Anda di halaman 1dari 13

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : SITI MARYAM BINTI MUSA


HAIFAA BAZILAH BINTI HAMALI
MADINAH BINTI ABD RAZAK
HIDAYAH BINTI ABU KASSIM
WAN NABILAH BINTI WAN MUHAMAT ALI

PROGRAM : PISMP AMBILAN JAN 2014

NAMA SEKOLAH : SK JENDERAM HILIR, DENGKIL SELANGOR

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROGRAM KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)

TEMPOH PERLAKSANAAN : 12 OGOS 2017 (SABTU)

OBJEKTIF:

Objektif pelaksanaan Program Kem Cemerlang Jawi ini adalah seperti berikut:

a) Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan tulisan jawi.


b) Membantu murid untuk mengenal huruf jawi tunggal dan bersambung.
c) Membantu murid untuk membaca huruf jawi dengan betul.
d) Membantu murid untuk menulis tulisan jawi dengan kemas.
e) Membantu murid untuk membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata
tertutup.
f) Membantu murid untuk membaca dan menulis ayat pendek.
g) Menimbulkan rasa cinta dalam diri murid terhadap tulisan jawi sebagai
warisan bangsa.
h) Memberi pengalaman sebenar sebagai seorang guru Pendidikan Islam dalam
mengendalikan Kem Cemerlang Jawi di sekolah.
i) Membantu guru pelatih berinteraksi dengan pihak sekolah dan warga sekolah.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

STRATEGI PELAKSANAAN:

Mata pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Oleh itu, setelah membuat perbincangan, kami telah memilih untuk
melaksanakan kem ini sebagai salah satu projek kumpulan. Setelah mendapat
persetujuan daripada semua, kami telah mula merangka kertas kerja.

Rajah 1 Kertas kerja Kem Cemerlang Jawi

Beberapa guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah dilantik untuk
menjadi ahli jawatankuasa bagi melaksanakan Kem Cemerlang Jawi ini. Kemudian,
kami menyerahkan kertas kerja cadangan kepada mentor untuk disemak. Beberapa
pembetulan telah dilakukan dan kertas kerja diserahkan kepada Guru Besar untuk
pengesahan.

Rajah 2 Mentor menyemak kertas kerja Kem Cemerlang Jawi

Setelah kertas kerja mendapat pengesahan dan persetujuan daripada Guru


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

Besar, kami telah menyediakan segala peralatan seperti modul, kertas ujian,
persiapan tempat dan sebagainya. Modul yang digunakan mengikut format yang
telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan.

Rajah 3 Modul dan kertas ujian Kem Cemerlang Jawi

Rajah 4 Penyediaan modul oleh ahli jawatankuasa Kem Cemerlang Jawi

Kami telah memilih beberapa murid untuk menjadi peserta kem berdasarkan
ujian pasca kem jawi yang lalu. Kemudian, kami telah menyerahkan surat
persetujuan ibu bapa untuk makluman kehadiran peserta pada hari kejadian.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

Rajah 5 Surat kebenaran dan persetujuan ibu bapa peserta Kem Cemerlang Jawi

Dua hari sebelum hari perlaksanaan Kem Cemerlang Jawi dilaksanakan,


kami telah memberi taklimat kepada peserta kem ini. Pada hari pertama, taklimat
ringkas berkenaan perjalanan Kem Cemerlang Jawi diberikan kepada semua
peserta. Pada hari kedua pula, taklimat seperti pakaian dan peralatan yang perlu
dibawa disampaikan.

Rajah 6 Taklimat diberikan kepada peserta sebelum berlangsung hari Kem Cemerlang Jawi

Pada hari Sabtu 12 Ogos 2017 iaitu hari Kem Cemerlang Jawi telah
dilaksanakan. Pada pukul 8.00 pagi, pendaftaran peserta bermula.

Rajah 7 Pendaftaran peserta


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

Tepat pukul 8.30 pagi, kem bermula. Murid dibahagiakan kepada seramai 16
orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru yang telah dilantik. Setiap peserta
ditempatkan bersama fasilitator di kelas-kelas yang berkenaan.

Rajah 8 Peserta bersama fasilitator masing-masing

Pada pukul 10.00 pagi, murid dibenarkan berehat selama setengah jam
sehingga 10.30 pagi. Aktiviti rehat dipantau oleh ajk disiplin. Setelah selesai berehat,
kem disambung semula sehingga pukul 11.00 pagi.

Rajah 9 Peserta berehat


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

Tepat pukul 11.00 pagi pula, ujian pasca telah dilaksanakan kepada semua
peserta untuk menilai keberkesanan kem yang telah dijalankan.

Rajah 10 Ujian pasca dilaksanakan kepada peserta

Kem Cemerlang Jawi telah berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Murid-
murid bersurai setelah selesai menjawab soalan ujian.
Secara kesimpulannya, hasil daripada Kem Cemerlang Jawi ini, kami
mendapati 14 orang peserta daripada 70 orang peserta telah melepasi 60 peratus
markah lulus sepertimana yang telah ditetapkan. Berikut merupakan analisa
perbandingan hasil daripada keputusan Ujian Pos Kem Cemerlang Jawi sesi 1 dan
sesi 2.
Hasil daripada ujian pos yang dijalankan pada 12 Ogos 2017, terdapat 14
orang peserta yang telah lulus dalam ujian itu. Berikut merupakan senarai nama yang
telah lulus dalam Ujian Pos Kem Cemerlang Jawi Siri 2:

Jadual 1 Senarai Nama Peserta Lulus Ujian Pos Siri 2


Bi
Nama Kelas Markah
l
1 ADRUCE AMMAR BIN KHAIZIR 2T 76
2 HALIMATUN SAADIAH BINTI ARIFF 2T 64
3 MUHAMMAD ADIB NAJMI BIN ZANISAM 2T 72
4 MUHAMMAD AIMAN HAIQAL BIN RAMLI 2T 82
5 MUHAMMAD AMRI BIN AZLAN 2T 88
6 MUHAMMAD HARITH IKHWAN BIN AZIZUL 2T 82
7 MUHAMMAD SHAMSYAH QHUZAIMI BIN SAMSURIA 2T 61
8 NOR ALIA SOFIA BINTI HASHIM 2T 89
9 NURUL SOFIAH BINTI MUHYIDDIN 2T 72
1 PUTERI SAKIENA BINTI RAZMAN
2T 74
0
1 PUTRI NOR ALIFAH BINTI SURONO
2T 62
1
1 AQILAH NOOR AZRINAZ BINTI KAMARUDIN
2G 72
2
1 DANISH EFFENDY BIN ABDULLAH
2G 74
3
1 MUHAMMAD FENDI BIN SYAMSURI
2G 90
4
1 NUR SYUHADA BINTI ABDUL RAHMAN
2G 63
5
1 SUMAYYAH BINTI HELMI
2G 74
6
1 MUHAMAD ALFIAN HAIKAL BIN AHMAD HASBULLAH
3G 76
7
1 NURUL SYAZWANA FITRIAH BINTI AZUAN
3G 75
8
1 NIK SHAHRUL AIZAT BIN NIK SAIFUL AFZAN
4G 64
9
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP


REFLEKSI:

a) Kekuatan

Berdasarkan program Kem Cemerlang Jawi, terdapat pelbagai ilmu baru dan
pengalaman yang telah saya perolehi. Pertama, kami telah belajar untuk membuat
kertas kerja dengan format yang betul dan tepat. Kami juga telah belajar untuk
berbincang dengan pihak pentadbiran bagi mendapat kebenaran untuk menjalankan
kem ini. Sesungguhnya, kami perlu menyakinkan pihak pentadbiran bahawa kami
mampu melaksanakan kem ini dengan jayanya. Oleh yang demikian, kami telah
membuktikan dengan berjayanya program ini.

Selain itu, kami juga belajar untuk membahagikan peserta berdasarkan


kemampuan mereka. Setiap peserta mempunyai tahap pencapaian jawi yang
berbeza. Perkara ini memerlukan kami untuk merancang pembahagian kumpulan
dengan lebih teratur. Setiap murid yang mempunyai tahap pencapaian yang sama
diletakkan di dalam satu kumpulan. Hal ini memudahkan fasilitator untuk
membimbing mereka dengan baik.

Antara kekuatan yang lain adalah dari segi pengawalan peserta pada hari
kejadian. peserta sentiasa berada dalam kawalan dan pemantauan guru. Tambahan
pula, peserta mematuhi setiap peraturan yang disediakan dan mengikut segala
aktiviti yang dirancang.

Seterusnya adalah dari segi pengurusan masa. Program yang kami jalankan
berjalan seperti yang telah dirancang. Setiap aktiviti yang dilaksanakan telah
mengikut masa yang ditetapkan.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

b) Kelemahan

Namun begitu, setiap kekuatan pasti ada kelemahan. Sepanjang perlaksanaan


program kem ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami kenalpasti. Kami
telah melakukan beberapa perubahan pada kertas kerja kerana tidak menepati
format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Banyak perkara yang perlu kami
perbaiki pada kertas kerja tersebut.

Selain itu, terdapat sedikit masalah pada pengurusan taklimat pemberitahuan


berkenaan surat kebenaran ibubapa. Ketika taklimat dijalankan, kami mendapati
surat kebenaran yang telah dicetak tidak menepati format yang sepatutnya. Oleh itu,
kami terpaksa menunda pemberian surat kebenaran tersebut kepada peserta.

Tambahan pula, walaupun kami telah merancang tempat-tempat yang tertentu


untuk setiap fasilitator dan peserta, namun tidak semua tempat boleh digunakan
sepenuhnya. Perkara ini disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang tidak dapat
dielakkan. Oleh hal yang demikian, kumpulan terpaksa berkongsi tempat. Ini
menyebabkan sedikit gangguan dan aktiviti dilaksananakn kurang selesa serta tidak
kondusif.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Berdasarkan kelemahan sepanjang melaksanakan kem cemerlang jawi ini, beberapa


perkara yang kami telah kenalpasti dan perlu diperbaiki pada masa akan datang.
Bagi perancangan kertas kerja, kami menyedari bahawa kami perlu lebih teliti dan
mengadakan lebih banyak perbincangan dengan guru-guru sekolah yang lebih
berpengalaman dan arif dalam hal seperti ini. Perkara ini sangat berguna untuk kami
apabila sudah bergelar guru sebenar nanti.

Kelemahan pada pengurusan surat kebenaran pula kami mendapati kesilapan


kami adalah pada pengesahan pentadbiran. Pada masa akan datang kami perlu lebih
teliti dan perlu mengadakan lebih kerap semakan dengan mentor. Kami perlu lebih
berhati-hati kerana perkara ini adalah berkaitan dengan keselamatan murid dan
kerjasama ibu bapa.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

Kelemahan dari aspek penyediaan tempat pula, pada masa akan datang kami
perlu melakukan pemantauan terlebih dahulu sebelum memilih tempat untuk
program. Perkara ini sangat penting kerana ianya memainkn peranan dalam
menjamin kelancaran program.

Kesimpulan :

Kem Cemerlang Jawi ini telah berjalan dengan jayanya seperti yang telah dirancang.
Walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan, Namun, itu tidak menjadi
penghalang untuk kem seperti ini terus dilaksanakan. Hal ini kerana, kem cemerlang
jawi ini sedikit sebanyak telah membantu dalam perkembangan tulisan jawi murid-
murid di SK Jenderam Hilir.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

CATATAN REFLEKSI

1. Isu / perkara yang difokus:

- Keberkesanan perlaksanaan Kem Cemerlang Jawi kepada murid-murid


yang memerlukan bimbingan dalam tulisan jawi.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :
Berdasarkan program Kem Cemerlang Jawi, terdapat pelbagai ilmu baru dan
pengalaman yang telah saya perolehi. Pertama, kami telah belajar untuk membuat
kertas kerja dengan format yang betul dan tepat. Kami juga telah belajar untuk
berbincang dengan pihak pentadbiran bagi mendapat kebenaran untuk menjalankan
kem ini. Sesungguhnya, kami perlu menyakinkan pihak pentadbiran bahawa kami
mampu melaksanakan kem ini dengan jayanya. Oleh yang demikian, kami telah
membuktikan dengan berjayanya program ini.
Selain itu, kami juga belajar untuk membahagikan peserta berdasarkan
kemampuan mereka. Setiap peserta mempunyai tahap pencapaian jawi yang
berbeza. Perkara ini memerlukan kami untuk merancang pembahagian kumpulan
dengan lebih teratur. Setiap murid yang mempunyai tahap pencapaian yang sama
diletakkan di dalam satu kumpulan. Hal ini memudahkan fasilitator untuk
membimbing mereka dengan baik.
Antara kekuatan yang lain adalah dari segi pengawalan peserta pada hari
kejadian. peserta sentiasa berada dalam kawalan dan pemantauan guru. Tambahan
pula, peserta mematuhi setiap peraturan yang disediakan dan mengikut segala
aktiviti yang dirancang.
Seterusnya adalah dari segi pengurusan masa. Program yang kami jalankan
berjalan seperti yang telah dirancang. Setiap aktiviti yang dilaksanakan telah
mengikut masa yang ditetapkan.

2.2 Kelemahan :

Namun begitu, setiap kekuatan pasti ada kelemahan. Sepanjang


perlaksanaan program kem ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami
kenalpasti. Kami telah melakukan beberapa perubahan pada kertas kerja kerana
tidak menepati format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Banyak perkara
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

yang perlu kami perbaiki pada kertas kerja tersebut.


Selain itu, terdapat sedikit masalah pada pengurusan taklimat pemberitahuan
berkenaan surat kebenaran ibubapa. Ketika taklimat dijalankan, kami mendapati
surat kebenaran yang telah dicetak tidak menepati format yang sepatutnya. Oleh itu,
kami terpaksa menunda pemberian surat kebenaran tersebut kepada peserta.
Tambahan pula, walaupun kami telah merancang tempat-tempat yang tertentu
untuk setiap fasilitator dan peserta, namun tidak semua tempat boleh digunakan
sepenuhnya. Perkara ini disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang tidak dapat
dielakkan. Oleh hal yang demikian, kumpulan terpaksa berkongsi tempat. Ini
menyebabkan sedikit gangguan dan aktiviti dilaksananakn kurang selesa serta tidak
kondusif.

3. Cadangan penambahbaikan:

Berdasarkan kelemahan sepanjang melaksanakan kem cemerlang jawi ini,


beberapa perkara yang kami telah kenalpasti dan perlu diperbaiki pada masa akan
datang. Bagi perancangan kertas kerja, kami menyedari bahawa kami perlu lebih teliti
dan mengadakan lebih banyak perbincangan dengan guru-guru sekolah yang lebih
berpengalaman dan arif dalam hal seperti ini. Perkara ini sangat berguna untuk kami
apabila sudah bergelar guru sebenar nanti.
Kelemahan pada pengurusan surat kebenaran pula kami mendapati kesilapan
kami adalah pada pengesahan pentadbiran. Pada masa akan datang kami perlu lebih
teliti dan perlu mengadakan lebih kerap semakan dengan mentor. Kami perlu lebih
berhati-hati kerana perkara ini adalah berkaitan dengan keselamatan murid dan
kerjasama ibu bapa.
Kelemahan dari aspek penyediaan tempat pula, pada masa akan datang kami
perlu melakukan pemantauan terlebih dahulu sebelum memilih tempat untuk
program. Perkara ini sangat penting kerana ianya memainkn peranan dalam
menjamin kelancaran program.

Anda mungkin juga menyukai