Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH BARU,

JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


KOLEJ YAYASAN PAHANG ADVANCED SKILLS

1. PENGENALAN

Pembelajaran adalah satu proses yang berterusan. Ia tidak mengenal tempat dan
keadaan. Namun begitu keadaan persekitaran dan suasana sesetengah tempat
banyak mempengaruhi minat dan dorongan untuk belajar. Bertitik tolak dari
kesedaran inilah bahawa setiap murid perlu didorong oleh situasi yang berlainan
untuk dibawa ke alam pembelajaran yang berkesan di samping hiburan yang
terkawal dan bersifat ilmiah.

2. MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk menyuburkan potensi murid-murid dalam semua aspek
perkembangan iaitu menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dan
menerapkan nilai-nilai murni bagi melahirkan insan yang berperibadi tinggi.

3. OBJEKTIF

Melalui program ini murid-murid dapat :

1. Diberi pendedahan awal dan merasai suasana pembelajaran di institut


pengajian tinggi.

2. Sebagai motivasi kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam


peperiksaan UPSR 2018.

3. Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah antara guru, murid
dan komuniti luar.

4. PELAKSANAAN

Tarikh : 30 April 2018


Hari : Isnin
Tempat : Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills, Kampus Utama, Jalan Dato’
Bahaman, Kubang Buaya, 25250 Kuantan, Pahang Darul Makmur

5. KUMPULAN SASARAN

Murid = 61 orang
Guru = 6 orang
Jumlah = 67 orang

1
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH BARU,
JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN.

6. TENTATIF

TARIKH MASA TEMPAT YANG DILAWATI / AKTIVITI CATATAN


30 April 9.00 pagi Bertolak ke Kolej Yayasan Pahang
2018 Advanced Skills
9.30 pagi
Tiba di Kolej Yayasan Pahang Advanced
10.00 pagi Skills

Taklimat dan Lawatan

Kudapan
1.00
petang Bertolak balik ke SK Tanah Putih Baru

7. PENUTUP

Diharap program ini akan membantu proses perkembangan murid-murid dari segi
pengetahuan dunia luar, dorongan hidup bermatlamat, hiburan yang terkawal serta
penerapan nilai murni secara tidak langsung.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan

1 Makan Minum Peserta RM 245.00

2 Pengangkutan (2 Buah bas) RM 900.00

4 Cenderahati RM 25.00

JUMLAH RM 1170.00

Disediakan oleh Disahkan oleh

----------------------------------- -------------------------------------
Zuhaira binti Zainordin Mohd Taufek bin Mohd Taib
Guru Penyelaras Tahun 6 Guru Besar
SK Tanah Putih Baru SK Tanah Putih Baru

Anda mungkin juga menyukai