Anda di halaman 1dari 2

Ayat Majmuk

Bahagian 1

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

1. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik sahaja?


2. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah berkunjung ke rumah saya.
3. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer. Para pelajar dapat melayari internet.
4. Jefri yang mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga peringkat daerah? Hamsyar yang mewakili sekolah
dalam kejohanan olahraga peringkat daerah?
5. Datuk pergi ke stor. Datuk mengambil cangkul.
6. Ayah sedang mengait buah rambutan. Abang membantu ayah menyapu daun-daun kering.
7. Kakak sedang mengemas dapur. Kakak mendengar radio.
8. Syamil tidak dapat hadir di majlis hari jadi Faiz. Syamil pulang ke kampung. Syamil memberitahu rakan baiknya.
9. Regina akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi. Thea akan menyertai lawatan ke Pulau Langkawi.
10. Ariyan masuk ke kelas kami. Ariyan mengedarkan borang penyertaan kokurikulum.
11. Saya datang lewat ke sekolah. Bas sekolah yang saya naiki rosak.
12. Cuaca agak terik. Budak-budak itu tetap bermain bola di padang.
13. Zahid hendak membeli buku Sains. Zahid ke kedai buku.
14. Pak Ismail mengaut sampah di dalam longkang itu. Pak Ismail membuang sampah itu ke dalam plastik sampah.
15. Suzana menghadiri kelas tambahan pada setiap hari Jumaat. Amir menghadiri kelas tambahan pada setiap hari
Jumaat.
16. Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar. Mata pelajaran Seni
dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
17. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu. Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
18. Zubaidah pergi ke sekolah. Zubaidah menjalani latihan bola jaring.
19. Buku cerita itu sangat tebal. Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor
Bahru.
20. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah. Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.
21. Sharifah selalu ponteng sekolah. Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.
22. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu. Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.
23. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini. Dia memberitahu rakannya.Dia sakit perut.
24. Hujan sangat lebat pada hari ini. Razali tetap pergi ke sekolah.
25. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas. Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.

Bahagian 2

Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat majmuk sahaja.

1. Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan. Fenomena ini berlaku di Malaysia. Fenomena ini
berlaku di seluruh dunia. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangat tentang pencemaran.
Hampir setiap hari media elektronik menyiarkan berita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini bukan
terhad pada satu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga pencemaran air, udara dan bunyi juga.

2. Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar
malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ.
Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam
itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu.
Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.
Bahagian 3

Pisahkan ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.

1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah
sedikit makanan yang ada.
i. Kami menanti makan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu.
ii. Kami menjamah makanan yang sedia ada.
2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah
harmoni.
3. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu
dengan penduduk setempat.
4. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.
5. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung
minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.
6. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi.
7. Setiausaha Encik Khalid masuk ke bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat kepada semua pengarah.
8. Pasukan pembahas yang telah dua tahun menjadi juara begitu petah menyampaikan hujah-hujah.
9. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang dinaikinya kehabisan minyak di tengah jalan.
10. Puan Faridah tidak akan pulang ke rumahnya selagi kerja-kerjanya belum selesai.
11. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
12. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini.
13. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara.
14. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah.
15. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
16. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.
17. Mereka bertepuk tangan sambil bersorak.
18. Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik.
19. Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya.
20. Ibu ke pasar dahulu, kemudian ke kedai runcit.
21. Ayah dan ibu akan menghadiri majlis itu.
22. Yogeswaran otak cair tetapi malas berusaha.
23. Kehadiran murid sangat baik pada hari biasa, tetapi kehadiran murid pada hari Sabtu sangat tidak memuaskan.
24. Saya akan ke Kuala Lumpur, manakala abang akan ke Seremban.
25. Harga pakaian itu terlalu mahal, pada hal kualitinya rendah.
26. Kita mesti bertolak sekarang kerana hari semakin gelap, sementelahan tempat perkehemahan itu masih jauh.

Bahagian 4

Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan
komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran.
Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak
berfaedah.

2. Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan masyarakatnya.
Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat kepuasan serta keseronokan apabila buah
fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai