Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI TAHFIZ DARUL ULUM NILAI

No Pendaftaran: 41-123/2011 (JHEAINS)


PT12886 Jalan BBN 1/7D, Hadapan Masjid Putra Nilai,
71800 Putra Nilai, Negeri Sembilan
No. Tel: 019-656 2151
Email: sriidunilai@gmail.com / www.sriitahfizdarululum.edu.my
___________________________________________________________________________________

MEMBINA GENERASI AL-QURAN YANG UNGGUL.


Kepada

Pusat Pengurusan Lawatan Aquaria KLCC

Daripada

Pentadbiran SRIIDU Nilai,Negeri Sembilan.

Tarikh

02 November 2015

Perkara

MAKLUMAN LAWATAN SEKOLAH KE AQUARIA KLCC

Tuan/Puan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke AQUARIA KLCC


Berkenaan perkara di atas, saya bagi pihak guru-guru Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz
Darul Ulum Nilai ingin memaklumkan bahawa warga sekolah kami bercadang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC.
2. Berikut adalah cadangan untuk lawatan tersebut:
Tarikh: 19 November 2015(Khamis)
Masa : 10 pagi hingga 2 petang
Bilangan peserta : 50 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring
3. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk memohon kerjasama dari pihak tuan
membimbing para pelajar kami menambah ilmu pengetahuan di samping merasai pengalaman
serta aktiviti yang menarik yang tidak dapat dilakukan di sekolah. Selain itu, tujuan lawatan ini
juga selaras dengan visi sekolah kami iaitu melahirkan generasi Al-quran yang unggul.
4.
Oleh itu, kami berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh
pihak tuan. Tuan/Puan boleh memberikan maklum balas kepada guru bertugas kami, Cik Nur
Ainina(0194054092) atau emelkan di nurainina.sriidunilai@gmail.com. Segala kerjasama pihak
tuan, saya ucapkan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
MUHAMMAD ASYROF BIN RUSLAN
b.p Pengerusi / Mudir SRII Tahfiz Darul Ulum Nilai.

Anda mungkin juga menyukai