Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1)


No. 2, Jalan P9 F, Presint 9

Faks: 0388883297

62550, Putrajaya

Tel: 03-88885200
E-mel : wba2001@1bestari.yes.my

Ruj. Kami: Bil. SKPP9[1]/800-13


Tarikh
: 27 Februari 2015
Kepada,
Yang Berhormat,
Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor,
Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
Aras 4, Blok 2, Menara Seri Wilayah,
Presint 2, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Yang Berhormat Datuk,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2015
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1) akan
mengadakan Temasya Sukan Tahunan peringkat sekolah pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh
: 22 OGOS 2015
Hari
: Sabtu
Masa
: 7.00 pagi hingga 1.30 tengahhari
Tempat: Padang, Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 9 (1)
3.
Sehubungan dengan itu pihak PIBG ingin memohon jasa baik pihak Yang Berhormat
agar dapat menghulurkan sumbangan sebanyak RM 4815.00 bagi menjayakan kejohanan
tersebut.
4.
Keprihatinan dan kesudian pihak Yang Berhormat dalam menjayakan Temasya Sukan
Tahunan tersebut amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,

( EN JALIL HUSNI BIN YAHAYA )


Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Putrajaya Presint 9(1)

Anda mungkin juga menyukai