Anda di halaman 1dari 2

SK SUNGAI STUTONG.

LAGU 1-AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN PENYEMPURNAAN


AKHLAK

Kitab Al-Quran Jadi Pedoman,


Memimpin Umat Dari Kegelapan,
Penyuluh Ilmu Dan Juga Pengetahuan,
Tegak Kebenaran Hapis Kejahilan.

Al-Quran Bersinar Bagai Cahaya,


Sempurna Akhlak, Iman Dan Taqwa,
Jadin Pegangan Sepanjang Masa,
Sempurna Hidup Aman Bahagia.

Baca Al-Quran Sepenuh Jiwa,


Fahami Isinya Yakin Seadanya,
Sematkan Ia Di Dalam Dada,
Moga Mendapat Keredaan Yang Maha Esa.

Tanpa Al-Quran Siapa Kita,


Hanya Manusia Yang Sentiasa Lupa,
Jadikan Al-Quran Sebagai Penjaga,
Jaminan Pantas Jalan Ke Syurga.

Yakin Al-Quran Kitab Kalam Suci,


Asas Ilmu Pelindung Diri,
Akhlak Jadi Sempurna Andai Difahami,
Hadiah Istimewa Dari Ilahi.

Dampingi Al-Quran,
Baca Dan Hafaz Serta Amalkan,
Membina Akhlak, Ilmu Dan Iman,
Sempurna Sebagai Insan,
Agar Beroleh Kemenangan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa,


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa,
Hias Akhlak Kami, Keimanan,
Tambah Ilmu Kami, Pengetahuan.
LAGU 2.- JUMAAT YANG BERKAT

,

Hari Jumaat Hari Yang Berkat,
Penghulu Hari Para Muslimin.

Hari Yang Istimewa,


Penuh Berkat Mulia,
Amal Ganda Pahala,
Anugerah Maha Esa.

Rasulullah Bersabda,
Tentang Wajib Sunnahnya,
Juga Adab-Adabnya,
Buat Lagi Sempurna.

Wajib Lima Syaratnya,


Untuk Muslim Yang Pria,
Tunai Solat Jumaat,
Laksana Berjemaah.

Lima Bahgian Waktu,


Ganjaran Bahgian Satu,
Ibaratnya Pahala,
Korban Seekor Unta.

Mandi Bersihkan Badan,


Kemas Kuku Pakaian,
Lantas Wangi-Wangian,
Ulama' Menyarankan.

Datang Awal Saf Depan,


Solat Sunat Iktikaf,
Baca Quran Berzikir,
Perbanyakkan Selawat.

Anda mungkin juga menyukai