Anda di halaman 1dari 1

SURAU AL-IMRAN

TAMAN SURIA
86200 SIMPANG RENGAM

23Jamadilakhir 1438
22 Mac 2017

Kepada

UMNO Bahagian Simpang Rengam


18A, Jalan Harmoni
Taman Harmoni
86200 Simpang Rengam

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

LONGKANG TIDAK BERTUTUP DAN MEMBAHAYAKAN KANAK-KANAK

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan , longkang dikeliling Surau Al-Imran, Jalan Suria 14 dan Jalan Suria
16 telah dilebarkan serta didalamkan pada tahun 2016. Ia bagi mengatasi limpahan air ketika hujan
lebat dan longkang berbau.

3. Walaubagaimana pun, longkang yang agak dalam telah menimbulkan kegelisahan


dikalangan penduduk kerana ia amat merbahaya terutama kepada kanak-kanak. Telah berlaku juga
kanak-kanak terjatuh kedalam longkang tersebut tetapi ia dapat diselamatkan oleh orang dewasa.
Penduduk khuatir jika berlaku lagi kebarangkalian ia boleh meragut nyawa.

4. Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami jika pihak Tuan dapat membantu
menyelesaikan permasalahan ini dengan membuat penutup longkang tersebut. Segala usaha baik
Tuan amatlah kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

HJ MOHD ZEKI BIN HJ IBRAHIM


Tel : 017-7942186

Anda mungkin juga menyukai