Anda di halaman 1dari 4

Tajuk Cerpen : Yang tegak disokong, yang lemah ditopang.

Di sebuah kampung, terdapat sebuah keluarga yang sangat miskin dan


daif. Keluarga itu terdiri daripada seorang ibu yang telah hampir uzur bernama
Mak Siti serta tiga anaknya yang bernama Putra, Adam dan Hawa. Putra
merupakan anak sulung yang berumur 13 tahun manakala Adam dan Hawa
kembar seiras yang baru berumur 3 tahun. Mak Siti telah kehilangan suaminya
sejak dua tahun selepas kelahiran anak kembar mereka. Suaminya meninggal
dunia kerana terlibat dalam kemalangan langar lari di lebuh raya selepas waktu
bekerja. Sejak hari itu, Mak Siti lah yang menyara kehidupan mereka
sekeluarga walaupun beliau telah hampir uzur bak kata pepatah kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang.
“Sedaplah sarapan yang ibu masakkan untuk along,” kata Putra sambil
menjamu selera ubi kayu bercecah semangkuk garam dan secawan air suam.
“Putra, sebentar lagi sekolah akan bermula jadi along mesti bersiap dan
terus berjalan ke sana,” kata Mak Siti.
Kemudiannya, Mak Siti menghulurnya wang saku sebanyak lima puluh
sen. Walaupun Putra malu dengan jumlah wang yang diberikan, namun dia
tetap mengeraskan hatinya untuk lebih memahami kesusahan hidup mereka.
Perjalanan ke sekolah sangat jauh kira-kira tiga kilometer dari rumahnya
kerana keluarganya tinggal di dalam kawasan hutan.
Pada suatu pagi ketika sampai di pintu pagar sekolah, tiba-tiba Putra
terserempak dengan sekumpulan pelajar nakal yang selalu membulinya.
Mereka menyergah serta mengugutnya untuk mengeluarkan kesemua wang
belanja. Walaupun Putra sudah muak dengan perangai degil mereka, akan
tetapi dia tetap sabar dan membalas dengan lemah lembut.
“Macam biasa, duit mana? ” tanya salah seorang daripada ahli
kumpulan pelajar nakal tersebut.
“Saya bawa dua puluh sen sahaja hari ini” balas Malik.
Dia tahu dia harus menipu kerana jikalau tidak, duit sakunya untuk
seminggu itu akan habis. Walaupun jumlah wang tersebut hanya sedikit namun
mereka tetap berkeras hati untuk mengambilnya.
Apabila loceng untuk waktu rehat berbunyi, semua pelajar bergegas ke
kantin sekolah untuk membeli makanan. Namun, Putra duduk berseorangan di
sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut.
“Aduhai, apalah malang nasibku, telah kerap kali wangku dirampas oleh
pembuli dan rakan-rakannya itu,” bisik hati Putra.
Air matanya perlahan-lahan turun mencucuri pipinya. Pelajar-pelajar
yang melintasi di pondok itu semuanya mentertawakan Putra kerana dia
menangis seperti seorang budak kecil. Dia tetap menguatkan hatinya. Dengan
perasaan yang sedih bercampur hibah, Putra berjalan perlahan-lahan ke arah
sebatang paip. Kemudian, dia menghirup air paip tersebut perlahan-lahan
sambil melinangkan air matanya. Putra telah beberapa kali menghirup air paip
itu walaupun perutnya sering sakit memulas-mulas kerana terminum air paip.
Walaupun dalam kepayahan itu namun, Putra tetap menyembunyikan perkara
tersebut daripada pengetahuan guru-guru serta ibunya kerana takut akan
dibuli lagi oleh rakan-rakan yang nakal itu.
Setelah selesai sesi persekolahan, Putra terus pulang ke rumah.
Setibanya di situ, tiada orang yang berada di rumah. Putra memanggil ibu serta
kedua-dua adiknya sambil mencari mereka namun kelibat mereka tidak
kelihatan. Dia mula merasa bimbang dan risau.
“Ibu ada di rumah ? Mana ibu ?” suara Putra kedengaran lebih kuat.
Namun suaranya tidak disahut oleh ibu ataupun adiknya.
Putra mula berasa bingung. Hari sudah senja tetapi ibu serta adiknya
masih belum pulang lagi. Langit semakin gelap dan diselubungi oleh suasana
suram dengan hujan yang sudah mula turun.
“Oh, Tuhan apalah malangnya nasibku ini, sudahlah tiada ayah, ibu dan
adik pula telah hilang, “ keluh hati Putra.
Sambil memikirkan ibu serta adik, Putra akhirnya tertidur di atas tangga
rumah kerana keletihan. Tanpa disedari, air matanya telah bergenang di
pipinya. Setelah menjelang malam, Putra telah tersedar kerana dirinya seperti
dikejutkan seseorang. Apabila membuka mata, rupa-rupanya sekujur tubuh
yang berada di sisinya ialah ibu serta kedua orang adiknya. Sambil meraung
kesedihan, Putra memeluk ibu serta adiknya.
“Sampai hati ibu tinggalkan along sendirian,” kata Putra sambil menangis
tersedu-sedu. Mak Siti sangat terharu dengan kata-kata anaknya itu.
“Ibu minta maaf kepada Putra kerana telah meninggalkan kamu
sendirian tanpa pesan,” Kata Mak Siti.
Ibunya menjelaskan bahawa pada siang tadi, beliau terpaksa membawa
Adam ke klinik kerana sakit dan tidak berhenti menangis. Ibu terpaksa berjalan
kaki sejauh lima kilometer semata-mata untuk mendapatkan rawatan untuk
anaknya itu. Walaupun dalam keadaan payah namun Mak Siti tetap berusaha
untuk menyembunyikan perasaannya.
“Putra, adikmu sakit dan perlukan makanan serta ubat.” Keluh ibu
dengan perasaan yang sangat sedih.
Sambil mengusap air mata di pipi ibunya, Putra memberitahu kepada
ibunya bahawa di belakang rumah mereka ada sebuah tin buruk yang
disimpannya untuk masa yang lama. Tin itu telah dipenuhi dengan duit syiling
yang telah diberikan semasa arwah ayahnya masih hidup. Duit tersebut adalah
hasil daripada simpanannya sejak daripada itu.
“Ibu, sebenarnya selama ini Putra tidak pernah menggunakan wang yang
ayah beri dahulu tetapi sebaliknya duit itu along simpan di belakang kawasan
rumah sebagai duit belanja apabila ditimpa musibah dan kesusahan,” kata
Putra
Mak Siti sangat terharu mendengar cerita anak sulungnya bahawa
selama ini Putra hanya menghirup air paip di sekolah semata-mata untuk mahu
membantu dan meringankan beban keluarganya. Ibunya tidak henti-henti
menitiskan air matanya sambil memeluk Putra.
“Oh, Tuhan hamba bersyukur ke hadratmu kerana telah mengurniakan
anak yang berhati mulia ini.”
Sejak daripada itu, Mak Siti menggunakan duit yang telah disimpan oleh
anaknya itu dengan penuh berjimat-cermat. Putra pula meneruskan
pembelajarannya di sekolah dengan tidak melupakan adab-adab seperti
menghormati guru-guru dan kakitangan sekolah.
Pada suatu pagi, seorang ahli politik, Dato’ Imran, yang sangat
berpengaruh di tempat itu telah melawat sekolah Putra untuk melaksanakan
beberapa penambah baikkan serta menaja seorang pelajar untuk
menyambung pelajaran hingga ke universiti.
Kemudian, Dato’ Imran melawat ke kelas Putra dan menyaksikan sesi
pembelajaran kelasnya. Tiba-tiba, beliau ternampak Putra seperti seseorang
yang sangat dikenalinya. Hal ini kerana rupa parasnya yang hamper serupa
seperti arwah bapanya. Tanpa melengahkan masa, beliau pergi menemui Putra
dan memperkenalkan dirinya dan bertanya kepada Putra jika dia berminat
untuk menyambung pelajarannya hingga ke universiti.
“Mengapa Dato’ sanggup membiayai kos pembelajaran saya hingga ke
universiti?” tanya Putra.
“Saya sangat terhutang budi dengan arwah bapa kamu kerana tanpa
bantuannya saya tidak akan berjaya sehingga seperti hari ini,” balas Dato’
Imran.
Putra berasa sangat bersyukur dan berterima kasih dan mencium tangan
Dato’ Imran sebagai tanda hormat kepadanya. Setelah selesai sesi
persekolahan, dia pulang ke rumah bersama Dato’ Imran sambil menaiki
keretanya. Setibanya di rumah, Putra memperkenalkan Dato’ Imran kepada
ibunya dan mengatakan bahawa arwah bapanya merupakan kawan karib Dato,
Imran. Dia juga memberitahu Mak Siti tentang pembiayaan yang akan dibantu
oleh ahli politik tersebut kepada Putra. Mak Siti berasa terharu dan bersyukur
serta berterima kasih kepada Dato’ di atas jasa baiknya.
Apabila mengenangkan semula peristiwa itu tanpa Putra sedari air
mata di pipinya akan jatuh menitis. Kini, dia bukan lagi seorang budak miskin
tetapi telah menjadi seorang jutawan yang sangat budiman. Semuanya
disebabkan bantuan Dato’ Imran serta sikapnya yang tidak berputus asa dalam
pelajaran dan hormat kepada ibu serta guru-gurunya. Dia juga tidak lupa untuk
bersyukur kepada Tuhan dan tidak melupakan jasa beliau yang sangat
pemurah.
“Sesungguhnya aku amat bersyukur kepada-Mu wahai Tuhanku ke atas
segala rezeki yang engkau kurniakan buat diriku, hamba-Mu yang lemah dan
berdosa ini,” doa Putra.

Anda mungkin juga menyukai