Anda di halaman 1dari 2

Pahang, Selasa- Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori yang sarat

dengan sebuah kereta telah berlaku di Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, Pahang, kira-kira
pukul 3.00 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Nadhil Alias, pemandu lori itu
memandu dalam keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaannya
dengan baik. Lori tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Lori itu terbabas
lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang bertentangan

Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk.


Pemandu kereta, Encik Abdul Kadir dan isterinya,Puan Syafiqah cedera parah.
Manakala pemandu dan kelindan lori mengalami cedera ringan.

Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berusaha untuk


mengeluarkan mangsa, tetapi mereka mengalami kesukaran kerana kedua-dua
mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka terpaksa memotong beberapa bahagian
kereta untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu dapat dikeluarkan pada
pukul 8.00 pagi.

Sementara itu, pengguna jalan raya di situ tersekat kira-kira empat jam
kerana sebahagian lorong jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan terpaksa
bergerak perlahan-lahan sejauh tiga kilometer. Hal ini demikian kerana para
pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan itu.

Inspektor Nadhil berkata,pemandu lori dan kelindan itu sudah direman pagi ini
untuk siasatan lanjut

Menurut beliau, hasil ujian alkohol yang dijalankan mengesahkan dia memandu di
bawah pengaruh alkohol namun, air kencing negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan (APJ) 1987.

Kejadian seumpamanya adalah yang kedua dalam tempoh tiga hari membabitkan
pemandu mabuk di negeri ini.

Awal pagi Ahad lalu, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah
selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta
yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di Indera Mahkota
utara berhampiran susur ke Balok.

Dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi itu Syafiq Asyraf, 39, meninggal dunia di
tempat kejadian manakala isterinya, Zuriana Hassan, 36, yang parah dihantar ke
Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

Anda mungkin juga menyukai