Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA SAMBUTAN

MAULIDUL RASUL
TAHUN 2022/1444H

TARIKH :
5 – 7 OKTOBER 2022

TEMPAT :
SURAU SRITI AL HAWARIYYUN

ANJURAN :
SRITI AL-HAWARIYYUN SESI 2022

1
KERTAS KERJA
MAULIDUL RASUL
SRITI AL-HAWARIYYUN SESI 2022

1.0 PENDAHULUAN

Menuntut ilmu adalah taqwa,


Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad.
(Imam Al-Ghazali)

Bersempana dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, SRITI
AL-HAWARIYYUN berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan
memuliakan junjungan besar ini. Sambutan maulidul rasul di peringkat sekolah ini
merupakan kesan daripada perasaan cinta, dan ingin mencontohi baginda serta bangga
menjadi umat baginda Nabi Muhammad saw.
Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi
Muhammad saw disamping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia
memberi peluang kepada murid – murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia
yang dimiliki oleh Rasulullah saw.

1.0 OBJEKTIF
1.1 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati
perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan
agama islam.
1.2 Mengasihani dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah
yang di bawa baginda.
1.3 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw.
1.4 Mewujudkan kerjasama dan semangat saling bantu membantu di antara sesama
murid dalam pasukan.

2.0 TARIKH / HARI / MASA

TARIKH : 5 – 7 Oktober 2022


HARI : Selasa – Jumaat
MASA : Selasa – Khamis (8.00 pagi hingga 9.00 pagi)
: Jumaat (8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari)

3.0 TEMPAT

Surau Sriti Al Hawariyyun

2
4.0 KONSEP

Motivasi pelajar

5.0 SASARAN

Semua guru dan murid Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Al-Hawariyyun

6.0 STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA PROGRAM

Lampiran 1

7.0 BIDANG TUGAS PELAKSANA PROGRAM

Lampiran 2

8.0 TENTATIF UMUM PROGRAM

Lampiran 3

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

Lampiran 4

11.0 PELAN TINDAKAN PROGRAM

Lampiran 5

12.0 PENUTUP

Kita merancang Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah milik
Allah. Akhir sekali, adalah diharapkan supaya program aktiviti yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sokongan daripada semua pihak serta
diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

3
Disediakan oleh,

.......................................
( AZAMUDDIN ILYASA’ BIN KHALID )
PENGARAH,
MAULIDUL RASUL,
SRITI AL-HAWARIYYUN,
SESI 2022.

Disokong oleh,

..............................................
(CIKGU KHAIRUNNISA BINTI MAHAMAD NASIR)
GPK AKADEMIK,
SRITI AL-HAWARIYYUN,
SESI 2022.

Disahkan oleh,

....................................................
(USTAZAH UMMI AQILAH BINTI NORLIZAM)
GURU BESAR,
SRITI AL-HAWARIYYUN,
SESI 2022.

4
Lampiran 1

STRUKTUR ORGANISASI PELAKSANA PROGRAM


PENAUNG
USTAZAH UMMI AQILAH BINTI NORLIZAM

EX-OFFICIO
CIKGU KHAIRUNNISA BINTI MAHAMAD NASIR

PENGARAH
AZAMUDDIN ILYASA’ BIN KHALID

TIMBALAN PENGARAH
MUHAMMAD AIMAN BIN ALIAS

SETIAUSAHA
ATIQAH BINTI MOHD TAN

BENDAHARI
MUHAMMAD ARIFF BIN ABDULLAH

PROTOKOL
MOHAMMAD SYARIFUDDIN BIN NOR AZLI
MUHAMMAD FILDZA HAIQAL BIN MOHD NOOR FUAD
MUHAMMAD HAFIZZI BIN MUSA
MD HAPHIS BIN AZMI

AJK TEKNIKAL
MUHAMMAD ZULHILMI BIN AZHAR
KHAIRUNNISA BINTI MOHD NASIR

AJK PERSIAPAN TEMPAT


RUZANNA BINTI NOOR BAHA
SITI SURIYATIMAH BINTI MOHD RAMLEE
NOOR AZURA BINTI RAMLI
SITI AISYAH BINTI HASBULLAH
WAN NOOR HASNI BINTI WAN MD MOKHTAR
HANNAH MARDHIAH BINTI MAZNAN

AJK HADIAH
NURUL SUHAILA BINTI SAMSUDIN
AINOR SYAHIRAH BINTI KHALID

5
AJK MULTIMEDIA
FAUZI BIN AHMAD

PENGACARA MAJLIS

PUTERI HANI DIYANA BINTI MAZLAN

6
Lampiran 2

BIDANG TUGAS PELAKSANA PROGRAM

PENGARAH
1. Mempengerusikan mesyuarat AJK Pelaksana dan memantau gerak kerja setiap unit.
2. Merangka gerak kerja umum program dan memastikan setiap aktiviti berjalan
dengan lancar.
3. Memantau dan membantu gerak kerja setiap unit.

TIMBALAN PENGARAH
1. Membantu melicinkan gerak kerja pengarah.
2. Membantu pengarah apabila ketiadaannya.
3. Menyediakan modus operandi program.
4. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

SETIAUSAHA
1. Mencatat minit mesyuarat dan perjumpaan.
2. Membuat kertas Kerja program.
3. Mengumpulkan laporan gerak kerja.
4. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

BENDAHARI
1. Menyimpan dan merekod akaun kewangan program.
2. Mengumpul resit-resit perbelanjaan.
3. Mengumpul dan membuat laporan kewangan program.
4. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

PROTOKOL
1. Menjaga keselamatan murid.
2. Mengelakkan berlakunya kemalangan.
3. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

AJK TEKNIKAL
1. Memastikan alatan teknikal audio dan visual berfungsi dengan baik.
2. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

AJK PERSIAPAN TEMPAT


1. Menghias dalam membuat persiapan dewan.
2. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

AJK HADIAH
1. Menyediakan hadiah kepada tetamu kehormat dan peserta pertandingan.
2. Menjaga kesempurnaan hadiah.
3. Memastikan penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.

7
AJK MULTIMEDIA
1. Membuat rakaman video dan fotografi sepanjang majlis.
2. Mengumpul laporan gerak kerja.
3. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

PENGACARA MAJLIS
1. Mengawal serta memimpin perjalanan program sehingga berakhir.
2. Memanggil serta mempersilakan mereka yang mengambil bahagian dalam aturcara
majlis.
3. Bekerjasama dengan unit-unit lain.

8
TENTATIF UMUM PROGRAM

SELASA – KHAMIS
MASA DURASI TENTATIF
8:40 AM – 8:45 AM 5 minit Semua murid berkumpul di surau
selepas kelas Halaqah
8:45 AM – 9:00 AM 15 minit Guru yang sudah ditugaskan membaca
Syamail Muhammadiyah kepada semua
murid

JUMAAT

MASA DURASI TENTATIF


8:OO AM – 8:30 AM 30 minit Semua murid berselawat ke atas Nabi &
Qasidah
8:30 AM – 9:00 AM 30 minit Semua murid solat Duha
9:00 AM – 9:30 AM 30 minit Semua murid sarapan
9:30 AM – 9:45 AM 20 minit Persedian ceramah (murid dalam
keadaan senyap)
9:45 AM – 10:45 AM 1 jam Ceramah Maulidul Rasul & Kuiz
Maulidul Rasul
10:45 AM – 11:00 AM 15 minit MAJLIS PENUTUPAN :
 Penyampaian cendera hati
penceramah
 Bersurai

9
Lampiran 4

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

PERINCIAN KEWANGAN

BIL ITEM HARGA (RM) JUMLAH (RM)


1 BANTING RM 15 X 1 RM 15
2 PERSIAPAN PENTAS RM 50 RM 50
3 HADIAH :
1. Pertandingan kuiz RM 15 X 6 RM 90

4 SAGUHATI PENCERAMAH RM 200 RM 200


5 SAGUHATI PENCERAMAH (REHAL) RM 30 RM 30
JUMLAH RM 385

10
Lampiran 5

PELAN TINDAKAN PROGRAM

BIL PELAN TINDAKAN TARIKH CATATAN


28/9/2022 Penambah baikan dan cadangan
1. Mesyuarat yang pertama
aktiviti
3/10/2022 Penambah baikan tentatif, hadiah
2. Mesyuarat yang kedua
dan cadangan perhiasan pentas
3.
4.
5.
6.
7.

11

Anda mungkin juga menyukai