Anda di halaman 1dari 2

Rujukan kami :

Tarikh :

Pegawai Kesihatan Daerah


Pejabat Kesihatan Daerah Klang
Blok B, Jalan Langat, Bandar Botanic
41200 Klang
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Unit Promosi Kesihatan)

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN PAMERAN KESIHATAN KELAB DOKTOR MUDA SEMPENA MINGGU


KO-AKADEMIK SMK BUKIT TINGGI 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, SMK Bukit Tinggi akan mengadakan Minggu Ko-Akademik peringkat sekolah.

3. Sehubungan dengan itu kami ingin mengadakan pameran kesihatan untuk Kelab Doktor Muda SMK
Bukit Tinggi untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan juga guru-guru mengenai kepentingan menjaga
kesihatan. Butiran program seperti berikut :-

Tarikh : 19 Julai 2017 (Rabu)


Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : Arena Saujana, SMK Bukit Tinggi

4. Oleh yang demikian, kami memohon perkhidmatan dan beberapa bahan sokongan pameran seperti
bahan edaran pendidikan kesihatan, model-model berkaitan dengan kesihatan, pameran kesihatan serta
menyelia pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah tinggi dan taklimat ringkas tentang
kesihatan,. Kami memohon 2 atau 3 orang pegawai kesihatan datang untuk membantu sebagai fasilitator.
Murid-murid dari Kelab Doktor Muda akan mengendalikan sepenuhnya pameran tersebut. Sebarang urusan
boleh hubungi Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Pn.Zarina Binti Mohamed (019-338 8525).

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

……………………………………
(MOHAMAD BIN MAHFUD)
Pengetua
SMK Bukit Tinggi

Anda mungkin juga menyukai