Anda di halaman 1dari 2

‫ُوترا‬

‫ڤ‬ ‫باندر‬ ‫اڬم‬ ‫ُوله‬


‫سك‬ ‫كباجيكن‬ ‫بادن‬
BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR PUTRA
Lot 77603, Jalan Kenari Utama,Bandar Putra,
81000 Kulaijaya,Johor Darul Ta’zim.
Tel: 07-5510048
Ruj. Kami : SAKNJ.KJ.09020.103/1(55) Jld 2
Ruj. Tuan :
Tarikh : 02Rejab1436
20 April 2015
Pengurus Cawangan,
SWM Cawangan Kulai,
PTD 37449, Lot 663,
KM3, Jalan Kota Tinggi,
81000, Kulaijaya,
Johor Darul Ta’zim.
Tuan / Puan,

MOHON TONG SAMPAH TIDAK BERTUTUP


Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk:
2. Berhubung perkara di atas, Sekolah Agama Bandar Putra merupakan sekolah yang baru di buka
pada tahun 2013 ingin memohon tong sampah tidak bertutup untuk kemudahan pihak sekolah.

3. Permohonan ini disebabkan tong sampah yang sedia ada tidak sesuai memandangkan pelajar
gemar membuang sampah di atas penutup tong sampah dengan tidak membuka penutupnya terlebih
dahulu.
4. Tong sampah biasa yang terlupa ditutup juga menyebabkan burung gagak datang dan
menyelongkar sampah di tong sampah berkenaan.Burung gagak yang datang ini juga membuang najis di
sekitar kawasan sekolah dan menyebababkan persekitaran sekolah menjadi berbau dan kotor.
5. Sehubungan itu pihak sekolah ingin memohon daripada pihak tuan agar dapat membantu pihak
sekolah dengan menyediakan kemudahan tong sampah seperti dilampiran demi keselesaan dan kemudahan
kepada para pelajar dan guru – guru.
6. Jasa baik dari pihak tuan untuk membantu kami menyelesaikan masalah ini amatlah dihargai dan
sekaligus dapat mempermudahkan pihak sekolah dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti kerohanian dan
mencurahkan ilmu.
7. Semoga situasi ini mendapat perhatian untuk tindakan tuan selanjutnya. Segala kerjasama daripada
pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman pihak tuan.
Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(HOD BIN AMIN )


Pengerusi Badan kebajikan Sekolah,
Sekolah Agama Bandar Putra.

s.k. : PPAD.KJ
Fail Sekolah.

Contoh – contoh Tong Sampah yng diinginkan pihak sekolah

Anda mungkin juga menyukai