Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH BARU

KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR TEL : 095144449
cba4079.sktanahputihbaru@gmail.com FAX : 095162766

Ruj. Kami : CBA 4079.100-8/1/8


Tarikh : 9 November 2018

Ibubapa/ Penjaga
____________________________
____________________________

Tuan/ Puan

BAYARAN PROGRAM DAN AKTIVITI UPSR 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti yang dimaklumkan kepada tuan/puan pada Majlis Permuafakatan Ibu Bapa/Penjaga
Tahun 6 yang telah diadakan pada awal tahun yang lalu, bayaran sebanyak RM250.00 perlu dibayar oleh
setiap murid secara tunai atau ansuran bagi menampung perbelanjaan pelbagai program dan aktiviti
Tahun 6.

3. Namun, amat mendukacitakan bahawa sehingga kini pihak tuan/puan masih belum
menjelaskan baki bayaran berjumlah _______________ yang sepatutnya telah dijelaskan sebelum
peperiksaan UPSR yang lalu. Justeru itu, pihak kami amat berharap agar tuan/puan dapat menjelaskan
bayaran tersebut sebelum atau selewat-lewatnya pada 16 November 2018 (Jumaat) untuk menampung
kos perbelanjaan lain melibatkan program dan aktiviti Tahun 6 yang masih tertunggak.

4. Diharapkan pihak tuan dapat membuat tindakan yang sewajarnya dengan segera. Kerjasama
dan keprihatinan pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZHAR BIN MOHD ZIN)


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Tanah Putih Baru

Anda mungkin juga menyukai