Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN MODUL PENULISAN BM BAHAGIAN A TAHUN 5

 LATIHAN 1
1)  Kita hendaklah menziarahi saudara-mara terutamanya pada musim perayaan.
2)  Kita boleh mengadakan sambutan hari keluarga untuk mengeratkan hubungan
sesama anggota keluarga.
3)  Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka bercuti pada musim cuti sekolah.
4)  Setiap keluarga boleh mengisi masa lapang dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong membersihkan kawasan rumah.
5)  Kita hendaklah menelefon ubu bapa kita untuk bertanyakan khabar mereka
ketika duduk berjauhan dengan mereka.

 LATIHAN 2
1) Abang bersukan pada waktu petang untuk menjaga kesihatannya.
2) Alia sentiasa makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
3) Encik Ajmeer membuat pemeriksaan kesihatan di klinik untuk menjaga
kesihatan.
4) Izzul tidur antara tujuh hingga lapan jam pada setiap malam supaya segar
dan cergas.
5) Adira menjaga kebersihan di luar rumahnya supaya haiwan pembawa penyakit
tidak membiak.

 LATIHAN 3
1) Kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran di rumah.
2) Kita hendaklah bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu pelajaran.
3) Kita hendaklah tidur awal supaya mendapat rehat yang cukup.
4) Kita hendaklah bangun awal kerana badan leibh cergas pada waktu pagi.
5) Kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat supaya badan sihat dan kita
dapat belajar dengan baik.

LATIHAN 4
1) Murid-murid beratur di luar kelas masing-masing apabila loceng kecemasan
dibunyikan.
2) Murid-murid berbaris menuju ke padang semasa latihan kebakaran.
3) Anggota-anggota bomba membuat demonstrasi memadamkan kebakaran di
hadapan murid-murid.
4) Murid-murid melihat cara-cara memadamkan kebakaran dengan khusyuknya.
5) Guru-guru mengawasi murid-murid agar tidak mendekati api yang sedang
marak.

1
LATIHAN 5
1) Seorang perempuan dan seorang lelaki sedang bermain permainan congkak.
2) Dua orang lelaki sedang beradu tenaga dalam pertandingan kukur kelapa.
3) Beberapa orang penduduk sedang bertanding dalam permainan tarik tali.
4) Tiga orang lelaki bermain permainan gasing di gelanggang yang disediakan.
5) Penduduk Taman Perpaduan saling bekerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan.

 LATIHAN 6
1) Beberapa orang penduduk berbual-bual dengan mesra di pusat pemindahan
banjir.
2) Beberapa orang sukarelawan mengagih-agihkan makanan kepada mangsa-
mangsa banjir.
3) Kaum wanita memasak makanan bersama-sama di ruang dapur yang
disediakan.
4) Beberapa orang kanak-kanak bermain air di luar dewan semasa banjir.
5) Mak Cik Lam menidurkan anaknya di dalam buaian di pusat pemindahan banjir.

LATIHAN 7
1) Murid-murid beratur menuruni bas untuk melawat Muzium Budaya.
2) Cikgu Siti mengawasi murid-murid semasa mereka turun dari bas supaya
tidak terjatuh.
3) Meng Zi mencatat sesuatu tentang alat muzik di dalam buku notanya.
4) Wei Kang bertanya tentang pipa yang dilihatnya kepada Cikgu Chong.
5) Cikgu Lisa menerangkan cara bermain tamborin kepada murid-murid.

 LATIHAN 8
1)  Ibu bapa Ahmad sedang bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir di
hadapan rumah.
2)  Beberapa orang tetamu yang berlainan bangsa sedang menikmati hidangan
sambil berbual-bual dengan mesranya.
3)  Seorang pemuda sedang membakar sate ayam dan daging di tepi khemah
untuk para tetamu yang hadir.
4) Beberapa orang kanak-kanak bermain bunga api dengan gembiranya.
5) Ahmad menjemput kawan-kawannya yang berlainan bangsa untuk menikmati
pelbagai kuih raya yang dibeli oleh ibunya.

Anda mungkin juga menyukai