Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (2) BUKIT NANAS,

JALAN BUKIT NANAS,


50250 KUALA LUMPUR.
No. Tel : 03-20783824
No Fax : 03-20265992

Ruj
: SKCBN2/07/24/002/03 ( 70 )
Tarikh : 27 Oktober 2014

Pengurus Besar Aquaria KLCC


Suite No 1-16,
Tingkat 1, Wisma UOA II,
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur.
( u.p : Zayna Omar dari Unit Lawatan )
Tuan,
Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria KLCC & Memohon Harga Istimewa Untuk Murid-murid
dan Guru-Guru
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Convent 2 Bukit Nanas, Kuala Lumpur, amat
berminat untuk mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid-murid Tahun 6 ke Aquaria KLCC pada
seperti yang berikut :
Tarikh
:
3 November 2014 (Isnin)
Bilangan Murid
:
32 orang
Bilangan Guru
:
3 orang
Masa
:
8.00 pagi-1.00 petang
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan memberikan harga istimewa
kepada murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Sekiranya tidak keberatan, pihak sekolah juga memohon
pihak tuan menyediakan seorang pegawai atau fasilitator untuk memberi penerangan kepada muridmurid sekolah ini. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pengalaman dan pengetahuan kepada muridmurid kami dan pihak sekolah.
4.
Diharap pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan seberapa segera untuk tindakan kami
selanjutnya. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang menjalankan tugas,

(HJH. SITI ROKIAH BT SALLEH)


Guru Besar
SK. Convent 2 Bukit Nanas.
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai