Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 7 – PENYUNTINGAN

Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam setiap ayat di bawah.

1. Buku-buku rujukan kakak saya tebal-tebal.


2. Hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan.
3. Syafiq akan menyimpan lebihan wang poketnya dalam tabung.
4. Di hari yang mulia ini, kita perlulah saling bermaafan.
5. Kita hendaklah sentiasa berdoa agar supaya negara kita bebas daripada wabak ini
segera.
6. Rumusan membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa untuk menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kesukarelawanan.
7. Laporan kesihatan itu jururawat itu sediakan dengan bantuan rakan-rakannya.
8. Kuiz Bahasa Melayu edisi peribahasa itu dijalankan selama satu setengah jam.
9. Lapan orang atlet-atlet negara telah berkumpul di dewan untuk acara pembukaan
Sukan Olimpik Tokyo.
10. Warna kegemaran Taufik adalah warna hijau.
11. Oleh kerana terlalu lapar, Hazimi memesan dua pinggan kuetiau goreng.
12. Proses pembelajaran pada zaman ini dijalankan secara atas talian akibat penularan
wabak COVID-19 yang melanda dunia.
13. Badrul menonton lagi filem itu kerana jalan ceritanya menarik.
14. Daniel menyalin semula petikan itu dengan menggunakan tulisan jawi.
15. Ibu menggoreng sepuluh ekor ayam goreng sebagai juadah utama berbuka puasa.

BAHAN CIKGU EZAR | WHATSAPP: 017-5811005 | TELEGRAM: @bankilmubm 1


PANDUAN PENSKORAN

1. buku-buku – buku ATAU tebal-tebal – tebal (TIP: apabila kata nama digandakan,
kata adjektif tidak perlu digandakan/ apabila kata adjektif digandakan, kata nama
tidak perlu digandakan)
2. gunakan sama ada hanya ATAU sahaja (salah satu, bukan kedua-duanya)
3. dalam tabung – di dalam tabung
4. di – pada
5. agar supaya – agar ATAU supaya
6. membincangkan tentang langkah-langkah – membincangkan langkah-langkah
7. jururawat itu sediakan – disediakan oleh jururawat itu
8. satu setengah jam – satu jam setengah (TIP: dalam bahasa Melayu, pecahan di
belakang frasa manakala dalam matematik, pecahan di tengah seperti 1½ jam)
9. lapan orang atlet-atlet – lapan orang atlet
10. adalah – ialah
11. oleh kerana – oleh sebab
12. atas talian – dalam talian
13. menonton lagi filem itu – menonton filem itu lagi
14. menyalin semula petikan itu – menyalin petikan itu semula
15. sepuluh ekor ayam – sepuluh ketul ayam

BAHAN CIKGU EZAR | WHATSAPP: 017-5811005 | TELEGRAM: @bankilmubm 2

Anda mungkin juga menyukai