Anda di halaman 1dari 3

AYAT SONGSANG/ AYAT BIASA

Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

1. Kanak-kanak itu mandi di sungai.


Mandi di sungai kanak-kanak itu.

2. Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.


Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3. Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.


Belum tentu selamat bangunan tinggi itu.

4. Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.


Sedang sakit tenat ibu Fauziah di hospital.

5. Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang.


Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.

6. Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.
Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

7. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.


Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad. -(Pendepanan keseluruhan predikat)
Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu -(Pendepanan sebahagian predikat —
frasa kerja)

8. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.


Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh
predikat)
Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana rasanya yang enak. (Pendepanan frasa sendi
nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)
Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak. (Pendepanan sebahagian
predikat — frasa adjektif)

9. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.


Di halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan frasa
sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)
Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan
sebahagian predikat — frasa kerja)
Berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan
seluruh predikat)

Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Tidur bertilamkan simenlah pengemis-pengemis itu.
Simenlah pengemis-pengemis itu tidur bertilamkan .

2. Telah menelan ubat pesakit yang berbadan gemuk itu.


Pesakit yang berbadan gemuk itu telah menelan ubat.
AYAT SONGSANG/ AYAT BIASA

3. Sedang melayan pengunjung restorannya lelaki berbangsa India itu.


Lelaki berbangsa India itu sedang melayan pengunjung restorannya.

4. Kawan yang amat rapat dengan saya dialah.


Dialah kawan yang amat rapat dengan saya.

5. Akhirnya siap juga projek pembangunan pasar raya yang terbengkalai itu.
Projek pembangunan pasar raya yang terbengkalai itu akhirnya siap juga.

6. Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat genting dalam hidup.


Saat-saat genting dalam hidup diharunginya dengan sabar dan tawakal.

7. Tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran.
Walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen.

8. Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku tokoh politik itu.
Semua khabar angin tentang salah laku tokoh politik itu benar belaka.

9. Merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran ketika berbelanja Puan Salmah.


Puan Salmah merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran ketika berbelanja.

10. Sedang bermain bola di padang yang luas itu mereka.


Mereka sedang bermain bola di padang yang luas itu.

Tukar ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Bilangan pendatang asing ke negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun
Semakin meningkat dari setahun ke setahun bilangan pendatang asing ke negara kita

2. Murid yang cacat pendengaran itu gigih sungguh mengulang kaji pelajaran.
Gigih sungguh murid yang cacat pendengaran itu mengulang kaji pelajaran.

3. Ayah masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah pukul 9.00 malam.
Walaupun sudah pukul 9.00 malam ayah masih belum pulang dari pejabat.

4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah dengan riang.


Dengan riang kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah .

5. Beberapa orang murid sedang berbincang tentang tajuk karangan di dalam perpustakaan.
Sedang berbincang beberapa orang murid tentang tajuk karangan di dalam perpustakaan.

6. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola sepak di padang sekolah pada petang
nanti.
Pada petang nanti Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola sepak di padang
sekolah.

7. Shamugam terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke Bali kerana ibunya telah meninggal
dunia pagi tadi.
AYAT SONGSANG/ AYAT BIASA

Kerana ibunya telah meninggal dunia pagi tadi Shamugam terpaksa menangguhkan hasratnya
untuk ke Bali.

8. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini kian ketara kerana penguatkuasaan
undang-undang yang kurang tegas.
Kerana penguatkuasaan undang-undang yang kurang tegas peningkatan kadar kemalangan jalan
raya di negara ini kian ketara.

9. Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah penting untuk menghindari
penyakit kronik.
Adalah penting amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk menghindari
penyakit kronik.

10. Para pelajar itu amat rajin membuat latihan Bahasa Melayu.
Amat rajin para pelajar itu membuat latihan Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai