Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN KOMSAS 1

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Waheeda terasa tidak sedap hati. Mentuanya, Datuk Yasser seakan-akan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila beliau enggan menerima cadangan untuk
menggabungkan Seri Gading- Tajau Emas. Senang untu diuruskan bukan alasannya. Selama
ini, sesiapa pun boleh menguruskan hotel lima bintangnya beserta anak syarikat pengangkutan
Bahterangkutnya. “Tidak payah pun dia campur tangan”, detak Waheeda. Dia tidak ingin
diserapkan ke dalam perusahaan mentuanya, memandangkan keluarganya sudah begitu
selesa dengan pelancongan lasak, pelancongan desa yang diusahakan kini. Tambahan pula,
pengembangan pakej alosentrik ke Gua Niah dan Gua Mulu, iaitu destinasi warisan dunia
melalui hebahan laman sesawangnya EZ-Holiday.com.my yang baru tiga bulan dilancarkan,
kini sudah banyak mendapat banyak tempahan daripada pelancong dari dalam dan luar
negara. Satu kejayaan yang manis membuatkan Waheeda dan Ghazi bangga akan pelaburan
baru yang dilihat signifikan sekali.

Dipetik daripada novel Tirani


karya Bb Sabariah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan faktor-faktor Waheeda enggan dan keberatan menerima cadangan bapa mentuanya,
Datuk Yasser untuk menggabungkan Seri Gading dan Tajau Emas.
- dia tidak ingin diserapkan ke dalam perusahaan mentuanya
- Keluarga Waheeda sudah selesa dengan pelancongan lasak
- Waheeda tidak perlu bimbang dipersoalkan jika tersilap mengurus pelancongan desa
yang diusahakannya
- Pakej alsentrik ke Guan Niah dan Gua Mulu baru tiga bulan dilancarkan di laman
sesawangnya EZ-Holiday.com.my
- Pakej alosentrik kini sudah banyak mendapat tempahan dari dalam dan luar negara
LATIHAN KOMSAS 1

(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:


(a) Leftenan Adna Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(b) Tirani karya Beb Sabariah

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang menyedihkan
dan menyayat hati anda sebagai pembaca serta alasan anda berperasaan sedemikian.

LEFTENAN ADNAN

- peristiwa Leftenan Adnan terkorban ketikan mempertahankan Singapura daripada


ditawan oleh askar Jepun di Bukit Candu
- sedih/ menyayat hati cara kematiannya- seorang demi seorang amik peluang untuk
menikam tubuh Leftenan Adnan

- peristiwa Pak Saidi yang mati ditembak tentera Jepun


- sedih/ menyayat hati kerana tindakannya untuk melindungi dirinya daripada dibawa ke
satu tempat oleh askar Jepun. Dia membunuh lima orang askar yang telah menangkap
dan mengiringinya untuk dibawa ke satu tempat dengan menaiki trak.

TIRANI
- Peristiwa Zahid menceraikan Waheeda akibat cemburu buta dan panas barannya
- sedih/ menyayat hati sebab Waheeda terpaksa berdikari bersama-sama bayi
perempuannya, Izzati yang masih kecil

- Peristiwa Izzati membesar tanpa kasih sayang seorang ayah


- sedih dan menyayat hati sebab Izzati tidak pernah mendapat kasih sayang ayah dan
tidak mengenali ayahnya setelah Waheeda diceraikan

Anda mungkin juga menyukai