Anda di halaman 1dari 1

Blok 3,

Kompleks Rumah Guru,


Jalan Permas 16,
81750 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim
__________________________________________________________________________________

Unit Pembangunan,
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang,
d/a SK Seri Kota Puteri 4,
Jalan Penaga
Bandar Baru Kota Puteri
81750 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim.

KEBOCORAN AIR DI BLOK 3

Merujuk kepada perkara di atas, saya mewakili penduduk blok 3 Kompleks Rumah Guru,
Jalan Permas 16, memohon agar tindakan diambil untuk membaiki kerosakan yang telah berlarutan
lebih daripada tiga minggu ini. Sumber kerosakan tidak dapat dipastikan samada berpunca daripada
paip pecah atau pelampung tangki yang rosak. Pembaikian ini adalah penting untuk disegerakan.
adalah kerana:

2. Air yang melimpah telah meresap masuk ke dalam dinding rumah menyebabkan cat mula
tanggal dan kesan kotor timbul. Air tersebut juga telah mula membasahi lantai rumah dan mula
menitik dari siling rumah.

3. Ia juga menyebabkan percikan ke bahagian tangga menyebabkan tangga licin dan merbahaya
kepada penduduk, terutamanya anak-anak.

4. Malahan, ia adalah suatu pembaziran yang nyata sedangkan air tersebut boleh dimanfaatkan
untuk kegunaan ramai.

5. Bersama surat ini saya sertakan bukti gambar sebagai rujukan untuk tindakan pihak tuan.

6. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Terima kasih.

Yang benar,

___________________________
(WAKIL PENDUDUK BLOK 3)

s.k. Ahli Parlimen Pasir Gudang


Menteri Besar Johor

Anda mungkin juga menyukai