Anda di halaman 1dari 15

Soalan Karangan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk "Jika Saya Seorang yang Kaya".

Contoh Jawapan

Semua orang ingin menjadi kaya dan hidup senang. Begitu juga dengan saya. Saya ingin menjadi
seorang hartawan untuk menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan.

Jika saya seorang yang kaya, perkara yang mula-mula saya lakukan adalah menolong keluarga saya.
Saya akan membina sebuah rumah yang besar untuk ibu bapa saya kerana mereka telah banyak
berkorban untuk membesarkan saya dan memberi pendidikan kepada saya. Seterusnya, saya akan
membantu adik-adik saya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Selain itu, saya juga akan membantu golongan miskin. Saya akan memberi mereka wang agar dapat
digunakan untuk menyara hidup mereka.

Jika saya mempunyai wang yang banyak, saya akan mendermakan wang tersebut kepada rumah
orang-orang tua dan anak-anak yatim. Menjaga orang-orang tua ialah tanggungjawab kita bersama.
Oleh itu, kita harus memastikan mereka mendapat pakaian, makanan dan tempat tinggal yang
selesa. Saya juga akan membantu anak-anak yatim dengan memberikan pendidikan yang sempurna
dan tempat tinggal yang selesa kepada mereka.

Saya akan menjauhi sikap sombong dan bongkak jika saya kaya kelak kerana kebanyakan orang kaya
sekarang sangat bongkak. Untuk menjadi kaya, saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi
orang yang berilmu.

Kalau Saya Menjadi Jutawan

Semua orang di dunia ini mahu menjadi kaya.Saya juga

berhasrat untuk menjadi kaya. Orang yang kaya dinamakan jutawan.

Kalau………………………………………………, saya akan menggunakan wang saya itu


untuk……………………………perkara yang baik.Pertama sekali, saya ………………………….

banglo mewah . Saya …….membalas jasa mereka.

Saya juga mahu membina........kilang. Saya akan memastikan kilang itu tidak mencemarkan
alam sekitar.

Selain itu, saya juga akan …………………sebuah rumah………… untuk anak-anak yatim. Rumah
untuk orang- orang tua juga akan saya dirikan. Saya akan memberikan peluang kepada anak-anak
yatim untuk belajar sehingga ………………..

Saya dan keluarga saya akan…………….. haji di Mekah. Saya akan membuat kebajikan untuk
semua orang. Saya juga …………….kepada orang-orang yang susah.

Saya berharap agar ………………………kerana ‘tuah………………

……………..Sekiranya saya menjadi …….saya akan merealisasikan impian saya itu.


Kamu telah menyertai satu lawatan sambil belajar. Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu dan
ceritakan pengalaman kamu semasa lawatan tersebut.

No. 07, TJ 1/8,


Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang.

27 Jun 2012

Menemui sahabatku Fatimah yang ku rindui selalu. Diharapkan saudari sihat seisi keluarga. Tujuan
saya menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman saya semasa
lawatan ke Melaka.

Pada 20 Jun 2012, saya telah menyertai lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Lawatan ini
dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Rombongan itu disertai oleh 40 orang murid dan
5 orang guru pengiring. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Sebelum bertolak ke sana, kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 7.30
pagi. Setelah diberi taklimat ringkas, kami mula bertolak ke sana kira-kira pukul 8.00 pagi dan tiba di
Bandar Melaka sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Semasa perjalanan, kami berhenti di pekan Bahau untuk bersarapan. Saya sungguh gembira
melihat pemandangan yang indah sepanjang perjalanan tersebut. Tempat pertama yang kami
singgah setelah tiba di Melaka ialah Zoo Melaka. Di situ kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan
liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira
kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya yang terletak berhampiran dengan zoo
tersebut. Pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi.
Saya berasa sungguh ngeri apabila melihat seekor buaya tembaga menyambar bangkai ayam yang
dicampakkan oleh seorang pengawal kolam buaya di situ.

Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan
tengah hari. Selepas itu kami pergi pula ke Tugu A Famosa. Di situ, kami melihat kesan-kesan
tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka. Ramai murid dan guru tidak melepaskan
peluang untuk membeli pelbagai cenderamata di gerai-gerai yang banyak terdapat di situ.

Di situ juga kami diberi peluang untuk masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang
Portugis yang pernah menyerang Melaka pada suatu masa dahulu. Selain itu, saya juga dapat
menaiki Menara Taming Sari. Walaupun berasa takut tetapi saya gembira kerana dapat melihat
hampir seluruh Bandaraya Melaka dari menara tersebut.
Sebelum bertolak balik, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini. Kemudian,
kira-kira pada pukul 6.00 petang, kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk sembahyang dan
makan malam. Kami tiba di sekolah semula kira-kira pukul 12.00 tengah malam. Saya amat gembira
kerana turut meyertai lawatan tersebut.

Akhir sekali, jika saudari ada cerita-cerita yang menarik, sudilah ceritakan kepada saya di sini kerana
saya selalu menunggu-nunggu khabar daripada saudari. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap saudari
sudi membalas surat saya.

Sahabatmu

Amirull
Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.
Ceritakan suasana sambutan tersebut.

Rangka Karangan
Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan

1 Sekolah saya telah mengadakan ______________. (apa)


2 Majlis itu diadakan pada __________ (bila) dan __________. (di mana)
3 Murid-murid berkumpul di __________________. (mana)
4 Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dibuat oleh ________. (siapa)
5 Tujuan sambutan itu diadakan untuk _____________ (mengapa).
6 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu __________________. (apa)
7 Murid-murid mengibarkan ____________________. (apa)
8 Kemudian, _________________ (siapa) dijemput untuk menceritakan tentang sejarah
kemerdekaan.
9 Murid-murid tahap 1 menyertai pertandingan _______________. (apa)
10 Manakala murid-murid tahap 2 pula menyertai ______________. (apa)
11 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat ________________ (apa) daripada murid-murid.
12 Penyampaian hadiah diadakan pada _______________. (bila)
13 ________________ ( siapa) yang menyampaikan hadiah.
14 Murid-murid yang berjaya menerima _________________. (apa)
15 Saya berasa gembira _____________________ . (kenapa)
16 Berharap agar sambutan ________________ (apa) dapat diadakan lagi pada lain kali.

Murid-murid boleh menggunakan rangka karangan ini untuk mengembangkan isi karangan dan
seterusnya menghasilkan karangan yang baik.
Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sambutan bulan kemerdekaan di sekolah.

13 Ogos 1957 ialah tarikh yang sangat bermakna bagi kita. Tarikh ini juga membebaskan kita
daripada jajahan orang luar. Negara kita dimerdekakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Untuk menghargai jasa beliau, sekolahku telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke-
55 pada hari Selasa minggu lepas. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Suasana juga amat meriah.

Aku ingin sampai awal ke sekolah. Selepas mandi, solat dan sarapan aku terus mencium tangan
ayah dan ibu. Aku terus berjalan menuju ke perhentian bas. Aku menaiki bas ke sekolah di sekolah,
aku dan rakan-rakanku terus ke kantin.Suraya membeli mi goreng bungkus manakala Qistina
membeli kuih. Aku hanya membeli sebotol air 'solivite'. Selepas mengisi perut, kami pun duduk
sambil berbual.

Aku pun masuk ke dalam bilik muzik. Cikgu Yuslina memberi kami pakaian untuk persembahan.
Kami didandan oleh Cikgu Aznen. Sentuhan solekan Cikgu Aznen sangat cantik. Cikgu Yuslina
memanggil kami. Cikgu Yuslina mencucuk bendera pada pakaian kami. Sekarang, kami sudah pun
siap hanya perlu menunggu membuat persembahan sahaja. Kami pun terus ke dewan tertutup.

Ucapan yang disampaikan oleh guru besar sangat bermakna. Inilah masa yang aku tunggu-
tunggukan iaitu Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan. Guru besar memotong reben merah.
Perasmian telah pun disempurnakan oleh guru besar. Semua pelajar menepuk tangan dengan
bersemangat. Guru besar dan guru-guru yang lain juga bertepuk tangan.

Juruacara majlis pun mengumumkan aktiviti yang seterusnya.Kami akan menyanyikan lagu
patriotik. Kami menyanyi dengan sungguh bersemangat sambil berdiri menandakan kami sayang
pada negara. Setelah menyanyikan lagu patriotik, kami akan dipersembahkan dengan pertunjukan
pakaian tradisional. Antaranya ialah baju melayu, baju kurung, cheongsam dan macam-macam lagi.
Pakaian ini akan dipersembahkan oleh pelajar Darjah 1. Mereka mempersembahkan pakaian dengan
penuh bergaya. Semua pelajar bertepuk tangan.

. Selepas rehat, kami pun terus masuk ke dewan tertutup. Acara pun diteruskan dengan acara
menjawab kuiz. Ramai pelajar yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Aku dan rakan-
rakanku tidak melepaskan peluang untuk menjawab soalan. Nasibku amat baik pada hari itu kerana
aku dapat menjawab soalan dengan tepat dan mendapat hadiah.

Selepas pertandingan kuiz, acara diteruskan lagi dengan tayangan video bagaimana negara kita
mencapai kemerdekaan. Aku dan rakan-rakanku menonton video sambil mengambil iktibar.
Sesetengah pelajar sedang tidur dan menguap ketika menonton video. Aku hanya tersenyum.

Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu penyampaian hadiah. Pertandingan koir Tahap1
tempat ketiga ialah kelas 1 Orkid, tempat kedua ialah 2 Melur dan tempat pertama telah dimenangi
oleh kelas 3 Orkid. Pada saat itu, aku mula berdebar-debar. Pertandingan koir Tahap 2 tempat ketiga
ialah 5 Cempaka, tempat kedua 4 Orkid dan tempat pertama ialah 5 Orkid. Aku bagaikan tidak
percaya apa yang berlaku. Aku dan rakan-rakanku berasa bangga. Kami mendapat hamper. Cikgu
Yuslina membahagikan hadiah kepada semua pelajar 5 Orkid. Bunyi loceng menandakan waktu balik.

Aku dan rakan-rakanku berjalan sambil menyanyikan lagu yang dipersembahkan ketika koir.
Setibanya di bas aku dan rakan-rakanku terus duduk di tempat yang disediakan.Ramai pelajar
menceritakan segmen yang paling disukai ketika sambutan hari kemerdekaan. Aku juga turut
melakukan hal yang sama. Setelah penat bercakap, aku menyandarkan kepalaku pada tingkap. Aku
termenung seketika sambil tersenyum. Memori ini tidak akan aku lupakan walau seketika.

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran pihak
sekolah.

Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.


Jumaat, 10 Jun 2010

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit Ayer.
Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang
terlibat seramai 30 orang dan disertai oleh 5 orang guru.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan.
Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api
untuk digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya
berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti senaman.
Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami dapat
mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air
terjun yang berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan
perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku
sungguh seronok ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah
hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan
perkhemahan.
Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti
perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku peroleh.

BAHAGIAN B

1. Pendahuluan - Tarikh/tempat perkhemahan

Idea-idea utama : -

1. taklimat oleh guru/gotong-royong mendirikan khemah

2.pertandingan memasak/ permainan

3.persembahan / malam kebudayaan

4.aktiviti kembara

5.penyampaian hadiah

Penutup - bersurai/pulang/gembira

Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform di sekolah kamu.

Ceritakan pengalaman kamu menyertai perkhemahan tersebut.


Saya telah menyertai satu perkhemahan pada cuti penggal yang lalu.Perkhemahan itu diadakan di
sekolah dan dijalankan selama tiga hari 2 malam.

Pada petang Jumaat kami semua berkumpul di sekolah.Kami mendengar taklimat daripada
Komandan Kem iaitu Cikgu Faizal Tahir.Selepas itu, kami diagihkan mengikut kumpulan.Kami
kemudian diarahkan untuk memasang khemah masing-masing.

Pada awal pagi kami sudah bangun.Selepas bersarapan kami diarahkan mengemaskan
khemah masing-masing.Pada pagi itu diadakan pemeriksaan khemah paling cantik dan
kemas.Kumpulan Zul telah diumumkan sebagai pemenang.

Selepas itu,satu pertandingan memasak telah diadakan.Semua bahan telah disediakan oleh
guru-guru .Kami diminta memasak nasi,lauk-pauk dan menggoreng ikan.Pemenang dikira
berdasarkan keenakan dan susunatur serta hiasan.Kali ini kumpulan ku telah muncul sebaga johan.

Selepas makan malam,persembahan malam kebudayaan diadakan.Setiap persembahan


mengikut unit uniform masing-masing.Antara persembahan adalah seperti nyanyian,tarian,lakonan
dan sebagainya.Kali ini kumpulan pengakap menjadi johan dengan persembahan boria yang
menarik.

Keesokan hari,kami bergotong-royong membersihkan kawasan tapak


perkhemahan.Penyampaian hadiah turut diadakan kepada pemenang.Selepas itu,saya dan kawan-
pulang dengan perasaan yang gembira.

2.00 PETANG

MENDAFTAR DIRI

TAKLIMAT – membahagikan kumpulan

4.00
MEMASANG KHEMAH- bekerjasama-cikgu membuat pemantauan

-mengambil masa kerana khemah itu agak sukar dipasang

7.30 MALAM

SEMBAHYANG MAGHRIB

TAZKIRAH

9.00 MALAM

MALAM SERIBU BINTANG

-mengikut uniform masing-masing – lakonan, nyanyian,tarian – kumpulan yang menang

20 JULAI 2017

7.30 PAGI

Bersarapan

SENAMROBIK

berkawad

9.30 PAGI

CARA-CARA MEMBERI RAWATAN KECEMASAN

11.30 PAGI

BERKUMPUL UNTUK ACARA PENUTUP

PENYAMPAIAN SIJIL

PULANG KE RUMAH
Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR

Pada 24 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengikuti satu kem motivasi. Kem
motivasi ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan diadakan bertempat di sekolah saya. Seramai
200 orang peserta telah menyerai kem motivasi UPSR ini uang julung-julung kali diadakan.

Kem motivasi ini telah diadakan selama sehari suntuk iaitu dari jam 8.00 pagi hingaa jam 5.00
petang. Kem motivasi telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan pemberian fail yang
mengandungi pelbagai maklumat tentang kem motivasi tersebut. Para peserta terdiri daripada
Tahun Empat, Lima dan Enam.

Tujuankem motivasi ini diadakan ialah supaya pelajar-pelajar dapat melengkapkan diri sebelum
menduduki peperiksaan UPSR. Pelbagai teknik menjawab soalan telah diberikan supaya pelajar-
pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang. Ini penting supaya sebarang kesilapan tidak berlaku
semasa peperiksaan dan memberi kesan yang negatif.

Fasilitator kem motivasi ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan terdapat alumni-
alumni sekolah. Mereka juga terdiri daripada para penggubah dan pemeriksa kertas. Selain
memberikan ceramah motivasi, pelbagai jenis nota dan strategi menjawab soalan turut diedarkan
kepada para pelajar.

Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, pertandingan kuiiz dan aktiviti berkumpulan.
Justeru, pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh. Perkara yang menyoronokkan ialah
kami dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran dengan pelajar-pelajar lain. Aktiviti berkumpulan ni
juga telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama para peserta.
Kem motivasi ini benar-benar memberi banyak kemaslahafannya kepada saya. Selepas mengikuti
kem motivasi ini, saya menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan. Semoga motivasi ini dapat diikuti oleh para pelajar yang akan
menempuh alam peperiksaan.
Keceriaan kelas sangat penting kepada murid sekolah.

Tulis karangan tentang cara-cara menceriakan kelas.

Menjaga keceriaan kelas adalah menjadi tanggungjawab semua murid. Kelas yang cantik dan ceria
menjadi impian semua guru dan murid. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menceriakan kelas.

Antara cara untuk kita menceriakan kelas adalah kita mestilah membuang sampah sarap ke
dalam bakul sampah. Jika tidak sampah sarap akan bertaburan di merata tempat di atas lantai. Hal
ini akan menyebabkan murid-murid tidak selesa untuk belajar.

Seterusnya, meja dan kerusi hendaklah disusun dengan teratur mengikut tempat asalnya.
Murid-murid perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya menyusun kerusi dan meja
kerana murid biasanya akan mengabaikan tugasan ini. Jikakerusi dan meja tidak disusun, kelas akan
menjadi tidak kemas. Ini menyukarkan murid-murid dan guru untuk bergerak.

Selain itu, tingkap kelas juga perlu dibersihkan setiap hari dengan menggunakan kain atau
penggosok habuk.Tingkap mudah berhabuk terutamanya sekolah yang terletak berhampiran dengan
jalan raya ataupun kawasan kilang. Kelas akan kelihatan ceria dan menarik jika tingkap sentiasa
bersih.

Di samping itu, kita harus menampal hasil kerja murid-murid yang kemas dan cantik
terutamanya lukisan papan papan kenyatan kelas. Begitu juga dengan info-info terkini mengenai
pelajaran yang boleh kita dapati daripada akhbar,majalah ataupun interne t perlu dilekatkan.Bahan-
bahan ini menambahkan lagi keceriaan kelas dan ilmu murid-murid.
Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah

Sekolah merupakan tempat kita menuntut ilmu. Sekolah yang cantik dan ceria sememangnya
menjadi impian semua guru dan murid-murid. Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan
sekolah.

Salah satu cara ialah mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan
sekolah. Misalnya mencuci longkang, mengutip sampah, menebas semak-samun dan membersihkan
tandas. Kita mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah agar dapat belajar dengan selesa.

Di samping itu, kita boleh mengadakan Program Sekolah dalam Taman dengan menanam
pelbagai jenis pokok bunga untuk mengindahkan persekitaran sekolah. Landskap sekolah juga
hendaklah lengkap dengan kolam ikan, pancuran air mini, gazebo dan pondok bacaan. Nescaya
murid-murid dapat belajar dengan lebih berkesan dalam persekitaran sekolah yang indah dan
berudara segar.

Selain itu, pihak sekolah boleh mengecat semula pintu pagar dan bangunan sekolah. Semua
warga sekolah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti mengecat dan melukis mural agar
bangunan sekolah kelihatan lebih berseri. Murid-murid pasti berasa seronok untuk belajar di sekolah
yang ceria.

Bukan itu sahaja, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kelas terbersih. Melalui
kempen kebersihan, murid-murid akan menjalankan tugasan harian untuk membersihkan dan
menceriakan kelas masing-masing. Misalnya, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun meja
dan kerusi dan menghias papan kenyataan. Suasana bilik darjah yang ceria akan menarik minat
murid-murid untuk belajar dan membentuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

Kesimpulannya, 'Sekolahku Rumahku' sewajarnya dipraktikkan di sekolah. Wahai kawan-


kawan, marilah kita berganding bahu untuk menceriakan kawasan sekolah kita!

Oleh itu, jagalah kebersihan dan keceriaan kelas supaya murid-murid boleh belajar dengan
lebih selesa. Rakyat sihat, negara gemilang.

Anda mungkin juga menyukai