Anda di halaman 1dari 23

SULIT

JAWAPAN
PENULISAN
Salam sejahtera kepada cikgu sekalian,

Harap usaha saya ini dapat memberi kebaikan kepada murid-murid


cikgu untuk menghadapi peperiksaan. Latihan ini saya kumpul ,susun
dan olah semula bagi memudahkan murid-murid kita membuat latih
tubi mengikut format UPSR. Sekiranya ada kesilapan saya mohon
maaf dan harap cikgu dapat membetulkan kesilapan tersebut.
 kalau ada typing error…maaf ye
 MOGA MODUL INI DAPAT MEMBERI MANFAAT PADA ANAK-
ANAK KITA. AMIN….

1
SULIT

PENULISAN - 012

CONTOH JAWAPAN : BAHAGIAN A

PRAKTIS 1

1. Aiman melihat seekor rama-rama yang hinggap di atas sehelai daun kerana rama-rama
tersebut sungguh cantik.
2. Amira mengelap pinggan dengan kain supaya pinggan tersebut kering.
3. Ayah Aiman mengeluarkan kamera kerana mahu merakam gambar pemandangan yang
indah di sekitar tapak perkhemahan.
4. Ibu Aiman menulis sesuatu dalam buku catatannya untuk mengisi masa lapang.
5. Mereka membersihkan tapak perkhemahan sebelum pulang supaya tapak perkhemahan
tersebut sentiasa bersih.

PRAKTIS 2

1. Aiman merasa begitu seronok sekali kerana dapat membina istana pasir yang cantik
menggunakan baldi kecil yang dibawanya.
2. Amira membeli aiskrim daripada seorang penjual aiskrim bermotosikal kerana dia memang
suka akan aiskrim.
3. Ibu Aiman mencedok nasi ke dalam pinggan kerana berasa lapar.
4. Ayah Aiman membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku
di dalam dan di luar negara.
5. Budak perempuan itu mengutip kulit siput untuk dijadikan barang kraf tangan.

PRAKTIS 3

1. Kita perlulah berjoging untuk mengeluarkan peluh dan menjaga stamina badan kita.
2. Kita hendaklah makan makanan yang seimbang supaya badan kita sihat.
3. Kita haruslah mandi untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada badan dan supaya
badan kita sentiasa bersih dan segar.
4. Kita hendaklah memotong kuku yang panjang untuk menjaga kebersihan.
5. Kita perlulah menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik atau di hospital untuk mengetahui
tahap kesihatan diri.
PRAKTIS 4

1. Iqbal berjalan kaki pulang dari sekolah kerana rumahnya terletak berdekatan sekolah.
2. Iqbal ternampak seekor burung di tepi jalan kerana dia prihatin akan keadaan sekelilingnya.
3. Burung itu tidak dapat terbang kerana sayapnya luka.
4. Iqbal merawat luka pada sayap burung itu dengan berhati-hati supaya burung itu cepat
sembuh.
5. Iqbal melepaskan burung itu setelah luka pada sayapnya sembuh agar burung itu dapat hidup
bebas.

2
SULIT

PRAKTIS 5

1. Nazim bermain layang-layang sewaktu angin sedang bertiup supaya layang-layangnya dapat
naik ke udara.
2. Amar belajar tentang cara-cara membuat gasing daripada datuknya kerana dia minat akan
permainan tradisional.
3. Mereka menarikan tarian zapin supaya tarian tersebut tidak hilang ditelan zaman.
4. Farah membaca rencana tentang wayang kulit dalam surat khabar untuk menambahkan
pengetahuannya.
5. Seorang kanak-kanak perempuan membantu ibunya membuat kuih bahulu untuk
meringankan kerja ibunya.

PRAKTIS 6

1. Hana membersihkan batas dengan menggunakan pencakar dengan berhati-hati.


2. Datuk Hana membubuh baja pada pokok kacang panjang supaya pokok tersebut hidup
subur.
3. Ayah Hana menyiram pokok sawi supaya pokok tersebut mendapat air yang cukup.
4. Ibu Hana mengutip terung lalu di masukkan ke dalam bakul untuk dibawa pulang ke rumah.
5. Adik Hana melonggokkan daun kering di suatu tempat supaya kebun mereka itu bersih.

PRAKTIS 7

1. Seorang wanita memilih ikan segar yang terdapat di pasar mini itu
2. Pak Salleh memasukkan seikat sayur sawi ke dalam bakul supaya sayur tersebut mudah
dibawa.
3. Haikal membuka peti sejuk lalu mengeluarkan sekotak air kerana mahu membeli air kotak
tersebut.
4. Seorang pekerja menyusun tin susu di atas rak supaya tin-tin susu tersebut tidak berselerak
dan tersusun dengan kemas.
5. Seorang pekerja memotong seekor ayam yang dibeli oleh pelanggan dengan berhati-hati.

PRAKTIS 8

1. Puan Aina mengikuti kursus usahawan muda di sebuah hotel untuk menimba ilmu
pengetahuan tentang bidang keusahawanan.
2. Puan Aina memohon pinjaman di bank supaya beliau dapat memulakan perusahaan
membuat kek cawan.
3. Puan Aina mengiklankan kek cawan yang dibuatnya dalam Internet untuk mempromosikan
kek cawan tersebut kepada orang ramai.
4. Kek cawan yang dibuat oleh Puan Aina mendapat sambutan hangat kerana rasanya sedap.
5. Puan Aina berjaya membuka sebuah kedai kek cawan kerana beliau gigih berusaha.

3
SULIT

PRAKTIS 9

1. Murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh cikgu Murad di dewan sekolah
dengan penuh minat.
2. Mereka menyertai Kuiz Pengguna untuk menguji kefahaman mereka tentang hak-hak
pengguna.
3. Taufik menuang air ke dalam gelas plastik dengan berhati-hati supaya tidak tumpah.
4. Syazana membeli nasi ayam di sebuah gerai kerana dia memang suka akan nasi ayam.
5. Nabila membantu Cikgu Nadia mengira jumlah wang yang diperoleh mereka untuk
mengetahui jumlah keuntungan mereka pada hari itu.

PRAKTIS 10

1. Kita hendaklah memimpin orang buta melintas jalan supaya dia dapat melintas jalan dengan
selamat.
2. Kita perlulah bangun untuk memberikan tempat duduk kita kepada wanita yang sarat
mengandung kerana wanita tersebut lebih memerlukannya.
3. Kita bolehlah memberikan buah rambutan kepada jiran kita untuk mengukuhkan semangat
kejiranan.
4. Kita hendaklah membantu kanak-kanak yang terjatuh dari basikal kerana bantu-membantu
amalan mulia.
5. Kita perlulah melawat rakan kita yang sakit di hospital untuk memelihara hubungan
persahabatan.

PRAKTIS 11

1. Kita perlulah mengulang kaji pelajaran dengan tekun kerana ibu bapa amat mengharapkan
kejayaan kita dalam pelajaran.
2. Kita hendaklah membantu ibu mengemas rumah untuk meringankan tugas beliau.
3. Kita hendaklah bersalam dan mencium tangan ibu bapa semasa hari raya kerana
menghormati ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak.
4. Kita haruslah menjaga ibu kita yang sakit kerana beliau banyak berkorban untuk kita.
5. Kita mestilah memberikan tumpuan terhadap ajaran guru di dalam kelas kerana ibu bapa
mendidik kita supaya menghormati guru.

PRAKTIS 12

1. Pak Cik Karim memesin rumput di kawasan tebing sungai itu supaya kawasan sungai itu
bersih.
2. Puan Maria mengutip sampah-sarap yang terdapat di situ lalu memasukkannya ke dalam
plastik sampah.
3. Khalid pula memasang papan tanda “ Cintai Sungai Kita” supaya dapat menanam rasa
tanggungjawab kepada pengunjung yang datang ke situ.
4. Salmah menanam pokok naugan ditepi sungai untuk menggelakkan hakisan dan
mencantikkan kawasan sungai.
5. Norman meletakkan tong sampah di tepi pondok santai bagi memudahkan pengunjung
membuang sampah.
4
SULIT

PRAKTIS 13

1. Murid-murid hadir ke sekolah untuk bergotong-royong membersihkan kawsan sekolah.


2. Mereka membawa alat-alatan seperti tong sampah, gunting, pongkes dan penyapu.
3. Dua orang murid lelaki ditugaskan untuk memotong rumput di tepi pagar.
4. Dua orang murid perempuan dan seorang guru ditugaskan menanam pokok bunga di
sekitar sekolah.
5. Dua orang murid lelaki memasukkan sampah yang dikutip ke dalam plastik sampah.

PRAKTIS 14

1. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah ke dalam sungai menyebabkan pencemaran
sungai.
2. Terdapat kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab membuang bahan-bahan kimia ke
dalam sungai.
3. Air sungai itu kelihatan kotor dan berbau busuk kerana terdapat banyak sampah.
4. Akibat pencemaran sungai, banyak hidupan di dalam sungai itu telah mati.
5. Kita perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar.

PRAKTIS 15

1. Permainan konda-kondi dimainkan dengan menggunakan dua batang kayu, iaitu satu
panjang dan satu lagi pendek.
2. Permainan tarik upih dimainkan oleh dua orang, seorang menjadi tukang tarik dan seorang
lagi duduk di atas upih.
3. Permainan ketingting memerlukan pemain melompat ke dalam semua petak dengan
sebelah kaki.
4. Permainan sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan.
5. Permainan batu seremban dimainkan secara individu atau berkumpulan dengan
menggunakan batu kecil atau guli.

PRAKTIS 16

1. Kita mestilah menggunakan lintasan belang semasa ingin melintas jalan.


2. Kita hendaklah berjalan di lorong pejalan kaki yang disediakan jika ada.
3. Jika tiada lorong pejalan kaki, kita hendaklah berjalan di tepi jalan dan menghadap lalu
lintas.
4. Pegang tangan orang yang lebih dewasa semasa melintas jalan.
5. Elakkan melintas di hadapan atau di belakang kenderaan yang sedang berhenti.

5
SULIT

PRAKTIS 17

1. Beberapa orang pengunjung melakukan senaman untuk menyihatkan tubuh badan.


2. Amalkan mengambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
untuk kesihatan badan kita.
3. Kita tidak digalakkan mengambil makanan yang manis seperti gula-gula dan aiskrim.
4. Kita perlu mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam dan tidur yang
berkualiti.
5. Kita hendaklah melakukan pemeriksaan kesihatan dengan berjumpa dengan doktor secara
berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

PRAKTIS 18

1. Kita digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan


2. Bagi individu yang kreatif, mereka boleh mengecat dinding ruamah mereka dengan warna
Jalur Gemilang.
3. Selain itu, kita juga boleh menghias kenderaan dengan meletakkan Jalur Gemilang.
4. Pada hari sambutan kemerdekaan diadakan, orang ramai boleh menonton acara perbarisan di
dataran.
5 Sekolah-sekolah juga mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan bulan
kemerdekaan.

PRAKTIS 19

1. Murid lelaki sedang menyusun meja supaya kelihatan kemas dan lurus.
2. Murid perempuan pula sedang menyapu meja dengan menggunakan bulu ayam.
3. Semua murid berdiri sambil mengucapkan terima kasih setelah cikgunya selesai mengajar.
4. Beberapa orang murid dan seorang guru melawat guru yang sedang sakit di hospital.
5. Seorang murid perempuan memberikan hadiah kepada gurunya sebagai tanda penghargaan.

PRAKTIS 20

1. Hari Kantin Sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar dengan acara melepaskan belon.
2. Seorang guru dibantu oleh dua orang murid menjual mi kari di gerai jualannya.
3. Beberapa orang murid sedang memilih majalah dan buku untuk dibeli kerana harganya
yang murah.
4. Beberapa orang murid sedang menonton televisyen di bilik tayangan sekolah.
5. Seorang guru dibantu oleh beberapa orang murid lelaki sedang menjual ais krim dan air oren
sempena hari kantin.
PRAKTIS 21

1. Seekor kucing sedang mengikuti Puan Salmah dan anaknya ketika balik daripada membeli-
belah di pasar.
2. Anak Puan Salmah mengambil anak kucing itu lalu mendukung haiwan tersebut dengan
kasih sayang.
3. Anak Puan Salmah memandikan kucing itu sementara emaknya menunggu untuk mengelap.
4. Anak Puan Salmah membelai anak kucing itu dengan perasaan sayang.
5. Dua ekor anak kucing itu telah diberi makan oleh anak Puan Salmah.

6
SULIT

PRAKTIS 22

1. Seorang murid lelaki dibantu oleh murid permpuan memotong bunga di hadapan kelasnya supaya
nampak cantik
2. Seorang murid lelaki sedang membuang sampah dengan menggunakan kereta sorong.
3. Tiga orang murid lelaki sedang mengecat mural di dinding sekolah.
4. Dua orang murid sedang mengelap tingkap supaya nampak bersih.
5. Beberapa orang murid perempuan sedang mengangkat barang dengan menggunakan bakul
dan beg plastik.

PRAKTIS 23

1. Sekolah Kebangsaan Tun Melati akan mengadakan Hari Sukan pada esok hari.
2. Murid-murid serta guru sibuk membuat persiapan sempena Hari Sukan tersebut.
3. Murid-murid diberi tugas seperti menggantung panji-panji dan menghias khemah pasukan
masing-masing.
4. Guru yang bertugas masih lagi membuat latihan terakhir bersama murid-murid yang terpilih
untuk bertanding esok.
5. Tukang kebun sekolah sedang memotong rumput dengan menggunakan mesin pemotong
rumput.

PRAKTIS 24

1. Penduduk kampung bergotong-royong membantu tuan rumah untuk mengadakan majlis


perkahwinan.
2. Encik Halim dan Encik Roslan memotong ayam dan daging untuk dimasak.
3. Beberapa orang penduduk wanita menyediakan bahan-bahan untuk memasak lauk dan
sayur.
4. Dua orang remaja menghidangkan makanan dan minuman untuk mereka yang sedang
memasak.
5. Pak Ismail dan Pak Karim mengacau nasi yang dimasak di dalam kawah.

7
SULIT

PENULISAN - 012

CONTOH JAWAPAN : BAHAGIAN B

PRAKTIS 1

Graf menunjukkan bilangan murid yang mengunjungi Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan
Taman Muhibah dari bulan Januari hingga Mac 2017.

Bilangan murid yang mengunjungi pusat sumber sekolah tersebut semakin meningkat pada
setiap bulan. Keadaan ini menggembirakan pihak sekolah kerana amalan membaca semakin subur
dalam kalangan murid. Antara faktor yang menyebabkan peningkatan jumlah murid ke pusat sumber
ialah murid-murid mula sedar tentang peri pentingnya pusat sumber sebagai gedung pengetahuan.
Selain itu, keadaan pusat sumber yang semakin ceria telah menarik minat murid-murid ke pusat
sumber.

Kesimpulannya, murid-murid perlulah kerap mengunjungi pusat sumber kerana terdapat


pelbagai bahan bacaan yang bermanfaat untuk mereka ke tempat tersebut.

PRAKTIS 2

Hujan lebat tanpa henti selama dua hari telah menyebabkan kawasan mula dinaiki air. Para
penduduk pula mula mengemas barang-barang yang penting untuk diselamatkan. Apabila air banjir
menenggelami rumah, mereka naik ke atas bumbung rumah sambil menunggu bot penyelamat datang
mengambil mereka. Semua penduduk yang terlibat dengan banjir telah dihantar ke pusat pemindahan
mangsa banjir seperti sekolah atau balai raya. Mereka perlu tinggal di situ sehingga banjir surut.
Pada masa yang sama, wakil rakyat dan badan bukan kerajaan memberikan bantuan kepada mangsa-
mangsa banjir bagi meringankan beban mereka. Setelah banjir surut, pada penduduk dibenarkan
pulang ke rumah masing-masing.

PRAKTIS 3

Gambar tersebut tentang piramid makanan sebagai panduan untuk kita mengambil makanan
secara sihat.

Kita perlulah mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dalam kuantiti yang paling
banyak agar kita bertenaga. Seterusnya, kita hendaklah makan buah-buahan dan sayur-sayuran
dalam kuantiti yang banyak kerana dapat membekalkan vitamin C kepada kita. Selain itu, kita
sewajarnya mengambil makanan yang mengandungi protein secara sederhana agar badan kita
membesar dengan sempurna. Akhir sekali, kita haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang
mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula supaya kita tidak dijangkiti penyakit.

Kesimpulannya, jumlah makanan yang kita ambil hendaklah berasaskan piramid makanan
supaya kita sihat sepanjang hayat.

8
SULIT

PRAKTIS 4

Gambar tersebut berkaitan dengan pameran keselamatan jalan raya yang akan diadakan pada
hari Sabtu, 22 April 2017. Pameran yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu
bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Seri Setia.

Pameran itu diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang kepentingan menjaga


keselamatan diri semasa berada di jalan raya. Seterusnya, pameran itu juga bertujuan untuk
mendidik murid-murid supaya mematuhi peraturan lalu lintas agar mereka sentiasa selamat. Selain
itu, pameran tersebut diharapkan dapat memberikan pendedahan tentang lampu isyarat lalu lintas
kepada murid-murid kerana terdapat ramai kalangan murid-murid yang tidak memahami isyarat
tersebut.

Kesimpulannya, pameran itu wajar diadakan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
yang membabitkan murid sekolah.

PRAKTIS 5

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang berasal dari negara kita. Antara contoh bauh
tempatan termasuklah ciku, tembikai, belimbing, dan nanas.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tersebut baik untuk
kesihatan. Selain itu, buah-buahan tempatan masih segar kerana baru dipetik dari ladang.
Seterusnya, kita perlu makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah didapati
terutamanya pada musim buah-buahan. Harga buah-buahan tempatan lebih murah berbanding dengan
harga buah-buahan yang diimport. Oleh itu, kita dapat menjimatkan perbelanjaan seharian.

Kesimpulannya, jadikan bauh-buahan tempatan sebagai pilihan utama kerana buah-buahan


tempatan memang terjamin kualitinya.

PRAKTIS 6

Slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia” sering kita dengar. Barangan buatan Malaysia ialah
barang-barang yang dihasilkan di dalam negara.

Antara kebaikan membeli barangan buatan Malaysia termasuklah kita dapat menjimatkan
perbelanjaan keluarga kerana harga barangan buatan Malaysia lebih murah berbanding dengan
barangan import. Selain itu, kita dapat menyemaikan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
Malaysia dengan menyokong produk keluaran tempatan. Seterusnya, kita dapat memajukan industri
tempatan supaya taraf hidup masyarakat setempat meningkat. Satu lagi kebaikannya ialah kita dapat
meningkatkan imej negara supaya dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

Kesimpulannya, belilah barangan buatan Malaysia yang menjadi kebanggaan kita bersama.

9
SULIT

PRAKTIS 7

Negara kita terkenal di seluruh dunia kerana mempunyai pelbagai keistemewaan. Antara
keistimewaan tersebut ialah rakyat di negara kita terdiri daripada berbilang bangsa seperti Melayu,
Cina, India, Kadazan, dan Iban. Walaupun terdiri daripada berbilang bangsa, kita dapat hidup dalam
suasana yang aman dan harmoni kerana saling menghormati. Seterusnya, negara kita mempunyai
pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Satu lagi keistimewaan negara
kita ialah kedudukannya yang strategik mendorong perkembangan industri pelancongan dan
perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya, negara kita memang istimewa. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan sebagai
rakyat Malaysia.

PRAKTIS 8

Pertandingan reka cipta akan diadakan pada hari Sabtu, 8 Jualai 2017. Pertandingan
tersebut akan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari.

Antara syarat pertandingan itu termasuklah pertandingan tersebut terbuka kepada murid-
murid tahun empat, tahun lima, dan tahun enam kerana mereka perlu diberi peluang untuk mengasah
bakat dalam bidang reka cipta. Selain itu, penyertaan mestilah secara berkumpulan agar murid-murid
dapat berkongsi idea untuk menghasilkan ciptaan mereka. Akhir sekali, ciptaan mestilah
menggunakan bahan terbuang supaya jumlah sampah dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, pertandingan ini banyak membawa kebaikan kepada murid-murid. Murid-murid


dapat menunjukkan kreativiti mereka menerusi pertandingan ini.

PRAKTIS 9

Rajah tersebut tentang kebaikan menyertai Kelab Reka Cipta dan Inovasi kepada kita. Kita
dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan kerana banyak maklumat tentang bidang reka cipta akan
didedahkan kepada kita.

Seterusnya, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah kerana masa kita
tidak terbuang begitu sahaja. Selain itu, kita dapat menjanakan minda yang kreatif dengan
menghasilkan sesuatu ciptaan. Akhir sekali, kita dapat menyemaikan semangat kerjasama kerana
aktiviti-aktiviti yang dijalankan memerlukan kerjasama daripada semua anggota kelab.

Kesimpulannya, kita wajar menyertai Kelab Reka Cipta dan Inovasi di sekolah. Penyertaan
dalam kelab tersebut banyak membawa kebaikan kepada kita.

10
SULIT

PRAKTIS 10

Karnival Jom Membaca akan diadakan pada 18 hingga 20 Mac 2017. Karnival yang bermula
pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang itu bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut. Antaranya termasuklah
jualan buku terbaharu keluaran pelbagai syarikat. Seterusnya, kuanter peminjaman dan pemulangan
buku disediakan untuk kemudahan orang ramai. Selain itu, kempen keahlian turut diadakan untuk
menggalakkan orang ramai menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia. Satu lagi aktiviti yang
diadakan ialah kempen derma bahan bacaan terpakai supaya bahan bacaan tersebut dapat
dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kesimpulannya, Karnival Jom Membaca memang wajar diadakan untuk menyemaikan minat
membaca dalam kalangan masyarakat.

PRAKTIS 11

Antara punca-punca berlakunya stress dalam kalangan murid sekolah kerana keadaan
persekitaran yang tidak selesa. Selain itu, punca stres juga disebabkan oleh keadaan latar belakang
keluarga yang miskin dan tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.

Selain itu, keadaan rumah yang tidak selesa juga menjadi punca berlakunya stres kepada
penghuni terutama anak muda. Golongan ini hanya mampu memiliki rumah kecil sahaja tetapi penghuni
yang ramai. Di samping itu, punca stres juga disebabkan oleh masalah dalaman keluarga contohnya ibu
dan bapa selalu bergaduh.

Kesimpulannya, stres dalam kalangan murid sekolah perlulah diatasi secara bersama antara
keluarga dan juga pihak sekolah supaya dapat melahirkan generasi yang cemerlang.

PRAKTIS 12

Sebelum membeli sesuatu barang, kita haruslah memahami panduan membeli bahan-bahan
makanan. Perkara utama yang perlu ada adalah senarai barang yang hendak dibeli. Sebagai orang
islam, kita haruslah membeli barang yang mempunyai tanda halal. Pastikan barang yang berbungkus
seperti tin, kotak, atau botol masih dalam keadaan elok. Jika bungkusan tersebut koyak, kemek, atau
keadaan yang tidak elok elakkan membeli barangan tersebut.

Barang yang hendak dibeli juga mestilah mempunyai label mkanan seperti tarikh luput.
Makanan juga perlulah yang berkhasiat. Selain itu, makanan yang hendak dibeli juga mestilah
selamat dan boleh dimakan. Elakkan membeli makanan yang telah luput tarikhnya kerana boleh
memudaratkan kesihatan kita.

11
SULIT

PRAKTIS 13

Murid-murid tahap dua diwajibkan untuk menyertai kelab uniform sekolah. Di sekolah saya
terdapat lima badan beruniform seperti Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Persatuan
Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri Islam dan Pandu Puteri Tunas. Secara perbandingan, Pandu Puteri
Tunas mempunyi ahli yang paling ramai iaitu 28 % daripada bilangan murid keseluruhan. Kemudian,
diikuti oleh pengakap dan PBSM seramai 20%.

Murid-murid yang menyertai TKRS seramai 18 % manakala Puteri Islam 14 %. Analisis ini
menunjukkan bahawa murid perempuan lebih suka menyertai Pandu Puteri Tunas berbanding dengan
Puteri Islam. Selain itu, faktor guru penasihat yang aktif dan rajin menjadi penyebab murid-murid
perempuan memilih untuk menyertai Pandu Puteri Tunas.

Kesimpualannya, dengan menyertai badan uniform sekolah dapat melatih murid menjadi lebih
aktif dan berdisiplin.

PRAKTIS 14

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat dan kebaikannya. Buah betik, belimbing,
jambu batu, limau , nanas kaya dengan vitamin C dan kebaikannya boleh meningkatkan sistem
ketahanan badan daripada dijangkiti penyakit yang berjangkit. Selain itu, bijirin, kekacang, susu,
daging, dan keju pula mempunyai vitamin D bagi menjaga ketahanan gigi dan tulang.

Di samping itu,sayur sawi, kalian, cekur manis, lobak pula mengandungi vitamin A. Fungsi
vitamin A dapat menjaga kesihatan mata dan kulit kita. Manakala sayur-sayuran, ulam-ulaman,
kekacang,dan bijirin pula boleh menurunkan kadar kandungan kolestrol dalam darah serta
mempercepatkan penyerapan makanan dalam darah.

Kesimpulannya, pemakanan yang sihat amat penting dalam kehidupan kita bagi menjamin
kesihatan yang baik.

PRAKTIS 15

Kebersihan di kawasan sekolah perlu diberi perhatian untuk mewujudkan sekolah yang
bersih. Antara langkah yang boleh dilakukan adalah mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan sekolah. Murid-murid juga diingatkan supaya membuang sampah di tempat yang disediakan
seperti tong sampah.

Dalam hal ini, guru-guru dan pengawas perlu memainkan peranan untuk menegur murid-murid
yang masih membuang sampah di merata-rata tempat. Kempen kebersihan juga perlulah giat diadakan
untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya amalan menjaga kebersihan.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan dapat menjamin kesihatan diri kita dan murid-murid
dapat belajar dalam keadaan selesa.

12
SULIT

PRAKTIS 16

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara


berkumpulan dan mempunyai tujuan kebaikan tertentu.. Antara aktiviti khidmat masyarakat yang
boleh diadakan ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah bersama-sama warga
sekolah.

Selain itu, pemberian sumbangan seperti pakaian, wang, buku, atau alat tulis kepada murid-
murid yang memerlukannya boleh dilakukan. Aktiviti lain adalah dengan mengadakan kempen dan kitar
semula untuk menjga alam sekitar. Lawatan ke rumah anak-anak yatim juga merupakan aktiviti yang
sering diadakan untuk menunjukkan rasa simpati.

Kita sebagai warganegara yang berwawasan haruslah mempunyai sikap tolong menolong antara
satu sama lain dan digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat yang berfaedah.

PRAKTIS 17

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai
tabiat ini sebagai hobi akan memperoleh banyak kelebihan dan manfaat.

Dengan membaca, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah.Masa yang terlaung akan diisi dengan membaca. Selain itu, kita akan sentiasa mengetahui
hal semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara. Membaca juga boleh dijadikan sebagai
persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan. Amalan membaca juga boleh menambahkan kosa kata.
Kosa kata yang meluas dapat membantu kita berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Kesimpulannya, membaca merupakan suatu hobi yang amat menguntungkan. Kita harus
memupuk minat membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “Membaca Jambatan Ilmu”.

PRAKTIS 18

Rajah menunjukkan langkah-langkah menjaga keindahan tepi pantai. Antara langkah yang
boleh kita lakukan adalah dengan menjalankan aktiviti mengutip sampah, kayu, dan benda asing yang
dibawa ombak ke tepi pantai.

Selain itu, Majlis Perbandaran Daerah perlulah menyelenggara pondok rehat yang telah
rosak. Papan tanda perlulah dinaikkan bagi mengingatkan pengunjung untuk menjaga kebersihan
pantai bersama-sama. Tong-tong sampah juga mestilah disediakan secukupnya bagi menampung
pembuangan sampah terutamanya pada musim cuti sekolah.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama menjaga keindahan tepi pantai.

13
SULIT

PRAKTIS 19

Poster Kempen Menjaga Alam Sekitar ini memberikan panduan tentang cara menggunakan
tong sampah kitar semula.

Kita haruslah kenali dan ketahui warna serta fungsi setiap tong sampah tersebut. Contohnya
tong berwarna biru untuk bahan buangan berasaskan kertas. Manakala, tong berwarna coklat pula
untuk bahan buangan berasaskan kaca dan tong berwarna jingga untuk bahan buangan tin, aluminium
dan plastik. Poster tersebut juga menggalakkan kita semua agar mengamalkan budaya mengitar
semula bahan-bahan buangan sebagai langkah penjimatan.

Oleh itu, masyarakat perlu mengamalkan kitar semula kerana memberi manfaat kepada
manusia dan alam sekitar.

PRAKTIS 20

Warisan seni budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Kepentingan mengekalkan


warisan penting kerana dapat menjana ekonomi negara melalui kedatangan pelancong untuk melihat
keunikan seni budaya di Malaysia.

Selain itu, warisan ini juga hendaklah dipelihara supaya dapat mewariskannya kepada generasi
muda. Jati diri bangsa juga dapat dibentuk melalui pengekalan seni budaya ini. Seni budaya juga
dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Semangat patriotisme akan lahir
apabila kita dapat merasai semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan
tanah air yang tercinta.

PRAKTIS 21

Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Antara faedah menabung adalah dapat
mengamalkan sikat berjimat cermat. Apabila menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang
simpanan ini boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Menabung juga dapat
membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu boleh digunakan untuk
mendapatkan rawatan. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan
wang di dalam bank, kita akan mendapat dividen daripada bank.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia dan banyak manfaatnya. Oleh kita, kita
haruslah menabung untuk kesenangan kita di masa depan.

PRAKTIS 22

Cara-cara yang boleh diambil untuk menyayangi bumi adalah melalui penanaman pokok di
sekeliling kita. Hal ini dapat memberikan udara yang bersih dan segar kepada kita semua. Penanaman
pokok dapat mencantikkan alam sekitar dan mengembalikan semula kehijauan sessuatu tempat. Selain
itu, kita boleh mengamalkan kitar semula di rumah mahupun di sekolah. Melalui amalan ini kita dapat
menjaga kebersihan alam sekitar. Cara yang lain adalah dengan mengelakkan pencemaran alam
sekitar, iaitu tidak membuang sampah di merata-rata dan melakukan pembakaran terbuka. Kita juga
perlu menghentikan penebabgan pokok secara berleluasa kerana pokok membebaskan oksigen untuk
kita bernafas.Kesimpulannya kita haruslah menjaga dan menyayangi bumi .

14
SULIT

PRAKTIS 23

Peta bualatan ini menunjukkan ciri-ciri penguasaha yang Berjaya dan berwawasan. Antara
ciri-ciri penguasaha berwawasan termasuklan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan dalam bidang perniagaan. Ciri yang kedua ialah mempunyai idea yang bernas untuk
memajukan perniagaan yang diceburi. Manakala ciri yang ketiga pula penguasaha berwawasan berani
mengambil risiko sama ada mendapat keuntungan atau kerugian. Seterusnya, bijak merebut peluang
yang terhidang di depan mata. Ciri yang terakhir ialah seorang pengusaha yang berwawasan haruslah
bersikap jujur semasa berurus niaga dengan para pelanggan.

PRAKTIS 25

Poster ini menunjukkan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan
masalah jerebu. Penutup muka hendaklah sentiasa dipakai sekiranya terpaksa keluar rumah. Basuhlah
muka dan tangan setiap kali selesai melakukan kerja-kerja di luar rumah. Selain itu, udara di dalam
rumah harus dipastikan sentiasa bersih. Air kosong juga perlu diminum dalam jumlah yang banyak.
Aktiviti yang dilakukan di luar rumah perlu dikurangkan dan sentiasa berada di dalam bangunan yang
bertutup.Akhir sekali, gunakanlah penghawa dingin apabila memandu kenderaan.

15
SULIT

CONTOH JAWAPAN : BAHAGIAN C

PRAKTIS 1

Hari - tarikh

Kami bertolak ke Pulau Langkawi - kapal terbang - sampai, kami menaiki teksi untuk ke hotel
penginapan - pelbagai kemudahan

Hari - tarikh

Kami dibawa ke Taman Lagenda - pelbagai replika - peristiwa bersejarah di Pulau Langkawi- menaiki
bot - Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

Pengalaman menjelajah pulau-pulau - menyeronokkkan

Hari - tarikh

Ke Telaga Tujuh, Beras Terbakar - Makam Mahsuri - membeli pelbagai cenderamata - kami ke tanah
tinggi menaiki kereta kabel. Pengalaman menaiki kereta kabel agak menakutkan bagi saya yang
pertama kali menaikinya - namun seronok dan teruja

Hari - tarikh

ke Pekan Kuah - membeli pelbagai barangan - pinggan mangkuk, minyak wangi - tidak melepaskan
peluang membeli - pelbagai jenis coklat - kawan-kawan

Kami bertolak pulang - pengalaman - kapal terbang - akan datang lagi

PRAKTIS 2

Pendahuluan :

- cuti sekolah yang lalu , Sabtu, tarikh berkelah, masa bertolak

Isi-isi penting :

- nama tempat berkelah, di sebuah negeri, keadaan tempat berkelah


- dengan siapa - ibu, bapa, ahli keluarga
- bersantai , hiburkan hati, lihat keindahan
- pelbagai aktiviti - mandi-manda , bina istana pasir dan sebagainya

Penutup :

- sangat seronok
- ingin datang lagi

16
SULIT

PRAKTIS 3

Pendahuluan

Gedung ilmu - semua sekolah ada perpustakaan - terdapat pelbagai jenis - bahan bacaan - boleh
dipinjam - kad pinjaman - dua minggu - pulangkan

Isi 1 :

meningkatkan ilmu - pengetahuan bertambah - membaca dengan tenang dan selesa - suasana sunyi,
bersih - berhawa dingin.

Isi 2 :

tidak membuang masa , bermain - melatih berdisiplin, berada di perpustakaan tidak berbuat bising -
menepati mas, memulangkan buku tepat pada masanya.

Isi 3 :

membuat ulang kaji, peperiksaan semakin hampir - banyak buku rujukan , latihan - boleh diguna,
dipinjam

Isi 4 :

membantu murid miskin - tidak mampu , buku latihan dan rujukan - harga mahal

Penutup :

memberi kemudahan - mengelak pembaziran masa - menyemai ninai-nilai murni- memberi ilmu

PRAKTIS 4

Pendahuluan :

Wanita yang melahirkan - kesusahan sepanjang 9 bulan mengandung -- mengasuh dan mendidik -
kasih tiada batas

Isi 1 :

Wanita bekerja, tidak pernah abai tanggungjawab - awal pagi memasak, menyiapkan semua
kelengkapan - hantar ke sekolah

Isi 2 :

Pulang kerja, tidak berehat - mencuci pakaian, mengemas rumah - menanda buku murid - memastikan
kerja rumah siap

Isi 3 :

Jatuh sakit, kanser rahim - tidak pernah sakit sebelumnya -- hayat tidak lama - meninggal dunia--
rasa kesunyian dan kehilangan

17
SULIT

Isi 4 :

Perubahan hidup berlaku - ayah ambil alih tugas ibu - rindu masakan, layanan - terpaksa berdikari

Penutup :

Tiada ganti, istimewa - kasih berpanjangan - walaupun sudah tiada - akan tetap mengingati, akhir
hayat

PRAKTIS 5

Tiba-tiba, aku terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi dentuman guruh. Di luar jendela hujan
lebat masih lagi turun. Sesekali angin rebut bertiup kencang. Ketika bangun daripada katil, baru aku
sedari air sudah mencecah paras lutut.

Tanpa berlengah lagi, aku mengejutkan ayah dan ibu. Kami kemudian berlari ke tingkat atas
untuk menyelamatkan diri. Ayah dan ibu berusaha menyelamatkan dokumen-dokumen penting. Kami
memunggah barang-barang dalam keadaan tergesa-gesa.

Selepas menunggu hampir 30 minit, sebuah bot penyelamat tiba. Kami segera menaiki sampan
pasukan penyelamat untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat. Pada malam itu, kami sekeluarga
menumpang di dewan sekolah. Kami diberi bantuan makanan dan minuman. Sepanjang malam, aku
berharap agar hujan akan segera reda.

Keesokan paginya, terdengar pengumuman bahawa air di kawasan rumah kami semakin surut.
Aku tidak sabar untuk pulang ke rumah dan membersihkan rumah.

PRAKTIS 6

No 114, Jalan Dwitasik 2,


Taman Megah,
43200 Cheras,
Kula Lumpur
15 November 2017

Ke hadapan Farhana,

Apa khabar saudari ? Saya harap saudari berada dalam keadaan sihat bersama keluarga yang
tersayang.

Semalam saya membaca artikel tentang faedah menabung. Saya ingin kongsikan maklumat yang
saya peroleh daripada artikel tersebut bersama saudari.

Antara faedah menabung ialah duit yang disimpan boleh digunakan semasa waktu kecemasan
seperti sakit atau kemalangan. Selain itu, duit yang disimpan juga boleh digunakan untuk pendidikan
masa hadapan.

18
SULIT

Kita juga dapat membantu meringankan beban ibu bapa di samping berkemampuan membeli
barang yang diingini dengan duit sendiri. Duit yang disimpan juga boleh digunakan untuk
menambahkan simpanan di bank.

Saya sudah mula menabung dan berharap saudari akan melakukan perkara yang sama. Sekian
sahaja dari saya. Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

Aba

PRAKTIS 7

Alam sekitar adalah anugerah yang mesti kita hargai. Kebersihan alam sekitar dapat membantu kita
untuk menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni. Kita juga dapat menghirup udara yang segar
apabila alam sekitar bersih.

Sekiranya alam sekitar tercemar, kita akan berasa tidak selesa dan terdedah dengan pelbagai
penyakit seperti kolera dan denggi. Ada pelbagai cara untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih,
antaranya mengadakan kempen kebersihan secara bergotong-royong

Pihak kerajaan juga hendaklah terlibat dalam kebersihan alam sekitar seperti mengadakan
kempen dan iklan. Selain itu, ketatkan undang-undng dengan mendenda pesalah yang membuang
sampah di merata-rata tempat.

Alam sekitar yang bersih dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kedatangan para
pelancong negara luar. Walaupun segala masalah pembuangan sampah ini tidak dapat diatasi sekali
gus tetapi boleh dikurangkan melalui kerjasama semua pihak.

Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Kita mestilah peka akan kebersihan
alam sekitar. Oleh itu, tanamkanlah sifat menjaga kebersihan dalam diri masing-masing.

PRAKTIS 8

Aku sebuah komputer riba yang berjenama Exia. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer yang
terletak di Johor Bahru. Aku berbentuk segi empat dan berwarna putih.

Selepas siap dibuat, aku dimasukkan ke dalam kotak. Aku dan rakan-rakan dihantar ke sebuah
kedai komputer di Perak. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Hargaku RM 3000. Aku berkenalan
dengan rakan-rakan yang berjenama lain.

Pada suatu hari, seorang lelaki berkunjung ke kedai komputer tersebut. Dia ingin membeli
komputer untuk isterinya sebagai hadiah hari lahir. Isterinya seorang guru. Selepas mendengar
penerangan daripada jurujual, dia tertarik dengan keistimewaan aku. Aku dibeli dan dibawa pulang ke
rumah.

19
SULIT

Tuan aku bernama Cikgu Haryati. Dia seorang guru yang rajin dan bertanggungjawab. Tuan aku
menggunakan aku untuk melayari Internet, membuat tugasan sekolah dan mencari nota-nota dalam
talian. Cikgu Haryati menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Setiap kali selepas
menggunakan aku, dia akan memasukkan aku ke dalam beg.

Aku bersyukur mempunyai tuan yang menghargai perkhidmatan aku .Aku berjanji akan terus
berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.

PRAKTIS 9

Pendahuluan :

- hubungan kekeluargaan yang akrab dapat menjamin kebahagiaan - terdapat pelbagai cara
untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan

Isi -isi Penting :

a) makan bersama-sama - semua anggota keluarga digalakkan makan bersama-sama - sambil


menikmati hidangan, anggota keluarga dapat berbual dan bergurau senda

b) menemani anggota keluarga belajar - selain ibu bapa, kakak atau abang yang sudah besar - boleh
menemani adik-adik belajar - membantu adik-adik dalam pelajaran

c) meraikan hari-hari istimewa bersama-sama keluarga - contohnya Hari Ibu, Hari Bapa. hari ulang
tahun perkahwinan ibu bapa dan hari kelahiran anak-anak - anggota keluarga yang diraikan pada hari-
hari istimewa tersebut akan berasa lebih dihargai

d) meluangkan masa untuk bercuti - ibu bapa boleh membawa anak-anak ke tempat-tempat yang
menarik di negara kita untuk bercuti - merehatkan minda sambil mengisi masa yang berkualiti
bersama-sama keluarga

Penutup :

keluarga yang bahagia idaman setiap insan - keluarga yang bahagia melahirkan masyarakat yang
berakhlak mulia.

20
SULIT

PRAKTIS 10

Pada zaman globalisasi ini, Internet digunakan oleh semua kelompok masyarakat. Murid-murid tidak
ketinggalan juga dalam menjadi pengguna setia Internet. Murid-murid melayari Internet dengan
pelbagai tujuan. Internet banyak membawa kebaikan kepada murid-murid.

Internet membolehkan murid-murid memperoleh pelbagai maklumat dengan cepat dan mudah.
Murid-murid boleh menggunakan enjin carian “google” dan “ yahoo”. Dengan menaip tajuk yang
dikehendaki, enjian carian akan mencadangkan beberapa laman sesawang yang membincangkan tajuk
berkenaan. Oleh itu, murid-murid tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke perpustakaan.

Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Hal ini demikian
kerana kebanyakan laman sesawang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa
Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan di dunia. Untuk berjaya dalam apa-apa
bidang, murid-murid perlu menguasai bahasa ini dengan baik.

Seterusnya, Internet dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh murid-murid. Setelah
penat menelaah pelajaran di sekolah, mereka boleh bermain permainan video di rumah. Dengan itu,
fikiran mereka akan menjadi lapang. Mereka akan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran
apabila kembali ke sekolah pada hari esok.

Satu lagi kebaikan Internet ialah murid-murid dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu.
Hal ini memungkinkan mereka berkongsi pengalaman, bertukar-tukar pendapat, dan mengulang kaji
pelajaran bersama-sama. Hasilnya murid yang memiliki sifat yang baik seperti peramah, berani
mengemukakan pendapat, dan suka membantu rakan-rakan dapat dilahirkan.

Kesimpulannya, kebaikan Internet kepada murid-murid memang tidak dapat disangkal. Murid-
murid perlulah menggunakan kemudahan Internet dengan sebaik mungkin. Penyalahgunaan Internet
hanya memudaratkan diri sendiri.

PRAKTIS 11

Laporan Minggu Alam Sekitar

Pada 10 hingga 16 Julai 2017, Minggu Alam Sekitar telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman
Muhibah. Program tersebut bertujuan untuk mendidik murid-murid agar menjaga kebersihan alam
sekitar.

Minggu Alam Sekitar dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Muhibah, iaitu
Puan Norhayati binti Kamal. Dalam ucapannya, beliau menasihati murid-murid agar menghargai alam
sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Alam Sekitar termasuklah aktiviti gotong-
royong membersihkan kawasan sekolah. Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersama-
sama meyapu sampah, mengutip sampah, mencuci longkang, dan menanam pokok bunga.

Selain itu , Kuiz Alam Sekitar turut diadakan. Johan kuiz tersebut ialah Nur Hana Aqilah dari
kelas Tahun Enam Bestari. Dia menerima hadiah berupa kamus dan alat tulis.

21
SULIT

Naib johan pula disandang oleh Afiq Hamidi dari kelas Lima Wawasan. Dia menerima hadiah berupa
buku cerita dan alat tulis.

Minggu Alam Sekitar diakhiri dengan persembahan lakonan oleh murid-murid tahun empat.
Murid-murid yang mengambil bahagian dalam persembahan tersebut melakonkan watak singa,
monyet, gajah, pelanduk, dan burung. Haiwan-haiwan tersebut hampir mati kerana terminum air
sungai yang tercemar.

Secara keseluruhannya, Minggu Alam Sekitar berjaya mencapai matlamatnya.Murid-murid


dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan daripada program tersebut.

Laporan disediakan oleh, 19 JULAI 2017

( KHADIJAH Halim )

Setiausaha,
Kelab Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Taman Muhibah

PRAKTIS 12

Ibu bapa banyak berjasa kepada kita . Ibu rela bergadai nyawa untuk melahirkan kita ke dunia. Bapa
pula bekerja keras untuk mencari rezeki. Beliau membeli segala keperluan kita sejak kecil lagi .
Sebagai anak, kita perlulah membalas jasa ibu bapa.

Antara cara yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa ibu bapa termasuklah kita mesti
sentiasa menghormati mereka. Gunakanlah bahasa yang baik-baik apabila bercakap dengan mereka.

Seterusnya, kita perlulah belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan kita dapat menggembirakan


ibu bapa. Setiap ibu bapa pastinya mengharapkan kejayaan anak-anak dalam pelajaran kerana
pelajaran dapat menentukan masa depan seseorang.

Kita perlulah membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah,
menjemur pakaian, dan mencuci pinggan mangkuk juga. Hal ini dapat meringankan beban mereka

Selain itu, kita perlulah menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua dan uzur. Ibu bapa yang
sudah tua dan uzur amat memerlukan perhatian kita. Jagalah ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
Janganlah bersikap bagai kacang melupakan kulit.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Balaslah jasa ibu
bapa walau dengan apa-apa cara sekalipun

22
SULIT

PRAKTIS 13

Pendahuluan :

warga sekolah - bertanggungjawab - kebersihan persekitaran sekolah - sentiasa terjaga

Isi 1 ;
murid digalakkan menjaga - kebersihan dan keceriaan - wujudkan pemandangan indah - sedap mata
memandang
Isi 2 :
menjamin kesihatan warga sekolah - mengelakkan sebarang penyakit - memastikan persekitaran
sekolah - bebas - penyakit
Isi 3 :
bersihkan tempat takungan air - langkah penjagaan kebersihan - elakkan pembiakan nyamuk Aedes
- deman denggi
Isi 4 :
kebersihan - wujudkan suasana - pembelajaran - sihat - pupuk sikap tanggungjawab - didik warga
sekolah - amalan kebersihan
Penutup :
warga sekolah - perlu bekerjasama - wujudkan persekitaran - sihat

23

Anda mungkin juga menyukai