Anda di halaman 1dari 7

KEMANDIRIAN SPESIES HAIWAN

Spesies ialah hidupan yang sama jenis dan boleh membiak di antara satu sama lain. Kemandirian

spesies bermaksud keupayaan hidupan untuk meneruskan hidup dalam keadaan susah dan

merbahaya. Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk memastikan kemandirian

spesiesnya.

Haiwan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara:

1. Menjaga dan melindungi telur dan anaknya

2. Bertelur dengan banyak

MENJAGA DAN MELINDUNGI TELUR DAN ANAKNYA

Setiap haiwan mempunyai cara yang berbeza untuk menjaga telur dan anaknya. Cara-cara haiwan

menjaga telur dan anaknya adalah seperti berikut:

MENJAGA TELUR DAN MELINDUNGI TELUR SETIAP MASA

Terdapat juga haiwan yang menyerang musuhnya untuk melindungi telurnya atau anaknya

apabila diganggu. Contohnya ayam, singa, harimau dan ular.


MENYEMBUNYIKAN TELURNYA

Haiwan seperti penyu akan ke pantai untuk bertelur. Penyu akan menggali lubang dan bertelur

terus ke dalam lubang tersebut. Ini bertujuan untuk menyembunyikan telurnya di dalam pasir.

Apabila telur tersebut menetas, anak - anak penyu tersebut akan kembali semula ke laut. Buaya

pula menimbus telur-telurnya dalam pasir di tepi sungai dan sentiasa menjaga telur-telurnya

daripada ancaman musuh. Apabila telur-telurnya menetas, buaya membawa anak-anaknya di

dalam mulut ke tempat yang lebih selamat.

Contoh lain pula ialah haiwan seperti belalang yang bertelur di dalam tanah, siput babi yang

bertelur di celah batu dan rama-rama yang bertelur di permukaan daun.

BERTELUR DI DALAM SARANG

Untuk menjaga telur dan mengelak gangguan musuh, ada juga haiwan yang bertelur di dalam

sarang atas pokok. Burung bertelur tinggi di atas pokok bagi mengelakkan telurnya diganggu

musuh. Burung mengeramkan telur-telurnya sehingga menetas dan anak-anak burung yang baru

menetas dilindungi dan diberi makanan sehingga boleh berdikari.


MEMBAWA TELUR

Terdapat haiwan yang membawa telurnya. Haiwan yang membawa telurnya ialah seperti udang,

kala jenking dan labah-labah. Labah-labah membawa telurnya di dalam uncang/kantung dibawah

badannya. Uncang ini sentiasa dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat.

Ini sama seperti kala jenking yang membawa telur-telurnya dan anak yang baru menetas di atas

badannya selama beberapa hari.


TELUR DENGAN CIRI-CIRI KHAS

Terdapat juga haiwan yang haiwan yang menghasilkan telur dengan ciri-ciri khas. Contohnya:

Telur yang mempunyai cengkerang yang keras. Contoh: Telur burung kasawari, ayam

dan itik.

Telur yang diselaputi jeli yang berlendir. Contoh: Telur katak dan siput babi.

Telur yang disimpan dalam kampit telur atau ucang di badan. Contoh: Telur lipas .

Telur yang disimpan dalam ucang di badan. Contoh: Telur labah-labah.

Telur yang melekat kuat pada permukaan daun. Contoh: Telur rama-rama.

Telur yang dilindungi oleh sarung: Contoh: Telur belalang.

BERTELUR DENGAN BANYAK

Haiwan juga memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara bertelur dengan banyak. Haiwan-

haiwan seperti penyu, katak, rama-rama dan ikan adalah contoh haiwan yang bertelur dengan

banyak.

Penyu

Penyu bertelur banyak dengan banyak. Setelah bertelur, penyu akan menyembunyikan dengan

cara menimbus telur dengan pasir. Telur penyu dilindungi oleh cengkerang yang nipis.
Katak

Katak bertelur banyak di dalam air. Telurnya diselaputi lendir yang berbau busuk. Ini untuk

menghalang daripada musuh untuk mendekatinya dan memakan telur tersebut.

Rama-rama

Rama-rama pula bertelur banyak pada permukaan daun. Telur ini melekat kuat pada daun untuk

melindungi telur daripada musuh.

Ikan

Ikan bertelur banyak di celah-celah rumpai air/ batu karang.Ini dapat melindungi telur daripada

musuh. Sesetengah ikan memasukkan telur/ anak dalam mulutnya.


PENGHARGAAN

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya.

Saya amat berterima kasih kepada ibu saya, Puan Zuhaira binti Zainordin yang banyak

membantu saya mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Norhashimah

binti Ahmad atas segala tunjuk ajar yang diberikan.


HAIWAN YANG BERTELUR

Anda mungkin juga menyukai