Anda di halaman 1dari 4

RANGKA KARANGAN

Kata-Kata aluan
-Menerangkan tajuk
ceramah yang akan
disampaikan

Isi 4:
Pendahuluan
-Individu yang bergejala
-Covid-19 merupakan krisi
-batuk,sukar bernafas dan dunia
lain-lain
-boleh menyebabkan kematian
-memakai topeng muka
-Warga emas dan kanak-kanak
-menjalani ujian saringan berisiko tinggi untuk dijangkiti
jika bergejala

Rangka Karangan

Isi 1:
Isi 3: -Penjagaan kesihatan yang
-Perintah kawalan teratur
pegerakan -Menggunakan cecair
-Menjaga penjarakan sosial pembasmi kuman setiap kali
semasa di luar rumah pergi membeli barang

Isi 2:
-Mengetatkan syarat
kemasukan orang luar
-warga negara yang pulang
ke Malaysia dikuarantikan
selama 14 hari

Penutup:

-berharap supaya
masyarakat tidak leka

-masyarakat
bekerjasama
menentang Covid-19
Karangan ceramah Covid-19

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha


Tuan Pengetua, Guru penolong kanan dan murid-murid yang dihormati
sekalian. Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bertemu dengan tuan-
tuan dan puan-puan sekalian di dalam majlis ilmu yang penuh barokah ini. Saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi
memberikan peluang kepada saya untuk memberi satu ceramah yang bertajuk
“Cara-cara untuk mengawal Penularan Wabak COVID -19”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Penularan penyakit berjangkit seperti wabak Covid-19 merupakan satu


isu penting yang menjadi buah mulut masyarakat dunia sejak akhir-akhir
ini.Wabak covid-19 ini merupakan krisis dunia yang amat bahaya pada tahun
ini kerana wabak ini boleh menyebabkan kematian .Warga emas dan kanak-
kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Kerajaan
Malaysia telah melakukan pelbagai cara untuk membendung penularan wabak
ini. Namun demikian penularan wabak ini masih lagi berlaku dari masa ke
semasa. Oleh itu, pelbagai cara yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk
memastikan gejala penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung.
Satu daripada cara untuk membendung wabak ini adalah dengan
memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Penjagaan kesihatan adalah amalan yang berterusan. Contohnya,
setiap kali seseorang individu pergi membeli barang di pasar raya ataupun di
tempat yang dikunjungi ramai orang, dia perlu kerap membasuh tangan
dengan menggunakan cecair pembasmi kuman supaya virus-virus di sekeliling
tidak dapat menjangkiti badannya.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Selain itu, pihak berkuasa perlu mengetatkan syarat kemasukan
pelancong daripada negara luar untuk masuk ke dalam negara Malaysia. Pihak
jabatan imigresen dan jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang
ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Warga Malaysia yang pulang
dari negara luar mestilah dikuarantikan selama 14 hari sebelum pulang ke
rumah masing- masing. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan
haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan
sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport
untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika didapati haiwan
tersebut dijangkiti, pihak yang bertanggungjawab perlu menyita dan
memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Begitu juga dengan
barangan yang diiimport dari luar negara haruslah disanitasikan sebelum
dibawa masuk ke dalam negara. Tindakan ini bertujuan untuk memastikan
tiada virus daripada luar negara memasuki ke dalam negara kita.
Seterusnya, kerajaan telah membuat Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)
untuk mengawal pergerakan rakyat supaya tidak terlalu leka pergi ke beberapa
tempat yang berisiko tinggi untuk dijangkiti. Rakyat Malaysia perlu patuh
kepada PKP ini untuk membendung penularan wabak ini. Contohnya, rakyat
Malaysia diarahkan untuk menjaga penjarakan sosial sewaktu di pusat
membeli belah ataupun di tempat yang ramai. Setiap individu mestilah
memastikan jarak sebanyak 1 meter daripada individu lain.

Hadirin yang dimuliakan,

Akhir sekali, individu yang bergejala seperi batuk, sukar bernafas dan
sebagainya perlu memakai topeng muka. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan virus-virus tersebar melalui udara. Dengan mengehadkan jumlah
dan jarak perjalanan titisan ekspirasi yang tersebar semasa bercakap, bersin,
dan batuk, topeng boleh memberi manfaat kesihatan awam dalam
mengurangkan risiko penularan oleh mereka yang tidak dijangkiti. Individu
yang bergejala juga mestilah membuat saringan Covid-19 di mana-mana klinik
berdekatan dengan secepat mungkin supaya tidak menjangkiti ahli keluarga
yang lain.
Nampaknya masa mencemburui kita. Sebelum saya mengundur diri,
izinkan saya untuk membuat kesipumlan berdasarkan ceramah yang saya
sampaikan sebentar tadi.Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar
dilaksanakan untuk memastikan wabak Covid-19 dapat dibendung.Semua
anggota masyarakat perlulah bekerjasama dalam mematuhi setiap arahan
yang dikeluarkan oleh kerajaan agar wabak ini dapat ditangani dengan
berkesan. Saya berharap masyarakat tidak leka terhadap wabak yang berlaku
ini. Kita tidak mahu menyesal akibat kealpaan sendiri yang boleh
mendatangkan kesan buruk. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit
berjangkit yang berbahaya seperti wabak Covid- 19 ini.Sampai di sini sahaja
ceramah saya pada hari ini, saya memohon maaf atas kesilapa yang tidak
disengajakan atau terkasar bahasa.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai