Anda di halaman 1dari 7

HAIWAN BERDURI TAJAM

Landak laut bukanlah landak yang tinggal di laut. Landak laut adalah haiwan laut
sejenis dengan bintang laut dan tripang. Ada lebih dari 200 spesies landak laut yang
tersebar di perairan seluruh dunia. Mereka umumnya tinggal di perairan yang tenang
dan memiliki banyak terumbu karang

LANDAK LAUT
Tehe-tehe adalah sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan Bajau Pantai
Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Tehe-tehe atau nama
lainya iaitu Landak laut banyak terdapat di dalam sekitar batu karang di perairan laut
yang cetek.Hidupan laut ini menjadikan kawasan batu karang di perairan cetek
sebagai tempat pembiakan. Haiwan laut ini mempunyai bentuk yang bulat dan
berwarna agak kecoklatan.Ianya juga memiliki duri yang amat tajam.Tehe-tehe
mempunyai duri yang lebih pendek berbanding Tayum (sepsis yang sama).
HAIWAN MENYAMAR

BELUNCAS BARON
Ulat bulu yang berasal dari India dan Asia Tenggara ini dianggap sebagai serangga
yang boleh melakukan penjelmaan bentuk yang terhebat dalam dunia. Semasa
dalam peringkat larva. Teknik penyamarannya sangat sukar diketahui kerana sangat
ekstrem. Tubuh ulat ini benar-benar menyerupai urat daun dan berwarna hijau pada
peringkat larva dan amat mudah bersembunyi di atas daun pokok manga dan
sebagainya. Apabila matang ia akan menjadi rama-rama cantic berwarna coklat atau
hijau.

SOTONG KATAK
Sotong ajaib ini mampu menyamar dan bergabung dengan batu karang, tumbuhan,
rumpai laut dan tanah dengan mengubah warna kulitnya. Selain itu, ia juga berupaya
menukar tekstur dan bentuk fizikal mengikut keadaan sekeliling. Apabila sotong
berlawanan jantina berada berdekatan, ia boleh membezakan diri dengan menukar
kepada warna yang khusus untuk menarik perhatian.
HAIWAN SISIK KERAS

IGUANA
Iguana merupakan kategori haiwan Reptilia yang mempunyai sisik. Haiwan reptilia
mempunyai kulit yang bersisik atau keras yang terdiri daripada selaput bertulang
atau bergading, mempunyai kaki yang pendek atau tidak mempunyai kaki langsung.
Kebanyakan reptilia bertelur (oviparous), walaupun sesetengahnya adalah
(ovoviviparous), menyimpan telur di dalam perut ibu sehingga menetas.

IKAN
Ikan juga mempunyai sisik yang keras
HAIWAN YANG MEMPUNYAI BISA

TEMBUAN
Tembuan dan lebah merupakan serangga yang mempunyai bisa. Bisa serangga ini
digunakan untuk melindungi diri sewaktu diserang atau ingin menyerang. Kekuatan
bisa serangga ini adakalanya boleh menyebabkan maut.

OBOR-OBOR KOTAK AUSTRALIA


Obor-obor ini mempunyai 15 sesungut di badannya yang boleh memanjang
sehingga 10 kaki yang dipenuhi dengan sel suntikan yang lebih dikenali dengan
nama ‘nematocytes’ yang mempunyai toksik yang boleh menyerang system saraf,
jantung dan kulit. Obor-obor menggunakan bias sebagai pelindung dirinya.
HAIWAN MEMASUKKAN BADAN KE DALAM CENGKERANG

KERANG
HAIWAN MEMPUNYAI CENGKERANG KERAS

PENYU
Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang yang keras. Cangkerang ini melindungi haiwan
daripada dicederakan ketika diserang musuh. Contoh: kura-kura, siput, kerang, kepah
Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang
dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas
berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-
kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.

Anda mungkin juga menyukai