka telah sepakat untuk membersihkan
kawasan tempat tinggal mereka. Tanpa membuang masa, mereka terus
menjalankan tugas masing-masing. Encik Leong membersihkan longkang.
Encik Sunil sedang sibuk memotong rumput di tepi pagar manakala Encik
Nordin pula mengumpul sampah-sarap untuk dibakar.
Mereka berasa gembira kerana kawasan tempat tinggal mereka
kini sudah bersih dan selesa.

Soalan:

1. Di manakah Encik Nordin, Encik Leong, dan Encik Sunil tinggal?


2. Mengapakah Encik Sunil dan keluarganya tidak dapat tidur lena?
3. Mengapakah mereka merasa gembira?
9.Keracunan Makanan

Cuaca pada hari ini sangat panas. Syamil berjalan pulang dari
sekolahnya. Dia berasa sangat lapar dan dahaga. Tiba-tiba, dia
ternampak sebuah gerai di tepi jalan.
Syamil terus membeli air sirap dan kuih karipap. Dia makan dengan
cepat. Dia tidak mempedulikan keadaan gerai yang sangat kotor.
Makanan di gerai itu juga tidak ditutup. Ada banyak lalat hinggap di
atas kuih-muih yang dijual itu.
Setibanya di rumah, perut Syamil mula terasa sakit dan memulas-
mulas. Dia memberitahu ibunya. Ibunya berasa bimbang lalu membawa
Syamil ke klinik. Doktor memeriksa perut Syamil.
Menurut doktor, Syamil mengalami keracunan makanan. Doktor
memberi ubat kepada Syamil. Dia juga menasihati Syamil supaya
berhati-hati ketika membeli makanan atau minuman yang dijual di tepi
jalan.

Soalan:
1. Apakah yang dimakan oleh Syamil?
2. Bagaimanakah keadaan makanan di gerai?
3. Apakah nasihat yang diberi oleh doktor kepada Syamil?
10.Hari Ibu

Pada 8 Mei yang lalu, keluarga Selvi telah menyambut Hari Ibu. Hari
Ibu disambut untuk menunjukkan rasa terima kasih atas pengorbanan
dan jasa ibu.
Pada hari itu, ayah Selvi telah membeli sebiji kek coklat untuk
ibunya manakala Selvi dan kakak membeli hadiah istimewa untuk ibu
mereka. Apabila hadiah itu dibuka, ibu Selvi berasa terkejut melihat
sebuah beg tangan berjenama ‘Bonia’. Ibunya berasa sungguh gembira.
Ibu Selvi mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua anaknya.
Selvi dan kakaknya berjanji akan mendengar kata dan nasihat daripada
ibu mereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas
jasa ibu.

Soalan:

1. Bilakah Hari Ibu disambut?


2. Apakah tujuan menyambut Hari Ibu?
3. Apakah yang dihadiahkan oleh Selvi dan kakaknya kepada ibunya?
11.Hari Guru

Pada 16 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Guru.


Sambutan Hari Guru bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan
para guru yang mendidik dan membimbing murid-murid menjadi manusia
yang berguna.
Sekolah saya juga tidak ketinggalan menyambut Hari Guru. Pada
hari itu, semua murid berkumpul di dewan bersama dengan guru-guru.
Selepas lagu ‘Negaraku’ dan lagu sekolah dinyanyikan, guru besar telah
membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia. Selepas
itu, guru-guru menyanyikan lagu ‘Kami Guru Malaysia’.
Seterusnya disusuli dengan pertunjukan pentas oleh murid-murid
seperti nyanyian, tarian, lakonan, dan mendeklamasikan sajak. Para guru
dam murid terhibur dengan persembahan –persembahan tersebut.

Soalan:

1. Bilakah Hari Guru disambut?


2. Apakah tujuan menyambut Hari Guru?
3. Apakah tajuk lagu yang dinyanyi oleh semua guru?
12.Majlis Hari Jadi

Hari ini ialah hari jadi Rafiqah yang kesembilan. Ibunya telah
mengadakan satu majlis untuk meraikan hari jadinya. Ibu Rafiqah
bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah. Ramai kawannya
dijemput ke majlis itu.
Pada petang itu, Rafiqah memakai baju kurung yang berwarna biru.
Rafiqah kelihatan cantik sekali. Di atas meja pula tersedia makanan
yang lazat-lazat seperti kek, mi goreng, rendang ayam, biskut, dan gula-
gula. Semua kawan Rafiqah datang dengan membawa hadiah.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ oleh
kawan-kawannya. Mereka bertepuk tangan sebaik sahaja Rafiqah meniup
sembilan batang lilin di atas kek itu.
Selepas itu, semua tetamu dijemput menjamu selera. Rafiqah
sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah daripada keluarga dan
kawan-kawannya.

Soalan:
1. Berapakah umur Rafiqah?
2. Apakah yang dipakai oleh Rafiqah pada petang itu?
3. Apakah makanan yang disediakan dalam majlis hari jadi Rafiqah?
13.Hari Kebangsaan

Hari ini saya bangun awal pagi. Bapa membawa saya ke Dataran Merdeka
untuk melihat sambutan Hari Kebangsaan. Pada 31 Ogos setiap tahun,
negara kita menyambut Hari Kebangsaan. Pada hari tersebut juga,
semua rumah dan bangunan akan memasang bendera.
Pelbagai acara menarik diadakan sempena Hari Kebangsaan seperti
pertunjukan konsert, pancaragam, tarian, dan pertunjukan bunga api.
Selain acara kebudayaan, perarakan perbarisan juga turut diadakan.
Ramai orang mengibarkan Jalur Gemilang. Saya berasa sungguh
gembira kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan.

Soalan:

1. Bilakah Hari Kebangsaan disambut?


2. Apakah acara yang diadakan sempena Hari Kebangsaan?
3. Apakah yang dikibarkan oleh ramai orang?
14.Pengalaman di Pasar Malam.

Pada suatu petang, ibu Rafi mengajaknya pergi ke pasar malam. Pasar
malam itu terletak berdekatan dengan rumah Rafi.
Setibanya di pasar malam, Rafi melihat ramai orang sibuk membeli
barang. Keadaan di pasar malam itu sungguh sesak dan riuh-rendah.
Terdapat banyak barang yang dijual di sana, antaranya ialah sayur-
sayuran, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan banyak lagi.
Menjelang malam, makin ramai orang yang datang. Para peniaga
sibuk melayan para pelanggan yang datang ke gerai mereka. Ibu Rafi
membeli banyak barang keperluan dapur seperti cili, bawang, dan
rempah. Rafi juga membeli air soya kegemarannya. Selepas membeli
barang-barang mereka pun pulang.

Soalan:

1. Di manakah terletaknya pasar malam?


2. Apakah jenis barangan yang dijual di pasar malam itu?
3. Apakah yang dibeli oleh Rafi?
15.Berkelah di Teluk Batik.

Pada hujung minggu yang lalu, Shamilah dan keluarganya telah pergi
berkelah. Mereka berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Mereka
menaiki kereta ke sana.
Sebaik sahaja sampai di sana , Shamilah dapati ramai orang yang
sedang mandi-manda di laut. Shamilah menurunkan barang-barang dan
membentang tikar. Adiknya pula mengangkat bekalan nasi dan kuih-muih
yang dimasak oleh ibunya.
Shamilah berasa tidak sabar untuk berenang di laut. Shamilah
mengajak ayahnya ke laut untuk mandi. Adiknya pula leka membina
istana pasir. Setelah penat, mereka berehat dan makan nasi serta kuih
yang dibawa dari rumah.
Selepas makan, Shamilah mengajak adiknya mandi ke laut. Ibu
Shamilah menasihati mereka supaya tidak mandi di tempat yang dalam.
Setelah puas mandi, mereka pun pulang dengan hati yang gembira.

Soalan:

1. Di manakah Shamilah dan keluarganya berkelah?


2. Apakah yang dilakukan oleh Shamilah sebaik sahaja sampai di pantai?
3. Apakah nasihat diberi oleh ibu Shamilah?

l
Peribahasa Maksud Peribahasa
Ada hati Keinginan
Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah
Alah bisa tegal biasa
biasa
Alang-alang mandi biar
Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
basah
Memberikan perhatian yang istimewa terhadap
Ambil berat
sesuatu
Ambil langkah Mula hendak bertindak
Orang yang termasuk dalam sesuatu
Anak buah keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab
seseorang
Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh
Anak emas suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan
istimewa.
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis,
Asam garam
suka duka)
Bagai anjing buruk Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana
kepala pergi dihinakan orang juga
Bagai bulan dipagari Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang
bintang yang cantik.
Bagai bulan empat
Peri keelokan muka perempuan
belas
Bagai cincin dengan
Sama padan, cocok benar
permata
Bagai layang-layang
Sudah putus harapan
putus tali
Bagai minyak dengan Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil
air dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut Perempuan yang suka bercakap banyak
ekor
Bagai pucuk
Sangat laju atau luncur perginya
dilancarkan
Bagaimana acuan Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya
begitulah kuihnya kerana faktor baka
Baik berjagiung-jagung
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang
sementara menanti padi
kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
masak
Baik membawa resmi
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin
padi daripada
merendahkan diri (tidak sombong)
membawa resmi lalang
Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke
Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-
tepian, bersakit-sakit
senang
dahulu, bersenang-
senang kemudian
Berkatakanlah besar Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin
walaupun pahit menyakitkan hati seseorang
Berpeluk tubuh Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak
Berpeluk tubuh
melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat
Bersatu teguh bercerai
tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi
roboh
lemah.
Bersekutu bertambah Bekerjasama antara satu sama lain akan
mutu menghasilkan kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan
masa diri sendiri.
Besar hati Bangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan
Lebih baik mati daripada menanbggung malu
putih mata
Buah fikiran Pendapat
Buah hati Orang yang dikasihi
Buah mulut Percakapan orang,
Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada
Buah tangan
perjalanan; ole-ole
Bulat hati Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
Dalam tangan dalam kekuasaan seseorang
Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas Pemarah, lekas marah
Diam-diam ubu berisi, Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam
diam-diam besi berkarat orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Hancur hati Sedih; putus asa
Harimau mati
meninggalkan belang, Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut
manusia mati orang walau berapa lamapun dia telah mati.
meninggalkan nama
Hendak seribu daya, tak Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh
hendak seribu dalih dijalankan dan demikian kebalikannya
Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa
Hidup ini satu
menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba
perlumbaan
untuk mencapai sesuatu tujuan.
Hidup segan mati tak
Orang yang hidup melarat
mahu
Indah khabar daripada Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya
rupa dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui
mengenal manikam tentang keelokan ilmu
Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar
Kalau hendak melentur Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih
buluh biarlah dari muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi.
rebungnya
Kalau kail panjang
Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak
sejengkal, jangan
berbuat sesuatu yang besar
lautan hendak diduga
Kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
sagunya
Kancil juga lupakan Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap
jerat mengancam
Kata dikota Janji mesti ditunaikan
Kata-kata yang lebih
tajam daripada mata Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
pedang
Kebudayaan sendi Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan
perpaduan sesuatu bangsa
Kecil jangan disangka
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada
anak, besar jangan
orang-orang tua sahaja
disangka bapa
Bersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan
Makan angin
fikiran
Manis jangan terus
Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan
ditelan, pahit jangan
yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
terus dibuang
Masa itu emas Masa sangat berharga
Membaca jambatan Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
ilmu pembacaan
Mencari akal Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
Muafakat membawa Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan
berkat bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
Nasi sudah menjadi Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah
bubur lagi.
Otak yang cerdas ada Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu
pada badan yang sihat mengemukakan fikiran yang bernas.
Padang jarak padang
Padang atau tanah luas yaditinggalkan
terkukur
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda
Putih mata
melihat tunangnya diambil orang)
Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi
Rezeki kalau secupak
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
takkkan jadi segantang
Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
Sayang akan tangan-
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu
tangankan, sayangkan
itu akhirnya menjadi sombong
isteri tinggal-tinggalkan
Sepakat membawa Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan
berkat atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
Seperti enai dalam
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya
belukar, melepaskan
berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
pucuk masing-masing
Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap
Seperti lipas kudung
membuat kerja
Sudah terhantuk baru
Sesudah terkena baru beringat-ingat
terngadah
Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar ,
Tajam akal
cerdik
Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia
Tali barut
orang lain), barua
Suka menolong orang yang dalam kesusahan,
Tangan terbuka
murah hati
Tangan yang
Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita
menghayun buaian
mampu menyumbangkan untuk membangunkan
mampu
negara
menggoncangkan dunia
Tempat jatuh lagi Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan
dikenang inikan pula dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa
tempat bermain manis.
Terang hati Terang fikiran; mudah mengerti
Tulang empat kerat Anggota badan
Ukur baju di badan Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai
sendiri dengan kebolehan kita
Umpama telur
Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati
sesangkak, pecah satu
dan tidak berubah setianya.
pecah semuanya

Anda mungkin juga menyukai