Anda di halaman 1dari 11

Tema

1. Tema novel “Tirani” ialah kegigihan seorang wanita dalam menempuh


berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
2. Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda Nurlyana telah berusaha
sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor
pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang
berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada para pengunjung
walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet
yang lain.
3. Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya
terserlah apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli
Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan
namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.
4. Kegigihan Waheeda dalam membina hubungan persahabatan turut
digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih dan bijak berdepan dengan
sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang mencemburui hubungan
baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr Zahari.
5. Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah
tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang
cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami masalah kemurungan akibat
keretakan dalam rumah tangganya.

Persoalan

1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya.


- Raidah amat sayang akan anak-anaknya. Raidah sanggup terbang ke
Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada
hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu. Raidah juga sanggup
menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat
kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam
(Pusrawi), Kuala Lumpur.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 1


2. Keberanian mengambil risiko untuk memajukan perniagaan.
- Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat pinjaman baharu
daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan untuk
membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul
Aziz Imran.
3. Ketegasan dalam membuat tindakan dan keputusan.
- Waheeda tegas dan tekad dengan keputusannya untuk melakukan
rekonstruksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun
perbuatannya itu bercanggah dari sudut ajaran agama Islam.
4. Kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.
- Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungan yang dialaminya
dengan bersedia mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling
daripada Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur.
5. Ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga.
- Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan
membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh
suaminya, Zahid dengan talak satu.
6. Kesabaran menghadapi tuduhan yang tidak benar.
- Waheeda sabar menangani kata-kata fitnah dan tuduhan tidak berasas
daripada suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan
sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda
terhadap para pelanggan yang menginap di chalet mereka.

Watak dan Perwatakan

Waheeda Nurlyana

1. Waheeda Nurlyana ialah watak utama dalam novel ini.


2. Waheeda merupakan pengusaha Chalet Tajau Emas di Matang, Sarawak
dan Chalet Aya-Sajinah yang terletak di Cameron Highlands, Pahang.
3. Waheeda seorang yang cekal dan tabah. Contohnya, Waheeda cekal
menempuh dugaan dan masalah yang berlaku pada dirinya, kerjayanya,
dan rumah tangganya yang dibina bersama-sama dengan Zahid.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 2


4. Waheeda seorang yang penyayang. Contohnya, Waheeda amat
menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya. Waheeda menjaga dan
mendidik anak perempuan tunggalnya, Izzati dengan penuh kasih sayang.
5. Waheeda seorang pekerja yang bertanggungjawab. Contohnya, Waheeda
memikul tugasnya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Hotel Flamingo
de La Rossa dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
6. Waheeda seorang yang bijaksana. Contohnya, Waheeda bijak mengurus
masa dengan baik dan berkualiti, iaitu masa untuk mengurus kerja-kerja di
Chalet Tajau Emas dan masa untuk bersama-sama dengan ahli
keluarganya, terutama Izzati.

Zahid

1. Nama sebenar Zahid ialah Zahid bin Yasser Arief.


2. Zahid seorang yang mementingkan penampilan diri. Contohnya, Zahid
memakai pakaian dan aksesori yang berjenama dan mewah, iaitu Cartier.
3. Zahid seorang yang insaf akan kesilapannya. Contohnya, Zahid mengakui
kesalahan dirinya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas
perbuatan lampaunya yang telah menceraikan isterinya, Waheeda dan
mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya yang sah.
4. Gigih. Contohnya, Zahid gigih menyara hidupnya dengan bekerja sebagai
peguam ketika menetap di Amerika Syarikat.
5. Zahid seorang yang berani. Contohnya, Zahid berani meluahkan isi hatinya
kepada Waheeda dengan menghadiahkan sebentuk cincin berlian ketika
bersama-sama menikmati makan malam di hotel The Flamingo de La
Rossa.
6. Zahid seorang yang menepati janji. Contohnya, Zahid menunggu isterinya,
Waheeda pada waktu tengah hari untuk makan tengah hari bersama-sama.
7. Zahid seorang yang berdikari. Contohnya, Zahid berdikari ketika menetap
di Amerika Syarikat dengan bekerja sebagai peguam dan pulang ke
Malaysia setelah diskriminasi kaum terhadap orang Asia semakin menjadi-
jadi.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 3


Raidah

1. Raidah isteri kepada Fadhil dan ibu kepada dua orang anaknya, iaitu Ghazi
dan Waheeda Nurlyana.
2. Raidah seorang yang patuh akan arahan suami. Contohnya, Raidah akur
akan arahan suaminya supaya menasihati Waheeda agar tidak meneruskan
niatnya untuk melakukan pembedahan mata dan hidungnya jika sekadar
untuk kelihatan cantik.
3. Raidah seorang yang baik hati. Contohnya, Raidah membawa ketupat lepas
yang dibuatnya sendiri sebagai buah tangan untuk Waheeda dan Bazilah
semasa berkunjung ke Singapura.
4. Raidah seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang
isteri dan juga ibu, Raidah menyediakan makan dan minum untuk
keluarganya dan melakukan kerja-kerja harian di rumah.
5. Raidah seorang yang penyayang. Contohnya, Raidah sangat menyayangi
suaminya, Fadhil dan kedua-dua orang anaknya, Ghazi dan Waheeda serta
cucu sulungnya, iaitu Izzati.
6. Raidah seorang yang bersimpati/belas kasihan. Contohnya, Raidah
bersimpati dengan nasib malang Waheeda yang mengalami krisis rumah
tangga dengan Zahid.

Latar

Latar tempat

1. Rumah Bazilah, di Yishun Street.


- Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan
pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.
2. Rumah Haji Abdul Aziz Imran, Damansara Heights
- Tempat pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan
Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan penjualan Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 4


3. Hospital Kuching
- Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada muka dan
hidungnya yang dicakar oleh monyet Belanda.
4. Pusat Rawatan Islam (Pusrawi),Kuala Lumpur.
- Tempat Waheeda mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling
daripada Dr. Qamariah berkaitan dengan masalah kemurungan yang
dialaminya selepas kegagalan dalam rumah tangganya bersama-sama
dengan Zahid.
5. Chalet Tajau Emas
- Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat
digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara
tiba-tiba.
6. Hotel Flamingo de La Rossa/ Flamingo Resort.
- Tempat pertemuan pertama kali antara Waheeda dengan Zahid.

Latar masa

1. Waktu siang
- Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil
dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit
dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba
ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan, berlaku pada waktu
siang.
2. Waktu awal pagi
- Contohnya, peristiwa Waheeda yang baru sedarkan diri setelah
ditidurkan dengan ubat bius yang disuntik dalam tubuhnya berlaku
pada waktu awal pagi. Ketika itu, Waheeda telah meminta air minuman
kerana dia berasa sangat haus.
3. Waktu pagi
- Contohnya, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan
sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan “coconut” dengan
dipanggilnya “konat-konat” berlaku pada waktu pagi.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 5


4. Waktu tengah hari
- Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala
Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera oleh
masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.
5. Waktu malam
- Contohnya, Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya
menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan
pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia
berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.

Latar masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.


- Contohnya, Raidah amat sayang akan suami dan anak-anaknya. Raidah
berusaha dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk
bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan
hidung anaknya itu.
2. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.
- Contohnya, watak Waheeda Nurlyana, Bazilah, Izzati, dan Zahid
digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu
sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana
dalam bidang pengkhususan masing-masing.
3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
- Contohnya, Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai
cabaran seperti peristiwa pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa
keretakan rumah tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet
penginapan untuk kemudahan pelancong.
4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.
- Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang
mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang
monyet Belanda ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 6


5. Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan
negara.
- Contohnya, Fadhil, Raidah, Datuk Yasser Arief dan Waheeda,
mengusahakan chalet untuk penginapan para pelancong sebagai
sumber pendapatan mereka.

Plot

Binaan plot

1. Pada bahagian pengenalan


- Pengarang memperkenalkan watak Waheeda yang sedang melayari
laman sesawang berkaitan kecantikan wajah dan pembedahan plastik
pada wajah.
- Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki,
memulih dan menjaga kekemasan diri.
2. Bahagian perkembangan
- Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah
dan hidungnya hingga menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital
oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.
- Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu dengan Dr.
Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang
akan mengurus proses pembedahan mata dan hidungnya.
- Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya
yang dijalankan oleh Dr.Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan
hidungnya dijalankan oleh Dr.Averroes atau Dr.Rushdi.
- Selain itu, Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa
sebagai Pegawai Perhubungan Awam.
- Waheeda berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 7


3. Bahagian perumitan
- Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera untuk
rawatan atau pembedahan pada bahagian hidungnya.
- Waheeda berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching
untuk majlis pertunangannya dengan Zahid.
- Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan
digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan
Fatimah.
- Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan
dengan meriah dan penuh dengan adat.
- Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di restoran
untuk makan tengah hari.
- Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya
di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah
sangka atas kesetiaan Waheeda itu.
- Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad
eksklusif, Hospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk
bayinya.
- Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan
DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak
kandungnya
4. Plot mencapai klimaks
- Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan
talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang
terlampau itu.
- Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain
meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu
mencintai suaminya itu.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 8


5. Pada peringkat peleraian
- Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan
khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur.
- Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani
milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan
menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah.
- Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah,
berehat di Café Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara
terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam.
- Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati
anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang
dicarinya selama ini.
- Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap
Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati.
- Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala
Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.

Nilai

1. Nilai kasih sayang


- Contohnya, Fadhil dan Raidah sangat menyayangi anak-anak mereka,
Ghazi dan Waheeda. Mereka menaruh harapan yang tinggi terhadap
pembedahan muka dan hidung Waheeda.
2. Nilai tanggungjawab
- Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang
mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang
monyet Belanda ke hospital dengan segera untuk mendapatkan
rawatan.
3. Nilai kebijaksanaan
- Contohnya, Waheeda bijak mengambil peluang meneroka pengalaman
berkhidmat dalam bidang perhotelan di The Flamingo de La Rossa,
Singapura sebelum kembali mengusahakan chalet milik keluarganya di
Matang.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 9


4. Nilai belas kasihan/simpati
- Contohnya, Ghazi bersimpati dengan nasib adik perempuannya,
Waheeda yang berhadapan dengan masalah rumah tangganya dan
masalah batang hidungnya yang cedera akibat digigit monyet Belanda.
5. Nilai kesabaran
- Contohnya, Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan
panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan
hubungan sulit dengan lelaki lain.
6. Nilai keberanian
- Contohnya, Waheeda berani menanggung risiko dengan membuat
pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank
Pembangunan untuk membeli chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh
pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
7. Nilai baik hati
- Contohnya, Bazilah membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di
Yishun Street sepanjang tempoh Waheeda menjalani rawatan muka dan
hidungnya di Silicon Medical Center, Singapura.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 10


Pengajaran

1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang untuk mempererat hubungan


antara ahli keluarga.
- Contohnya, Raidah amat mengasihi anaknya, Waheeda. Dia berusaha
dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak
gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical
Center (SMC), Singapura.
2. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
- Contohnya, Waheeda begitu sabar berhadapan dengan sikap cemburu
buta, panas baran, dan kata-kata fitnah daripada suaminya, Zahid
terhadap diri dan anak perempuannya, Izzati.
3. Kita mestilah gigih dalam mengusahakan satu-satu perniagaan
- Contohnya, Waheeda gigih mengusahakan Chalet Tajau Emas untuk
kemudahan penginapan para pelancong dengan sanggup membuat
pinjaman daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan
melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak.
4. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan
atau keputusan.
- Contohnya, Waheeda tekad dan bersedia menanggung risiko atas
rekonstruksi mata dan hidungnya yang bertujuan untuk membaiki
batang hidungnya yang pesek dan membetulkan sedikit kelopak
matanya.
5. Kita mestilah berani membuat keputusan demi kesenangan masa depan.
- Contohnya, berbekalkan sifat cekal dan jati diri, Waheeda berani
membeli Chalet Iwana-Iwani kepunyaan Pak Cik Abdul Aziz Imran yang
terletak di Cameron Highlands setelah melihat lokasi, potensi dan
kemudahan yang terdapat di chalet itu dengan sanggup membuat
pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank
Pembangunan.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU 0172240898 Page 11

Anda mungkin juga menyukai