Anda di halaman 1dari 44

JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan

Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

BAB 1

1. PENGENALAN

Tradisi sastera berunsurkan Islam semakin mendapat tempat di hati

masyarakat pembaca. Di Malaysia wacana sastera islam yang bersifat konseptual

mula muncul pada tahun 1965 oleh Yusof Zaki Yaakob. Sejak itu ramai pengkarya

mula menghayati karya berunsur Islam. Di Malaysia ia dipelopori oleh Yusof Zaki

dan Shahnon Ahmad dan melalui kerjasama antara DBP dan Persatuan Penulis,

karya sastera dari penulis-penulis baru yang boleh dikatakan mempunyai latar

belakang pendidikan agama semakin bercambah.

Teori Takmilah merupakan perkembangan baru dalam dunia kritikan sastera

tempatan. Ia menjadi pendekatan alternatif di tengah-tengah keghairahan teori

sastera dari Barat yang menguasai dunia sastera tempatan hari ini berasaskan nilai-

nilai estetika daripada Al-Quran dan Al Hadis. Menurut Prof Madya Dr Shafei Abu

Bakar, bersumberkan nilai-nilai estetika dan falsafah islam yang berprinsipkan

tauhid, teori sastera ini direalisasikan. Daripada aspek penerapannya, Takmilah

mengarah kepada pemahaman bahawa sesebuah karya sastera merupakan salah

satu unsur seni yang menekankan kesempurnaan serta keindahan.

Di samping dapat memberi kesan positif dalam membentuk perkembangan

bahasa serta mendidik budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita ia turut

dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari secara tidak langsung dan sekaligus dapat

menerapkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam jalan cerita sesebuah novel.

-1-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Tambahan pula dengan adanya penyelitan unsur-unsur takmilah dalam penulisan

novel itu sendiri.

Di samping itu, novel yang dikaji juga turut memperlihatkan konsep Islam

yang dikemukakan dengan baik khususnya dalam memberikan keinsafan dan

memperlihatkan keindahan yang dapat meingkatkan keimanan dan ketakwaan diri

khalayak kepada Allah s.w.t. Malah tradisi sastera yang berunsur Islam semakin

mendapat tempat di hati pembaca dan masyarakat apabila tercetusnya polemik

sastera antara dua sasterawan besar iaitu Shahnon Ahmad dan Kasim Ahmad pada

pertengahan tahun 1980an. Melalui kerjasama antara DBP dan persatuan penulis,

karya sastera berunsur islam semakin bercambah dengan kemunculan penulis-

penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Sumbangan para sasterawan dan penulis cukup besar dalam pembangunan

industry kreatif di negara kita. Banyak karya penulis dalam pelbagai genre dapat

diangkat ke pentas teater dan layar perak sebagai alternatif tambahan untuk

mengetengahkan karya-karya terbaik dan berkualiti tinggi.

Seperti yang diketahui umum, setiap bangsa mempunyai karya agung

masing-masing. Sesuci Murni adalah karya sulung Penulis Isya Azwa Idris yang

secara tidak langsung turut mengangkat dan telah memperkenalkan kepada

masyarakat tentang karya bercorak Islamik yang dapat mencorak dan menjadi

panduan serta pedoman dalam kehidupan seharian dengan gaya dan cara hidup

yang sederhana. Seperti mana yang kita sedia maklum,sastera bukan sahaja dilihat

sebagai bentuk gaya bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud

melalui penceritaannya, tetapi juga dianggap penting sebagai salah satu aspek

-2-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan sekaligus berperanan untuk

menyebarkan dakwah islamiah secara formal mahupun tidak formal.

Novel Sesuci Murni boleh dikatakan memberi sumbangan yang cukup besar

kerana idea dan konsep yang diketengahkan berdasarkan teori takmilah dan mampu

mengajak pembaca untuk menentukan penghasilan sesebuah karya novel perlu

sampai kepada pembaca dan benar-benar serasi dengan kehendak dan

kepentingan sastera islam. Matlamat dalam prinsip ini adalah bertujuan memupuk

pembaca ke arah pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi terpuji dan

akhlak mulia Rasulullah s.a.w. Kajian ini turut berperanan dan bertujuan memberi

kesedaran kepada pembaca bahawa pembacaan novel dapat meluaskan pemikiran

menjadi seorang insan yang luhur malah melalui pembacaan juga dapat mendidik

jiwa dan rohani.

Melalui kepakaran dan kefahaman penulis atau pengkarya dapat membawa

pembaca untuk lebih menghayati teori takmilah yang diselitkan dengan lebih jelas

daripada saat mula membaca sehingga selesai. Jalan cerita yang dihasilkan juga

harus memiliki sifat memupuk pembaca ke arah menjadi insan kamil. Di samping itu,

kajian yang dilakukan turut memupuk pembaca mengamalkan konsep nilai-nilai

murni yang diterapkan dalam penulisan novel. Ianya secara tidak langsung turut

membuka minda saya selaku pengkaji dan pembaca dengan menerapkan perasaan

kecintaan terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melalui bait-bait doa memohon

keampunan dari Allah.

Penelitian dan pemahaman yang padu tentang agama islam yang telah

diterapkan oleh penulis dalam karyanya. Penilaian sesebuah karya banyak

-3-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

bergantung terhadap persembahan yang dikemukakan berdasarkan tahap unsur

pengajaran dan olahan persoalan yang menggambarkan islam sebagai agama yang

syumul.

Secara kesimpulannya, amat penting penggiat seni dan sastera memberi

peluang kepada penulis dan pengkarya baru untuk meluaskan bidang dan seni

penulisan mereka. Golongan seperti mereka ini tidak harus dipinggirkan dan

dipandang sepi kerana mereka juga memainkan peranan dalam mendidik jiwa dan

rohani pembaca menerusi karya bercorak islamik yang dihasilkan di samping dapat

memupuk pembaca kea rah menjadi insan kamil.

Satu-satunya jalan yang benar untuk manusia ialah dengan mengakui

bahawa Allah Subhanahu Wata'ala satu-satunya Tuhan dan Pemilik dan kepada

petunjuk dan arahannya sahajalah manusia patut mengikutinya di dalam membina

kehidupan. Manusia haruslah menyedari bahawa kehidupannya nanti akan diadili

dan satu-satunya tujuan hidupnya ialah untuk mencapai MARDATILLAH (keredhaan

Allah) bagi membolehkannya layak menerima balasan baik di Hari Akhirat. Sebarang

sikap dan haluan yang bertentangan dengan perkara di atas akan membawa

manusia kepada kesesatan dan kemusnahan. Sekiranya manusia mengikuti jalan

yang baik, dan taqwa (yang ia adalah bebas untuk memilih dan mengikutinya)

nescaya ia akan mendapati kejayaan di dunia dan di akhirat. Di dunia dia akan

beroleh kehidupan yang aman damai dan puas manakala di akhirat nanti ia

merupakan orang yang layak menerima balasan Syurga Allah (Al Jannah). Dan jika

ia memilih jalan yang lain menafikan dengan peraturan-peraturan Tuhan dan jalan

-4-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

yang jahat (juga merupakan jalan yang ia bebas memilih dan mengikutinya) nescaya

kehidupan dunianya menjadi kehidupan yang penuh dengan

penyelewengan,penipuan, kefasiqan dan kekecewaan manakala di akhirat nanti ia

ditimpa bala derita, siksa kepedihan dan rintihan penyesalan yang tidak berpangkal

di dalam neraka Jahim.

2. PERMASALAHAN KAJIAN

Hasil daripada perkembangan kesusasteraan di Malaysia, terdapat karya

yang boleh dikategorikan sebagai karya berunsur islam yang dihasilkan oleh penulis

tempatan. Seperti juga novel pilihan bertajuk “Sesuci Murni” hasil karya penulis Isya

Azwa Idris terbitan Telaga Biru. Novel “Sesuci Murni” banyak memberi pengajaran,

kesedaran dan keinsafan dalam diri. Nilai ketakwaan dan pegangan agama yang

kuat amat penting dalam jiwa. Sastera adalah medium paling halus yang boleh

membawa arus pemikiran dalam masyarakat.Malah kesedaran penulis untuk

menghasilkan karya yang melingkungi kehidupan mereka berkaitan dengan

keislaman adalah faktor terhasilnya karya. Apabila perkembangan dan kesedaran

terhadap nilai islam meningkat, ia merupakan satu perkembangan yang positif.

Melalui sumber yang dipetik daripada buku “Sikap Dan Pemikiran Usman

Awang” terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1983, tugas seorang sasterawan atau

pengarang adalah memperdalam dan memperluaskan kesedaran dan keinsafan

orang lain tentang diri mereka dan tentang masyarakat yang mereka diami ,

mendidik dan membimbing ke arah membela keadilan dan kesucian, membentuk

budi pekerti yang luhur dan mempertinggikan peradaban bangsa. Pendek kata

segalanya dinilai berdasarkan elemen-elemen positif supaya mereka dapat

-5-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

memperjuangkan hasil kesenian sastera islam ke arah kebaikan sejajar dengan arus

pemodenan masa kini. Dalam erti kata lain pengkarya seharusnya bertunjangkan

kepada Al Quran dan Hadis untuk mengukuhkan nilai kesusasteraan islam.

Teknik penulisan karya dan cara penyampaian isi cerita memainkan peranan

penting dalam penghasilan sesebuah karya. Teknik yang berkesan seperti cara

pengarang menyusun jalan cerita, penggunaan kata-kata, adegan-adegan dalam

cerita yang mampu menarik minat pembaca amat penting.. Jadi ini adalah sesuatu

yang unik jika dapat meneroka sedalamnya dan sejauh mana keberkesanan

sesebuah karya untuk membuktikan potensi hasil karya itu sebagai medium

penceritaan yang berjaya menambat hati pembaca dan masyarakat serta berjaya

menyampaikan maksud sebenar jalan cerita itu. Kepakaran dan kefahaman

pengkarya terhadap teori yang digunakan juga akan membawa para pembaca dapat

dan mudah menghayati jalan cerita bermula dari saat membaca sehinggalah selesai.

Hubungan sastera dengan ilmu yang mempunyai pertalian dengan fakulti diri

amat penting khususnya akal dan hati. Dalam konsep islam, adalah diterima bahawa

akal adalah ayat paling utama dalam mencapai keilmuan. Karya sastera bukan

sahaja berbentuk hiburan tetapi seharusnya boleh menyampaikan mesej dan

pengajaran kepada pembaca dan yang penting ia bukanlah sesuatu yang dibaca

pada waktu senggang tetapi boleh mendidik serta meningkatkan akan erti

kebesaran Allah s.w.t. Malah sebagai seorang pengkarya yang menghasilkan novel

bercorak islam, perkara yang harus dititikberatkan adalah soal akidah. Seseorang

pengarang dan pengkarya yang sempurna adalah dengan menggabungkan unsur-

unsur takmilah untuk membentuk satu karya yang mampu mewadahi khalayaknya.

-6-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Pengindahan dalam sastera mampu dicapai apabila melibatkan aspek yang

merangkumi penghasilan sesebuah karya. Antaranya adalah bentuk, isi, tema,

struktur, watak perwatakan, sudut pandangan, nilai mesej dan ideolagi. Pemahaman

sesebuah karya merupakan salah satu unsur seni yang menekankan kesempurnaan

serta keindahan. Ayat-ayat suci dan himpunan-himpunan doa yang digunakan dalam

penyampaian cerita di samping usaha menyebarkan dakwah. Imaginasi yang

mementingkan ketajaman daya pengamatan pengarang terhadap sesuatu peristiwa

atau jalan cerita merupakan salah satu aspek penting dalam penghasilan karya. dan

kebesaran Illahi yang dipaparkan dalam jalan cerita atau penghasilan karya. Hal ini

sekaligus dapat memberikan keinsafan dalam diri pembaca itu sendiri. Istikmal yang

merujuk kepada pengkarya perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama, sastera

dalam usaha mengembangkan ilmu agama.

Malah di samping itu, penghasilan karya sastera yang sempurna akan

terhasil apabila pengkarya berjaya melengkapkan diri dengan menguasai ilmu-ilmu

keislaman dan ilmu berhubung dengan sastera. Nilai-nilai dan ilmu keislaman bukan

sahaja bersifat asas malah khusus dan mendalam sekaligus dapat menerapkannya

dalam kehidupan seharian. Menurut Muhammad Kamal Hassan, beliau menjelaskan

bahawa sastera islam itu perlu lahir daripada sasterawan yang mempunyai jiwa

keislaman. Ilmu islam yang terdapat dalam jiwa pengkarya sekaligus memberi ruang

yang baik dalam menjiwai watak dan perwatakan dalam cerita. Seperti yang sedia

kita maklum,sastera bukan sahaja dilihat sebagai bentuk gaya bahasa yang

digunakan dalam menyampaikan sesuatu maksud melalui jalan ceritanya, tetapi juga

dianggap penting sebagai salah satu aspek untuk mengembangkan ilmu

-7-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

pengetahuan dan sekali gus berperanan menyebarkan dakwah islamiah secara

formal mahupun tidak formal.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini merujuk kepada satu objektif khusus iaitu mengkaji

prinsip-prinsip Teori Takmilah berdasarkan kajian melalui novel “Sesuci Murni” hasil

karya Isya Azwa Idris. Kajian ini dilakukan untuk meneliti tentang kesesuaian teori

Takmilah diaplikasikan dalam novel yang boleh dikategorikan sebagai karya

berunsur Islam. Ia boleh diklasifikasikan sebagai salah sebuah teori setempat yang

meletakkan falsafah tauhid sebagai pakar penilaian sesebuah karya atau teks

secara takmilah. Teori ini membuka jalan alternatif kepada pengkaji untuk

menganalisis dan membuat ulasan berasaskan prinsip-prinsip keislaman. Takmilah

menuntut semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera menyedari sastera itu

sebagaimana bidang lain mempunyai pelengkap yang akan melengkapkan jati diri

keislaman dalam diri seorang pengarang dan karya yang dihasilkannya.

Objektif pertama kajian ke atas novel Sesuci Murni ini adalah untuk mengkaji

dan menganalisis tentang prinsip ketuhanan yang bersifat kamal iaitu

-8-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

kesempurnaan dari aspek ketuhanan. Menganalisis tentang corak dan gaya hidup

seorang muslim seperti yang digambarkan dlam jalan cerita Sesuci Murni . Dalam

novel ini menceritakan cara hidup ibu dan abang lelakinya serta hubungan antara

ibu, anak lelaki dan anak perempuan setelah kematian bapa mereka. Cara hidup ibu

dan anak lelaki yang jauh menyimpang dengan cara hidup kebaratan.

Objektif yang kedua pula amanah dan tanggungjawab. Amanah dan

tanggungjawab dalam melaksanakan apa jua perkara termasuk melaksanakan

perintah agama. Amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan, melaksanakan

sesuatu dengan betul mengikut lunas Islam. Ia juga bermaksud tanggungjawab yang

diserahkan orang lain kepada kita dan perlu menunaikan sebaik-baiknya tanpa

sebarang penyelewengan.Ia adalah sifat kedua yang wajib bagi rasul.

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan dan melaksanakan

amanah (bertanggungjawab) terhadap orang-orang yang memberikan amanah

itu. Dan apabila kamu menghukum antara manusia, lakukanlah dengan adil.

Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang amat baik padamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. (Surah An-Nisa’

ayat 58 Setiap orang sewajarnya menanamkan rasa tanggungjawab berkenaan

sedalam-dalamnya di dalam dada. Selain daripada peraturan supaya orang

menunaikan amanah dengan baik, perlu ditanamkan rasa iman dan takwa

kepada Allah yang selalu memerhatikan segala tindak-tanduk manusia.Iman

dan takwa lebih berkesan daripada undang-undang. Dengan merasakan

tanggungjawab itu sebagai satu kewajipan daripada Allah .Allah berfirman

-9-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

yang bermaksud: “Hai orang mukmin! Janganlah kamu berkhianat kepada

Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati

(memungkiri) amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedangkan

kamu mengetahui”. (Surah Al-Anfal ayat 27).

Seterusnya objektif yang ketiga adalah keinsafan diri. Penyesalan dan

kesedaran dalam diri mendapat petunjuk dan hidayah. Timbul penyesalan dan

kesedaran dalam diri setelah mendapat rahmat dan petunjuk dariNya.

4. SKOP KAJIAN

Kajian yang dilakukan dikaitkan dengan beberapa konsep islam seperti

akidah, ibadah, ketuhanan dan keislaman yang disesuaikan dengan Teori Takmilah.

Skop kajian ini akan lebih memfokus kepada tiga prinsip utama teori takmilah iaitu

prinsip pertama kesempurnaan daripada aspek ketuhanan yang bersifat kamal,

prinsip ketiga prinsip keislaman yang bersifat akmal dan yang ketujuh iaitu prinsip

khalayak yang bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil. Teori Takmilah

seperti prinsip ketuhanan yang bersifat kamal, prinsip keislaman yang bersifat

akmal, khalayak yang bertujuan memupuk mereka ke arah insan kamil dan prinsip

sastera yang bercirikan estetika dan bersifat takmilah. Kajian yang dilakukan dalam

novel “Sesuci Murni” lebih bertumpu kepada corak hidup dan hubungan dalam

kekeluargaan serta usaha melaksanakan amanat yang dipertanggungjawabkan.

Kisah hidup Murni yang mengabdikan diri serta mencari petunjuk dan hidayah untuk

-10-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

mendapat keredhaan Allah s.w.t. Usahanya untuk megembalikan semula sinar

keredhaan dalam hidupnya sekeluarga yang telah menyasar jauh dari corak dan

cara hidup seoarang muslim.

Skop kajian yang dijalankan terhadap novel Sesuci Murni diketengahkan

berdasarkan teori takmilah dan mampu mengajak pembaca untuk menentukan

penghasilan sesebuah karya novel perlu sampai kepada pembaca dan benar-benar

serasi dengan kehendak dan kepentingan sastera islam. Matlamat dalam prinsip ini

adalah bertujuan memupuk pembaca ke arah pembentukan insan kamil iaitu

mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasulullah s.a.w. Kajian ini turut

berperanan dan bertujuan memberi kesedaran kepada pembaca bahawa

pembacaan novel dapat meluaskan pemikiran menjadi seorang insan yang luhur

malah melalui pembacaan juga dapat mendidik jiwa dan rohani.

Kajian dilakukan terhadap pemikiran dan falsafah pengarang dalam

mengaitkan jalan cerita dengan beberapa konsep Islam iaitu akidah, ibadah,

dakwah, khalifah dan jihad untuk disesuaikan dengan gagasan Teori Takmilah.

Penelitian kajian ditumpukan terhadap novel yang mengemukakan konsep akidah

berdasarkan prinsip kesempurnaan dari aspek ketuhanan dari sudut kepercayaan

kepada Allah s.w.t, kepercayaan kepada Rasul Allah sedabagi pemimpin,

kepercayaan kepada kitab-kitab Allah, kepercayaan kepada hari Kiamat dan

kepercayaan kepada qada dan qadar Allah s.w.t. Manakala konsep ibadah adalah

dari sudut hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan

manusia.

-11-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Melalui kepakaran dan kefahaman penulis atau pengkarya dapat membawa

pembaca untuk lebih menghayati teori takmilah yang diselitkan dengan lebih jelas

daripada saat mula membaca sehingga selesai. Jalan cerita yang dihasilkan juga

harus memiliki sifat memupuk pembaca ke arah menjadi insan kamil. Di samping itu,

kajian yang dilakukan turut memupuk pembaca mengamalkan konsep nilai-nilai

murni yang diterapkan dalam penulisan novel. Ianya secara tidak langsung turut

membuka minda saya selaku pengkaji dan pembaca dengan menerapkan perasaan

kecintaan terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melalui bait-bait doa memohon

keampunan dari Allah.

Selain penerokaan terhadap teknik penceritaan, gaya bahasa dan plot

sebagaimana yang dicirikan oleh gagasan Teori Takmilah untuk memperlihatkan

keindahan melalui teknik naratif atau kisah berdasarkan hidayah dan keindahan

melalui teknik pemilihan kata berdasarkan nilai pertentangan manusia dengan

agama Islam.

5. TEORI DAN METODOLOGI

Teori dan pendekatan Takmilah mula diperkenalkan oleh Dr Shafie Abu Bakar

pada sekitar tahun 1992 hingga 1993. Teori Takmilah dibina secara berhubung

rapat dengan falsafah dan prinsip-prinsip keislaman yang bersifat syumul

(menyeluruh) dan holistic. Sifat syumul yang dijelaskan bermula dari falsafah tauhid

yang bersifat doktirinik yang kukuh dalam islam . Manakala sifat ‘kama Allah’ pula

menjadi unsur yang Takmilah sebagai elemen seni dan sastera yang meningkatkan

martabat insan.

-12-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Takmilah dibina atas kepercayaan yang didasarkan kepada konsep

kesyumulan. Shafie percaya,segala aspek dan bidang kehidupan manusia

terangkum dalam lingkungan tauhid. Oleh itu, bidang sastera yang teradun di

dalamnya unsur estetika tidak terkecuali dari ketauhidan ini. Aspek ketauhidan itu

yang memuncakkan kesyumulan itulah menjadi falsafah kepada pembinaan teori

Takmilah. Takmilah boleh dianggap satu teori yang bersifat universal yang

meramgkumkan semua aspek kepengarangan ke dalam acuan Islam. Takmilah

menuntut semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera menyedari bahawa

sastera itu sebagaimana juga bidang lain dalam Islam mempunyai fungsi pelengkap

yang akan melengkapkan jati diri keislaman padadiri seseorang pengarang islam

dan karya yang dihasilkannya. Dalam erti kata lain, Takmilah menyempurnakan sifat

keislaman menerusi sastera. Komponen utama contohnya komponen falsafah yang

mewarnai nilai-nilai seperti kebaikan, kebenaran, kemuliaan dan ketinggian peribadi.

Manakala komponen seni mewarnai karya melalui teknik-teknik berkarya itu sendiri.

Teori ini boleh disifatkan holistik kerana prinsip-prinsipnya yang tujuh melibatkan

segala aspek ketuhanan, kenabian, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak.

Antara tujuh prinsip teori tersebut adalah prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal,

prinsip kerasulan yang bersifat insan Kamil, prinsip keislaman yang bersifat Akmal,

prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, prinsip sastera yang bercirikan

keindahan dan kesempurnaan, prinsip pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan

diri, prinsip khalayak yang bertujuan memupuk diri menjadi insan Kamil.

Dalam erti kata lain, Takmilah telah menyempurnakan sifat keislaman

menerusi sastera. Takmilah telah membuka ruang kepada pengarang, teks dan

khalayak agar dapat diterima hasilnya sebagai sesuatu yang haq dan bernilai di sisi

-13-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Allah. Ia dapat menyempurnakan sifat keislaman menerusi sastera seperti mana

dalam bidang lain, sastera juga mempunyai fungsi pelengkap yang akan

melengkapkan jati diri keislaman dalam diri seoarang pengarang dan karya yang

dihasilkan. Sastera yang hadir dalam masyarakat semestinya sastera yang menjurus

kepada Allah. Segala aktiviti kepengarangan semestinya tidak terkeluar dari

landasan Islam, maka dengan itu, hasilnya akan menemukan hakikat kesempurnaan

yang akan melengkapkan sebahagian daripada tuntutan iman pada diri pengarang,

teks dan khalayak di sisi Allah s.w.t.

Konsep Takmilah turut mengangkat ilmu sebagai satu media yang akan

merealisasikan segala bentuk kegiatan sastera untuk mencapai matlamat dalam

karya.Ilmu perlu menjadi keperluan yang paling asasi di samping siat kreatif

pengkarya. Jadi, Takmilah menuntut seseorang pengarang memiliki ilmu. Melalui

ilmu, pengarang dapat menemukan keagungan Allah, kekuasaanNya dan apa jua

yang menjadi tanda kewujudan Allah, kisah-kisah para rasul, sahabat dan pejuang

Islam dalam karya mereka. Tidak akan sempurna sesebuah karya sastera itu jika

hasilnya terkeluar dari prinsip-prinsip ilmu Islam, khususnya asas ilmu yang dapat

membawa khalayak dan diri pengarang kepada ma’rifat Allah.

Manakala unsur-unsur estetika iaitu keindahan menjadi paksi yang asasi

kepada segala aspek estetika, baik yang terungkap mahupun yang tergambar dalam

fikiran manusia, tercatat dalam karya mahupun tersembunyi. Unsur estetika ini

sewajarnya menuju kepada kesempurnaan makna dan apreasiasi keindahan yang

hakiki. Keindahan itu merupakan salah satu daripada sifat Allah dan memancar serta

membuahkan keindahan kepada aspek yang lain pula. Aspek estetika menjadi

-14-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

tunjang yang memberi wajah keunikannya berbanding dengan bidang ilmu yang lain.

Dengan tidak mengabaikan unsur estetika luaran, Takmilah pergi lebih jauh

menjangkau makna keindahan yang lebih kudus dan universal. Bagi Takmilah,

keindahan-keindahan yang wujud dan terungkap dalam sesuatu karya tidak

semestinya terbatas kepada makna luaran dan berakhir pada tafsiran yang diberikan

oleh manusia tetapi bertalian dengan keindahan hakiki yang menjadi salah satu sifat

Allah.

6. KAJIAN LEPAS/TINJAUAN HASIL KAJIAN TERDAHULU

Teori dan pendekatan Takmilah turut dikesan melalui beberapa pembacaan.

Melalui kajian terhadap novel “Nurul Hidayah” dan “Ustaz” oleh Maisarah Yaacob,

kajian tersebut memperlihatkan penggunaan gagasan Teori Takmilah dalam

merungkai novel yang dikategorikan sebagai novel berunsur islam. Kajian telah

diteliti berdasarkan tema dan persoalan, watak dan perwatakan serta latar yang

dihasilkan oleh pengarang untuk diklasifikasikan sebagai novel berunsur islam.

Pendekatan gagasan Teori Takmilah telah digunakan untuk menganalisis teks

-15-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

berdasarkan lima unsur insaniah yang dicirikan dalam teori tersebut iaitu unsur

alamiah, unsur inderawi, unsur hati nurani, unsur akliah dan unsur rohani..

Berdasarkan kajian terdapat gelombang-gelombang tertentu yang membezakan

keima-lima tahap unsur insaniah menerusi kedua-dua novel tersebut.

Hal ini dapat dilihat melalui nilai keinsafan yang diwujudkan pengarang pada

watak bagi menetukan tahap unsur-unsur yang dicirikan dalam gagasan Teori

Takmilah. Menerusi kajian tersebut, novel “Ustaz” mempunyai lebih kedudukan

insaniah yang tinggi berbanding dengan novel “Nurul Hidayah”. Hal ini bermakna

novel “Ustaz” lebih banyak menggunakan kelima-lima unsur insaniah berbanding

novel “Nurul Hidayah”.

Memandangkan kajian yang dilakukan hanya terbatas terhadap tema,

persoalan ,watak dan perwatakan secara umum tanpa mengaitkannya dengan

konsep-konsep berunsur islam. Oleh yang demikian saya memilih untuk melakukan

kajian terhadap Teori Takmilah secara terperinci dalam sebuah genre novel

berunsurkan islam.

7. ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini boleh dibahagikan kepada empat bab. Bab 1 menjelaskan tentang

pengenalan di dalamnya termuat permasalahan kajian, objektif kajian, skop

kajian, ,tinjauan kajian terdahulu, teori dan metodologi, kajian lepas atau tinjauan

kajian terdahulu serta organisasi kajian.

-16-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Manakala dalam bab kedua akan merungkai objektif pertama kajian ke atas

novel Sesuci Murni ini adalah untuk mengkaji dan menganalisis tentang prinsip

ketuhanan yang bersifat kamal iaitu kesempurnaan dari aspek ketuhanan.

Menganalisis tentang corak dan gaya hidup seorang muslim seperti yang

digambarkan dlam jalan cerita Sesuci Murni . Dalam novel ini menceritakan cara

hidup ibu dan abang lelakinya serta hubungan antara ibu, anak lelaki dan anak

perempuan setelah kematian bapa mereka. Cara hidup ibu dan anak lelaki yang

jauh menyimpang dengan cara hidup kebaratan.

Seterusnya bab ketiga pula akan merungkaikan amanah dan tanggungjawab

sebagai seorang muslim. Hubungan kekeluargaan yang sedikit renggang setelah

berlaku perubahan dan penghijrahan dalam diri anak perempuan keluraga tersebut

iaitu Murni yang tidak henti-henti memanjatkan doa agar rahmat akan menyelubungi

diri dan keluarganya. Murni juga sering menghadiri kuliah-kuliah agama dan kelas

mengaji al quran serta kelas fardhu ain. Masa dan kehidupannya banyak dihabiskan

dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Seterusnya bab keempat pula keinsafan dalam diri dan petunjuk serta

hidayah diperoleh setelah insan yang tersayang pergi menghadap illahi lalu merubah

cara hidup mereka. Keinsafan yang turut meningkatkan keimanan dan ketakwaan

dalam diri.

Bab kelima merupakan kesimpulan dan penutup kepada hasil kajian. Bab ini

akan menyentuh secara menyeluruh mengenai ulasan penghasilan kajian dan

keberhasilan pencapaian objektif.

-17-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

BAB 2 Amalan Dan Gaya Hidup

Satu-satunya jalan yang benar untuk manusia ialah dengan mengakui

bahawa Allah Subhanahu Wata'ala satu-satunya Tuhan dan Pemilik dan kepada

petunjuk dan arahannya sahajalah manusia patut mengikutinya di dalam membina

kehidupan. Manusia haruslah menyedari bahawa kehidupannya nanti akan diadili

dan satu-satunya tujuan hidupnya ialah untuk mencapai MARDATILLAH (keredhaan

Allah) bagi membolehkannya layak menerima balasan baik di Hari Akhirat. Sebarang

sikap dan haluan yang bertentangan dengan perkara di atas akan membawa

manusia kepada kesesatan dan kemusnahan. Sekiranya manusia mengikuti jalan

yang baik, dan taqwa (yang ia adalah bebas untuk memilih dan mengikutinya)

nescaya ia akan mendapati kejayaan di dunia dan di akhirat. Di dunia dia akan

beroleh kehidupan yang aman damai dan puas manakala di akhirat nanti ia

merupakan orang yang layak menerima balasan Syurga Allah (Al Jannah). Dan jika

ia memilih jalan yang lain menafikan dengan peraturan-peraturan Tuhan dan jalan

yang jahat juga merupakan jalan yang ia bebas memilih dan mengikutinya nescaya

kehidupan dunianya menjadi kehidupan yang penuh dengan

penyelewengan,penipuan, kefasiqan dan kekecewaan manakala di akhirat nanti ia

ditimpa bala derita, siksa kepedihan dan rintihan penyesalan yang tidak berpangkal

di dalam neraka Jahim.

Karya sastera juga dilihat berperanan menjadi alat dalam pelajaran dan

berperanan mendidik manusia ke arah menanamkan rasa keinsanan dan keislaman

melalui membaca karya-karya sastera. Prinsip Takmilah Pertama iaitu prinsip

-18-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Ketuhanan Bersifat Kamal atau kesempurnaan dapat dilihat dalam novel Sesuci

Murni.

Kehidupan Murni telah berubah seleps kematian bapanya. Murni lebih

banyak menyendiri dan mengabdikan diri kepada Allah selain menghadiri kelas-

kelas agama, kelas fardhu ain dan mengikuti kelas mengaji al quran di masjid

berdekatan dengan rumahnya. Murni turut menerima takdir Illahi apabila dia

disahkan sakit dan hanya menanti masa sahaja. Namun penghujung hayatnya

banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri dan mengabdikan diri kepada Allah.

Ianya dapat dilihat dan dibuktikan melalui petikan novel ini.

“…kerana masanya lebih banyak ditumpukan dengan membaca al-Quran

setiap hari dan melalukan ibadah sunat yang lainnya…”

“Sebagaimana kata ustaz tersebut “…jika ada waktu terluang, bacalah al-

Quran kerana ia bukan sahaja menerangi hati dan wajah kita tetapi juga menerangi

kubur kita kelak…” lantas Murni terus membaca al-Quran sehingga masuk waktu

Zuhur…”

Dalam erti kata lain setiap bidang kehidupan seorang hamba Allah itu, baik

berupa 'ibadah terhadap Allah atau yang berupa mu'amalah sesama manusia,

semuanya itu mestilah dilakukan dalam rangka, untuk meng'abdikan diri sepenuhnya

kepada Allah. Segala tindakan yang dilakukan di dunia ini adalah dengan niat untuk

mencari keredaan Allah semata mata.

Firman Allah yang mafhumnya:

-19-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

"Kerana hendak mencari keredaan Tuhannya Yang Maha tinggi; dan Tuhannya

yang reda kepadanya. " (Al Lail: 20-21)

Amalan dan cara hidup seoarang muslim yang diamalkan oleh Murni dalam

mencari kesempurnaan hidup dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jika

dilihat pada awal penceritaan hubungan kekeluargaan yang dipamerkan menerusi

novel pilihan ini merupakan salah satu bentuk hubungan kekeluargaan yang kurang

mendidik. Sebagai contoh, situasi yang dialami oleh keluarga Murni,jelas

menunjukkan bahawa kurangnya nilai keislaman yang sepatutnya

dipertanggungjawabkan kepada kedua ibubapa. Disebabkan persefahaman mereka

yang semakin luntur, pengkarya menunjukkan keserasian mereka berdasarkan teori

Takmilah yang ketujuh iaitu prinsip Khalayak Bersifat Memupuk mereka ke arah

Insan Kamil.

Namun berbeza pula dengan kehidupan ibu dan abang lelakinya lebih

mengamalkan cara hidup barat. Melanggar perintah agama dan mengamalkan gaya

hidup yang kurang sihat. Ibunya sibuk dengan aktiviti luar dan aktiviti sosial sering

mengadakan parti di rumah manakala anak lelakinya abang kepada Murni iaitu

Azman lebih banyak meghabiska masa di kelab-kelab hiburan dan berpeleseran

dengan gadis di luar sana. Hal ini amat ketara sekali dengan Murni yang berpakaian

sopan serta bertudung litup menutup aurat dan lebih suka menghabiskan masa di

rumah berbanding di luar sana.

Malah sejak kematian Datuk Khalid, jarang sekali melihat ibu dan abangnya

menunaikan solat. Dan Murni pernah menegur akan perkara tersebut tetapi dia

-20-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

dimarahi dan diberi amaran agar tidak mencampuri urusan mereka. Mak Mah iaitu

pembantu rumah mereka yang sejak sekian lama itulah yang sering menemani dan

memahami isi hati Murni. Mak Mah adalah peneman dan tempat Murni mengadu

dan meluahkan perasaan. Sikap dan cara Murni amat disenangi oleh Mak Mah.

Murni adalah seorang anak yang baik dan mentaati perintah Allah. Walaupun sering

dimarahi oleh ibu dan abangnya namun Murni tetap menghormati mereka berdua

sebagai seorang ibu yang melahirkannya dan abang sedarah sedagingnya.

“…..di luar masih lagi kedengaran riuh-rendah suara tetamu ketawa keriangan.Tuan

rumah villa tersebut iaitu Datin Aziah sedang sedang menyambut kepulangan satu-

satunya anak lelaki yang baru tamat pengajian di sebuah university luar Negara di

Amerika Syarikat…”

“…Berbagai-bagai genre muzik dimainkan cukup membingitkan sesiapa sahaja

mendengarnya persis sebuah pesta lagaknya.Minuman tidak tidak lagi menjadi soal,

semuanya diteguk dan dibuang merata-rata.

“…well biasa la mama…mama juga yang cakap, hidup hanya sekali.Jadi macam-

macam kita nak rasa dalam dunia ni. Ada parti di rumah kawan. After the party Man

dan kawan-kawan akan ke kelab. So, don’t wait for me tonigt. Maybe I’m not coming

home..”

“..ikut suka hati kamulah Azman, asalakn kamu rasa enjoy dan pandai jaga diri ..”

kata Datin Aziah

-21-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Di samping itu, pengkarya turut cuba untuk menghidupkan semula teori

Takmilah yang ketujuh ini dengan keikhlasan dan kemuliaan hati seorang abang,

Azman ke arah membentuk insan kamil. Secara tidak langsung, pengkarya juga

berjaya menyampaikan dakwahnya demi memartabatkan kesenian sastera islam

dan mendidik umat yang positif.

Islam juga melarang kita untuk bermusuhan sesama sendiri,apatah lagi

dengan kedua ibubapa. Hal ini demikian kerana ibubapa merupakan insan yang

telah banyak berkorban untuk melahirkan kita dan mendidik supaya menjadi modal

insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Arwah bapa Murni seorang yang kuat dan gigih bekerja sehingga

mengabaikan tanggungjawab diri terhadap Allah serta tanggungjawab sebagai

seorang ketua keluarga untuk membimbing isteri dan anaknya. Namun di

penghujung usia arwah Datuk Khalid telah menemui penyesalan dalam diri dan

berusaha memperbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada Allah serta memohon

keampunan atas dosa dan kesilapan lalu. Namun niatnya untuk membantu

mengubah cara hidup keluarganya tidak diendahkan oleh isteri dan anak lelakinya.

Hanya anak gadisnya sahaja yang menyedari akan perubahan dan niat bapanya.

Lalu pada penghujung usianya ditinggalkan pesanan dan amanah tersebut kepada

anak gadisnya kerana arwah yakin dan percaya satu-satunya anak gadisnya itu

dapat membantu menyedarkan ibu dan abangnya yang telah hanyut jauh dengan

duniawi.

-22-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

“…menurutnya, Murnilah yang akan membawa cahaya dalam vila ini nanti. Murni

dihantar ke sekolah pondok agama di Terengganu dan tamatkan pengajiannya dua

tahun di sana. Kata-katanya penuh dihiasi hadis dan ayat-ayat al-Quran..”

“…..tapi tulah yang Datuk Khalid inginkan. Menurutnya, dia cuma ada harta tetapi

gersang dengan ilmu agama. Dia percaya bahawa Murni mampu memberi kekayaan

ilmu agama lantas merubah cara hidup kami..” terang Datin Aziah

Setiap prinsip yang terkandung dalam teori takmilah membawa maksud yang

tersendiri. Sebagai contoh, prinsip teori takmilah yang pertama iaitu Prinsip

Ketuhanan Yang Bersifat Kamal, atau mengenal sifat Allah yang mempunyai sifat

kesempurnaan iaitu sama seperti sifat kamalnya. Melalui teori yang pertama ini,

dapat digambarkan tentang kesempurnaan terhadap pembentukan keluarga, sesuai

dengan peribahasa melayu yang ada mengatakan bahawa “air dicincang tidak akan

pernah putus”. Menerusi kisah keluarga Murni , ia sedikit sebanyak menyentuh hati

dan perasaan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Kehidupannya yang

sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam ujian dari Allah S.W.T telah

mematangkan dirinya lantas menjadikan dirinya lebih kuat walaupun sering dimarahi

oleh ibu dan abangnya. Hasrat Murni untuk mengembalikan ibu dan abangnya ke

jalan yang benar telah disalah ertikan dan dia dituduh telah mempelajari ajaran

sesat. Ibu dan abangnya tidak pernah mengendahkan hasrat Murni itu.

-23-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Amalan dan cara hidup seoarang muslim yang diamalkan oleh Murni dalam

mencari kesempurnaan hidup dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jika

dilihat pada awal penceritaan hubungan kekeluargaan yang dipamerkan menerusi

novel pilihan ini merupakan salah satu bentuk hubungan kekeluargaan yang kurang

mendidik. Sebagai contoh, situasi yang dialami oleh keluarga Murni,jelas

menunjukkan bahawa kurangnya nilai keislaman yang sepatutnya

dipertanggungjawabkan kepada kedua ibubapa. Disebabkan persefahaman mereka

yang semakin luntur, pengkarya menunjukkan keserasian mereka berdasarkan teori

Takmilah yang ketujuh iaitu prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah

insan kamil.

Di samping itu, pengkarya turut cuba untuk menghidupkan semula teori

Takmilah yang ketujuh ini dengan keikhlasan dan kemuliaan hati seorang abang,

Azman ke arah membentuk insan kamil. Secara tidak langsung, pengkarya juga

berjaya menyampaikan dakwahnya demi memartabatkan kesenian sastera islam

dan mendidik umat yang positif.

Islam juga melarang kita untuk bermusuhan sesama sendiri,apatah lagi

dengan kedua ibubapa. Hal ini demikian kerana ibubapa merupakan insan yang

telah banyak berkorban untuk melahirkan kita dan mendidik supaya menjadi modal

insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

-24-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

BAB 3 Amanah Dan Tanggungjawab

Amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan apa jua perkara termasuk

melaksanakan perintah agama. Amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan,

melaksanakan sesuatu dengan betul mengikut lunas Islam. Ia juga bermaksud

tanggungjawab yang diserahkan orang lain kepada kita dan perlu menunaikan

sebaik-baiknya.Ia adalah sifat kedua yang wajib bagi rasul.

Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan dan melaksanakan

amanah (bertanggungjawab) terhadap orang-orang yang memberikan amanah

itu. Dan apabila kamu menghukum antara manusia, lakukanlah dengan adil.

Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang amat baik padamu.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

(Surah An-Nisa’ Ayat 58)

“Setiap orang sewajarnya menanamkan rasa tanggungjawab berkenaan

sedalam-dalamnya di dalam dada. Selain daripada peraturan supaya orang

menunaikan amanah dengan baik, perlu ditanamkan rasa iman dan takwa

kepada Allah yang selalu memerhatikan segala tindak-tanduk manusia.Iman

dan takwa lebih berkesan daripada undang-undang. Dengan merasakan

tanggungjawab itu sebagai satu kewajipan daripada Allah .Allah berfirman

-25-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

yang bermaksud: “Hai orang mukmin! Janganlah kamu berkhianat kepada

Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati

(memungkiri) amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedangkan

kamu mengetahui”. (Surah Al-Anfal ayat 27).

Melaksanakan Amanah Dan Tanggungjawab Sebagai Seorang Muslim

Melalui Prinsip Takmilah ketujuh Khalayak Bersifat Memupuk Sifat Insan

Kamil turut dilihat dalam karya ini. Murni telah berusaha untuk menunaikan amanah

dan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh arwah bapanya. Arwah

bapanya telah berpesan supaya ibu dan abangnya segera berubah dan bertaubat

kerana cara dan kehidupan mereka yang telah tersasar jauh. Sepanjang hayat

arwah bapanya tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga

kerana arwah bapanya turut leka mengejar kekayaan duniawi. Namun pada saat

akhir hayat hidupnya, arwah telah sedikit demi sedikit merubah cara hidupnya

namun tidak sempat untuk menrubah kehidupan isteri dan anak lelakinya.

Murni telah melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya sebagai seoarag

muslim apabila sering mengabdikan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah

dengan menunaikan solat lima waktu, berpuasa malah Murni turut menghadiri

kuliah-kuliah agama setelah selesai solat serta mengikuti kelas fardhu ain dan kelas

al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam petikan novel

“….Ya Allah! Ampunilah diri ini, ibu dan arwah bapa hambaMu juga abang

hambaMu ini. Ya Allah terimalah taubat kami, tunjukkanlah kami ke jalan yang

diredhai oleh Mu, ya Allah. Mudah-mudahan Kau kabulkanlah permintaam mulia

arwah bapa hambaMu ini ya Allah, ya Rahman ya Rahim. Sesungguhnya Engkau

-26-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Ampunilah segala dosa

hambaMu ini dan berilah hambaMu ini kekuatan untuk meyakinkan mereka ya Allah.

Amin.”

Azman turut mendalami dan belajar agama setelah kejadian sedih menimpa

keluarganya. Azman telah membuang jauh segala corak dan gaya hidup yang

selama ini terpesong jauh. Azman telah mula menunaikan solat lima waktu,

menghadiri kuliah agama di masjid berhampiran malah turut menjadi imam apabila

menunaikan solat bersama ibunya. Azman turut menghantar Julia untuk mendalami

agama bersama seoarang ustaz di Terengganu yang juga merupakan ustaz tempat

arwah Murni belajar. Hal ini demikina kerana Azman mahu Julia juga berubah

menjadi seorang wanita muslim. Azman tidak mahu Julia terus sesat dengan cara

kehidupannya yang gelap itu. Itu adalah asatu tanggungjawab seorang muslim untuk

memperbaiki akidah dan akhlak sesama muslim. Ini dapat dibuktikan melalui petikan

dalam novel

“….Mak Mah, saya teringin sangat nak solat dan taubat nasuhatapi saya

takut kalau Tuhan tak terima taubat saya” luah Azman setelah dia sedar

kesilapannya selama ini. Selesai sahaja menunaikan solat Isyak dan berdoa ke

hadrat Illahi serta menyesali semua kisah silamnya, dia kini sudah bersedia

menunaikan solat taubat nasuha dua rakaat seperti yang diajarkan oleh Mak Mah.”

“…Ya Allah ampunilah segala dosa akau dan dosa ibuku juga keluargaku.

Aku redha ya Allah kerana aku telah sedar atas kesilapan aku selama ini. Ya Allah,

aku mohon petunjuk daripadaMu ya Allah. Terimalah taubatku ini..berilah aku

petunjuk dan hidayah..” doa Azman penuh pengharapan dengan linangan air mata.

-27-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Melalui Teori Takmilah Prinsip pertama iaitu Ketuhanan Bersifat Kamal telah

melahirkan perasaan cinta terhadap Allah s.w.t. Ia turut mendidik manusia dalam

mengkaji tingkah laku yang baik dan dilarang dalam kehidupan. Di samping

berperanan menanamkan rasa keinsafan serta nilai keislaman yang tinggi.

Amanah Dan Tanggungjawab sebagai seorang Anak

Murni menunaikan tanggungjawab seoarang muslim, menunaikan perintah

dan ajaran Allah serta tanggungjawabnya sebagai seorang anak dengan

menghormati ibunya walaupun sering dimarahi dengan kata-kata hinaan dari

seoarang ibu di atas sikap dan cara hidupnya yang dikatakan kolot kerana tidak

bercampur serta bersosial seperti abangnya Azman yang baru pulang dari Amerika.

Walau sehina mana pun sikap dan tingkah laku Datin Aziah terhadap Murni, namun

dia sedar wanita itu adalah seoranag ibu yang mesti dihormati.

Murni juga berusaha untuk mengubah corak dan gaya hidup ibunya dengan

memberi nasihat dan mengajak ibunya menunaikan solat bersama-sama.. Walaupun

reaksi yang diterima amat mendukacitakan namum sebagai seoarang anak, Murni

tidak pernah jemu untuk membawa perubahan dalam diri ibu dan abangnya itu.

Malah setelah pemergian Murni, Azman telah berubah spenuhnya, Azman turut

mendalami dan mula mengikuti kuliah-kuliah agama di masjid berhampiran serta

menjadi imam apabila menunaikan solat bersama ibu, Mak Jah dan Julia. Azman

menunaikan tanggungjawab sebagai seoarang anak lelaki dalam keluarga dengan

penuh tanggungjawab dan tanggungjawab sebagai seoarang anak sekarang adalah

menolong dan membimbing ibunya ke jalan yang diredhai seperti yang diamanahkan

-28-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

oleh arwah bapanya kepada Murni dahulu. Dan kini Murni telah tiada dan

tanggungjawab itu perlu dilaksanakan oleh Azman sebagai seorang anak lelaki

kerana sekarang hanya Azman menjadi tempat bergantung ibunya. Hal ini demikian,

seoarang anak harus sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk

mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia

dengan berdoa seperti yang terdapat dalam petikan novel Sesuci Murni ini iaitu

" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya

sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil.

Azman turut menunaikan tanggungjawabnya sebagai seoarang anak apabaila

sanggup berusaha untuk memulihkan keadaan semangat ibunya yang tidak dapat

menerima akan kematian Murni.Usaha Azman menggantika Julia yang mirip

wajahnya seperti Murni sedikit sebanyak telah membantu memulihkan keadaan

ibunya. Namun Azman harus menunaikan tanggungjawab untuk mengajar Julia

akan selok belok agama supaya tidak terpesong jauh dan caranya Azman telah

menghantar Julia mempelajari dan mengikuti kelas agama oleh seorang ustaz di

Terengganu selama enam bulan. Dari situ Julia telah menemui jalan keredhaan dan

telah mengubah kehidupannya.

“….selesai solat Subuh, Azman memberi ibunya sarapan pagi yang

disediakan oleh Mak Mah. Azman memberi ubat penenang yang disarankan oleh

doctor. Dia terpaksa melayan ibunya seperti seorang anak berusia empat tahun.

Didendangkan dengan lagu atau cerita sebelum tidur..”

-29-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

“….lain benar Julia sekarang. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab

Julia dah berubah seratus peratus” luah Azman.

Melalui firman Allah juga ada menyebut tentang tanggungjawab seoarang anak

terhadap kedua ibu bapanya.

“Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik

kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan

demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu

dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali”. (Lukman:14)

Faktor yang penting dalam berbuat baik kepada ibu bapa ialah anak jangan sesekali

menyakiti hati mereka. Ingatlah kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

Tanggungjawab sebagai seorang anak, perlu melaksanakan kewajipan dan

tanggungjawabnya kepada ibu bapa dengan menjaga dan melayani mereka yang

tua dan uzur.

Gunakanlah bahasa yang lemah lembut dan bersopan dengan mereka.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa boleh dilakukan dengan berbuat baik

kepada mereka dengan berbakti dan berkhidmat kepada kedua-duanya sewaktu

mereka masih hidup iaitu ketika sihat atau sakit atau sesudah meninggal dunia.

Begitulah yang dilakukan oleh Azman terhadap ibunya walaupun terpaksa melayan

karenah ibunya seperti seorang kanak-kanak.

-30-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Firman Allah maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan

janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah

kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (An-Nisa:36)

Berdasarkan prinsip ketujuh insan (kamil) khalayak bertujuan memupuk

mereka ke arah insan kamil.Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera

mengajak manusia ke arah kebaikan. Namun,  menerusi Teori Takmilah, harapan

yang digantungkan terhadap karya ialah setiap penciptaan karya itu perlu sampai

kepada khalayak dan ia benar-benar serasi dengan kehendak dan kepentingan

Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah memupuk khalayak pembaca ke arah

pembentukan insan kamil iaitu mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia

Rasululullah s.a.w. walaupun tidak secara seratus peratus.

Seperti yang terdapat dalam jalan cerita novel ini apabila Azman cuba

mengekori Julia untuk mengetahui siapakah sebenar gadis yang mempunyai wajah

dan mirip adiknya itu. Dia cuba ingin membantu gadis tersebut agar tidak jauh

terpesong akidahnya dengan keseronokkan duniawi

“….Kalau niat kita baik pasti Allah akan balas dengan kebaikan juga, tetapi kalau

niat kita jahat, Allah tetap memperkenankan juga kerana apa?Kerana Allah

mempunyai sifat Pengasih kepada makhluknya, tetapi sebagai khalifah Allah no.1 di

dunia ini yang dibekalkan oleh Allah akal dan fikiran yang tahu baik dan buruknya,

kita tetapa akan menerima balasan daripada Illahi.

-31-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

“…..Mama tak fahamlah, masa belajar dulu ustaz tu tak ngajar habis ke?Dulukan

Murni ada cakap pengajiannyadah tamat, kenapa perlu belajar lagi?” Tanya Datin

Aziah. Dia benar-benar ingin tahu.

“….Mama pernah dengar tak sabda Rasulullah S.A.W yang ada mengatakan

bahawa tuntutlah ilmu sampai ke Negara China. Ini menunjukkan bahawa ilmu itu

sangat penting. Mama dan kita diwajibkan untuk menuntut tak kiralah sejauh mana

pun, asalkan kita termampu.”

Islam disifatkan sebagai agama yang syumul (lengkap). Islam sebagai agama

yang sempurna adalah melengkapi berbagai-bagai aspek termasuklah aspek

sastera yang memupuk budaya masyarakat umatnya. Islam sebagai agama syumul

semestinya memancarkan sastera yang mencerminkan budaya masyarakat umat

yang syumul (ideal). Dari segi praktiknya, sastera berperanan membantu

menyempurnakan kesyumulan Islam. Melalui karya diharapkan dapat memupuk

insan yang patuh kepada agama, berkeperibadian tinggi, berpengetahuan luas,

lengkap dengan nilai-nilai kekhalifahan, kerabbaniahan dan keinsanan.

Usaha Murni untuk mengajak keluarganya hidup sebagai seorang muslim

akhirnya tercapai apabila abang dan ibunya telah diberi petunjuk dan hidayah. Malah

kehadiran Julia sedikit sebanyak telah merubah segalanya apabila wajahnya mirip

Murni dan perwatakan Julia juga sudah berubah selepas mengikuti kelas agama

bersama ustaz Ahmad. Sesungguhnya apa yang kita lakukan ini semuanya dating

daripada Allah dan apabila Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi, tak kiralah

lambat atu cepatnya .

-32-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Sebagaimana firman-Nya dalam surah Yasin ayat 82 yang bermaksud

“Hanya kerja Allah itu apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia berkata jadi, maka

terjadilah sesuatu itu.

Berdasarkan prinsip ketujuh insan (kamil) khalayak bertujuan memupuk

mereka ke arah insan kamil Prinsip Kedua dalam Teori Takmilah menekankan

prinsip Rasululullah sebagai Insan kamil. Dalam falsafah pemikiran Islam terdapat

tiga konsep ideal keinsanan yang terdiri daripada Insan kamil, Insan Khalifah dan

Insan Rabbani. Insan Khalifah dirujuk kepada kemampuan insan menjadi pemimpin

di bumi Allah apabila insan itu mencapai keperluan dan syarat-syarat sebagai

khalifah iaitu berilmu dan berkeperibadian tinggi. Insan Rabbani ialah insan yang

meningkat dari segi kerohanian dan mendekatkan diri kepada Allah. Gabungan

antara Insan Khalifah dan Insan Rabbani dapat membawa kepada peningkatan

insan kepada tahap insan kamil yang idolanya ialah Rasululullah s.a.w. Tidak dapat

dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera mengajak manusia ke arah kebaikan.

Namun,  menerusi Teori Takmilah, harapan yang digantungkan terhadap karya ialah

setiap penciptaan karya itu perlu sampai kepada khalayak dan ia benar-benar serasi

dengan kehendak dan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah

memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan kamil iaitu mencontohi

peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasululullah s.a.w. walaupun tidak secara seratus

peratus.

-33-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

BAB 4 Keinsafan Dan Penyesalan Diri

Melalui prinsip takmilah ketujuh iaitu Prinsip Khalayak Bertujuan Memupuk Ke

Arah Insan Kamil. Kesedaran tentang iman yang sejati hanya boleh dimiliki dengan

ilmu, kefahaman dan keinsafan diri dengan mengaku bahawa diri kita ini tidak

memiliki apa-apa, tanpa mempunyai kekuatan, kuasa pengetahuan jika tidak

dengan kehendak Allah, iaitu dengan hanya izin Nya Allah sahaja maka baru lah

semuanya boleh terjadi.  Keinsafan akan terbentuk dengan sendirinya kerana

kesedaran didalami diri akan meresap melalui amalan harian yang di jalaninya,

menjalani kehidupan sebagai seorang yang beriman dengan berusaha membuat

-34-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

kebaikan untuk Allah, untuk dirinya dan untuk diri orang lain. Kita harus mencari

keinsafan diri supaya iman kita akan dapat dirasai meresap di jiwa kita. Kita mesti

menaruh penuh kesedaran bahwa kehidupan kita boleh diubahkan oleh Allah

dengan sekelip mata sahaja, dari kaya menjadi miskin, dari yang punya pangkat jadi

hina, dari yang punya kehidupan yang bagus boleh hilang tanpa terduga, maka

semua ini tiada yang kekal kecuali Allah Yang Maha Besar, yang menjadikan langit

dan bumi dan juga seisi nya. Minta ampun lah  kepada Allah akan segala dosa-dosa

yang kita lakukan dahulu dan juga minta ampunlah kita kepada Allah , menanggis

kerana merasa insaf diri, maka disini lah akan kita diketemukan dengan iman sejati

yang dicari dan dituntut oleh Allah s.w.t.

Lahir penyesalan dan keinsafan dalam diri Datin Aziah dan juga Azman

setelah Murni meninggal dunia. Setelah kematian Murni dan Azman terlibat dalam

kemalangan yang mengakibatkannya terlantar di hospital telah menimbulkan

penyesalan dalam diri. Melihatkan keadaan ibunya yang tidak tentu arah serta tidak

dapat menguruskan diri dengan sempurna kerana tidak dapat menerima hakikat

pemergian anak gadisnya itu. Mereka merasa penyesalan yang begitu menebal

kerana sepanjang hayat Murni mereka tidak pernah mengambil berat akan keadaan

Murni yang sebenarnya sedang bertarung menahan kesakitan. Penyakit yang

dihidapinya selama ini sengaja dirahsiakan daripada pengetahuan seluruh ahli

keluarganya.

Azman mencari dirinya yang sebenar dan mula menjejakan kakinya ke surau

dan masjid serta mula mempelajari dan mendalami bacaan al quran bersama

seoarang ustaz. Azman dilihat tidak lagi mengunjungi dan menghabiskan masanya

-35-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

di kelab hiburan serta berpeleseran dengan gadis di luar sana. Masanya banyak

dihabiskan dengan aktiviti berfaedah sebagai seorang muslim yang sejati. Azman

turut berusaha memperbaiki kesilapan diri dan kisah lampaunya. Dia kini tidak akan

menoleh ke belakang kembali. Segala kenangan silam yang menjerat dan kisah

hitam dalam hidupnya dipadamkan terus dari kotak fikiran. Seperti kata ulama ,

“…jika kita tidak kenal apa itu iman sebenarnya, kita tidak akan mencapai tahap

ihklas kepada Allah apabila kita membuat sesuatu ibadah dan bagaimana pula mutu

amalan kita itu dapat ditampilkan di dalam kehidupan kita seharian? Maka kerana

itu agak sukar jika kita mahu menemukan dengan mudah orang yang baik di dalam

orang banyak yang pada amnya kita kenal mereka sebagai orang Islam…”.

Sebaik sahaja selesai urusan pengebumian, semua yang hadir terus

melangkah keluar dari tanah perkuburan sebelum bertandang semula ke villa

tersebut selepas isyak untuk urusan kenduri arwah. Hanya tinggal Tok Imam dan

Azman sahaja di tanah perkuburan. Penyesalan yang menebal dalam diri Azman

jelas tergambar apabila dia memegang batu nisan adiknya sambil mengenggam erat

tanah merah kubur tersebut seolah-olah berjanji sesuatu. Tok Imam berasa pelik,

akhirnya tersenyum lalu berkata :

“…sabarlah anak muda, setiap yang datang pasti akan pergi. Kita sebagai khalifah

di bumi Allah ini redhakanlah apa yang berlaku dan apa yang penting adalah ambil

contoh yang terbaik sebab kita hidup di dunia ini hanya sementara. Cukup masa kita

juga dipanggil olehNya. Oleh itu sediakanlah bekalan yang cukup semoga kita tidak

menyesal di kemudian hari.”

-36-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Mendengar kata-kata dari Tok Imam membuatkan Azman merasa dirinya

terlalu kerdil. Menyesal di atas segala perbuatannya selama ini yang terlalu leka dan

alpa dengan duniawi sehingga amalan untuk bekalan di akhirat tidak diendahkan.

Datin Aziah yang merupakan ibu Murni sedikit demi sedikit telah dapat

menerima segala kekurangan diri dan menyesali di atas segala perbuatan dan

tingkah lakunya selama ini. Kesedaran dan keinsafan dalam diri Datin Aziah bermula

selepas ketiadaan Murni. Namun bayangan Murni sentiasa wujud dalam diri Julia

yang mirip muka Murni. Kekuatan dan semangat daripada Azman dan Mak Mah

telah menguatkan lagi semangatnya untuk mencari keredhaan dan memohon

keampunan. Datin Aziah mula belajar mengaji mengaji dan menunaikan solat. Datin

Aziah telah mula mempelajari ilmu agama, menunaikan solat dan belajar mengaji

bersama Julia.Keimanan dan ketakwaan dalam diri amat penting. Tanpa keimanan

dan ketakwaan amat mudahlah diri terjerumus ke lembah hina. Datin Aziah juga

telah dapat menerima qada dan qadar bahawa anaknya telah tiada dan menerima

serta menganggap Julia seperti arwah Murni walaupun tidak mengetahui lata

belakang anak gadis itu. Datin Aziah turut bersyukur kerana dapat kembali menjalani

kehidupan seharian bersama keluarganya kembali walaupun ketiadaan Murni.

“….Mama nak sangat belajar sembahyang taubat. Mama nak sangat bertaubat.

Mama nak Tuhan terima taubat mama. Mama tak mahu jadi macam ni lagi,mama

tak tenang.” Luah hati Datin Aziah secara tiba-tiba.

“…Bagaimanalah jika ditakdirkan oleh Allah dia mati tanpa sempat bertaubat? Dia

hanya terdiam dan tidak mampu untuk memneri apa-apa jawapan, namun bersyukur

-37-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

kerana Allah masih sayangkan dia dengan memberi kesedaran di saat dia masih

ada lagi hayat dikandung badan.”

Julia juga telah berubah sepenuhnya.Perwatakannya yang dahulu kasar kini

lebih bersopan dan memakai pakaian yang menutup aurat serta bertudung litup.

Julia mendapat petunjuk dan hidayah sepanjang berada bersama keluarga Ustaz

Ahmad di Terengganu. Perubahan dalam diri Julia sedikit sebanyak telah memberi

kegembiraan kepada Mak Mah yang terlalu merindui arwah Murni. Wajah Julia mirip

Murni menyebabkan Mak Mah mengalir air mata ditambah pula dengan perubahan

terhadap diri Julia yang telah menyesal di atas segala perbuatannya selama ini.

Penyesalan dan keinsafan dalam diri Julia sama sekali telah mengubah corak

hidupnya yang selama ini terumbang ambing. Kini hidupnya lebih tenang dan

masanya banyak dihabiskan dengan mendekatkan diri dengan Allah. Dalam

kehidupan ini manusia mencari kewujudan Allah s.w.t. Melalui novel ini dapat

dijelaskan apabila Julia mula mendapat petujuk dan hidayah.

“…setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik, Julia mula mengalunkan

bacaannya. Bagaikan ingin menitis air mata Mak Mah sebaik mendengar Julia

mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al Quran kerana bacaannya cukup puitis dan

kena pula hukum tajwidnya”.

“….siapa sangka insan yang dulunya gadis liar,hidup dalam kejahilan boleh menjadi

sebaik itu, malahlebih hebat daripada insan yang tidak pernah melalui jalan gelap

sebelum ini. Itulah kuasa Allah. Apabila Dia berkehendakkan sesuatu, pasti akan

terjadi tidak kiralah cepat atau lambat, semuanya bergantung kepada

kehendakNya.”

-38-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Malah Julia turut membantu serta membimbing Datian Aziah dalam mencari

petunjuk dan keredhaan illahi.Wujud keinsafan dalam diri apabila insan seperti Julia

sudi membantu dan membimbing keluarga mereka dalam mengenal Allah apabila

terdapat perubahan dalam diri Datin Aziah.

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera mengajak manusia

ke arah kebaikan. Namun,  menerusi Teori Takmilah harapan yang digantungkan

terhadap karya ialah setiap penciptaan karya itu perlu sampai kepada khalayak dan

ia benar-benar serasi dengan kehendak dan kepentingan Islam. Matlamat yang

hendak dicapai ialah memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan

kamil iaitu mencontohi peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasululullah s.a.w.

walaupun tidak secara seratus peratus.

Dalam kehidupan ini juga manusia sentiasa mencari kewujudan Allah.

Penciptaan alam yang begitu lengkap dengan fungsi tersendiri sebenarnya

mengajak manusia yang berfikir agar mengagungkan kekuasan-Nya. Novel ini

mengajak pembaca merenung sejenak akan kekuasaaan Allah dalam penciptaan

alam ini. Azman merenung dan meneliti akan setiap apa yang berlaku dan cuba

untuk memahami akan hakikat kejadian yang berlaku dan mencari hikmah di

sebalik penciptaan alam ini dan menyeru agar mengkaji setiap sesuatu kejadian ini

dengan mendalam. Manusia juga sentiasa mencari kewujudan dan kekuasan Allah

itu sendiri.

Teori Takmilah yang mengalurkan landasan analisis yang bersifat syumuliah

yang merangkumkan semua pihak dalam sastera ialah pengkarya, karya dan

-39-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

khalayak kepada al-Khaliq yang menjadi puncak estetik dan bersifat hakiki. Karya,

dari sudut Takmilah semestinya sebuah karya yang berjaya menjalinkan satu

rangkaian hubungan iman di antara pengkarya dan khalayak kepada Allah. Khalayak

pula semestinya mampu meningkatkan imannya atau menghasilkan kritikan yang

mampu menyedarkan khalayak lain tentang keimanan kepada Allah. Dan,

pengkarya pula semestinya berusaha untuk menghasilkan karya yang dapat

menimbulkan kesedaran khalayak terhadap Allah atau mencerakinkan hubungan

khalayak dengan Allah. Ketiga-tiga pihak ini bergerak dalam lingkungan tauhid,

sebagai sempadan yang akan memperlihatkan sifat kesempurnaannya seperti mana

yang terdapat dalam novel Sesuci Murni.

BAB 5 Penutup

Teori Takmilah hasil pemikiran Shafei Abu Bakar merupakan lanjutan

daripada teori-teori Islam sebelumnya. Teori tempatan ini amat sesuai terutamanya

dalam meneliti dan mengaplikasikannya terhadap hasil karya tempatan. Keserasian


-40-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

teori ini juga lebih terserlah apabila diaplikasikan kepada karya-karya yang

dihasilkan oleh pengkarya yang memiliki ilmu-ilmu agama yang kukuh serta

mempunyai kelebihan juga dalam menguasai disiplin ilmu bantu yang lain serta

menguasai ilmu sastera.

Sesuci Murni Cerpen merupakan salah satu karya yang bercirikan Islam.

Oleh itu, sebanyak tiga prinsip yang terkandung dalam Teori Takmilah dapat

dipenuhi dalam novel yang dikaji. Prinsip yang paling dominan menguasai Novel

Sesuci Murni ialah prinsip ketujuh iaitu Khalayak ke arah insan kamil. Oleh itu, fungsi

karya untuk mengajak khalayak ke arah kebaikan atau untuk mengajak khalayak ke

arah menjadi insan kamil akan berjaya jika khalayak dihidangkan dengan hasil karya

seumpama ini. Manakala prinsip seterusnya yang turut menyerlah ialah prinsip

ketuhanan yang  bersifat akmal, Kerasulan sebagai insan kamil.

  Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pengarang mengaplikasikan ilmu agama

dan ilmu-ilmu bantu yang lain serta ilmu sastera dalam penghasilan karyanya. Selain

itu,  diri pengarang juga turut mengistikmalkan diri dengan kata lain pengarang telah

menguasai kepelbagaian ilmu bukan semata-mata ilmu sastera malah berjaya

menggabungjalin ilmu-ilmu untuk memantapkan karya yang dihasilkan ke arah

memupuk masyarakat ke arah kesempurnaan.

Karya sastera juga dilihat berperanan menjadi alat dalam pelajaran dan

berperanan mendidik manusia ke arah menanamkan rasa keinsanan dan keislaman

melalui membaca karya-karya sastera. Setelah diteliti, Sesuci Murni mempunyai

fungsi yang cukup baik dalam menjadi alat untuk mendidik jiwa pembaca agar

memiliki rasa insaf dan mengetahui ilmu-ilmu dalam Islam apabila membacanya.

-41-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Manusia dijadikan Allah indah. Manusia juga suka akan keindahan. Antara jutaan

manusia di dunia ini, sebahagian daripadanya terdiri daripada seniman atau

sasterawan. Para penulis dianugerahkan Allah dengan kreativiti menerusi akal budi.

Oleh yang demikian, tugas dan peranan penulis itu sangat besar dalam

mempengaruhi pembaca. Penulis juga dilihat berperanan dalam mengkritik dan

menegur masyarakat yang pincang agar masyarakat dapat kembali ke landasan

yang benar. Karya juga merupakan cerminan masyarakat. Apa sahaja yang berlaku

dalam masyarakat akan disentuh oleh penulis sebagai bahan tatapan pembaca.

BIBLIOGRAFI

Rujukan Asas

-Isya Azwa Idris, Sesuci Murni, Telaga Biru, 2011

-42-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

Rujukan Umum

Buku:

Sikap dan pemikiran Usman Awang Terbitan oleh Fajar Bakti Sdn Bhd 1983

Maniyamin bin Haji Ibrahim, Analisis terhadap Kumpulan Puisi Islam, Citra
Takmilah :2005

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Empat,DBP, Kuala Lumpur, 2010

Shafie Abu Bakar,Kesusasteraan Melayu Islam,DBP,Kuala Lumpur,1980

Maniyamin Bin Haji IbrahimSikap Dan Pemikiran Usman Awang, Terbitan Fajar Bakti

Sdn Bhd, 1983

Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad,  Polemik Sastera Islam, Kuala Lumpur :

 Dewan Bahasa dan Pustaka 1987

Yusuf Zaki Yaakob,Kesusateraan Melayu dan Islam ; Suatu pertembungan

Pemikiran, Fajar Bakti, Kuala Lumpur,1980

Tesis / Kertas kerja

Shafie Abu Bakar, ‘ Takmilah : Teori sastera Islam”, DBP Kuala Lumpur 1993.

Laman Web

http://www.islam2u.net

http://www.e-bacaan.com/artikel-hadisnabi.htm

-43-
JMK420 Projek Kajian Kesusasteraan
Wan Shuhaila Bt Wan Abdullah

JM/10351/08

http://www.islam.gov.my

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

http://lizserikandi.blogspot.com

-44-

Anda mungkin juga menyukai