Anda di halaman 1dari 1

Persatuan Ibubapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Sungai Stutong,


Off Taman Satria Jaya, ' 082-458613
BDC Stampin, ' 082-457296
93250 Kuching.

Ruj. Kami : PIBG/SKSGST/2017-2019 ( )


Tarikh : 16 NOVEMBER 2017

Kepada :
Guru Besar,
SK Satria Jaya, Kuching

Tuan,

JEMPUTAN PASUKAN KOMPANG KE MAJLIS KHATAM AL-QURAN &


PERASMIAN SURAU SK SUNGAI STUTONG 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Majlis Khatam Al-
Quran bagi tahun 2017 dan Perasmian Surau Sekolah . Berikut adalah butiran majlis tersebut:
Tarikh : 17 November 2017 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi -11 pagi
Tempat : Surau SK Sungai Stutong, Kuching

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati untuk menjemput pasukan
kompang dari sekolah tuan untuk bersama-sama hadir dan memeriahkan lagi majlis kami pada
pagi itu.
4. Semoga kehadiran pasukan kompang dari sekolah tuan dapat menambahkan lagi
kemeriahan majlis ini. Segala kerjasama dan keprihatinan didahuli dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

.............................
(DILON AK DIEN)
Setiausaha PIBG,
SK Sungai Stutong.

S.K Fail Panitia Pendidikan Islam


S.K Fail PIBG
.....Mya_17

Anda mungkin juga menyukai