Anda di halaman 1dari 4

PESERTA : AFRINA UAMAIRAH BT KAMARUZAMAN

SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(1)


TAJUK : AYAH TAK KISAH

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini saya
ada ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya
ialah Ayah Tak Kisah. Eh kenapa ayah pula yang tak kisah ya? Ha kalau kawan-
kawan semua nak tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya bermula di sini. Pak Cik Hamid, tinggal di sebuah kampung dan
mempunyai hanya seorang anak perempuan ,yang bernama Intan. Isterinya, telah
meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan Intan. Kini, tanggungjawab
menjaga anak digalas sepenuhnya di bahu Pak Hamid. Demi memastikan
pendidikan anaknya terjaga, Pak Hamid hanya berbekalkan pekerjaannya sebagai
seorang nelayan untuk mencari nafkah, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Ketabahannya melayan telatah anaknya, amatlah menghayat hati
ditambah pula dengan penyakit berlarutan yang dialami sejak sekian lama.

Intan pula, setiap hari makannya disuap, mukanya dibedak, rambutnya


dibelai..Begitulah kasih seorang ayah kepada satu-satunya anak tunggal
kesayangan. Intan sangat manja dengan Pak Hamid, yalah ibunya kan sudah tiada.
Intan juga menjadi murid kesayangan guru kerana dia pintar, menghormati orang
yang lebih tua dan rajin di sekolah. Itulah juga, hasil didikan Pak Hamid.

Diringkaskan cerita, Intan yang pintar itu telah menginjak ke usia dewasa. Selepas
menamatkan persekolahan menengah, dia mendapat tawaran menyambung
pelajaran di universiti di luar negara. Pak Hamid sangat gembira. Dia sudah
memasang impian anaknya akan memiliki kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“ Intan janji Intan akan bahagiakan ayah, akan gantikan semua yang ayah
korbankan bila Intan dah berjaya nanti ya ayah”, janji Intan pada ayahnya sebelum
dia berangkat pergi.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Pak Hamid setia menanti surat kiriman
Intan. Intan pasti akan bercerita tentang kehidupannya di sana dan menyelitkan
wang dalam setiap kiriman suratnya. Namun, sudah 3 bulan Intan sepi tanpa berita.
Pak Hamid sangat risau. Dia bimbang akan keselamatan anaknya.

Suatu hari, posmen yang selalu berbasikal melewati rumahnya. “Abu, ada ke surat
untuk aku tu ?” laung Pak Hamid. Abu si posmen hanya menggelengkan kepala dan
berlalu. Pak Hamid hampa dan sedih. Dia terus mencapai kunci dan menunggang
motosikal usangnya untuk pergi ke kedai runcit meminjam telefon.

Sana-sini Pak Hamid menelefon. Butang telefon pula sudah banyak kali ditekan.
Akhirnya, suatu suara kedengaran. Suara yang sangat Pak Hamid rindukan. “ Ayah,
Intan sibuk ni, nanti Intan hantar surat”, jawab Intan dan dia terus mematikan talian.
Pak Hamid sedih namun lega kerana dia tahu anaknya itu dalam keadaan baik-baik
sahaja.

Selepas 2 tahun Intan di luar negara, Intan pulang semula . Namun, Intan sudah
tidak sama seperti dahulu. Intan memilih untuk tinggal di bandar dan meninggalkan
Pak Hamid. Intan mendapat pekerjaan sebagai eksekutif di sebuah syarikat terkenal.
Pak Hamid pula, masih setia ke laut. Baginya, laut adalah temannya di kala dia
sunyi.

Masih terngiang-ngiang di telinga pesanan arwah isterinya “ Abang, jaga anak kita
baik-baik ya, tatanglah dia dengan penuh kasih sayang”. Pesanan itu tersemat di
ingatannya sehingga ke hari ini.

Suatu hari, Intan memberitahu akan pulang ke rumah Pak Hamid. Pak Hamid sangat
gembira. Dia menyediakan makanan kegemaran Intan. Terbayang- bayang dalam
memorinya Intan akan bertambah nasi jika dimasakkan lauk gulai ikan kembung.
Intan pun bertemu Pak Hamid dan rupanya menyatakan hasrat untuk berkahwin dan
meminta Pak Hamid menjadi wali. Selepas Intan menyatakan hasratnya, dia terus
pergi tanpa menjamah nasi dan lauk yang dimasak Pak Hamid. Hati Pak Hamid
terluka lagi.

Malam itu, Pak Hamid membelek baju melayu ungu lusuh dalam almari. Itulah
pakaian yang dipakai semasa dia bernikah dengan arwah isterinya dahulu. Dia
membelai baju itu dan tiba-tiba sahaja air matanya tumpah. Mungkin kerana terlalu
merindukan arwah isterinya. Tiba hari perkahwinan Intan, Pak Hamid melihat tetamu
semuanya dari golongan berada. Kad jemputan kahwin Intan juga tertera nama
Dato’. Ya, besannya berpangkat tinggi. Mungkin Intan malu kerana ayahnya cuma
seorang nelayan.

Intan semakin melupakan Pak Hamid. Pak Hamid pula semakin uzur dan
kesihatannya semakin merosot. Dia tidak dapat lagi ke laut. Suatu hari, semasa Pak
Hamid hendak ke bilik air, dia terjatuh. Akibatnya, Pak Hamid demam dan tidak
mampu bangun. Hanya jiran yang datang memberi ihsan menyuapkan makanan dan
menjaga Pak Hamid.

“Mana Intan?’, tanya jirannya. Pak Hamid hanya sepi tanpa kata. Hanya air mata
yang sesekali keluar membasahi pipinya yang sudah berkedut itu.

Setelah seminggu Pak Hamid sakit, akhirnya Pak Hamid dijemput Ilahi. Kawan-
kawan, Pak Hamid pergi dalam keadaan hatinya sedih ! terlalu sedih merindukan
anaknya Intan. Tubuhnya sudah tidak mampu melawan sakit. Pak Hamid dikuburkan
bersebelahan dengan kubur isterinya yang tercinta. Bersemadilah mereka berdua di
sana.
Tidak lama kemudian, Intan pulang ke kampung kerana telah dihalau suaminya. Dia
merasa hairan kerana tidak melihat kelibat Pak Hamid. Selalunya, ayah akan duduk
di beranda sambal menjahit jala yang rosak. Intan berlari ke rumah jiran. “Mana
ayah?” tanya Intan. Jirannya hanya membiarkan Intan tanpa berkata apa-apa. Intan
berlari pula ke rumah jirannya Mak Semah. “Mana ayah?” “Eh Intan, ayah kamu
sudah meninggal sebulan yang lepas, tak kan kamu tak tahu?” Bentak Mak Semah
yang turut marah.

Bagaikan terkena halilintar, Intan terduduk. Dia mengetip bibirnya dan meraung
sekuat hati. Dia berlari ke kubur ayahnya untuk memohon ampun kerana telah
mengabaikan Pak Hamid dan menjadi lupa diri apabila telah berjaya. Intan hanya
mampu memeluk batu nisan dan meratapi pemergian Pak Hamid.

“Ayahhhh…ampunkan Intannnn !!!!”

Tetapi semua itu sudah tidak berguna lagi. Tiba-tiba Mak Semah menepuk lembut
bahu Intan, dia memberitahu sebelum Pak Hamid menghembuskan nafas terakhir,
Pak Hamid telah memaafkan kesalahan Intan padanya. Begitulah kawan-kawan,
besarnya kasih sayang seorang bapa, kasih yang dibawa sehingga nyawa.

Bila baju sekolah dan baju harian dah buruk,


Ayah suruh emak beli baju baru,
Sedang baju ayah sendiri sudah lusuh,
AYAH TAK KISAH,

Bila ayah lepaskan anaknya untuk berkahwin,


Tiada yang tanya perasaan ayah yang menangis dihati,
Melepaskan anak yang dia sayang dan kasih,
AYAH TAK KISAH,

Bila anak peluk mak,


Tunjukkan sayang pada mak,
Ayah pendam rasa,
AYAH TAK KISAH,

Bila anak nak balik,


Ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak,
Mak masak dapat pujian,
AYAH TAK KISAH,

Bila anak berjaya dalam pelajaran,


Ayah menangis gembira dalam bilik,
Tiada yang tahu,
AYAH TAK KISAH,

Bila anak telefon cakap rindu pada mak,


Tapi langsung tak cakap dengan ayah,
Ayah sedih tapi janji mak gembira,
AYAH TAK KISAH.

Hargailah ayah selagi kita ada.


Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai